Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Wednesday 22 August 2012

Ya Allah, Engkau Jangan Sesekali mematikan hati ini

Ya Allah, Engkau Jangan Sesekali mematikan hati ini,
Engkau jangan biarkan hati ini terus keras daripada menerima hidayah dan taufiq-Mu,
Jauhilah aku daripada hijab antara aku dengan Engkau,
Aku dapat rasakan bahawa hati ini di saat ini kian malap,
Tanpa nur-Mu,


Aku rasa seolah hati ini kian jauh daripada mengingati-Mu,
Semakin jauh dari keikhlasan kepada-Mu,
Kembalilah aku ke jalan-Mu,
Dekatkanlah aku kepada Kalam-Mu,


Biarlah Engkau campakkan rasa rindu dan cinta kepada-Mu,
Dekatkanlah aku kepada mereka yang soleh,
Dekatkanlah aku kepada majlis ilmu dan zikir,
I want to recharge my iman and heart, ya Allah,


Dulu ku akui bahawa diri ini pernah diselimuti dengan ‘zhulumat’
Aku cuba berusaha keluar daripada kepompong kegelapan itu,
Aku yakin dengan bantuan-Mu Ya Allah,
Aku mampu berubah,
Laksana bagaimana Umar al-Khattab boleh berubah daripada zaman ‘jahil’ kepada zaman ‘nur’
Kembalikanlah aku kepada fitrah yang cintakan kebaikan
Yang menurut perintah-Mu dan meninggalkan larangan-Mu


Moga Ramadhan kali ini benar-benar ‘membina’ diriku untuk berhadapan bulan-bulan yang mendatang.

P/s : kejap lagi nak keluar pergi bazar ramadhan dengan kekawan..

Wednesday 15 August 2012

Tuesday 31 July 2012

Permulaan di Semester 2 #GMi

Alhamdulillah.. lepas sudah semester satu yang penuh dramatik dan sketsanya.. Berkat doa dari semua pihak dan usaha aku melangkah arus ke semester dua.. semester ni aku byk juga list2kan apa yang perlu aku elakkan dan apa yang perlu ditambah untuk lebih baik dalam menjalani hari-hari yang mendatang dalam semester nih..   First kelas.. aku introkn dengan cisco..

Haha.. Ni la buku cisco : network fundamentals.. lecturer aku bagi pinjam jap.. dia nak bagi inspirasi cisco ni kan kami semua.. haha ambik syarat jap nak jadi masta.. Insya-Allah.. :)

lepas tu aku main2 la dengan perabot berkabinet nih...
Inilah kabinet untuk router, switch... sesiapa yang ambik course network dia akan lebih memahami... hehe
coding ni kena ingat.. kalau tak.. tak jadi la server korang... #Request time out :P
dan tidak tertinggal dengan nak buat configuration network ni untuk menetapkan perjalanan server antara PC lebih teratur..

p/s : hehe.. buat kejap je.. lepas tu kami bergusti kat belakang... hihi