Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts
Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts

Thursday, 26 November 2020

Take a BREAK

 Assalamualaikum,


Hai semua, apa khabar! Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat. Pastikan kekal selamat dan mematuhi segala langkah penularan COVID-19 di mana saja anda berada, moga-moga di lindungi dari wabak merbahaya. #staysafe! Kita jaga kita! Ingat, kita juga frontliners yang mempunyai tanggungjawab bersama demi negara tercinta!

Sudah hampir 8 bulan kita hidup bercorak gaya hidup norma baharu, mungkin ada lagi seperti saya yang masih bertatih menerima seadanya udara norma baharu ini.

Saya juga hampir lama tidak mencoret di blog ini, hanya kadang-kadang sekadar singgah untuk menjeguk blog tersayang ini. Saya akui juga zaman juga berubah lebih kepada alaf digital dan media sosial. Jadi jaranglah orang mahu membaca blog, lagi-lagi blog yang unrated seperti ini.

Sepeti yang anda maklum tentang tajuk di atas, TAKE A BREAK, untuk saya berkongsi tentang keadaan semasa aktiviti hidup saya disini. Ada yang sudah maklum bahawa saya seorang yang aktif dengan kerja-kerja sukarelawan selama 5 tahun kebelakangan ini, dan juga jurustream/siaran langsung untuk program atau kuliah keagamaan.


Take a break ini bukanlah saya mahu meninggalkan kerja amal ini, terlalu sayang untuk saya beredar sehingga mungkin satu masa yang Allah mahu saya tinggalkan. Dengan izin Allah saya melakukan segalanya, dengan bantuanNya serta pelbagai rentak irama untuk bergelar sebagai seorang aktivis. 

Saya akui saya banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarelawan ini sehingga masa untuk diri ditirikan selalu. Pengalaman untuk saya menimba sebagai seorang aktivis adalah tidak ternilai kerana dari situ kita akan berlajar bagaimana untuk mengawal nahkoda sebuah pertubuhan, bagaimana untuk kita merendah diri, mengawal emosi yang sering kali mungkin terhasut perkara yang tidak baik serta setiap yang berlaku pasti ada pasang surutnya. Sebab apa saya berkata "ada pasang surutnya?" Tidak dramalah jika anda seorang melakukan kerja, mesti akan ada unsur pertikaian, berbeza pendapat, cabaran apabila "senior" cuba untuk menolak kehadiran anda apabila memperkenalkan idea baru dan pelbagai irama kehidupan ini sebagai seorang manusia. Sehebat mana pun anda, anda tetap manusia, melakukan kesilapan dan bukan maksum.

Jadi? Berehat bukan duduk saja, masih ada kerja yang berbaki dan tidaklah sesibuk sebelum ini, masih ada masa dengan keluarga, me time dan perkara yang sepatutnya.

Alhamdulillah, saya puji dan syukur kepada Allah. Kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Dia mengingatkan kita setiap yang terjadi, kita perlu kembali kepadaNya, berdoa dan tawakal tiap-tiap musibah yang berlalu. Manusia tetap lemah, dan kepadaNya kita kembali berserah.

Masa untuk mengembara. Doakan saya! 

The stress and strains of our always-connected lives can sometimes take us off course. GPS For The Soul can help you find your way back to balance.


p/s: Hampir ke penghujung 2020, tahniah kepada semua yang bakal dan akan berkahwin. Semoga dipermudahkan dan bercinta hingga ke syurga. Tapi saya sedih, sedih tak dapat nk travel, semoga dipermudahkan untuk jalan-jalan melihat kebesaranNya di luar, harap virus ini akan segera beredar secara aman, dapatlah kita bercuti secara damai. Take care ollz! 

Sunday, 22 November 2020

Secawan Teh

 Assalamualaikum,


Secawan teh, aroma daun teh yang segar menambat rasa setiap hirupan.

Syukur kehidupan ini, setiap helah nafas dikurniakan nikmat olehNya.

Teh oh teh, kegemaran rakyat jelata, penguasa mahupun sesiapa saja yang menikmatinya.

Menemani setiap masa, mengukir memori dan perjalanan masa antara muda hingga warga emas.

Pelbagai rasa, pelbagai peringkat mutu dan pengeluaran, tidak juga dilupakan pada nilai komersialnya.

Ada dirumah, digerai, restoran, mahupun kafe minuman eksklusif.


Izinkan saya bercerita,

Pada suatu hari kita semua akan berada di alam dewasa, akan berkumpul semula, bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah mahupun universiti (jika dizinkanNya). Akan berbual, perbualan segera berubah menjadi keluhan mengenai tekanan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Menghirup secawan teh

Ketika semua mempunyai secawan teh di tangan, seorang pemuda berkata: ‘Sekiranya anda perhatikan, semua cawan mahal yang kelihatan menarik itu akan diambil, meninggalkan yang kosong dan murah. Walaupun biasa bagi anda hanya menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri, itulah punca masalah dan tekanan anda.

Yakinlah bahawa cawan itu sendiri tidak menambah kualiti teh. Dalam kebanyakan kes, harganya lebih mahal dan dalam beberapa kes menyembunyikan apa yang kita minum. Apa yang anda semua mahukan ialah teh, bukan cawan, tetapi anda secara sedar memilih cawan yang terbaik ... Dan kemudian anda juga mula melihat cawan masing-masing.

Sekarang pertimbangkan ini: Hidup adalah teh; pekerjaan, wang dan kedudukan dalam masyarakat adalah cawan. Mereka hanya alat untuk menahan dan mengandung Kehidupan, dan jenis cawan yang kita miliki tidak menentukan, atau mengubah kualiti Hidup yang kita jalani.

"Kadang-kadang, hanya dengan menumpukan perhatian pada cawan, kita tidak dapat menikmati teh yang telah disediakan oleh Allah kepada kita. 'Allah memberi nikmat teh, bukan cawan. Nikmati teh anda".


p/s: Terima kasih untuk dua cawan teh yang sedap, Ummi!

Thursday, 26 December 2019

Promise Yourself



To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you.

Monday, 29 October 2018

Perem Cereka Aksara

Berhampiran dengan tapak pendakian Gunung Siku, Cameron Highlands, Pahang.
[Hakcipta terperlihara Lensa [R], 2018]

























Ramai pandai berbicara,
Ramai bijak mengkritik,
Ramai juga yang hebat membandingi.

Tapi tak ramai yang memandang cermin melihat kekurangan sendiri.
Ibarat melihat org lain jatuh namun tidak menyedari diri sendiri telah berada dihujung tebing.

Pernah suatu ketika dahulu mereka yang menidakkan kuasa supaya kita tidak jatuh apabila di atas puncak. Hari ini membuktikan untuk menghalang kuasa itu hanya ombongan sekadar cerita di kedai kopi.

Mereka berperang dengan disulami dengan kelompok kroni dan nafsu yang mengkuasai emosi dan perasaan.

Mereka tidak serupa, berlainan rupa dan watak tetapi mereka bersatu untuk menjatuhkan orang yang dipanggil tali persaudaraan. Selamat menjadi "Dewasa".

p/s: Try hard to spin. Putar lagi! wang besar, wang besar.

Wednesday, 5 September 2018

Padangan Lensa Hati

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? realridz harap semuanya baik-baik saja

Ada apa dengan pandangan sebenarnya? Pandangan banyak huraiannya, pandangan juga disebut sebagai pendapat. Zaman generasi Y, kita dapat lihat banyak perkara yang tular, pelbagai perkara baik dan sebaliknya berlaku dengan pantas.



KAWAN MENJADI LAWAN





















Dalam perjalanan menjadi seorang manusia yang matang, kita akan bertemu ramai rangkaian manusia, rangkaian yang berbeza-beza liputan, kualiti, tawaran dalam perhubungan sama ada ia memudahkan atau menyusahkan.


