Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Monday 27 April 2015

Alhamdulillah, 24

Assalamuaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni genaplah umur kami 24 tahun. Alhamdulillah

Salam dari Seoul, Korea :D 


"ya Allah panjangkan lah umur ku, berilah ku kesihatan dan suburkanlah ku dengan kehidupan yang baik. dan berikanlah aku petunjuk dan ketetapan dunia dan akhirat.

ya Allah perbaikilah diriku dan akhlakku dan hiasilah jiwaku yang engan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan.

jadikan diriku seorang yang berbakti kepada abi ummi dan jadikan aku dikalangan orang yang soleh dan hindarilah aku dari orang-orang yang berhasad dengki.. "

After a long time menghilangkan diri, dugaan kehilangan motorsikal #PJN9205 pada 19 Februari lepas, dugaan dalam hidup. Atas kelemahan diri dalam menguruskan masa dan mencari idea, maka blog ini menjadi mangsa Krik3.

Dan sekarang, saya kembali. Just for awhile maybe. Sekadar untuk meluahkan rasa dan melepaskan apa yang terbuku di minda. Saya mohon maaf jika ada yang menanti update dari saya ni (Ada ke? hihi)

Saya rasa lama juga untuk tempoh "recovery mode" ni untuk kembali kepada mood yang asal. Kenapa ambik lama sangat masa tu? Mungkin jiwa ni sangat lemah tapi saya tetap kuat untuk berjuang untuk hari-hari yang mendatang. Doakan saya ye :')

Saya dah 24 tahun


Dalam usia ni ramai yang bertanya, apa perancangan diri saya, bila nak kahwin, bila ambik buat tu, buat ni. Ok, saya akan jawab tapi bukan semua soalan. Ada yang perlu saya beritahu, dan ada yang perlu saya sembunyikan.. maaf ye :(

Bila nak sambung degree?
- Err, nak sponsor yuran saya ke, asyik2 dok tanya ni.. hihi yang tu jawapan tersirat, jawapan tersurat, yeah currently I studying at USM at this time (part time), course yang lebih kurang terdahulu di GMi.

Tak nak sambung belajar ke? Nanti susah nak dapat kerja. (Soalan dah lama tapi nak jawab juga)
- Terima kasih atas cadangan itu, saya nak tanya balik kepada anda, anda percaya rezeki dtgnya dari diploma, degree, master atay phD? Boleh rujuk Surah Hud, ayat 6 dan Agama tidak menyuruh dok saja tanpa berusaha cari rezeki. tak dak dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi s.a.w menyebut:“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dlm keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih). Konklusinya, rezeki datangnya dari Allah. TAPI! jangan salah faham tentang ayat ni, hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan. Burung tak tidur dalam sarangnya tanpa usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan & percaturan, seseoanrg hendaklah berusaha. Usaha itu adalah ibadah.

Bila nak kahwin?
- Err, boleh taja perkahwinan saya boleh :D hihi gurau je. My answer is, saya serahkan jodoh, hidup dan mati saya kepada Allah (cam besa dengaq kan ayat camni). Seriously, Doa saya tak putus-putus mengharapkan redha dariNya, mengharapakan yang terbaik sebelum saya melangkah ke alam berkeluarga.

Ada tetapan untuk jodoh anda? camna kategori pemilihan calon isteri anda?
- Hmm.. Dulu tak dinafikan memang ada tapi bila difikirkan semula, saya tak lagi menetapkan kriteria pemilihan calon isteri dan hanya berdoa agar dipermudahkan urusan ini kelak.

Ehem3, Ridzuan ada kawan istimewa tak be like girlfriend?
- Tidak :D Saya masih menjaga hati ini untuk yang lebih berhak memilikinya.

Anda bekerja?
- Ya, saya mengikut waktu pejabat bagi negara Australia dan New Zealand.

Apa pekerjaan anda?
- Saya bekerja sebagai troubleshoot system dan berkhidmat untuk negara Australia dan New Zealand.

Ada soalan? just drop your comment below ya. :D

Seiring dengan peningkatan usia ni, saya tetap mengharapkan doa-doa yang baik, amalan yang baik, diri ke arah yang lebih baik dan matang :D Jika saya suatu hari nanti andai saya terlupa sesuatu, tegur saya, ingatkan saya dan semoga Allah limpahkan kebaikan atas keprihatinan anda kepada saya yang lemah ini. Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan ummah dan masyarakat Nepal yang dilanda gempa bumi baru-baru ni.

Tentang Hati



Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita solat setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya?

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?

Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.Alangkah tidak malunya kita...,

Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...