Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Wednesday 24 December 2014

Trip to Cameron Highlands : Day 2

Assalamualaikum...

Kami memulakan perjalanan buat hari kedua pada pukul 9.00 pagi dengan mengisi minyak di Stesen Shell antara satu-satu stesen minyak yang penuh dan sibuk dengan orang.



Selepas memastikan tank kuda masing-masing kenyang, kami memulakan perjalanan kami ke destinasi kelima pada hari kedua dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim!..

Masjid yang berada di Cameron Highlands

Pintu Masuk Ladang Teh Boh

Untuk makluman semua, ladang ini dibuka dari jam 9.00 pagi - 4.30 petang. Ladang ini tutup pada setiap hari Isnin. Masuk adalah percuma..


Perkara penting yang perlu anda ketahui..

  • Ladang teh di buka pada pukul 9.00 pagi.. oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesesakan (petang maybe sesak) datang awal pagi jika anda ingin melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. kebiasaannya, proses ini berakhir pada jam 11 pagi. tetapi ada aje proses.seterusnya yang diulang-ulang :) Bila orang tak ramai, baru lah dapat feel tgk proses tu.. hehe... XD
  • Jalan masuk ke ladang ini berhampiran dengan Bee Farm dan papan tanda yang agak tersorok.
  • Jalan yang sempit dan keadaan jalan seperti ular, jadi hati-hati, sabar, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam untuk keselamatan bersama :)
  • Harga makanan bukanlah murah.. bajet dalam RM50. Insya-Allah.. Mengenai Teh, harganya lebih kurang sama jika dipasaran. Anda boleh memilih sama ada untuk beli di sana (jika bajet tidak mencukupi) atau di mana-mana saja.. tetapi alang-alang tiba di sana.. beli ajelah.. hihi..
  • Info tambahan http://www.cameronhighlandsinfo.com/attraction/BOH_Tea_Plantations/

Pelbagai produk teh boh yang dijual disini

Sejarah


  • BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russel, seorang ahli perniagaan British semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau yakin perniagaan ladang teh yang disebabkan oleh permintaan yang besar walaupun kemurungan seluruh dunia besar pada masa itu. Hasil daripada potensi, beliau memohon dan telah diberi konsesi tanah untuk taman teh pertama di Habu, Cameron Highlands.

Tambahan, bukan sahaja produk dan permadangan ladang yang ada di sini, malahan ada tayangan video dan info grafik tentang sejarah ladang tersebuh, pekerja-pekerja yang berkhidmat, dan juga peralatan untuk memetik daun teh.

Pintu masuk kilang memproses teh

Disini ladang teh diproses sehingga menjadi serbuk teh sehingga menjadi hidangan secawan teh yang berkualiti. Dalam kilang ini juga terdapat makmal yang menguji tahap kualiti daun teh. Terdapat juga papan tanda yang memberi info tentang bagaimana dari daun teh yang diproses hingga ke bungkusan.


Alhamdulillah.. segar sungguh udara sepanjang perjalanan kami ke ladang teh tersebut... Subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah.. Jika ada jodoh, panjang umur kita akan berjumpa lagi.. Insya-Allah :) hehe

p/s : Pantai timur di landa banjir.. sama-sama kita doakan agar semuanya selamat dan terkawal.. Hasbunallah wa ni'mal wakil ‪#‎PrayForPantaiTimur‬

Wednesday 29 October 2014

Segalanya terselit hikmahNya



ADAKAH anda pernah menonton filem Fitna. Filem pendek berdurasi 15 minit ini satu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila filem ini dilihat sebagai menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan umatnya.

Ramai pemerhati berpendapat kelahiran filem ini sebagai manifestasi sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001.

Karya ini dapat dihasilkan kerana orang yang menjadi tulang belakang pembikinan filem ini adalah seorang ahli politik Party for Freedom (PPV) yang terkenal dengan anti Islam, Arnoud Van Doorn.

Sesungguhnya hidayah ALLAH tidak mengenal siapa. Orang yang dahulunya beriya-iya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kini memeluk Islam!

Van Doorn menjelaskan antara faktor utama pengislamannya adalah apabila hati kecilnya terusik melihat penghasilan filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam.

Perasaan itu membuatkan Van Doorn mencari terjemahan al-Quran, hadis, dan buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya dilalui dengan membaca dan mengkaji buku satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam daripada mulut orang yang membenci agama ALLAH ini.

“Saya mempelajari al-Quran kerana rasa ingin tahu yang menebal. Saya mula mempelajarinya setelah keluar daripada Parti PVV. Sebelum itu saya hanya mendengar cerita yang buruk mengenai Islam. Semakin banyak saya membaca semakin saya yakin Islam sesungguhnya agama yang indah dan penuh kebijaksanaan.
“Sebenarnya, sebagai penganut Kristian, banyak nilai baik yang saya pelajari daripadanya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup. Lebih mudah untuk beralih daripada seorang penganut agama Kristian menjadi Muslim daripada seorang atheis (tidak percaya agama), kerana sebelumnya saya telah mengenal konsep kenabian, adanya malaikat dan disiplin yang selalu ada dalam mana-mana ajaran agama mana pun,” katanya.

