Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Hayyu, ya Qayyum,
Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon petunjuk dan keampunan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, setiap ujian yang hadir adalah tarbiah dan kasih sayang daripada-Mu, ya Allah. Maka, tetapkanlah iman kami, bimbinglah langkah dan keputusan kami, ya Allah. Bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Kurniakanlah ketenangan jiwa, keluasan rezeki, dan kejayaan dalam setiap urusan kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Friday, 16 October 2026

Comeback Stronger 2026: Bangkit Lebih Kuat dan Menembus Batas Baru

Kadang-kadang, hidup ni bukan tak nak melangkah laju, tapi rasa macam terperangkap. Ada masa kita terjebak dalam ruang sempit, terutama bila berdepan dengan ribut dalaman macam Major Depressive Disorder (MDD) dan Borderline Personality Disorder (BPD). Emosi ni kadang-kadang datang tanpa diundang, bukan kerana kita lemah, tapi sebab kita sedang berperang secara senyap setiap hari.




Emosi yang kadang-kadang datang mengetuk tanpa diundang dan sukar dikawal bukanlah satu tanda kelemahan. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk peperangan senyap yang hanya mereka yang melaluinya sahaja faham betapa penatnya untuk bertahan setiap hari.

1. Lelah yang Menyesakkan

Bukan senang nak berjalan dalam kabus kelam bila sistem sekeliling pun macam tak nak faham. Jumpa sistem perubatan atau doktor yang kurang empati buatkan kita rasa makin terasing. Nak teruskan rawatan pun jadi tawar hati, sampai akhirnya terpaksa buat keputusan berat untuk berjalan sendiri tanpa ubat dan temujanji semata-mata nak jaga sisa kewarasan diri yang tinggal.


Belum lagi cerita bab manusia yang datang dan pergi. Ada yang tak sehaluan, melangkah pergi tinggalkan rasa sakit yang terpaksa kita heret semampu boleh. Ditambah pula dengan yang ramai pergi mengadap Illahi tahun ni, buatkan rasa rindu itu hadir bertamu tanpa ada penhujungnya. Rasa macam penat sangat nak hadap semua ni sekaligus.


Tapi, nak buat macam mana... kita tetap perlu bernafas.


Tetapi, sedarlah satu perkara: kekuatan sebenar bukanlah pada ketiadaan rasa sakit, tetapi pada keberanian untuk terus bangun walaupun dalam keadaan yang "compang-camping dan berdarah-darah".

2. Aturan Hidup yang Roboh dan Disusun Semula

Cakap pasal comeback untuk tahun 2026 ni, bukan bermakna kita nak jadi kuat terpuji atau cuba tipu diri sendiri kata semuanya okay. Hakikatnya, kita cuma cuba survive:

  • Berdamai dengan Rasa Kusut: Terimalah hakikat kalau hari ni emosi sedih atau marah, peluklah diri sendiri. Tak perlu nak paksa diri jadi ceria kalau memang sedang penat.
  • Fokus Apa yang Sempat Diselamatkan: Kurangkan beban luar, jaga tenaga mental yang ciput ni, dan buat apa yang kita mampu kawal sahaja.
  • Bergerak Walau Merangkak: Tak apa kalau lambat. Melangkah setapak kecil jauh lebih baik daripada terus rebah dan statik di situ.

3, Sisa Dua Bulan, Kita Cuba Lagi

Tahun 2026 ni tinggal lagi dua bulan nak tamat. Entahlah, nak kata tahun ni indah sangat, banyak juga parutnya. Tapi sekurang-kurangnya, kita masih ada di sini. Kita masih cuba bernafas.

semoga kita terus survival, terus melangkah walau perlahan, dan bernafas sehari demi sehari.

"Comeback paling bermakna bukan bila kita menang, tapi bila kita dah rebah berkali-kali, terluka parah, tapi masih ada sisa tenaga untuk bangun buat kesekian kalinya."

Hampa yang dekat luar sana tengah penat bergelut dengan rasa terperangkap yang sama, kita jejak langkah ni sama-sama ya. Terus survival, terus bernafas untuk hari esok..

Semoga berjumpa lagi, jika tidak di dunia ini mungkin di akhirat kelak. Jaga diri
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya! Keep strong and stay blessed!

Friday, 31 December 2021

Exit 2021

The year 2021 has brought a lot of damages to us - physically, spiritually, and mentally. But miraculously, we survived.

The greatest achievement was to survive battles we thought were impossible. That alone deserves celebration.

Ultimately this year has taught me how to love and appreciate myself more. Lessons to be treasured forever.

So finally closing this chapter of my life. To all the people I met, to those who left, to those who stayed, to those who helped me and to those who became part of my 2021 — thank you. 

2021. Terima kasih atas lukanya yang mendewasakan. Terima kasih atas kenangan indah yang berharga.

2022. Semoga tahun ini lebih kuat. Lebih indah memori nya. Lebih setia orang nya. Lebih bahagia tangisannya.

Mari berbahagia, dan hidup luar biasa. Happy new year. May the coming year be kind to you, you deserve it.






Sunday, 7 November 2021

Episod Perjalanan Hidup

Jalan hidup ini, yang kita perlu lakukan adalah selami tiap satunya.

Akan dijumpa yang dicari-cari. Akan ketemu yang dinanti-nanti.

Langkah kaki ini, penat semestinya akan ada. Akan tetapi, itu bukanlah satu alasan untuk meletak noktah pada semua.

Mahu yang namanya bahagia, namun memilih berhenti pada bahagian luka. Jadi, bagaimana untuk menggenggam bahagia?

Jalan kita, selami satu satu. Usah diperlihatkan jalan yang lain seperti mana, karna tugas kita adalah untuk melengkapkan bahagian kita, bukannya bahagian figuratif yang lainnya.

Maka-nya, selamat menyelami yang namanya keindahan kehidupan, jiwa.