Dunia ini cantik jika dapat hayati untuk bekalan untuk di akhirat yang indah kelak. Ampuni dosa kami ya Allah. Berikan kami kekuatan

Berkawan itu suatu kemestian dalam hidup, tetapi carilah perhubungan yang dipanggil "SAHABAT", ia sememangnya susah untuk dijumpai tapi yang ikhlas pasti akan di temukan dalam doa, InsyaAllah :D


PENTINGKAH PANDANGAN ORANG? 

Dalam perjalanan ini, manusia sering dambakan pujian dalam hidup mereka kecuali orang-orang yang meletakkan pujian itu hanyalah kepada Allah. Saya tertarik dengan sikap seorang bintang ilmuwan di rancangan Halaqah, Dato' Dr. Danial Zainal Abidin (Terbitan MediaPrima di TV3), apabila beliau di puji, beliau akan menyebut, MasyaAllah (adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian). Maknanya bila kita sering meletakkan pujian itu kepada Allah, kita tidak akan rasa kecewa apabila di kritik atau tidak dihargai. Biarlah kebaikan itu di nilai olehNya.


SANGKA BAIK  <vs>  SANGKA BURUK


Persekitaran suasana hidup sering kali pasti diselubungi perasaan yang berlawan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu keadaan

Tapi terfikir juga kekadang, tak semua perkara harus di pandang hina, jelik, buruk.. sebabnya

Tak semua yang kita lihat itu baik jawapannya, Tidak semua tidak di lihat itu buruk titiknya contohnya, dalam diam kita bersedekah dalam sembunyi-sembunyi. Kenapa perlu di risaukan dengan pandangan manusia, padahal pandangan Allah itu lebih mulia kan?

Mari sama-sama kita hayati ayat 12 surah al-Hujurat

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”

Dalam perjuangan hidup ini dari ruang jalan yang kecil kita membesar, menuju perlahan-lahan ke jalan yang lebih besar dalam mengharungi suka duka papan cerita kehidupan ini, kita harus sedar, kita pasti menemui jalan penamat itu akhirnya. Ayuh! persiapkan bekalan (amalan baik) agar urusan di sana nanti akan menjadi pemberat untuk melangkah ke ruang destinasi pilihan Allah.

Semoga semuanya dalam lindungan Allah.

Tuesday, 10 April 2018

Angin Peredaran Budi

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik,
Masa berdetik tanpa sedar,
Pantas perjalanan,,
membawa lenaku ke sini.

realridz tak sangka, blog ini menghampiri 14 tahun penubuhannya. Sambil penulisan di tepi pantai, menghirup udara nyaman di sini tanpa ada gangguan atau sebarang penghakiman manusia.

Dalam 14 tahun, pelbagai drama, pelbagai liku kehidupan telah berlalu tetapi itu bukanlah satu sebab untuk kita mengundur ke belakang, patah semangat, well cakap tersangatlah mudah seperti makan jajan. Nak tahu tak, meh saya kongsi sikit cerita kehidupan saya tapi janji kena baca dediam je dan tiada perasaan judgemental dan saya hargai jika ada sifat ingin menolong. Dalam peredaran tahun ke tahun, satu mometum hitam terjadi pada diri saya menyebabkan saya kemurungan hampir ke ***.

KEPERCAYAAN

Bila saya dalam situasi yang gelap ini, saya akan cuba mencari seseorang atau pendengar yang boleh saya percayai untuk menumpang bahu dan meluahkan. Berlama mana saya menyerahkan kunci kepercayaan ini dan akhirnya saya di maklumkan oleh orang lain berserta bukti yang cukup meretakkan hati.

"AKU DITIKAM DARI BELAKANG OLEH SAHABAT SENDIRI YANG AKU SANGAT PERCAYA!"

Saya cuba menarik nafas untuk tenangkan diri dan bertanya kepada diri sendiri, apakah yang telah saya lakukan menyebabkan dia berbuat demikian? TIADA! Akhirnya, gugurnya air mata kerana mengenangkan sahabat yang bertukar menjadi pengkhianat.

Jiwa saya meronta...

KENAPA!
KENAPA!
KENAPA!

APA SALAH SAYA?

“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.”
― Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah

Benar kata-kata Hamka. Orang yang menyimpan rahsia merupakan seorang yang amanah. Amanah menjaga rahsia sehingga ianya dijaga dengan rapi tanpa bocorkannya.
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(6:110)
Perubahan hati kadang-kala ianya terlalu pantas dan kadang-kadang tidak mampu dipandu dalam pemanduan yang baik. Dan peredaran budi ditaburkan, dilupuskan seperti tidak pernah menabur jasa, bakti di buang begitu saja. Inilah manusia yang perlupa, sudah bahagia, sepahnya mudah diludah.

Sayang, sama sekali terlalu sayang. Diriku hanya bertepuk sebelah tangan. Menekan-nekan tertikus, memutarkan kembali memori kita dalam cakera keras yang di simpan rapi sebagai koleksi toleh ke belakang.

Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya”. (47:17)




Apa yang baiknya disini, yang terjadi, Allah tunjukkan sesuatu kepada diriku, dialah manusia yang harus kamu berhati-hati sebelum termasuk dalam lubang najis yang lebih teruk. Terima kasih, Ya Alllah. Hanya Engkau mengetahui apa terbaik buat diriku ini.

Mulai saat itu, saya mengambil langkah berhati-hati dan professional untuk berhadapan dengan 'sahabat' ini. Bagi saya, cukuplah saya mendera perasaan diri sendiri. Masa untuk bangkit dan hapuskan angin yang cuba menjatuhkan diri.

Apa yang berlaku, ingatlah JANGAN BALAS DEMDAM... Pohonlah kepada Allah, Dia Maha Pendengar, lagi Maha Adil dan Bijaksana. Semoga apa yang berlaku, menjadi sempadan dan pengajaran buat diri saya dan contoh untuk anda semua. Kepercayaan itu suatu AMANAH, dan peredaran BUDI harus digenggam rapi agar kita tidak lupa jasa orang yang membantu kita di waktu kita jatuh, Dan mengingati budi hendaklah bertempat.

Saya melarikan diri ke Krabi, Thailand berseorangan tanpa diteman oleh sesiapa selama 5 hari. Inilah masa yang berkualiti untuk menghirup udara segar dan berjalan sambil melihat bumi ciptaan Allah. Alhamdulillah, saya pergi dan balik ke tanah air semuanya dipermudahkan olehNya.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Doakan saya!




Wednesday, 4 April 2018

Paradoks Penghakiman

Berombak paradoks di jiwa,
Tidak yang datang menghulurkan tangan,
Laluan sukar,
Ku mohon kepada Dia agar dipermudahkan.
ใ…ค
Masalah peribadi di kunci rapi,
Serik bercerita kepada pendengar yang salah,
Berlawan dan mempertahankan jiwa sendirian,
Dalam memandu menghadapi arah yang mencabar.
ใ…ค
Mereka bebas mewarna perkataan melalui bibir,
Tanpa mengikut rasa tona warna latar,
Gelombang arus dari pelbagai sudut,
Cuba untuk kuat bertahan menghadapinya.

MOHAMAD RIDZUAN ABDUL MAJID
Krabi, Thailand
ใ…ค

Monday, 4 September 2017

Keselekoh Kekuatan

Assalamualaikum dan Bismillah.

Gambar di ambil semasa bercuti di Lombok, Indonesia. Kalau saya ada masalah saya suka pergi ke pantai, habit saya begitu sejak sekolah rendah sebab rumah berhampir dengan pantai.


Kesedihan dalam hidup itu adalah perkara biasa.

Sangat normal bila dalam hidup ini kita teruji dengan ruang masa dan waktu. Kita teruji dengan kewangan. Kita teruji dengan hubungan sesama manusia. Malah, adalah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia teruji dengan pencapaian tentang sesuatu dalam hidup. Dipendekkan cerita, antara fakta terbesar dalam hidup manusia adalah,

MANUSIA AKAN SELALU TERUJI.

