Doakan Kejayaan Seluruh Umat Islam di Dunia.. #PrayForUmmah
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair

Wednesday, 21 January 2009

GIATMARA Starter Life

Assalamualaikum.. hai semua.. Post aku kali ni.. aku nak cherita sikit tentang permulaan karier study aku selepas SPM... lepas SPM aku dgn kekawan aku dah plan... jadi hasil perbincangan kami sementara menunggu result SPM, kami nak ambil ilmu sikit kat GIATMARA ni..so pergilah kami ke Pusat latihan tersebut yang terletak di Bukit Gelugor (Dekat2 dengan Maybank Gelugor dan Cybercafe Idea Genius, if korang masih mencari-cari).. dan ambik borang, isi dan hantar..  selepas tiga minggu lepas tu GIATMARA antar surat untuk temuduga.. siap bwk sijil lagi.. hehe.. selepas temuduga kami diberitahu melalui surat jika berjaya atau tidak untuk masuk ke GIATMARA..



Tunggu punya tunggu... kekawan aku berjaya masuk...cuma aku je gagal.. haha.. frust sangat time tu.. tapi Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku, aku terima panggilan dari GIATMARA selepas sejam pendaftaran pelajar baru.. tersangat happy dan bersyukur.. aku bersiap2.. dan ke GIATMARA untuk sesi pendaftaran pelajar baru.. aku diberi list yang perlu aku siapkan dalam masa seminggu termasuk medical checkup.. so minggu ni aku diberi cuti untuk siapkan kelengkapan data untuk keperluan pusat latihan ini.



Dalam seminggu akhirnya aku secara rasmi jadi pelajar GIATMARA Bukit Gelugor.. aku mula menjalani minggu orentasi selepas seminggu pendaftaran. Dalam minggu orentasi, kami mendengar taklimat daripada AADK, JPAM dan juga taklimat dari pengurus serta tenaga pengajar. Pada hari Jumaat pagi, kami melakukan aktiviti senaman.. Dalam minggu tu juga aku di bahagikan kumpulan dan di minta untuk membina architecture sebuah komputer menggunakan kotak dan menerangkan komponen dan pekakas (hardware) yang ada pada setiap komputer.