Doakan Kejayaan Seluruh Umat Islam di Dunia.. #PrayForUmmah
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair

Sunday, 5 May 2013

Senyum ketika sakit

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. setelah 2 hari lebih bertarung di wad, aku dibenarkan pulang ke rumah akhirnya. Gara-gara tersilap makan ubat, sakit asma aku makin menjadi-jadi sehingga teruk. Nasib baik aku cepat ke hospital, kalau tidak.. dah lama aku arwah.. ermm.. aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.. Engkau masih panjangkan umurku lagi. Semoga lepas ni aku tak cuai lagi makan ubat.. aku disarankan untuk berehat. Aku dapat MC sampai seminggu.. ermm oklah tu..


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : macam manalah dengan assignment yang sedang bertambah =.="

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah ok tapi kena ikut arahan doktor.. jaga permakanan ubat tiap2 ari.. kdg2 malas nk mkn ubat.. hee

      Delete