Dan dalam setiap ujian itu, banyak waktu pasti akan diiringi oleh kesedihan jiwa kita. Pernah tertanya-tanya tak, adakah kita sebenarnya perlu bersedih? Mestikah kita bersedih bila saat-saat berhadapan dengan ujian? Kenapa perlu bersedih?

Waktu ini saya masih di dalam mood kesedihan. Masa bercuti ni saya di temani orang yang hebat-hebat antara kak kebayan, Lecturer WNH dan seorang teman yang di gelar ustaz.

Apa yang perlu kita sedar bahawa, perasaan sedih atau kesedihan itu adalah salah satu perasaan yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia. Menjadi manusia yang bersedih apabila terasa mahu bersedih dan menangis itu, tidak salah. Mahu bersedih, maka bersedihlah. Mahu menangis, maka silakan. Tiada siapa melarang untuk bersedih dan menangis. Dan tiada hukum yang menghukum bahawa menangis itu adalah dosa.

Jadi nanti bila satu saat, kau terasa mahu menangis kerana hanya dengan cara menangis boleh melegakan sedikit hatimu, maka menangislah. Jangan tahankan, luahkanlah.

Airmata itu adalah tanda kau sedang membina kekuatan..

Kita rasa kita sudah cukup kuat menghadapi hentakan cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam hidup. Yang datangnya tiba-tiba, dan perginya juga tiba-tiba. Kita bisukan kesedihan, kita sembunyikan airmata dan kita buang perasaan terasa bersendirian menghadapi perkar-perkara yang menyakitkan dan mencabar kekuatan emosi.

Kita kumpul sebanyak-banyaknya di dalam bongkahan dada. Bagi orang yang tiada tempat untuk dikongsikan luahan, menelan satu persatu kejadian dalam hidup adalah pilihan yang terbaik. Kerana pada kita, jika kita menceritakan dan meluahkan kepada orang lain, belum tentu mereka akan faham. Banyak waktu, mereka hanya mampu mendengar. Dan kita adalah seorang manusia yang tidak mahu membebankan fikiran orang lain dengan luahan masalah kita.

Dan takut pula kita memburukkan atau terfitnah orang yang terbabit - kerana kita masih memikirkan untuk tidak memburukkan orang-orang yang terlibat dalam menghentak dunia dan perasaan kita.
Sampai satu tahap, atas kelemahan diri kita sendiri juga.. Kita terasa bahawa hidup kita ini tiada yang memahami. Apatah lagi orang lain mahu memahami diri kita padahal kita pun tidak memahami diri sendiri. Rumit, kan? Jadi, kita memilih untuk menjadi orang yang mulut dan perasaannya terkunci serapat-rapatnya.

Akhirnya kita menjalani kehidupan dengan menelan setiap kesakitan, dan menerima 'rasa keseorangan' sebagai salah satu cabaran hidup. Yang menguatkan kita, hanyalah Tuhan sekalian alam.


Saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tetapi elakkan setiap kali menggunakan alasan atau menjadi tunggangan hikmah itu sendiri, takut ertinya tidak lagi tulin sesecuci namanya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menyelesaikan atau berbincang sesebuah perkara  jika ianya bermasalah dengan baik bukan menghancurkan ia menjadi luka dalam hati.

Siapa pun yang sedang atau pernah mengalami perasaan sedemikian. Semoga Allah melapangkan perasaanmu, meninggikan darjatmu di dunia dan akhirat, dan mengukirkan senyuman diwajahmu.
Aku tidak akan menasihatimu dengan banyak.. cuma aku doa, semoga nanti akhirnya kau beroleh bahagia yang kau layak jalani.

P/S: Maaf lama tidak menulis kerana sedang berjuang untuk pulihkan emosi. Doakan saya ya semuanya. Jazakallah!

Tuesday, 7 March 2017

Berpijak dalam empayar sendiri!



Manusia yang berada di atas bumi ini takkan pernah puas. Keinginan atau kehendaknya takkan pernah dapat dipenuhi. Lepas satu dia dapat, dia mahu lebih lagi. Selepas itu, dia mahu lebih, yang lebih, lagi dan lagi. Dan wujud juga manusia yang suka melihat orang lain mengikut perspektif atau mengikut kemahuannya. Dia sahaja yang betul.

Apabila dia melihat seseorang itu begitu, maka dia mahu orang itu menjadi begini. Hanya kerana orang lain tidak seperti dirinya, dia mahu orang lain menjadi seperti itu.

Percaya atau tidak, masih wujud manusia sebegini. Sama ada anda mengikut telunjuknya atau tidak, terpulang. Tapi seharusnya kita ada prinsip tersendiri untuk menjadi diri sendiri. Kalau misal kata mahu orang berubah ke arah kebaikan, ya bagilah nasihat. Dan titik, kita hanya mampu beri nasihat dan memberi dorongan serta contoh.

Tetapi bukan memberi hukuman.

Sangat rugilah hidup kita ini jika hendak memuaskan orang-orang sekeliling yang selalu menghukum diri kita begini dan begitu. Kerana mahu tahu? Sedaya apa pun kita menuruti kemahuan orang lain kepada diri kita, orang takkan pernah berpuas hati. Akhirnya, siapa yang merana dan derita dari segi emosi? Siapa lagi? Kitalah!


Percaya Kepada Diri Sendiri

Kawan, ada beberapa hal diantara banyak hal di dunia ini yang perlu kamu sentiasa sedar walau di mana pun kamu berada. Pertama, tidak semua orang akan senang dan sukakan kamu. Kedua, akan ada orang yang sentiasa tidak puas hati dengan kamu walaupun kamu tidak mengenali orang itu, dan orang itu pun tidak mengenali kamu secara peribadi. Percaya? Dan akan menjelma manusia-manusia yang akan menghukum kamu sehingga mahu melihat kamu jatuh. Dan sebenarnya orang-orang bukanlah orang-orang yang mengambil berat dengan kehidupan kamu. Tetapi orang-orang ini hanyalah manusia yang wujud, yang tiada kepuasan terhadap diri sendiri lalu mencari orang lain untuk memenuhi apa yang diingininya hanya kerana dirinya pun tidak puas hati sendiri.

Faham? Jadi, untuk tidak membiarkan manusia-manusia negatif semacam itu mempengaruhi emosi dan kehidupan kita, maka kita perlu percayakan diri sendiri. Kita perlu ambil tahu potensi diri sendiri dan memberi amanah kepada diri, bahawa kita mesti boleh melakukan sesuatu yang terbaik yang boleh kita lakukan!

Sudah 2017, kawan. Kita tidak perlu hirau pada pandangan manusia. Atau kita tidak perlu hirau kepada manusia yang tidak mahu bersama-sama dengan kita di jalan ini. Apa yang perlu kita lakukan? Move on, jalan terus dan jangan menoleh lagi.

Di dunia, kita selalu sahaja mendapati keadaan di mana orang lain tidak akan kisah kepada seseorang jika orang itu tidak mempunyai apa-apa. Sebaliknya, akan ‘kisah sangat’ jika seseorang itu menunjukkan potensi dirinya, lalu orang yang kisah sangat tadi itu sebenarnya tercabar. Apa yang mereka lakukan? Memberi hukuman, dan mahu orang lain bertindak mengikut kehendak mereka. Walaupun sebenarnya mereka itu bukan siapa-siapa dalam hidup kita. Macam tidak percaya? Kamu harus percaya.


Hanya dengan menghormati diri sendiri, menghargai dan tahu potensi diri lalu mengembangkannya yang akan membuatkan orang lain tidak dapat mengawal hidup kita dengan persepsi untuk kepentingan diri mereka.

