Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Monday 27 May 2013

Dilema menjaga hati orang lain




Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di belakang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.

Saya melihat ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Apa sudah jadi dan apa yang harus kita lakukan?


Berfikir & Renung Sejenak…




Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.


Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib




Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.
  • Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
  • Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
  • Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
  • Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Saturday 25 May 2013

Pengalaman dalam bersahabat



Ramai yang sedia maklum, zaman remaja adalah zaman yang paling mempunyai liku liku kerana pada tahap ini kita dalam proses ingin mengenali dunia sebenar. Maka bermacam macam permasalahan mula timbul. Masalah yang aku kira paling mendapat tempat di fikiran setiap remaja adalah masalah cinta, masalah persahabatan dan masalah kewangan. Tiga masalah ini memang cukup sinonim dengan seorang remaja.

Tapi kali ini aku nak kupas lebih terperinci berkenaan persahabatan. Ramai yang mempunyai sahabat baik dan tak kurang jugak yang langsung tak mempunyai sahabat baik. Kadang kadang aku pelik orang yang langsung tak mempunyai sahabat baik, cekal benar dia mengharungi hidup. Sepanjang hampir 22 tahun aku hidup, bermacam jenis perangai sahabat yang aku jumpa; yang jenis kawan makan kawan, berkawan bila perlukan sesuatu, kawan yang sanggup susah payah bersama dan macam macam lagi. Tetapi yang paling banyak adalah kawan yang langsung tidak layak dipanggil kawan.

Tahu tak, sahabat juga seseorang yang sangat penting dalam hidup seseorang bilamana berada jauh dari keluarga. Sahabat jugalah yang akan bertindak sebagai adik beradik kita ; bergaduh bersama, menangis bersama, ketawa bersama sebagai menggantikan keluarga kita. Sahabat yang baik juga takkan sesekali biarkan sahabatnya menempuh kesukaran seorang diri. Tangan sentiasa akan dihulur untuk membantu, telinga akan sentiasa difokus untuk menjadi pendengar yang setia, mulut akan sentiasa bergerak untuk memberi nasihat berguna dan mata sentiasa diperhatikan supaya bila terleka ada yang menegur.

Ada yang persoalkan kenapa tak pernah ada sahabat sejati, kenapa sering dipulaukan, kenapa orang taknak berkawan, kenapa bila sedih semua kawan kawan hilang, kenapa itu kenapa ini dan kenapa kenapa. Pernahkah anda selidik balik diri anda sendiri pernahkah anda menjadi sahabat yang TERBAIK untuk orang lain? Pernahkah anda ada disaat orang lain perlukan teman dikala kesedihan? Pernahkah anda mengembirakan orang lain disaat dia sedang menghadapi kejatuhan? Tanya diri sendiri dulu kemudian baru boleh persoalkan semua kegusaran itu.

Cuba bayangkan, anda mahu orang ada ketika anda sedih walhal ketika dia sedih anda buat buat tak nampak dan membiarkan dia bersedih seorang diri. Mak aku sendiri pernah cakap, kalau kita nak dapat sahabat sejati yang betul betul sejati, kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat sejati untuk dirinya. "Ah, buat apa aku buat baik pada dia, dia bukan buat baik pun kat aku. Mana dia pernah kisah aku ni okey ke tak. " Ha, ini la yang menjadi masalah sekarang. Semuanya tak mahu mengalah. EGO.

Aku menulis berdasarkan pengalaman. Aku tak cakap yang aku ni sahabat yang sangat baik. Dulu aku juga pernah berada ditahap dipulaukan oleh rakan bilik waktu aku menuntut di IKM. Satu semester langsung tak bercakap, tetapi bila masing masing sedar akan kesilapan masing masing segalanya menjadi normal dan alhamdulillah kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi mempunyai sahabat yang sejati yang sanggup dengar aku bercerita sambil menangis di shopping complex berjam jam lamanya, yang sanggup menangis bersama sama aku, dan macam macam lagi benda yang sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat sejati. Alhamdulillah alhamdulillah. Cuma di tempat yang baru ni aku masih belum menemui klon sahabat sejati aku tu. Mungkin masih dalam pencarian. Ya, aku belum jumpa steady bestriend/s disini. Tak mengapa, mutiara yang berharga bukan senang nak ditemui tetapi sangat tinggi nilainya dihati aku.

