Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Saturday 18 July 2009

Perantauan Pertama di Sik, Kedah D.A





Alhamdulillah.. sempat juga aku menulis tentang pengalaman aku selepas seminggu di buli oleh segelintir senior-senior yang bajet bagus. Maaflah wahai senior yang berkenaan.. saya ni budak baru, perlukan tunjuk ajar bukan warisi kegilaan kuasa anda untuk junior saya di semester seterusnya.. kamu juga manusia, begitu juga dengan saya.. Saya faham dengan aspek disiplin dan sewaktu dengannya.. Saya rasa kesian dengan seorang kawan saya nih.. dia pergi tandas tapi tak minta izin (memang salah dia pun, yealah bagi orang lain semua risau) tapi cara awak menghukum dia agak memalukan dia.. mana tak malunya, dia suruh gi minta maaf kat semua kawan2 batch aku.. memang agak malu... tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sampai ke hari akhirnya. Hari akhirnya pula.. kena gi minta autograph si senior2 nih (kiranya nak eratkan lagi silaturrahim la tu.. hehehe..) xpelah.. arahan diterima.. gi la pulun minta sain si akak2 dgn abg2 nih.. macam2 la ragam.. kena cari namalah.. demand nama nak penuh.. ada gak gang2 batch aku ni.. siap minta no. fon lagi.. hmm.. sorry la aku xminta dan xminta sangat nak minta2 no. nih... Minggu MSR berakhir selama 4 hari berlangsung.. letih sesangat.. tidur confirm xcukup.. lepas tu.. hari jumaat pagi kami di introkan dengan kelas (Course Artikulasi - Pra-Sijil Titian dari GIATMARA) sebelum nak masuk IKM, aku ambik dulu kursus ni...oklah nanti aku update lagi citer pasal permulaan perjalanan karier pendidikan aku ni... hehe..

Tuesday 28 April 2009

Happy Birthday wan, 18 tahun

wah.. dah 18 tahun sudah.. birthday kali ni agak advanced sikit.. sebab sambut dengan kekawan GIATMARA Bukit Gelugor.. thanks ha ampa semua.. haha.. aku masih menunggu surat ke menara gading.. harap2 Allah permudahan urusan aku ni..

Wednesday 21 January 2009

GIATMARA Starter Life

Assalamualaikum.. hai semua.. Post aku kali ni.. aku nak cherita sikit tentang permulaan karier study aku selepas SPM... lepas SPM aku dgn kekawan aku dah plan... jadi hasil perbincangan kami sementara menunggu result SPM, kami nak ambil ilmu sikit kat GIATMARA ni..so pergilah kami ke Pusat latihan tersebut yang terletak di Bukit Gelugor (Dekat2 dengan Maybank Gelugor dan Cybercafe Idea Genius, if korang masih mencari-cari).. dan ambik borang, isi dan hantar..  selepas tiga minggu lepas tu GIATMARA antar surat untuk temuduga.. siap bwk sijil lagi.. hehe.. selepas temuduga kami diberitahu melalui surat jika berjaya atau tidak untuk masuk ke GIATMARA..



Tunggu punya tunggu... kekawan aku berjaya masuk...cuma aku je gagal.. haha.. frust sangat time tu.. tapi Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku, aku terima panggilan dari GIATMARA selepas sejam pendaftaran pelajar baru.. tersangat happy dan bersyukur.. aku bersiap2.. dan ke GIATMARA untuk sesi pendaftaran pelajar baru.. aku diberi list yang perlu aku siapkan dalam masa seminggu termasuk medical checkup.. so minggu ni aku diberi cuti untuk siapkan kelengkapan data untuk keperluan pusat latihan ini.



Dalam seminggu akhirnya aku secara rasmi jadi pelajar GIATMARA Bukit Gelugor.. aku mula menjalani minggu orentasi selepas seminggu pendaftaran. Dalam minggu orentasi, kami mendengar taklimat daripada AADK, JPAM dan juga taklimat dari pengurus serta tenaga pengajar. Pada hari Jumaat pagi, kami melakukan aktiviti senaman.. Dalam minggu tu juga aku di bahagikan kumpulan dan di minta untuk membina architecture sebuah komputer menggunakan kotak dan menerangkan komponen dan pekakas (hardware) yang ada pada setiap komputer.