Doakan Kejayaan Seluruh Umat Islam di Dunia.. #PrayForUmmah
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair

Friday, 28 April 2006

saya 15 tahun

Alhamdulillah.. saya dah 15 tahun menyambut hari kelahiran.. Walaupun sambutan birthday kali ni suram dari tahun lepas, memandang kawan2 yang rapat dah pun pindah ke sekolah lain. Hanya kenangan menjadi sejarah segalanya.. tahun ni saya harap PMR keputusan lebih baik.. sekarang ni masih sibuk dengan folio sejarah.. kena cari sejarah kemerdekaan.. hurm.. dah la duduk rumah sorang2.. jadi layan la sorang2 berblog dengan komputer aku ni.. oklah..

p/s : semoga ari ni lebih baik dari semalam :)

Friday, 21 April 2006

Kehidupan budak sekolah (PMR Life)


PMR oh PMR... bila nak dekat exam ni la mcm2 nk rasa.. hehe.. apa pun kena hadapi cabaran exam ni gak.. Tahun ni aku masuk kelas first lagi.. hmm.. bila kata aku ni kelas first mesti korang fikir aku ni pandai kan.. sebenarnya aku tak la pandai mcm mn pun just buat yang terbaik je dalam exam tahun lepas tuh lagipun aku tak terfikir nak masuk kelas first ni.. byk cabaran nak kena hadapi bila masuk kelas first nih.. minggu pertama bila permilihan kelas, aku demam gara-gara dengar nama aku dipanggil dan diaturkan ke kelas first.. minggu pertama jugak aku ditekan dengan cikgu-cikgu professional   yang demand nk itulah nak inilah.. mcm2 la.. anggapan  diorang bila ada kat kelas first nih mesti prefect la student diorang.. Apapun aku tunaikanlah jelah permintaan diorang walaupun kadang2 hati ni rasa meluat pun ada sampai ponteng kelas... hihi.. jahatkan aku.. lalala.. itu perkara biasalah.. ponteng kelas pun tak gi mana g lepak sambil2 tolong cikgu aku kemas kebun dia (Aku ahli Kelab Alam Sekitar.. hihi..) lepas tu minta surat kebenaran tolong dia.. hehe..

p/s: Doakan saya eh dalam PMR nanti :D