Kasut Orang Lain Bukan Kasutmu

Diri kita ini juga ada kelemahannya. Selalu kita melihat kehidupan orang lain. Kita jadi cemburu kepada perjalanan hidup dan kejayaan hidup orang lain. Kita melihat yang indah-indah sahaja pada kehidupan orang lain. Sehingga sampai suatu waktu, kita pula berusaha untuk ingin memperolehi apa yang orang lain ada.

Sifat cemburu kepada kejayaan orang lain itu bagus sebenarnya. Untuk dijadikan dorongan kepada diri sendiri. Jadi pembakar semangat! Tetapi kalau sifat cemburu itu hanyalah kerana cemburu kerana dunia semata-mata, maka diri kita akan berakhir dengan menjadi seseorang yang sentiasa meniru dan terikut-ikut dengan cara kehidupan orang lain. Kita memerhati apa yang orang lain ada, kita wajibkan ke atas diri kita pula mesti ada.

Sangat lucu! Dengan hanya bersifat sedemikian, tidak perlu pun orang lain memaksa-maksa diri kamu, atau memberi telunjuk tentang kehidupan kamu. Kerana pasti! Sangat pasti, kamu telah membiarkan diri kamu menjadi hamba kepada orang lain. Titik!

Mudahnya menjadi hamba kepada orang lain, bukan?

Orang melayu terkenal dengan pepatahnya, “Ukur baju di badan sendiri’. Secara tersuratnya, kalau kita mengukur baju mengikut ukuran badan orang lain, maka boleh jadi baju kita nanti menjadi terlalu besar atau terlalu kecil buat kita. Nah, akibatnya nanti apa? Kita yang rugi. Bukannya orang lain. Logik? Begitulah juga dengan kehidupan orang lain. Itu kehidupan orang lain, bukannya kehidupan kita.

Kasut kita, tetap jadi kasut kita. Kasut orang lain, bukan kasut kita.


Tambahan pula, kita selalu merasa kagum dengan pencapaian orang lain di dalam dunia ini. Jarang benar kita mahu melihat apa dugaan dan cabaran yang perlu dia tempuhi sebelum dapat mencapai apa yang dia ada pada hari ini. Alah, jangan mahu menidakkanlah! Betul atau tidak? Senyum.


Masing-masing Ada Bahagiannya

Kejayaan yang kita mungkin perolehi, mungkin tidak se-gah orang lain. Mungkin tidak segempak orang lain. Kerana apa? Hal ini kerana, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Asalkan kita berusaha, maka adalah untuk kita. Allah SWT kan sudah berjanji, bahawa bagi setiap manusia yang berusaha itu, pasti ada bahagian buat mereka.

Jadi kenapa perlu risau?

Kadang-kadang perjalanan hidup kita tidak seindah perjalanan hidup orang lain. Kadang-kadang kejayaan dan pencapaian kita dalam hidup, tidak seawal orang lain. Jadi, buat apa nak kisah sangat tentang itu? Apa yang perlu kita risaukan adalah apabila kita berhenti dari berusaha dan hanya mengharap kejayaan datang bergolek semata-mata.

Sesekali jika hati kita terusik apabila melihat perjalanan hidup kita dan perjalanan hidup orang lain itu tidak sama, maka itu biasalah. Perkara normal. Tidak salah untuk ada perasaan macam tu. Yang salahnya, bila kita terlalu fikirkan perkara tu dan kita mulailah hendak berputus asa. Setelah apa yang kita perjuangkan, baru sekarang nak putus asa.

Sia-sia jelah hidup!


Saya jadi teringat pula dalam kelas saya sewaktu sekolah menengah dulu. Bunyi tulisan yang ditampal buat dorongan semangat tersebut berbunyi lebih kurang begini,

“Tidak kiralah berapa kali anda terjatuh dalam hidup. Apa yang penting adalah anda tidak pernah berhenti untuk bangun lagi dan lagi!”


Teruskan Berusaha Dan Mencuba

Kamu ada kejayaan yang mahu dicapai tapi sehingga sekarang belum tercapai kejayaan tersebut? Dan sekarang kamu sedang berusaha menuju kejayaan tersebut tetapi terasa seperti sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding orang lain?

Well.. Orang lain itu siapa? Kisahkah orang itu terhadap kamu? Atau hanya kamu sendiri yang merasa rendah diri kerana tidak seangkatan dengan orang lain yang sudah mencapai kejayaan tersebut? Cuba, cuba tanya diri sendiri. Tanya dalam-dalam.

Saya hanya akan kata, siapa kisah terhadap orang lain? Kadang-kadang kita ini, terlalu pula mengambil berat terhadap pandangan orang lain. Sedangkan, orang lain yang kita maksudkan itu tiada pula bersangka-sangka. Malah boleh jadi ada yang mendoakan kita secara diam-diam. Siapa tahu, kan?

Dan kalau pun orang lain yang dimaksudkan itu merendah-rendahkan usaha kita yang sekarang. Kenapa mahu kisah? Adakah orang itu yang memberi kita makan? Ataukah orang itu menanggung perbelanjaan atas usaha kita? Kalau tidak, kenapa kisah?

Kadang-kadang kita yang terlalu berfikir bukan-bukan.

Teruskan sahajalah. Insya-Allah, pasti kita akan bertemu dengan orang-orang yang baik. Dan insya-Allah, kita akan bertemu dengan orang-orang yang sebaliknya juga. Tapi, apapun.. Itu semua akan menguatkan kita. Yang penting apa? Kita percaya dan yakin terhadap diri sendiri. Bukannya membenarkan orang lain merendah-rendahkan diri kita. Atau kita sendiri yang mematahkan semangat untuk berusaha. Haishhh! Cubit kang!


Dan kita kena yakin, bahawa Allah SWT takkan biar kita bersendiri. Senyum. :)

Thursday, 2 March 2017

Ini Wilayah Ujian, Selamat Datang!



Hidup ini memang ladang ujian, kawan. Kau semai iman, yang tumbuh ujian. Kau racun ujian, yang kembali bertunas pun masih bernama ujian.

Kau terpaksa berdepan jutaan kerenah. Kau terpaksa bertahan bila difitnah. Kadang terpaksa diam walau pun dihina. Kadang terpaksa berkeras walau pun kau sendiri tak suka.

Jangan disebut tentang deraian airmata. Infiniti! Setia sungguh ia mengalir di pipi hingga yang sudah kering pun masih mahu mengalir lagi dan lagi.

Aku tahu hancurnya hatimu kerana hatiku sendiri terlalu sering hancur seperti itu. Percayalah. Tiada yang tuah tentang aku kalau mahu kau bandingkan dengan dirimu.

Kita sama saja,kawan! Kita sama-sama memerlukan satu kuasa untuk berdepan dengan ujian yang tiba.
Maka berpautlah pada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Sungguh kita takkan mengalah kalau berpaut pada tali Allah.

Jalan terus! Tapi pastikan kau berada di jalan yang lurus. Itu saja. Kalau niat itu mampu kau tuluskan kerana Allah, kau takkan mudah mengalah.

Kau jatuh, tapi tak rebah.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
(Al-Baqarah: 286)

Selamat datang ke wilayah ujian yang setiap manusia pasti jejak atau laluinya.
Wilayah yang kita akan kerap mencari nafas dari noda-noda dosa yang menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Walaupun seperti dilihat dalam iklan telco dalam TV, selamat datang ke wilayah Celcom!
Liputan tanpa gangguan, Always 4G speed!
Tapi kehidupan ini ada route kerataannya, kadang kita lalui jalan lurus, kadang-kala bengkang-bengkok, berbukit ... etc.

Hidup ini banyak cabarannya, hadapi dengan berhati-hati, sabar kerana kadang-kalanya kita akan sampai ke persimpangan ujian yang menguji kesabaran manusia. Mari sama-sama kita doakan kejayaan semua orang termasuk DIRI SENDIRI, ummah yang sangat membimbangkan dalam pelbagai isu termasuk diri sendiri yang tergolong dalam masalah akhlak dan naik turun iman. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam menjalani perjalanan yang kita tidak tahu bila penamatnya, hanya Dia mengetahui segala-galanya.


