Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Thursday 26 November 2020

Take a BREAK

 Assalamualaikum,


Hai semua, apa khabar! Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat. Pastikan kekal selamat dan mematuhi segala langkah penularan COVID-19 di mana saja anda berada, moga-moga di lindungi dari wabak merbahaya. #staysafe! Kita jaga kita! Ingat, kita juga frontliners yang mempunyai tanggungjawab bersama demi negara tercinta!

Sudah hampir 8 bulan kita hidup bercorak gaya hidup norma baharu, mungkin ada lagi seperti saya yang masih bertatih menerima seadanya udara norma baharu ini.

Saya juga hampir lama tidak mencoret di blog ini, hanya kadang-kadang sekadar singgah untuk menjeguk blog tersayang ini. Saya akui juga zaman juga berubah lebih kepada alaf digital dan media sosial. Jadi jaranglah orang mahu membaca blog, lagi-lagi blog yang unrated seperti ini.

Sepeti yang anda maklum tentang tajuk di atas, TAKE A BREAK, untuk saya berkongsi tentang keadaan semasa aktiviti hidup saya disini. Ada yang sudah maklum bahawa saya seorang yang aktif dengan kerja-kerja sukarelawan selama 5 tahun kebelakangan ini, dan juga jurustream/siaran langsung untuk program atau kuliah keagamaan.


Take a break ini bukanlah saya mahu meninggalkan kerja amal ini, terlalu sayang untuk saya beredar sehingga mungkin satu masa yang Allah mahu saya tinggalkan. Dengan izin Allah saya melakukan segalanya, dengan bantuanNya serta pelbagai rentak irama untuk bergelar sebagai seorang aktivis. 

Saya akui saya banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarelawan ini sehingga masa untuk diri ditirikan selalu. Pengalaman untuk saya menimba sebagai seorang aktivis adalah tidak ternilai kerana dari situ kita akan berlajar bagaimana untuk mengawal nahkoda sebuah pertubuhan, bagaimana untuk kita merendah diri, mengawal emosi yang sering kali mungkin terhasut perkara yang tidak baik serta setiap yang berlaku pasti ada pasang surutnya. Sebab apa saya berkata "ada pasang surutnya?" Tidak dramalah jika anda seorang melakukan kerja, mesti akan ada unsur pertikaian, berbeza pendapat, cabaran apabila "senior" cuba untuk menolak kehadiran anda apabila memperkenalkan idea baru dan pelbagai irama kehidupan ini sebagai seorang manusia. Sehebat mana pun anda, anda tetap manusia, melakukan kesilapan dan bukan maksum.

Jadi? Berehat bukan duduk saja, masih ada kerja yang berbaki dan tidaklah sesibuk sebelum ini, masih ada masa dengan keluarga, me time dan perkara yang sepatutnya.

Alhamdulillah, saya puji dan syukur kepada Allah. Kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Dia mengingatkan kita setiap yang terjadi, kita perlu kembali kepadaNya, berdoa dan tawakal tiap-tiap musibah yang berlalu. Manusia tetap lemah, dan kepadaNya kita kembali berserah.

Masa untuk mengembara. Doakan saya! 

The stress and strains of our always-connected lives can sometimes take us off course. GPS For The Soul can help you find your way back to balance.


p/s: Hampir ke penghujung 2020, tahniah kepada semua yang bakal dan akan berkahwin. Semoga dipermudahkan dan bercinta hingga ke syurga. Tapi saya sedih, sedih tak dapat nk travel, semoga dipermudahkan untuk jalan-jalan melihat kebesaranNya di luar, harap virus ini akan segera beredar secara aman, dapatlah kita bercuti secara damai. Take care ollz! 

Sunday 22 November 2020

Secawan Teh

 Assalamualaikum,


Secawan teh, aroma daun teh yang segar menambat rasa setiap hirupan.

Syukur kehidupan ini, setiap helah nafas dikurniakan nikmat olehNya.

Teh oh teh, kegemaran rakyat jelata, penguasa mahupun sesiapa saja yang menikmatinya.

Menemani setiap masa, mengukir memori dan perjalanan masa antara muda hingga warga emas.

Pelbagai rasa, pelbagai peringkat mutu dan pengeluaran, tidak juga dilupakan pada nilai komersialnya.

Ada dirumah, digerai, restoran, mahupun kafe minuman eksklusif.


Izinkan saya bercerita,

Pada suatu hari kita semua akan berada di alam dewasa, akan berkumpul semula, bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah mahupun universiti (jika dizinkanNya). Akan berbual, perbualan segera berubah menjadi keluhan mengenai tekanan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Menghirup secawan teh

Ketika semua mempunyai secawan teh di tangan, seorang pemuda berkata: ‘Sekiranya anda perhatikan, semua cawan mahal yang kelihatan menarik itu akan diambil, meninggalkan yang kosong dan murah. Walaupun biasa bagi anda hanya menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri, itulah punca masalah dan tekanan anda.

Yakinlah bahawa cawan itu sendiri tidak menambah kualiti teh. Dalam kebanyakan kes, harganya lebih mahal dan dalam beberapa kes menyembunyikan apa yang kita minum. Apa yang anda semua mahukan ialah teh, bukan cawan, tetapi anda secara sedar memilih cawan yang terbaik ... Dan kemudian anda juga mula melihat cawan masing-masing.

Sekarang pertimbangkan ini: Hidup adalah teh; pekerjaan, wang dan kedudukan dalam masyarakat adalah cawan. Mereka hanya alat untuk menahan dan mengandung Kehidupan, dan jenis cawan yang kita miliki tidak menentukan, atau mengubah kualiti Hidup yang kita jalani.

"Kadang-kadang, hanya dengan menumpukan perhatian pada cawan, kita tidak dapat menikmati teh yang telah disediakan oleh Allah kepada kita. 'Allah memberi nikmat teh, bukan cawan. Nikmati teh anda".


p/s: Terima kasih untuk dua cawan teh yang sedap, Ummi!

Thursday 22 October 2020

Media sosial


Dari Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran."(HR. Bukhari dan Muslim)Media sosial yang dipenuhi cacian dan kutukan telah menzahirkan kefasikan ramai orang termasuk dari kalangan yang dirasakan berilmu