Keywordnya disini, bila kita ingin mempunyai sahabat sejati kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang terbaik untuk orang lain. Lupakan soal nak mengungkit selepas buat sesuatu kebaikan, lupakan niat nak orang balas budi selepas kita buat kebaikan, lupakan perangai ego dan kikisnya satu persatu dalam diri, dan bertindaklah dengan seikhlas mungkin dan paling penting jangan pernah putus untuk berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan sahabat sejati. Ya Dia tak pernah tidur. Keep praying. Insyaallah kita akan bertemu dengan apa yang kita mahu dalam dunia ini. Insyaallah kita akan puas.

p/s : semoga kawan2 aku selalu diberkati olehNya tak kiralah apa pun perangai dia. 

Rahsia untuk Hilangkan Segala Kesusahan

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.


Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.

Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.

Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.

Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?

Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.

Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.

Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.

Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.

Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.

Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.

Marilah, kita lafazkan pada Allah,
“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
 p/s : Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.

Saturday 18 May 2013

Mencegah dan Membuang Virus di Facebook

Assalamualaikum....



Aku dah berjumpa dengan macam-macam virus facebook yang tersebar di kalangan Facebook's friends aku. Virus facebook ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan mempunyai agenda tersendiri, ada yang auto chat 'Hi', mengawal akaun Facebook pengguna atau spam newsfeed kawan-kawan.

Kebanyakan applikasi virus nampak seperti tidak merbahaya. Sebenarnya, ada applikasi yang meniru applikasi Facebook yang sah seperti notification atau wall post. Jika seseorang mendapat notification telah di-tag di dalam satu gambar, perkara pertama orang tersebut akan fikir ialah kelik notification tersebut, sebelum berfikir ke mana notification tersebut menuju.

Perkara buruk akan berlaku selepas kelik link tersebut. Selalunya, sesuatu applikasi akan meminta kelulusan pengguna supaya applikasi dapat berinteraksi dengan akaun pengguna, tapi, aku pernah berjumpa dengan satu link yang seperti tidak memerlukan kelulusan pengguna, tapi telah meluluskan dirinya sendiri setelah pengguna kelik link tersebut.

Setelah applikasi yang berniat jahat ini dapat kelulusan dari pengguna, beberapa perkara boleh terjadi. Antara kes yang sering dijumpai, applikasi tersebut akan spam wall kawan-kawan dan akan membuat sedikit kekacauan. Kes terburuk yang boleh terjadi ialah, applikasi tersebut boleh mencuri data peribadi pengguna, memantau aktiviti, atau menggunakan akaun Facebook pengguna untuk menyebarkan virus.

Apa yang aku hendak ceritakan seterusnya ialah bagaimana hendak mengenal pasti virus Facebook dan cara untuk membuangnya.


APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Salah satu virus yang sering kali muncul sekarang ini ialah wall post yang memberitahu tentang "periksa jika ada kawan yang telah memadam anda -url" atau chat yang berkata "mari lihat gambar anda yang di-tag -url" dan salah satunya aku tunjukkan di bawah.


Seperti yang kamu boleh nampak, di wall post tersebut terdapat satu link. Jika kamu kelik link tersebut, kamu akan dibawa ke satu laman lain dan yang paling penting jangan kelik allow atau log in.




Jika kamu menerima notification yang mencurigakan, dan ingin mengesahkan kesahihannya, pergi ke profile kamu dengan kelik butang Profile di bahagian atas Facebook daripada kelik link yang diberikan.