Temui Jalan Hidayah

Kenalan dan individu terdekat Van Doorn tahu yang dia membaca rujukan Islam, langsung tidak terlintas di benak mereka sikapnya itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu fahaman tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, ramai yang mempelajari Islam kemudian menyerangnya.



Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji al-Quran, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh perihal agama yang kini menarik hatinya.

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Meskipun sebelum ini dia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn berasakan Islam itu istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya, Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleransi, membabi buta memusuhi Barat, perlahan-lahan hilang daripada fikirannya.

Ternyata Islam sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka. Islam adalah agama yang cintakan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai pengganas.


Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.

Selain menjelaskan Islam dengan lebih jauh lagi, beliau juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.

Dianggap pengkhianat

Tidak ada manusia yang tidak pernah diuji ALLAH SWT. Begitu juga dengan empunya diri Van Doorn.



Tidak semua yang suka dan menerima baik pengislamannya lebih-lebih lagi rakan sejawatnya dalam Parti PPV. Kebanyakan daripada mereka marah dengan perubahannya itu bahkan menganggap Van Doorn sebagai pengkhianat.

"Saya jelaskan kepada mereka keputusan ini adalah keputusan peribadi dan terpulang kepada diri ini untuk menganut mana-mana agama memandangkan setiap orang mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan.

“Walaupun ramai yang menganggap saya sebagai pengkhianat, tetapi sebahagian daripada masyarakat yang lain memberi reaksi positif. Saya juga menerima sokongan daripada masyarakat lain yang menghantar reaksi melalui Twitter.

“Saya berasa bahagia dan gembira melihat orang yang tidak mengenal saya secara peribadi menyokong dan memahami dengan pilihan yang saya lakukan,” jelasnya yang mengakui ada hikmahnya beliau pernah menjadi sebahagian daripada ahli parti PPV.

Ajak kenali Islam

Van Doorn kini berasakan telah menemui pedoman hidupnya dan beliau ingin mengajak mereka yang bukan Islam memahami Islam dan mempelajarinya dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuang segala prasangka buruk terhadap Islam.



“Pelajarilah Islam, buangkan segala prasangka buruk, Insya-ALLAH kamu akan lihat bahawa Islam itu agama yang sangat indah dan murni, agama Islam yang memiliki sejarah yang begitu agung. Umat Islamnya pula saling mengambil berat antara satu sama yang lain, baik dalam senang mahupun susah.

“Di Barat, Islam umumnya dituding sebagai agama yang melahirkan dan mewujudkan pengganas dan menindas perempuan. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap segala tuduhan semacam ini? Semuanya berlaku kerana prasangka yang buruk dan kurangnya wawasan.

Kumpulan fanatik sememangnya wujud dalam mana-mana agama pun di dunia ini. Tapi sayangnya golongan fanatik yang cuma satu peratus itu dipertunjukkan di televisyen dan media-media yang lain, sekali gus pengaruh mereka diperbesar-besarkan.

Sedangkan 99 peratus umat Islam yang lain terus bekerja keras dan hidup dengan aman damai.

Jika semakin ramai orang mempelajari Islam yang sebenarnya, kian bertambahlah yang melihat keindahan Islam,” ujarnya.

Beliau menyedari pengislamannya juga adalah permulaan baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan dirinya mengenali Islam.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.

“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang dilakukan pada masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar dan ingin mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali daripada ibadah haji,” katanya pada akhir bicara.


Sumber : Berita Harian oleh MOHD AZLI MOHD ALI

Apa Guna Bertunang, Kalau.....



Saya amat bersimpati dengan nasib sahabat saya yang bagi pendapat saya beliau ‘dibuli’ oleh tunangnya.

Mengapa? Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar tetapi telah diminta oleh pasangannya untuk membuat itu dan ini, pasti ianya dianggap melampau.

Syarat tunang (perempuan) kepada sahabat saya ialah beliau perlu menghadiahkan sehelai sejadah berbulu kambing yang pasti mahal harganya, sebuah kamera DSLR yang berharga tinggi, dan meminta pihak lelaki menanggung majlis pertunangan dan menjemput orang ramai ke majlis tersebut.

Bagi saya sahabat saya itu sudah ‘kopak’! Buktinya beliau ke hulu ke hilir berjumpa dengan rakan dan taulan untuk meminjam duit! Perbelanjaan harian sudah tidak terurus dan sering ‘terguna’ duit yang ayahnya beri untuk membayar bil Astro gara-gara tidak ada duit untuk membeli makanan! Bukankah itu sudah ‘kopak’ namanya?