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am: 59)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." 
(Surah al-An'am: 59)


Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.


Monday, 23 January 2017

Andai aku tahu~





Andai aku tahu

Kesudahannya adalah kepahitan

Mungkin aku memilih untuk tidak memulakan

Namun, takdir yang kita jalan

Itu kadangnya bukan pilihan

Tapi ketentuan

Dan tiap nya itu tidak Allah beri dengan ke-sia-an

Hikmah itu ada, cuma perlu dicari gali dengan ketenangan.

Moga, selalu jumpa kebaikan :)

Wednesday, 5 October 2016

Roda Kehidupan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dengan limpah kurniaNya kita semua bernafas dan di izinkan untuk melakukan apa jua aktiviti termasuk membaca blog ini ;)

Alhamdulillah juga sehingga ke hari ini dapat juga aku menulis dan perjuangkan blog ini sehingga ke hari ini yang telah berusia 12 tahun. Terima kasih. ya Allah!
There’s so much bad out there. Don’t add to it. Be kind instead. It costs nothing. But it could mean everything to the ones you touched.
- Mufti Ismail Menk
Bercakap tentang roda kehidupan pasti kita bayangkan perjalanan hidup yang kadang-kala di atas dan kadang-kala di bawah. Semua orang mengimpiankan hidup yang penuh kebahagiaan, tanpa masalah tetapi tidak selalu kita mengalami hidup yang berbahagia, tanpa persoalan dan tantangan. Siapapun kita, pasti akan mengalami masalah, bahkan ujian. Kehidupan ini seperti musim yang silih berganti, tidak selalu hujan, terkadang juga panas. Begitu pula selama kita hidup, suka dan duka selalu bergantian karena ini merupakan warna dari kehidupan. Biarlah kita boleh menyedarinya agar ketika mengalami masalah atau cubaan, kita dapat menjadi kuat. Kita tidak akan menjadi kecewa. Ingatlah juga bahwa tidak selamanya kita akan mengalami apapun yang sedang kita alami. Pada waktuNya, Tuhan pasti menolong dan memberikan kemenangan.

Dalam menjalani hidup ini, yang terpenting adalah bagaimana kita bersikap. Sebuah sikap yang kita ambil akan mempengaruhi kehidupan kita. Saat mengalami masalah, janganlah mengeluh atau menjadi "down". Sebuah keluhan tidak akan menyelesaikan persoalan, oleh yang demikian, membuat kita semakin ke dalam masalah tersebut. Jadi, ambillah sikap untuk tetap bersyukur kepada Allah. Percayalah bahwa semua yang Allah berikan kepada kita itu selalu yang terbaik, dan tidak ada rancanganNya yang buruk

Keep Strong! Anda boleh :) Selamat mencuba~!



Wednesday, 27 April 2016

Twenty Hi FIVE!

Assalamuaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni genaplah umur kami 25 tahun dan usia blog ni 12 tahun. Alhamdulillah..

























Berada di pertengahan usia 25 yang kini sedang membina kerjaya, perkuatan ilmu agama dan menjawab serangan soalan-soalan bila nak kahwin.. aha!

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah ni dan berada dalam hidup masih mempunyai kedua orang tua dengan sihat wal-afiat. Alhamdulillah!

Ada apa dengan 24?

- Di usia yang mencari kerja, rezeki aku berada di Dell dan kini Alhamdulillah dah setahun berada di syarikat yang gah dengan product IT.
- Di beri peluang untuk bersama promediatajdid dan menyelami diri ke dalam ilmu agama yang lebih luas dan kini masih belajar dan tidak pernah berhenti untuk memahami dan mendalami ilmu agama.
- Kahwin? Insya-Allah, masih berdoa agar dipertemukan jodohnya kelak. Doakan saya! Sapa xmau kahwin XD
- Masih membina sasaran diri ke arah yang lebih baik dan InsyaAllah teratur walaupun tak dapat nak capai sasaran yang sempurna.
- Dapat realisasikan hobi dengan membeli DSLR 70D.
- Kecewa? Selalu ada.. haha tapi ambil masa untuk tangani, harap diri dapat motivate untuk lebih kool.


Twenty Hi-5 Planning

- InsyaAllah kalau jodoh sampai, kita proceed. :)
- Kebahgiaan keluarga, ummi abah ada juga wish planning saya untuk yang lebih baik.
- Tahun ni, dapat lagi anak buah, Doakan kakak first dipermudahkan segala urusan.
- Tak banyak sangat planning sebab saya jenis planning last minutes, jadi apa yang tercapai nak buat, saya akan proceed. Apapun setiap kali menjelang usia, kita perlu motivate kan diri untuk jadi yang lebih baik dan kehadapan.

Saidina Umar r.a. pernah berkata :
“Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.” 
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
( Surah Al-asr,  103 : 1-3 )


Kepada Followers!

- Terima kasih kerana sudi melawat dan subscribe blog kami yang tak berapa gempak dari segi penulisan dan posting.. Jika ada salah silap, mohon maafkan kami dan kami masih membuka ruang komen dan kritikan membina untuk memeriahkan blog ini. Tanpa anda, tak sampai la 12 tahun penyiaran blog ini. Terima kasih! Syukran! May Allah Bless You! Jazakallahu Khair!

p/s : So, siapa dlu yg nk habiskan zaman bujang nie? Kita tunggu n lihat.
#Pray for myself #Pray for Ummah!

Monday, 4 January 2016

Langkah Pelangi 2016 ke sekolah

Assalamualaikum


teringat zaman sekolah dulu, sangat teruja nak masuk sekolah. Bermula dengan pra-sekolah atau tadika di KEMAS, pokok asam. Antara momen yang aku ingat, Aku join nasyid pastu pertandingan di Balai Bomba Jalan Perak. Masa tu aku kena make up bagai, siap cikgu tu bagi aku pakai lipstik, yealah muka aku masa tu sangat comel.. hahaha.

First day sekolah rendah pulak (dulu depa panggil Sekolah Rendah Kebangsan Jelutong Barat pastu tukar SK Jelutong Barat), mak adalah orang yang paling penting menemani aku dan tukang semak semua keperluan aku dan juga menemai aku masa waktu rehat. Bab makan paling best sebab apa, beliaulah yang akan siapkan makanan dan juga minuman aku.. masa tu sesi sekolah petang, rasa dop brape seronok sebab cerita kartun best-best selalu di tayangkan petang-petang.

Kelas dan guru sekolah pertama aku adalah 1 Fairuz, Cikgu Nalina Rahman kalau tak silap nama penuh dia. Dalam marah-marah dia dalam mendidik aku, ada kasih sayangnya. Aku teringat lagi, masa last day sekolah darjah 1, dia pesan suruh tengok buku masa cuti sekolah tapi aku cuti is cuti, nakalkan aku.

Momen yang aku ingat, kena masuk fesyen show (masa tu aku pakai baju melayu full set), Momen yang paling berani sekali, disebabkan takut nak bagitahu cikgu tak bawak buku latihan, ada seorang kakak ni tolong aku jumpa guru besar (yealah time tu nangis sebab takut) pastu guru besar, Jaya Balan tenangkan aku, dia bagitahu lain kali jangan lupa. huhu. Momen yang selalu aku suka pada masa tu, dapat susu kotak coklat (Aku geng RMT - Rancangan Makanan Tambahan), Lori Milo datang ziarah, beli vitagen, pertunjukan magik, ular, dapat ice cream padepop, pergi lawatan sini sana. Untungnya masa tu, sangat seronok.

Inilah Gadget yang paling hebat suatu ketika dahulu sampai kerap hilang.