APA PERLU BUAT JIKA TELAH DIJANGKITI VIRUS FACEBOOK ?


Jika kamu pernah ataupun secara tidak sengaja telah kelik dan memberi kelulusan kepada applikasi yang disyaki, ikut langkah-langkah ini untuk menarik balik kelulusan dan melindungi akaun Facebook kamu.

Kelik butang Account kemudian kelik Account Settings




Kelik Apps kemudian kenal pasti applikasi yang kamu rasa pelek atau sudah tidak digunakan. dalam kes aku, aku telah kenal pasti satu applikasi yang dinamakan "comments". Kelik tanda X untuk membuang atau menarik balik kelulusan terhadap applikasi tersebut.



Aplikasi tersebut tidak lagi dapat mengawal akaun Facebook pengguna setelah pengguna telah membuang applikasi tersebut dengan cara ini.


LANGKAH BERJAGA-JAGA

Bukanlah sesuatu yang susah bagi kamu mengikut langkah-langkah yang di atas walaupun kamu berfikir yang akaun Facebook kamu selamat. Melihat kesemua senarai applikasi akaun facebook kamu dan membuang mana-mana yang tidak digunakan lagi.

Jika kamu melihat wall post atau menerima chat daripada akaun kawan, kamu boleh block applikasi tersebut untuk memastikan kamu tidak akan tesilap langkah pada masa akan datang. Bagi Facebook Interface yang baru (aku tak suka Facebook berubah2) , kamu boleh kelik linktersebut dan kamu akan dibawa ke satu laman yang meminta pengesahan pengguna

Kelik link dan kemudian kelik Report app


Isi borang report tersebut, bagi aku, aku pilih sebagai spam, kemudian kelik Report, kemudian satu laman lain akan muncul kelik remove or restrict it.





Aplikasi tersebut tidak akan lagi mengacau pengguna sebaik sahaja kamu telah menghalang applikasi tersebut daripada berinteraksi dengan akaun Facebook kamu.


PERLAKSANAAN TERBAIK


Virus Facebook tidak akan selalu mengikut apa yang aku nyatakan di atas, jadi untuk mempunyai pertahanan yang baik terhadap akaun Facebook kamu, ialah dengan sentiasa berwaspada terhadap persekitaran media kamu. Aku akan tinggalkan beberapa tips untuk pengguna berada dalam keadaan selamat di Facebook.


  • Jangan menganggap link atau masej dari kawan ialah selamat
  • Perhatikan link yang kamu kelik
  • Perbesarkan link yang dikecilkan (copy url, kemudian paste di new tab)
  • Jika ianya terlalu baik, besar kemungkinan ianya adalah virus
  • Sentiasa update browser dan Operating System kamu
  • Jika kamu telah mengenal pasti virus atau applikasi yang mencurigakan, berkongsilah disini melalui komen - pengalaman kamu mungkin dapat membantu orang lain pada masa akan datang.
p/s : berhati-hati terhadap ancaman yang menawarkan perkara yang lumayan.. ingatlah tiada benda yang percuma zaman sekarang nih.. huhu.. semoga berjaya.. oklah nak siapkan cisco online ni sementara tunggu waktu subuh.. wassalam...

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru (Versi Mesej Ingatan)




SMS VERSI 1

Adakala..
Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
‘SELAMAT HARI GURU’
**(sms di kalangan sesama guru.)



SMS VERSI 2

Guru oh guru..
Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..
‘SELAMAT HARI GURU’



SMS VERSI 3

Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
SELAMAT HARI GURU.



SMS VERSI 4

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU.. Moga ceria, sukses & dilindungiNYA



SMS VERSI 5

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah..
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..
SELAMAT HARI GURU..



SMS VERSI 6

Dulu, murid hormat & takut guru..
Kini, guru takut murid.

Dulu, guru chalk n talk,
Kini, guru kena slow talk.

Dulu, guru boleh claim,
Kini, guru tak boleh complain.

