Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Saturday 16 February 2013

Disebalik 'Valentine Day'..!



Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.

Menyimpang

Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Hati-hati

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.




Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan Kristian sudah dikira salah, malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

-iluvislam.com

Kisah Yang Mungkin Nyata


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.


sakittttttttt. .......sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya,

amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa
dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka
menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk
merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan
aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..
tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki
yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka..
-Ar-Ra'ad (ayat 11)

p/s: Mari berlumba dalam kebaikan.

Friday 15 February 2013

Berita sengal.. hihi

Jumaat 11/1/2012 - Rakyat Malaysia adalah salah sebuah negara yang sangat suka kepada barangan percuma kata salah seorang yang tidak mahu namanya dipaparkan di sini. Bermula dengan Baskin Robbins memberikan ais krim percuma, kita dapat lihat bagaimana rakyat negara itu sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan satu scoop aiskrim yang rasanya tidak lah sesedap mana.

Fenomena ganjil telah berlaku semalam dan berterusan sehingga hari ini dimana Maxis/Digi/Celcom/Tune Talk/Umobile telah bankrup apabila salah seorang penduduk Malaysia telah membina satu Facebook application dimana application itu mampu memberikan RM5 topup secara percuma kepada pengguna aplikasi itu.

"Saya telah diberhentikan dari jadi cleaner di Maxis center kerana Maxis telah mengalami berbilion ribu ringgit kerugian apabila salah seorang penduduk Malaysia membina satu aplikasi Facebook untuk memberikan topup percuma kepada semua rakyat Malaysia", kata salah seorang cleaner di Maxis Center yang agak besar di Johor.

Ekoran dengan pembinaan aplikasi tersebut, kebanyakan admin group di Facebook menjadi tokey topup apabila ramai ahli-ahlinya menggunakan servis aplikasi itu. "Saya telah menjadi seorang taukeh topup apabila ahli2 group saya memberikan semua hasil free topup kepada saya atas tanda terima kasih kerana membantu ahli group Facebook saya selama ini", ujar salah seorang Admin di salah satu Facebook Group yang terkenal.

Anakanda Kerisnan telah memberitahu kami bahawa semua syarikatnya terpaksa ditutup akibat menganggung kerugian yang tinggi sejak malam semalam. "Disebabkan nila setitik, habis semua susu saya", katanya kepada wartawan kami. Dan sekarang Anakanda Kerisnan hampir muflis ekoran kejadian malam semalam.

Berlainan pula dengan syarikat telekomunikasi SalamPadFone dimana mereka tidak mengalami apa-apa kerugian kerana tidak ramai yang menggunakan servis mereka dan ada antara rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu kewujudan syarikat telekomunikasi itu. "Kami berharap syarikat SalamPadFone kami akan naik setelah Maxis/Celcom/Digi bankrup", kata salah seorang pekerja di SalamPadFone yang gajinya dibayar terlalu murah akibat syarikat itu kurang mendapat untung.

Berkenaan dengan Rakyat Malaysia, kami masih lagi menunggu lain promosi/aplikasi Facebook untuk mendapatkan benda lain pula secara percuma. "Mungkin selepas ini kami akan membina aplikasi untuk mendapatkan Iphone 5 pula secara percuma", ujar salah seorang developer aplikasi Free Topup RM5 yang mana sudah lama berdendam dengan Apple kerana beliau menggunakan Android.

Lain pula dengan Mark Zuckerberg, beliau berkata terdapat ramai pengguna baru Facebook di Malaysia sejak malam semalam apabila revolusi Free Topup RM5 ini tercetus. Ini kerana terlampau ramai yang membuka fake account untuk mendapatkan free RM5 topup lebih dari orang lain. "Saya amat terkejut dengan Malaysia sejak semalam disebabkan terlampau ramai pendaftar baru Facebook di Malaysia. Server Facebook di Malaysia hampir down akibat peristiwa semalam", kata Mark Zuckerberg dalam bahasa Israel.

Walaubagaimanapun, kami selaku penulis akhbar ini sentiasa mengalu-alukan application developer di Malaysia supaya menulis satu Facebook application untuk memberikan Nexus 4 percuma kepada rakyat Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia terlalu bengang dengan tindakan LG yang menjual harga Nexus 4 dengan harga yang amat tinggi walaupun kita tahu harga di google store telah mendapat subsidi dari Google.

Wednesday 13 February 2013

Cuti-cuti rehatkan minda :)


Assalamualaikum.. hai semua.. cuti sempena tahun baru cina ni korang buat ape? share la kalau ada aktiviti yang korang jalankan eh..

Perjalanan pulang dari kampus pada hari Jumaat, selepas waktu asar amat memakan masa kerana perjalanan kami melalui kesesakkan lalu-lintas sepanjang lebuhraya utara-selatan.. apapun, kami bersyukur perjalanan kami sampai ke kampung halaman pada pukul 11.45 malam.. lama kan? ikut2 dalam 4 jam boleh sampai Jelutong dari Bangi termasuk behenti di RnR (Rehat dan Rawat oleh Plus) untuk solat dan mengisi perut yang sedang beroppa gastrik style.. huhu..