Kalau cikgu potong rambut ang, habis la.. macam2 design dia buat

First day masuk sekolah time perhimpunan cikgu bagi ucapan panjang be like.. nak balik


Sekian untuk blog tahun 2016. Semoga semua perkara lebih baik dan success dari tahun sebelum. Kita hanya mampu merancang yang terbaik, tapi Dia lebih tahu lagi yang terbaik buat kita semua. Apa yang berlaku, ada hikmah disebalik kejadian. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khair.

P/s; Sekarang ni aku dah semakin meningkat usia, bila teringat balik ni semua, aku teringat semua orang ada bersama dengan aku suatu ketika dahulu, ada yang telah pergi meninggalkan aku. Doa aku tetap untuk mereka ni semua sebab mereka pernah mewarnai hidup aku. terima kasih maji! Saya rindu maji, saya tiupkan doakan buat anda agar sentiasa dalam lindunganNya.



Friday, 25 December 2015

Alhamdulillah, saya dah graduated!

Assalamualaikum.

21 November 2015, hari yang bersejarah untuk aku dan rakan-rakan di GMi kerana akhirnya kami selamat berkonvo. Subhanallah, rahmat Allah itu Maha Luas. Aku masih sukar untuk percaya yang aku dah pun tamat belajar. Pejam celik pejam celik, 3 tahun sudah berlalu, 6 semester telah kami harungi sebagai pelajar sepenuh masa. Semua ini berlaku hanya dengan izin dan kuasa Allah SWT, Tanpa Dia, saya tak mungkin dapat menghabiskan pengajian saya. Terima kasih Ya Allah! Tambahan juga Doa mak ayah dan berkat dari semua TTOs juga menambahkan keberkatan urusan kami semua.

Alhamdulillah, terima kasih keluarga kerana menyokong saya selama ini.
Pembelajaran saya selepas SPM terus ke GIATMARA (Cawangan Bukit Gelugor) dalam program Teknologi Sistem Komputer seterusnya mendapat tawaran dari GIATMARA untuk menyambung ke Institut Kemahiran MARA dan program Artikulasi (selama 6 Bulan) seterusnya Program Sijil Kemahiran Teknologi Komputer selamat 2 Tahun. Saya mendapat tawaran selepas itu dari German-Malaysia Institut (GMi) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Saya memilih GMi kerana persekitaran pembelajarannya agak baik dan mempunyai kemudahan dari segi hostel dan lain-lain. Saya memilih kursus Network Security sebagai program pilihan pembelajaran saya kerana berkaitan dengan pembelajaran terdahulu tetapi lebih ke arah dalam kejuruteraan rangkaian dan keselamatan.

Setiap semester, setiap subject ada al-kisah suka duka menempuh hari-hari kadang kalanya ceria ataupun "terjatuh ke dalam gaung" hahaha. Walaubagaimana terima kasih semua TTO's yang mendidik kami daru mula hingga ke akhir (lecturer- dekat gmi gelaran TTO untuk lecturer yang bermaksud, Technical Training Officer, Kalau lecturer lelaki kami panggil sir dan perempuan kami panggil miss walaupun lecturer tu sudah berkahwin ;) )

Cerita by semester di GMi

  • First time aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk sambung study tapi GMi dekat selangor. hehe
  • Naik bas 12.45 pagi, 9 Januari 2012 dan tiba di hentian kajang pukul 6.45 pg terus naik teksi dan solat subuh di Surau An-Najjah, GMi. Masa tu mat cord dengan familty dia ada kat situ
  • Aku sebilik dengan Shukur (kawan aku dari IKM Sik dari kampung Kodiang, Azlan (Orang Permatang Pauh), Faiz Asir (Perlis) dan Sebastian (Sarawak).
  • Semester pertama aku banyak masalah dengan soal kewangan tapi alhamdulillah seorang kawan aku ni tolong aku bila aku tak dak duit nak makan dan lain-lain. Semoga Allah merahmati kamu.
  • Semester ni juga dugaan aku nk apply pinjaman MARA, mula-mula pinjaman macam nak kena reject sebab macam-macam masalah dengan dokumen tapi Alhamdulillah Allah maha mendengar, pemohonan aku lulus akhirnya.
  • Aku janggal sikit belajar bahasa jerman tapi gigih untuk faham akhirnya walaupun tak 100%
  • Balik kampung selepas 3 bulan duduk di GMi masa semester 1. selepas tu dah dapat pinjaman MARA, everyone can fly.. haha
  • Banyak benda aku belajar bila duduk berjauhan dengan keluarga
  • Dugaan yang paling aku down, aku kehilangan orang yang aku sayang semasa di semester 2, makcik aku. antara orang yang sangat ambil berat, paling risau dekat aku, seriouly. 
  • Dugaan per semester pointer naik turun..
  • Mula stay luar asrama di semester 4 hingga 6
  • Intership di Sigma Rectrix, Cyberjaya
  • FYP : Portable Firewall
  • Persatuan aku join, Persatuan Agama Islam PPI, Kelab Chess
  • Project Kerjasama bersama Muslim Heroes Universiti Islam Antarabangsa M'sia.
Kini, masing-masing dah ada kerjaya yang hebat-hebat, menuju haluan hidup masing-masing. Ada yang akan berkahwin tak lama lagi.. Barakallah! Apapun aku tetap doakan semua kawan-kawan berjaya dalam hidup dan kahwin jangan lupa jemput.
As we go on.
We remember.
All the times we. Had together.
And as our lives change.
Come whatever.
We will still be. Friends forever

Maafkan jika ada salah silap sepanjang perkenalan. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Sekian dari saya :)

Sekalung perhargaan buat lectuter yang pergi meninggalkan kami semua, Dalam Kenangan, Miss Irawati.

Monday, 14 December 2015

Dalam Kenangan, Dheva Kumar

Assalamualaikum




Salam takziah buat sahabat kami dari SK Jelutong Barat sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.akibat kemalangan pada 13 Disember 2015, 3.45 pagi dan mengalami kecederaan serius dan meninggal pada 4.52 pagi. Terima kasih Dheva untuk semua momen yang indah, akan ku simpan erat. Dalam kenangan 7 Nov 1991 - 13 Disember 2015.

Monday, 27 April 2015

Alhamdulillah, 24

Assalamuaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni genaplah umur kami 24 tahun. Alhamdulillah

Salam dari Seoul, Korea :D 


"ya Allah panjangkan lah umur ku, berilah ku kesihatan dan suburkanlah ku dengan kehidupan yang baik. dan berikanlah aku petunjuk dan ketetapan dunia dan akhirat.

ya Allah perbaikilah diriku dan akhlakku dan hiasilah jiwaku yang engan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan.

jadikan diriku seorang yang berbakti kepada abi ummi dan jadikan aku dikalangan orang yang soleh dan hindarilah aku dari orang-orang yang berhasad dengki.. "

After a long time menghilangkan diri, dugaan kehilangan motorsikal #PJN9205 pada 19 Februari lepas, dugaan dalam hidup. Atas kelemahan diri dalam menguruskan masa dan mencari idea, maka blog ini menjadi mangsa Krik3.

Dan sekarang, saya kembali. Just for awhile maybe. Sekadar untuk meluahkan rasa dan melepaskan apa yang terbuku di minda. Saya mohon maaf jika ada yang menanti update dari saya ni (Ada ke? hihi)

Saya rasa lama juga untuk tempoh "recovery mode" ni untuk kembali kepada mood yang asal. Kenapa ambik lama sangat masa tu? Mungkin jiwa ni sangat lemah tapi saya tetap kuat untuk berjuang untuk hari-hari yang mendatang. Doakan saya ye :')

Saya dah 24 tahun


Dalam usia ni ramai yang bertanya, apa perancangan diri saya, bila nak kahwin, bila ambik buat tu, buat ni. Ok, saya akan jawab tapi bukan semua soalan. Ada yang perlu saya beritahu, dan ada yang perlu saya sembunyikan.. maaf ye :(

Bila nak sambung degree?
- Err, nak sponsor yuran saya ke, asyik2 dok tanya ni.. hihi yang tu jawapan tersirat, jawapan tersurat, yeah currently I studying at USM at this time (part time), course yang lebih kurang terdahulu di GMi.