Dulu, Hari Guru dapat wang saku,
Kini, Hari Guru dapat ‘penyapu’ ( kena gotong-royong)

SELAMAT HARI GURU

-sumber

Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu

Assalamualaikum..
Bismillah hir-Rahman nir-Rahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Buat ibuku yang tersayang....,

Terima kasih kerana selama ini bersusah payah membesarkan aku yang nakal ini dan mempunyai sifat manja sebagai anak bongsu.. Aku tidak pernah melupakan segalanya jasamu kepadaku dari kecil hingga dewasa, ketika ini masih menuntut di pengajian tinggi. Aku teringat semasa aku masih kecil, ibuku selalu membawa aku berjalan-jalan dengan menaik bas kuning (sekarang ni bas kuning dah tiada, hanya rapid penang).. Hanya kita berdua berjalan-jalan di terminal jeti, Komtar dan juga Gama. Aku tersenyum ketika teringat kembali kenangan yang manis ini.


hihi..


"Ibu, harap dikau bahagia sembilan bulan sepuluh hari bersamaku kau mengandungkan ku sehingga ke akhir hayatmu terpana segala kudratmu dengan senyuman dan kasih mengendongku dalam keperitan sayangku kesakitan yang amat sebagai membalas segala ibu jasamu terima kasih atas segalanya ibu kerna membenarkan ku lahir ke dunia kaulah ratu hatiku yang pasti akan memenatkan mu kaulah duniaku lagi menambah kesibukan mu kaulah jiwaku ibu kaulah syurgaku tiada apa yang mampu aku berikan ibu hanya sekeping hati yang tulus ku berikan terima kasihuntuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku ku ucapkan seadanya dengan penuh kasih sayang dengan kucupan ku taburkan . tanda sayang ku kepadamu.."


Terima kasih ibu.. terima kasih.. Aku selalu menyayangimu selalu walaupun aku berjauhan denganmu buat masa sekarang atas tuntutan ilmu. Semoga Allah membekatimu selalu wahai ibuku, Puan Jannah Syed Ahamad.

Ketika aku menulis coretan ini.. teringat aku juga ketika rakan-rakan aku yang telah kehilangan ibu mereka. Disini aku berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH~.......

Aku juga berpesan kepada diriku dan kepada mereka yang membaca coretan aku ini.. Janganlah aku dan juga kalian menghantar orang tua kalian ke rumah orang-orang tua.. ingatlah jasa mereka :) Teringat juga aku semasa semester lepas aku ke rumah orang-orang tua.. Hargailah mereka selagi masih ada

p/s : Baru kejap menelefon ke rumah :)

Monday 6 May 2013

Demam PRU13

Assalamualaikum..

Saya sudah selesai.. Penduduk Jelutong sedang beratur untuk mengundi
Demam PRU telah pun bermula.. Pihak bertanding dalam pilihanraya kali ini sangat sengit.. Rakyat dijanjikan bermacam2 dan di tawarkan dengan hasil yang baik.. Kali ini rakyat sudah matang untuk memilih calon mana yang sesuai untuk mewakili kawasan, negari mahupun negara untuk menjadi Perdana Menteri.. Kita sama2 doakan agar pemimpin berkenaan dapat melaksanakan tugas dengan baik demi negara tercinta..

Sunday 5 May 2013

Senyum ketika sakit

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. setelah 2 hari lebih bertarung di wad, aku dibenarkan pulang ke rumah akhirnya. Gara-gara tersilap makan ubat, sakit asma aku makin menjadi-jadi sehingga teruk. Nasib baik aku cepat ke hospital, kalau tidak.. dah lama aku arwah.. ermm.. aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.. Engkau masih panjangkan umurku lagi. Semoga lepas ni aku tak cuai lagi makan ubat.. aku disarankan untuk berehat. Aku dapat MC sampai seminggu.. ermm oklah tu..


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : macam manalah dengan assignment yang sedang bertambah =.="