Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Wednesday 21 January 2009

GIATMARA Starter Life

Assalamualaikum.. hai semua.. Post aku kali ni.. aku nak cherita sikit tentang permulaan karier study aku selepas SPM... lepas SPM aku dgn kekawan aku dah plan... jadi hasil perbincangan kami sementara menunggu result SPM, kami nak ambil ilmu sikit kat GIATMARA ni..so pergilah kami ke Pusat latihan tersebut yang terletak di Bukit Gelugor (Dekat2 dengan Maybank Gelugor dan Cybercafe Idea Genius, if korang masih mencari-cari).. dan ambik borang, isi dan hantar..  selepas tiga minggu lepas tu GIATMARA antar surat untuk temuduga.. siap bwk sijil lagi.. hehe.. selepas temuduga kami diberitahu melalui surat jika berjaya atau tidak untuk masuk ke GIATMARA..



Tunggu punya tunggu... kekawan aku berjaya masuk...cuma aku je gagal.. haha.. frust sangat time tu.. tapi Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku, aku terima panggilan dari GIATMARA selepas sejam pendaftaran pelajar baru.. tersangat happy dan bersyukur.. aku bersiap2.. dan ke GIATMARA untuk sesi pendaftaran pelajar baru.. aku diberi list yang perlu aku siapkan dalam masa seminggu termasuk medical checkup.. so minggu ni aku diberi cuti untuk siapkan kelengkapan data untuk keperluan pusat latihan ini.



Dalam seminggu akhirnya aku secara rasmi jadi pelajar GIATMARA Bukit Gelugor.. aku mula menjalani minggu orentasi selepas seminggu pendaftaran. Dalam minggu orentasi, kami mendengar taklimat daripada AADK, JPAM dan juga taklimat dari pengurus serta tenaga pengajar. Pada hari Jumaat pagi, kami melakukan aktiviti senaman.. Dalam minggu tu juga aku di bahagikan kumpulan dan di minta untuk membina architecture sebuah komputer menggunakan kotak dan menerangkan komponen dan pekakas (hardware) yang ada pada setiap komputer.





Saturday 11 October 2008

SPM~ oh SPM

Peperiksaan percubaan SPM berjalan dengan baik dan jayanya..Sedar tak sedar,cepat jee masa berlalu. So far, alhamdulillah soalan semuanya boleh saya jawab dengan tenang dan dengan yakinnya walaupun jawapan tu betul ke tak.. tapi jawap je la kan...Tak ada tinggal kosong pon. hahaha.. manalah tahu tembak2 terkena ke.. hehe.. Tahun ni aku ambik 8 subjek antaranya Bahasa Malaysia, English, Matematics, Science, Sejarah, Pendidikan Islam, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan.. yehh~ kat sini aku nak tunjuk sikit keadaan lepas jawap paper pendidikan islam masa trial aritu :)





apapun aku wish.. kita semua berjaya dalam peperangan SPM nanti..  SMK Jelutong pasti boleh :)

Sunday 20 July 2008

e-PPDa @SLAD

Alhamdullilah :)
“e. -PPDa” Teknik Pertandingan Merekabentuk Persembahan Berkomputer dengan Penggunaan Fail-Fail Elemen Multimedia  dan Penyediaan Slaid tentang penyalahgunaan dadah dan kesan terhadap masyarakat. Tahun ni tajuk di pilih "Masyarakat Madani Tanpa Dadah".  Aku dan team aku bertungkus lumus menyiapkan slaid dan papan cerita agar perbentangan kami sempurna.. berikut adalah cerita kami di hari pertandingan tersebut di SMK Balik Pulau.

7.30 pagi - Berkumpul di sekolah
7.45 pagi - Bertolak ke SMK Balik Pulau
8.15 pagi - Sarapan pagi
8.45 pagi - Tiba di SMK Balik Pulau
9.00 pagi - Membuat persiapan terakhir dan menunggu giliran sementara sekolah lain membuat perbentangan.
9.15 pagi - Perbentangan sekolah kami bermula. Agak kekok menggunakan laptop pihak sekolah.
9.35 pagi - Alhamdulillah perbentangan selesai. Minum pagi
10.00 pagi - Melihat pertandingan lain
11.30 pagi - Diumunkan sebagai pemenang tempat ke-3. Alhamdulillah :)
12.00t/hari - cikgu membawa kami bersiar2 di tepi pantai dan pulang semula ke sekolah..