Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Tuesday 21 November 2006

Assalamulaikum~! Ukhuwah Fillah Buat Semua :)

Assalamualaikum~! Hi.. Selamat datang ke blog saya.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas utk detik ini dan semoga dapat aku kecapi kejayaan di dunia serta akhirat kelak.. Insya-Allah.. amiinn~ Saya Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid, 15 Tahun.. Sekarang ni masih bersekolah menuntut di SMK Jelutong, Pulau Pinang.. Kalau korang nak tahu apa2 pasal aku.. just komen k.. Salam perkenalan.. eratkan ukhuwah ^_^

Sunday 12 November 2006

After PMR outing

Seminggu selepas PMR berlalu.. macam2 aktivti yang diaturkan oleh pihak sekolah.. antara aktiviti2 yang best.. pergi muzium perang, taman burung, round island, dan lain2..


Friday 28 April 2006

saya 15 tahun

Alhamdulillah.. saya dah 15 tahun menyambut hari kelahiran.. Walaupun sambutan birthday kali ni suram dari tahun lepas, memandang kawan2 yang rapat dah pun pindah ke sekolah lain. Hanya kenangan menjadi sejarah segalanya.. tahun ni saya harap PMR keputusan lebih baik.. sekarang ni masih sibuk dengan folio sejarah.. kena cari sejarah kemerdekaan.. hurm.. dah la duduk rumah sorang2.. jadi layan la sorang2 berblog dengan komputer aku ni.. oklah..

p/s : semoga ari ni lebih baik dari semalam :)

Friday 21 April 2006

Kehidupan budak sekolah (PMR Life)


PMR oh PMR... bila nak dekat exam ni la mcm2 nk rasa.. hehe.. apa pun kena hadapi cabaran exam ni gak.. Tahun ni aku masuk kelas first lagi.. hmm.. bila kata aku ni kelas first mesti korang fikir aku ni pandai kan.. sebenarnya aku tak la pandai mcm mn pun just buat yang terbaik je dalam exam tahun lepas tuh lagipun aku tak terfikir nak masuk kelas first ni.. byk cabaran nak kena hadapi bila masuk kelas first nih.. minggu pertama bila permilihan kelas, aku demam gara-gara dengar nama aku dipanggil dan diaturkan ke kelas first.. minggu pertama jugak aku ditekan dengan cikgu-cikgu professional   yang demand nk itulah nak inilah.. mcm2 la.. anggapan  diorang bila ada kat kelas first nih mesti prefect la student diorang.. Apapun aku tunaikanlah jelah permintaan diorang walaupun kadang2 hati ni rasa meluat pun ada sampai ponteng kelas... hihi.. jahatkan aku.. lalala.. itu perkara biasalah.. ponteng kelas pun tak gi mana g lepak sambil2 tolong cikgu aku kemas kebun dia (Aku ahli Kelab Alam Sekitar.. hihi..) lepas tu minta surat kebenaran tolong dia.. hehe..

p/s: Doakan saya eh dalam PMR nanti :D

Thursday 2 February 2006

Jom bersukan :)

Masa petang antara perkara yang paling seronok.. sebab petang saya dan kawan yang berdekatan bermain bola di court JKR Timur Laut Pulau Pinang.. walaupun saya tak pandai main bola.. tetap sertai bersama.. haha.. bila dah agak2 waktu maghrib nk sampai waktu tu kami pulang ke rumah dan bersiap ke masjid :)

P/s : bersukan baik untuk anggota badan tapi jangan terlanjak ke waktu maghrib :P

Thursday 5 January 2006

Hari pertama di form 3

Suasana di perhimpunan pagi sekolah
Assalamualaikum hai.. arini saya rasa tak sedap badan.. hari pertama dah demam.. gagahkan diri ke sekolah juga.. pagi2 cam biasalah perhimpunan sekolah.. lepas tu baru permilihan kelas.. dan aku dapat kelas first.. lagilah bertambah demam aku ni.. bukan tak suka kelas first ni.. memang bagus dapat kelas first ni tapi cikgu kan sini dan bajet sapa2 masuk kelas first ni mesti dah pandai.. tu yang susah.. huhu.. apapun hari pertama amat boring.. kena dengar cikgu bebel yuran tu, yuran ni.. kena beli tu, beli ni... haha.. cikgu meh la bagi duit.. demand cm kami anak orang kaya.. haha.. jgn mrh ha ckgu.. saja melawak.. haha

P/s : aku nk bagi kat walid aku notis bil2 dan yuran2 sekolah.. harap dia tak terkejut.. hahha :P