Tak nak sambung belajar ke? Nanti susah nak dapat kerja. (Soalan dah lama tapi nak jawab juga)
- Terima kasih atas cadangan itu, saya nak tanya balik kepada anda, anda percaya rezeki dtgnya dari diploma, degree, master atay phD? Boleh rujuk Surah Hud, ayat 6 dan Agama tidak menyuruh dok saja tanpa berusaha cari rezeki. tak dak dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi s.a.w menyebut:“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dlm keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih). Konklusinya, rezeki datangnya dari Allah. TAPI! jangan salah faham tentang ayat ni, hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan. Burung tak tidur dalam sarangnya tanpa usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan & percaturan, seseoanrg hendaklah berusaha. Usaha itu adalah ibadah.

Bila nak kahwin?
- Err, boleh taja perkahwinan saya boleh :D hihi gurau je. My answer is, saya serahkan jodoh, hidup dan mati saya kepada Allah (cam besa dengaq kan ayat camni). Seriously, Doa saya tak putus-putus mengharapkan redha dariNya, mengharapakan yang terbaik sebelum saya melangkah ke alam berkeluarga.

Ada tetapan untuk jodoh anda? camna kategori pemilihan calon isteri anda?
- Hmm.. Dulu tak dinafikan memang ada tapi bila difikirkan semula, saya tak lagi menetapkan kriteria pemilihan calon isteri dan hanya berdoa agar dipermudahkan urusan ini kelak.

Ehem3, Ridzuan ada kawan istimewa tak be like girlfriend?
- Tidak :D Saya masih menjaga hati ini untuk yang lebih berhak memilikinya.

Anda bekerja?
- Ya, saya mengikut waktu pejabat bagi negara Australia dan New Zealand.

Apa pekerjaan anda?
- Saya bekerja sebagai troubleshoot system dan berkhidmat untuk negara Australia dan New Zealand.

Ada soalan? just drop your comment below ya. :D

Seiring dengan peningkatan usia ni, saya tetap mengharapkan doa-doa yang baik, amalan yang baik, diri ke arah yang lebih baik dan matang :D Jika saya suatu hari nanti andai saya terlupa sesuatu, tegur saya, ingatkan saya dan semoga Allah limpahkan kebaikan atas keprihatinan anda kepada saya yang lemah ini. Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan ummah dan masyarakat Nepal yang dilanda gempa bumi baru-baru ni.

Thursday, 22 January 2015

Dua Ribu Lima Belas

Assalamualaikum. Apa habaq?


Quote of the Day. Apa pendapat anda?
“People who have it too easy in early life have a disadvantage for later on, because they get to thinking that everything is going to be easy.” -- Mildred S. Dresselhaus
Semua orang ada jalan ceritanya tersendiri. Ada yang kehidupannya orang senang. Apa nak semua dapat. Tapi, bila dah besar and kena buat keputusan sendiri, ada yang ke laut, ada yang berjaya dengan plan tersendiri, menggunakan kelebihan yang dimiliki dengan melabur atau buat perniagaan yang bijak.

Ampa taw dak cerita Charlie Chocolate Factory? Yang mengisahkan budak perempuan tu paksa Daddy dia dapatkan apa yang dia nak even the ridiculous thing. Ayah dia pulak ikut je cakap dia. haha. Siapa ingat cerita ni? Ampa nak taw cerita penuh dia boleh rujuk link kat bawah ni :)

Cerita Charlie Chocolate Factory


Aku ni even anak bongsu, umi walid, tak manjakan aku sangat. Nak sesuatu, sila dapatkan dengan usaha sendiri. Nak kena buat proposal (ni ayat gimik ja) dengan sebab yang kukuh pasaipa nak beli benda tu sangat.. hehehe.. apa yang aku belajaq, nak dapat sesuatu bukan senang, nak cari duit pun bukan senang, sebab kita bukan orang yang senang. tapi satu ja aku ingat ayat depa, bersyukur and then Allah akan tambah-tambah lagi.

Sejak kebelakangan ni, aku tengah dalam keadaan mental breakdown sebab masih tak dapat kerja lagi. Interview dok krik2 lagi. Buka facebook, scroll news feed, dah ada member-member yang dah dapat kerja. Ahh. Sedihnya. Yang paling best, bila tengok kawan pergi overseas sebab kerja and rasa experience negara orang. Huwaaa. Rasa nak down sekejap :( Dan bangkit semula dengan realiti kehidupan.. Kalau sakit, lawan penyakit tu, kalau down :( muhasabah diri, mungkin ada hikmah disebaliknya :)

Untuk masa-masa yang sukar orang sekeliling asyik tanya the same question, "Ang dah dapat keja?", "Pasaipa tak keja lagi"... And it truly break my heart. Dan ada yang juga terasa diri mereka yang sudah bekerja, memperkecilkan insan seperti aku ni yang tidak bekerja lagi ni. (terasa kot :'( ..) Aku rasa ampa pun penah lalui saat-saat aku macam ni, bagilah dorong sikit pun kira Advanced.. apapun, nasib baik dapat parents yang jenis tak memaksa bila datang bab ni. Yang aku rasa sangatlah bersyukur. Parents yang jenis bersabar dengan soalan orang sekeliling. Huwaaa. Me love you mom and dad. Big time! Untuk sementara waktu aku masih dok buat kerja-kerja repair komputer, laptop. ampa boleh rujuk page perniagaan aku kalau memerlukan, realridz.

Tapi bila difikir-fikirkan semula.. semua orang ada rezeki masing-masing. Maybe rezeki aku tak sampai lagi.. bab tu kena bersangka baik, usaha! dan doa tak putus-putus dariNya yang lagi Maha Pengetahui dari kita yang tahu plan macam-macam.. Semua orang ada rezeki masing-masing. Rezeki yang tak sama. Ada yang selalu langkah kanan,  murah rezeki, cukup segala keperluan, ada yang dapat keja awal, dapat gaji besar, dapat cuti raya awal (tetiba lol),  ada yang dapat jodoh awal (ngeh3), dapat anak awal (Alhamdulillah rezeki!). Bila dah cukup semua tu, bila dah hidup senang, janganlah sombong angkuh riak. Jangan takbur. Pecayalah Kesenangan juga satu dugaan, indeed..



Akhir kata, Doakan semoga urusan aku dipermudahkan :') (sambil scroll jobstreet, mudah, mppp) sobs.. sobs.. Terima kasih atas kesudian bersama dengan kami sewaktu suka dan duka dalam tempoh pengajian 3 tahun di GMi Bangi.. Maka berakhirlah tema "Inspirasi Realistik 9 : Haluan Kita" dan juga mengakhiri kesemua tema Inspirasi Realistik, esok kita nantikan tema baru (ngeh3). Terima Kasih ya Allah, mom dad, family, kawan2 :')

p/s : Tengah dok jaga anak kakak yang berusia 42 hari, tengok muka baby terasa semua masalah hilang, lagi2 kalau dia senyum.. :)

Wednesday, 24 December 2014

Trip to Cameron Highlands : Day 2

Assalamualaikum...

Kami memulakan perjalanan buat hari kedua pada pukul 9.00 pagi dengan mengisi minyak di Stesen Shell antara satu-satu stesen minyak yang penuh dan sibuk dengan orang.



Selepas memastikan tank kuda masing-masing kenyang, kami memulakan perjalanan kami ke destinasi kelima pada hari kedua dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim!..

Masjid yang berada di Cameron Highlands

Pintu Masuk Ladang Teh Boh

Untuk makluman semua, ladang ini dibuka dari jam 9.00 pagi - 4.30 petang. Ladang ini tutup pada setiap hari Isnin. Masuk adalah percuma..


