Doakan Kejayaan Seluruh Umat Islam di Dunia.. #PrayForUmmah
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair

Sunday, 22 February 2004

Alam Sekolah Menengah

Hai.. Assalamualaikum.. ni pertama kali aku tulis cerita saya dekat blog.. yalah kan.. baru nak start berblog. apapun saya harap anda semua menyokong saya. Apa-apa yang tidak kena mengenai blog saya ini, harap tegur ya.

Cerita pasal saya ke sekolah menengah. Apa yang best? Baju sekolah baru, seluar warna hijau, beg baru, kasut memang baru sebab tiap-tiap tahun tukar kan. Ya, kawan pun baru, cikgu lagilah baru jumpa hahaha. Hari pertama saya ke sekolah hanya sekerat hari aja sebab saya ada temu janji untuk memasang besi di gigi. Maklumlah gigi saya ni joyang sikit hahaha. Lepas itu, balik rumah awal.

Sesi persekolahan saya petang. Jadi pergi balik sekolah dengan bas. Bas yang best mestilah bas kuning sebab tambang ok 40 sen jika ada penghawa dingin dan 30 sen bagi udara free. Kalau tak ada sangat, naiklah bas mini yang memang comel tapi panas. Bas mini ni unik sikit sebab basnya kecil mampu membawa penumpang ke mana-mana hanya tambang 80 sen. Bagi kami yang masih sekolah ni hanya 50 sen aja.

Mengenai alam persekolahan saya di tingkatan 1, di SMK Jelutong. memula rasa macam menyesal sekolah dekat situ sebab pertamanya.. sekolah petang, dapat sekolah dicop sebagai sekolah gangsterlah tapi bila fikir-fikir balik, sekolah petang ni boleh la baiknya juga sebab dapat tidur puas, pepagi dapat breakfast sedap-sedap hehe, dapat main game gta tanpa di ganggu oleh sesiapa dan paling penting dapat siapkan kerja sekolah haha..

Masa di tingkatan 1, ada juga cabarannya. cabaran belajar. Bahasa Malaysia memang saya boleh A tapi bila tengok subjek matematik dengan sains, rasa macam dah malas. Sebab zaman kami la bermulanya pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa english. Dah la saya ni low sikit berbahasa orang putih ni. tapi cuba la sedaya upaya.

sampai sini cerita saya di tingkatan satu. komputer dah bunyi suruh tambah duit. maklumlah kedai game berinternet. bye!