Cuti ni aku just ronda-ronda island.. merehatkan minda sebelum pulang ke kampus pada minggu seterusnya. Cuti ni juga aku tak lupa untuk menziarah arwah kubur makcik yang aku sayangi.. aku yakin dia baik-baik saja disana :')

Pantai berhampiran Queenbays Mall  Penang
Tempat favorite aku adalah pantai.. bila aku tengok pantai dengan angin sepoi2 bahasa dapat menghayati keindahan penciptaNya dan dapat tenangkan fikiran aku dari semua kekusutan yang melanda.




Sejuk je mata bila melihat hijau :)

Permandangan dari Balik Pulau

Tempat rehat disediakan di puncak

Tidak sah kalau aku tak round island sekali.. Round island adalah untuk melihat permandangan dari puncak ke seluruh pulau pinang.. Kalau anda naik moto tak boleh bawak laju2 sebab jalannya macam ular dan berbahaya.. if nak pergi juga... ramai2 baru sempoi dan ada feel sikit.. Bila korang round island anda akan nampak dusun durian dan boleh beli durian dan buah-buahan tempatan yang di jual di satu kawasan akan korang nampak nanti.. kat situ juga ada air terjun.. alang2 singgah jangan lupa bawak baju.. nanti boleh mandi :) tapi anda kena ingat malang tidak berbau.. air deras yaww dan batu2 lincin.. hati2 ya.. kalau konvoi malam2 harus dielakkan.. sebab kawasan ni keras sikit yaww..

Indah sungguh ciptaanNya :)

kalau anda jumpa damp teluk bahang, maknanya anda akan ke batu feringgi







Tempat mandi-manda keluarga. percuma sahaja kecuali tandas :)
Taman Rimba Pulau Pinang adalah tempat mandi manda keluarga sebab ia dan sediakan partition kolam dari sumber air terjun dan mata air. Setahu aku, ia bukan hanya tempat mandi tapi mempunyai muzium yang berkaitan rapat dengan sumber-sumber hutan dan juga menempatkan peliharaan rimba.. nak tahu lagi? datanglah sini dan hayati keseronokkannya. Memang tak rugi.. ;) Berhampiran Taman Rimba ni ada lagi satu taman iaitu Taman Rama-Rama (Penang Butterfly Farm).


Isi minyak kejap kat Batu Feringgi.. huhu :)

Taman Belia adalah tempat riadah bagi orang awam diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Taman Belia adalah tempat yang korang boleh riadah, mandi (Kolam disediakan), bersenam dan bersukan.. ramai juga para remaja main skateboard.. oh ya, kat sini ada lintar untuk korang berlatih dan bermain skateboard dan boleh beraksi dengan basikal BMX yang lasak tu.. memang hebat betul diorang.. permandangan tempat ini di kelilingi kehijauan dan best untuk jalan2 :) Tidak lupa untuk bersenam walaupun aku ada asma.. bersenam mengikut kemampuan je.. sakit kena lawan.. kuat dan terus kuat :)

p/s : esok kena beli jeruk untuk kawan2 :) hope depa suka :)

Thursday 7 February 2013

Kebahagiaan dalam hidup..


- Ketika akan menikah. Janganlah mencari ISTERI sahaja.Tetapi carilah IBU bagi anak-anak kita.

- Ketika mencari SUAMI janganlah mencari yang banyak HARTA. Tetapi carilah IMAM bagi keluarga kita.

- Ketika melamar si dara anda bukan sedang meminta kepada orang tua nya tetapi anda meminta kepada Yang Maha Esa.

- Ketika akad nikah di laksana. Anda berdua bukan menikah di hadapan manusia. Tetapi anda menikah di hadapan Yang Maha Berkuasa.

- Ketika upacara pernikahan telah sempurna. Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda. Kerana anda harus berpikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf pula apabila anda berpikir untuk bercerai karena menyia-nyiakan doa mereka.

- Sejak malam pertama bersyukur dan bersabarlah anda. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat yang sempurna.

- Selama menempuh hidup berkeluarga. Sadarilah bahwa jalan yang akan di lalui bukan jalan bertabur bunga tapi juga semak belukar yang penuh dengan onak dan duri berbisa.

- Ketika rumahtangga di landa taufan. Jangan saling salah menyalahkan. Tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegangan tangan.

- Ketika ingin harmonis dan bahagia. Jangan lupa ENAM perkara :

♥ KETAQWAAN kita.
♥ KASIH SAYANG kita.
♥ KESETIAAN kita.
♥ KETERBUKAAN kita.
♥ KEJUJURAN kita.
♥ DAN KECINTAAN kita.

p/s : siapa agaknya calon isteri aku ni.... hehehe.. take 5 jap.. malam ni aku kena siapkan assignment network diagram...

Monday 4 February 2013

Kisah Sabar Dan Ikhlas




Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.” Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sunday 3 February 2013

Siapa Kawan dan Sahabat Kita?



Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”. 

Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian. 

Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya. 

Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. 

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi.
Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai? 

1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; 

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

4 KATEGORI SAHABAT


  • SAHABAT YANG TAMAK:
Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 

  • SAHABAT HIPOKRIT: 
Ia berkenaan denmenyatakan bersahabat gan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup. 

  • SAHABAT PENGAMPU : 
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu. 

  • SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN : 
Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
P/s :Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah.

Sahabat atau Kawan?


Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi aku sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....


bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..

p/s :Sayangi sahabat dan kawan kita..