Perkara penting yang perlu anda ketahui..

  • Ladang teh di buka pada pukul 9.00 pagi.. oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesesakan (petang maybe sesak) datang awal pagi jika anda ingin melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. kebiasaannya, proses ini berakhir pada jam 11 pagi. tetapi ada aje proses.seterusnya yang diulang-ulang :) Bila orang tak ramai, baru lah dapat feel tgk proses tu.. hehe... XD
  • Jalan masuk ke ladang ini berhampiran dengan Bee Farm dan papan tanda yang agak tersorok.
  • Jalan yang sempit dan keadaan jalan seperti ular, jadi hati-hati, sabar, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam untuk keselamatan bersama :)
  • Harga makanan bukanlah murah.. bajet dalam RM50. Insya-Allah.. Mengenai Teh, harganya lebih kurang sama jika dipasaran. Anda boleh memilih sama ada untuk beli di sana (jika bajet tidak mencukupi) atau di mana-mana saja.. tetapi alang-alang tiba di sana.. beli ajelah.. hihi..
  • Info tambahan http://www.cameronhighlandsinfo.com/attraction/BOH_Tea_Plantations/

Pelbagai produk teh boh yang dijual disini

Sejarah


  • BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russel, seorang ahli perniagaan British semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau yakin perniagaan ladang teh yang disebabkan oleh permintaan yang besar walaupun kemurungan seluruh dunia besar pada masa itu. Hasil daripada potensi, beliau memohon dan telah diberi konsesi tanah untuk taman teh pertama di Habu, Cameron Highlands.

Tambahan, bukan sahaja produk dan permadangan ladang yang ada di sini, malahan ada tayangan video dan info grafik tentang sejarah ladang tersebuh, pekerja-pekerja yang berkhidmat, dan juga peralatan untuk memetik daun teh.

Pintu masuk kilang memproses teh

Disini ladang teh diproses sehingga menjadi serbuk teh sehingga menjadi hidangan secawan teh yang berkualiti. Dalam kilang ini juga terdapat makmal yang menguji tahap kualiti daun teh. Terdapat juga papan tanda yang memberi info tentang bagaimana dari daun teh yang diproses hingga ke bungkusan.


Alhamdulillah.. segar sungguh udara sepanjang perjalanan kami ke ladang teh tersebut... Subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah.. Jika ada jodoh, panjang umur kita akan berjumpa lagi.. Insya-Allah :) hehe

p/s : Pantai timur di landa banjir.. sama-sama kita doakan agar semuanya selamat dan terkawal.. Hasbunallah wa ni'mal wakil ‪#‎PrayForPantaiTimur‬

Wednesday, 29 October 2014

Segalanya terselit hikmahNya



ADAKAH anda pernah menonton filem Fitna. Filem pendek berdurasi 15 minit ini satu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila filem ini dilihat sebagai menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan umatnya.

Ramai pemerhati berpendapat kelahiran filem ini sebagai manifestasi sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001.

Karya ini dapat dihasilkan kerana orang yang menjadi tulang belakang pembikinan filem ini adalah seorang ahli politik Party for Freedom (PPV) yang terkenal dengan anti Islam, Arnoud Van Doorn.

Sesungguhnya hidayah ALLAH tidak mengenal siapa. Orang yang dahulunya beriya-iya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kini memeluk Islam!

Van Doorn menjelaskan antara faktor utama pengislamannya adalah apabila hati kecilnya terusik melihat penghasilan filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam.

Perasaan itu membuatkan Van Doorn mencari terjemahan al-Quran, hadis, dan buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya dilalui dengan membaca dan mengkaji buku satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam daripada mulut orang yang membenci agama ALLAH ini.

“Saya mempelajari al-Quran kerana rasa ingin tahu yang menebal. Saya mula mempelajarinya setelah keluar daripada Parti PVV. Sebelum itu saya hanya mendengar cerita yang buruk mengenai Islam. Semakin banyak saya membaca semakin saya yakin Islam sesungguhnya agama yang indah dan penuh kebijaksanaan.
“Sebenarnya, sebagai penganut Kristian, banyak nilai baik yang saya pelajari daripadanya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup. Lebih mudah untuk beralih daripada seorang penganut agama Kristian menjadi Muslim daripada seorang atheis (tidak percaya agama), kerana sebelumnya saya telah mengenal konsep kenabian, adanya malaikat dan disiplin yang selalu ada dalam mana-mana ajaran agama mana pun,” katanya.

Temui Jalan Hidayah

Kenalan dan individu terdekat Van Doorn tahu yang dia membaca rujukan Islam, langsung tidak terlintas di benak mereka sikapnya itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu fahaman tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, ramai yang mempelajari Islam kemudian menyerangnya.



Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji al-Quran, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh perihal agama yang kini menarik hatinya.

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Meskipun sebelum ini dia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn berasakan Islam itu istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya, Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleransi, membabi buta memusuhi Barat, perlahan-lahan hilang daripada fikirannya.

Ternyata Islam sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka. Islam adalah agama yang cintakan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai pengganas.


Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.

Selain menjelaskan Islam dengan lebih jauh lagi, beliau juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.

Dianggap pengkhianat

Tidak ada manusia yang tidak pernah diuji ALLAH SWT. Begitu juga dengan empunya diri Van Doorn.



Tidak semua yang suka dan menerima baik pengislamannya lebih-lebih lagi rakan sejawatnya dalam Parti PPV. Kebanyakan daripada mereka marah dengan perubahannya itu bahkan menganggap Van Doorn sebagai pengkhianat.

"Saya jelaskan kepada mereka keputusan ini adalah keputusan peribadi dan terpulang kepada diri ini untuk menganut mana-mana agama memandangkan setiap orang mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan.

“Walaupun ramai yang menganggap saya sebagai pengkhianat, tetapi sebahagian daripada masyarakat yang lain memberi reaksi positif. Saya juga menerima sokongan daripada masyarakat lain yang menghantar reaksi melalui Twitter.

“Saya berasa bahagia dan gembira melihat orang yang tidak mengenal saya secara peribadi menyokong dan memahami dengan pilihan yang saya lakukan,” jelasnya yang mengakui ada hikmahnya beliau pernah menjadi sebahagian daripada ahli parti PPV.

Ajak kenali Islam

Van Doorn kini berasakan telah menemui pedoman hidupnya dan beliau ingin mengajak mereka yang bukan Islam memahami Islam dan mempelajarinya dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuang segala prasangka buruk terhadap Islam.



“Pelajarilah Islam, buangkan segala prasangka buruk, Insya-ALLAH kamu akan lihat bahawa Islam itu agama yang sangat indah dan murni, agama Islam yang memiliki sejarah yang begitu agung. Umat Islamnya pula saling mengambil berat antara satu sama yang lain, baik dalam senang mahupun susah.

“Di Barat, Islam umumnya dituding sebagai agama yang melahirkan dan mewujudkan pengganas dan menindas perempuan. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap segala tuduhan semacam ini? Semuanya berlaku kerana prasangka yang buruk dan kurangnya wawasan.

Kumpulan fanatik sememangnya wujud dalam mana-mana agama pun di dunia ini. Tapi sayangnya golongan fanatik yang cuma satu peratus itu dipertunjukkan di televisyen dan media-media yang lain, sekali gus pengaruh mereka diperbesar-besarkan.

Sedangkan 99 peratus umat Islam yang lain terus bekerja keras dan hidup dengan aman damai.

Jika semakin ramai orang mempelajari Islam yang sebenarnya, kian bertambahlah yang melihat keindahan Islam,” ujarnya.

Beliau menyedari pengislamannya juga adalah permulaan baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan dirinya mengenali Islam.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.

“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang dilakukan pada masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar dan ingin mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali daripada ibadah haji,” katanya pada akhir bicara.


Sumber : Berita Harian oleh MOHD AZLI MOHD ALI