Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Thursday 2 March 2017

Ini Wilayah Ujian, Selamat Datang!



Hidup ini memang ladang ujian, kawan. Kau semai iman, yang tumbuh ujian. Kau racun ujian, yang kembali bertunas pun masih bernama ujian.

Kau terpaksa berdepan jutaan kerenah. Kau terpaksa bertahan bila difitnah. Kadang terpaksa diam walau pun dihina. Kadang terpaksa berkeras walau pun kau sendiri tak suka.

Jangan disebut tentang deraian airmata. Infiniti! Setia sungguh ia mengalir di pipi hingga yang sudah kering pun masih mahu mengalir lagi dan lagi.

Aku tahu hancurnya hatimu kerana hatiku sendiri terlalu sering hancur seperti itu. Percayalah. Tiada yang tuah tentang aku kalau mahu kau bandingkan dengan dirimu.

Kita sama saja,kawan! Kita sama-sama memerlukan satu kuasa untuk berdepan dengan ujian yang tiba.
Maka berpautlah pada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Sungguh kita takkan mengalah kalau berpaut pada tali Allah.

Jalan terus! Tapi pastikan kau berada di jalan yang lurus. Itu saja. Kalau niat itu mampu kau tuluskan kerana Allah, kau takkan mudah mengalah.

Kau jatuh, tapi tak rebah.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
(Al-Baqarah: 286)

Selamat datang ke wilayah ujian yang setiap manusia pasti jejak atau laluinya.
Wilayah yang kita akan kerap mencari nafas dari noda-noda dosa yang menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Walaupun seperti dilihat dalam iklan telco dalam TV, selamat datang ke wilayah Celcom!
Liputan tanpa gangguan, Always 4G speed!
Tapi kehidupan ini ada route kerataannya, kadang kita lalui jalan lurus, kadang-kala bengkang-bengkok, berbukit ... etc.

Hidup ini banyak cabarannya, hadapi dengan berhati-hati, sabar kerana kadang-kalanya kita akan sampai ke persimpangan ujian yang menguji kesabaran manusia. Mari sama-sama kita doakan kejayaan semua orang termasuk DIRI SENDIRI, ummah yang sangat membimbangkan dalam pelbagai isu termasuk diri sendiri yang tergolong dalam masalah akhlak dan naik turun iman. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam menjalani perjalanan yang kita tidak tahu bila penamatnya, hanya Dia mengetahui segala-galanya.


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am: 59)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." 
(Surah al-An'am: 59)


Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.


Sunday 26 February 2017

Perjalanan ini [Muhasabah Diri Semula]



kita tak boleh padam apa yang telah terjadi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk mulakan sesuatu demi masa depan.

yang berlalu biarkan berlalu. apa yang kita pilih untuk jadi pada saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.

Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir.

hidup ni satu proses. ye, mungkin awak terluka pada awalnya. tapi pada akhirnya inshaAllah ia akan berbaloi.

cinta macam proses membesar. nak berlajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh? dan akhirnya kita boleh jugak buat kan?

berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti akan sakit.

tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.

impian yang kita simpan, biar pada-Nya, hanya pada-Nya. cari jawapan dalam setiap solat dan doa.

sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.

doa adalah cara untuk meminta Tuhan memelihara & membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dari bisik kepada Ilahi.

sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.

kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.

yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walau pun jalan awak dan dia berbeza.

inshaAllah semuanya kerana Allah. datang dan pergi kerana Allah. bertahan dan melepaskan kerana Allah. ketawa dan menangis kerana Allah :)

Monday 23 January 2017

Andai aku tahu~





Andai aku tahu

Kesudahannya adalah kepahitan

Mungkin aku memilih untuk tidak memulakan

Namun, takdir yang kita jalan

Itu kadangnya bukan pilihan

Tapi ketentuan

Dan tiap nya itu tidak Allah beri dengan ke-sia-an

Hikmah itu ada, cuma perlu dicari gali dengan ketenangan.

Moga, selalu jumpa kebaikan :)