Doakan Kejayaan Seluruh Umat Islam di Dunia.. #PrayForUmmah
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair

Saturday, 19 November 2005

Berakhir Zaman Sekolah Petang

Assalamualaikum... arini last saya bersekolah petang di SMK Jelutong, Penang.. hurm.. lepas ni xdak la sekolah petang.. sambil termenung tengok padang sekolah dengan uniform sekolah, seluar hijau, baju putih.. masih memikirkan usia semakin meningkat.. haha.. apapun lepas ni.. ni p beli coklat banyak2 kat apek bisu.. apek bisu ni seorang peniaga yang bisu dan berketurunan cina.. kecian kan..? aku salut dia, walaupun dia wujud dengan kecacatan bisu dan dia masih boleh cari rezeki.. oh ya.,apek bisu ni wujud masa aku sekolah rendah lagi...
Padang sekolah, SMK Jelutong, Pulau Pinang


Sebenarnya padang ni just luar kelas saya ja.. so melihat masa yang berlalu dan memikirkan masa yang akan tiba.. tahun depan saya dah beralih ke form 3, PMR la pulak..


P/s : tahun depan sekolah pagi.. hahaha.. hilanglah lemak kena bangun pagi2
















Tuesday, 20 September 2005

Ajaran Sesat Ayah Pin?

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.
Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat. Asal-usul Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.


KETERANGAN : 


Antaranya :

1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:

(a) dari aspek akidah-

(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;

(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;

(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;

(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;

(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;

(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;

(b) dari aspek syariah;

(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;

(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;

(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;

(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;
Keputusan:


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 18 Ogos 2005 buat kali 167 setelah berbincang dan membahaskan dengan penuh teliti telah mengambil keputusan "Bahawa semua dakwaan di atas mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan dengan ini adalah diharamkan.

Kumpulan Ayah Pin yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman yang didakwa oleh Arifin Muhamad adalah diharamkan.

Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Ayah Pin, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini. Orang Islam juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan, risalah dan apa-apa dokumen yang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda pada mana-mana harta alih atau tak alih yang boleh di kaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin.

Sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada Ayah Pin dan / atau pengikut-pengikutnya dilarang dan hendaklah dihentikan serta-merta.

Bahawa orang Islam yang mengamalkan ajaran Arifin bin Mohamad(Ayah Pin) adalah murtad.

sumber : penerangan; e-fakwa; wikipedia.

Thursday, 2 June 2005

Bas kuning dan saya

Assalamualaikum.. hai.. saya berada di bulan ke-6 di tingkatan 2, SMK Jelutong.. ya.. sekolah petang katakan.. so pagi2 boleh la tidur lebih sikit.. hahaha.. hari ni saya pergi ke sekolah naik bas mini balik pula dengan bas kuning..


ni la bas kuning yang best... :)
Mengenai bas pula.. ni la bas kuning yang paling best yang pernah aku pernah naik.. pasaipa ha?.. sebab selesa dan murah.. kalau naik bas ada air cond = RM 0.40. xda aircon, RM 0.30. murah kan.. setahu saya, bas ni diwujud sejak sebelum merdeka,sebelum aku dilahirkan sebelum zaman internet lagi.

Dulu naik bas smoke free, any time boleh hisap rokok tak kira la budak sekolah ka,orang kerja ka semua main redah ja pasal mana ada aircond.Kalau tak silap number bas PYB nih 66 pi Balik Pulau, 69 pi Batu Maung, 82 pi Gelugur, 78 pi Gertak Sanggul, 83 pi airport...kalo silap tolong repair balik Last bas selalunya pukul 12 tengah malam bas akan ke Balik Pulau tapi pasal last bas semua route dia redah.

p/s : cikgu saya cakap, kita kena amalkan car pool.. so naik bas lebih elok dari naik keta sorang2.. 

Thursday, 28 April 2005

saya dah 14 tahun..!

wah.. Syukur sangat arini dapat sambut ulangtahun kelahiran yang ke-14.. Terima kasih kepada kawan2 yang paling saya sayangi.. sebab ampa belanja makan tadi.. haha.. apapun ari yang sangat bermakna walaupun sambutan tak meriah mana pun.. thanks kepada mereka ingatkan ari lahir saya..

kredit to Hanafi dan Dheva Kumar :)

p/s : Selamat ulangtahun kelahiran buat diri sendiri.. hahaha :P