Satu lagi yang saya simpati ialah tunangnya akan ‘meninggalkan’ dirinya jika tidak kurus mengikut selera si perempuan (badan sahabat saya agak besar). Bersungguh-sungguh rakan saya itu menurunkan berat badan secara terpaksa, Herbalife dan Gym sudah banyak kali dicuba.

Sekarang saya tidak tahu apa nasibnya kerana berat badan belum turun-turun lagi dan duit banyak habis untuk pertunangan tersebut!

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman seperti ini dan mungkin ada yang lebih teruk lagi!

KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN

“Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa”

“Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa”

Mungkin bagi diri sahabat saya itu, permintaan kekasih adalah satu pengorbanan bak kata pepatah “Gunung-ganang sanggup direntasi, lautan luas sanggup direnangi”, segalanya akan diturutkan untuk kekasih hati. Betul tak?

Orang bercinta, kalau diminta intan permata oleh kekasihnya, sanggup menggapai bintang bak kata Yuna. Maknanya, kalau kekasih minta Pizza di pasar malam pasti akan dibelinya Pizza Hut yang paling mahal! Itu lumrahnya, kita akan memberi apa yang terbaik semata-mata mahu melihat kekasih kita bahagia.

Walaupun orang luar melihat pasangan kita pisau cukur, gedik, seksi, banyak karenah, maintanance tinggi dan sebagainya, semua itu akan dipersetankan jika cinta sudah meresapi ke dalam sanubari insan yang bernama kekasih.

Persoalannya, adakah hanya kerana cinta semua yang diminta oleh pasangan kita perlu dilaksanakan? Oh! Tidak semestinya.

Mengikut cerita-cerita yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berpengalaman, kita tidak boleh memberi sepenuh jiwa dan raga kita sebelum berkahwin. Lebih-lebih lagi memang semestinya dalam agama Islam pun tidak membenarkan perhubungan yang ‘terlebih’ dan mencetus kepada kemaksiatan.

Dia belum lagi menjadi isteri atau suami kita, oleh itu kita belum lagi mempunyai tanggungjawab untuk menanggung dan memberi sepenuh perhatian kepadanya. Jika tidak perlu memberi sepenuhnya sebelum berkahwin adalah kita tidak perlu setia?

Tidak. Pertunangan adalah sesi berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga sebelum akad nikah berlangsung. Dalam tempoh ini setiap pasangan masih mempunyai peluang untuk menerima atau menolak hasrat hati mereka. Di masa ini jugalah para wali boleh membuat pilihan sama ada menantu yang akan menjaga anak kita nanti boleh diharap atau tidak.

Ramai yang tersilap memahami makna pertunangan. Kebiasaannya, ramai orang yang beranggapan bahawa bertunang adalah tiket ‘dekat-dekat’ dan confirm aku punya! Ramai juga yang beranggapan bahawa majlis pertunangan adalah sesuatu yang wajib ditekankan dan dipandang berat.

Oleh kerana itulah, ramai yang sudah membuat majlis pertunangan secara besar-besaran dan meminta itu dan ini sehingga pasangannya sanggup berhutang keliling pinggang! Semuanya hanya kerana mahu mengikut trend dan malu bila orang kata “bila You bertunang? tak tahu pun!” atau “majlis tunang You, biasssssa jer”.

APA GUNA BERTUNANG, KALAU…

Apa yang perlu dibuat semasa bertunang? Di sini saya tidak berhasrat menyentuh bagaimanakah memilih calon isteri/suami yang sesuai, kerana perkara ini semua orang sudah tahu berdasarkan hadis Nabi yang popular. Pilihlah yang terbaik untuk kita dan ianya adalah begitu subjektif kepada seseorang. Calon? Terserah anda.

Berkenaan soal bertunang, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa kita perlu merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan melalui Walimatul Urus.

Disebabkan demikian, tidak perlulah si bakal isteri mahukan yang mahal-mahal daripada si bakal suami. Disebalik kesusahan menyediakan hantaran untuk perkahwinan, kini dibebani pula dengan hantaran pertunangan yang sudah mengalahkan puteri raja.

Seorang lagi rakan saya pernah berkata : “Apa guna bertunang mahal-mahal, kalau tak boleh pegang-pegang lagi!”. Sebab itulah sebenarnya kita tidak perlu bersusah payah membuat majlis pertunangan yang hebat, bukan boleh buat apa-apa lagi pun.

Apa yang perlu dibuat ialah menjaga batasan, membuat persediaan yang terbaik dan menjaga kesetiaan agar tidak terkandas di tengah jalan disebabkan ‘peranan’ orang ketiga.

Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan semua yang telah menamatkan zaman bujang. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian sehingga ke syurga hendaknya. Insya-Allah.

Yang belum ni bila pulak?

p/s:DAH BAGI MASA BERTUNANG, MASA KAHWIN NAK BAGI APA?