apapun aku wish.. kita semua berjaya dalam peperangan SPM nanti.. SMK Jelutong pasti boleh :)
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Saturday, 11 October 2008
SPM~ oh SPM
Peperiksaan percubaan SPM berjalan dengan baik dan jayanya..Sedar tak sedar,cepat jee masa berlalu. So far, alhamdulillah soalan semuanya boleh saya jawab dengan tenang dan dengan yakinnya walaupun jawapan tu betul ke tak.. tapi jawap je la kan...Tak ada tinggal kosong pon. hahaha.. manalah tahu tembak2 terkena ke.. hehe.. Tahun ni aku ambik 8 subjek antaranya Bahasa Malaysia, English, Matematics, Science, Sejarah, Pendidikan Islam, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan.. yehh~ kat sini aku nak tunjuk sikit keadaan lepas jawap paper pendidikan islam masa trial aritu :)
Sunday, 20 July 2008
e-PPDa @SLAD
Alhamdullilah :) |
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah
7.45 pagi - Bertolak ke SMK Balik Pulau
8.15 pagi - Sarapan pagi
8.45 pagi - Tiba di SMK Balik Pulau
9.00 pagi - Membuat persiapan terakhir dan menunggu giliran sementara sekolah lain membuat perbentangan.
9.15 pagi - Perbentangan sekolah kami bermula. Agak kekok menggunakan laptop pihak sekolah.
9.35 pagi - Alhamdulillah perbentangan selesai. Minum pagi
10.00 pagi - Melihat pertandingan lain
11.30 pagi - Diumunkan sebagai pemenang tempat ke-3. Alhamdulillah :)
12.00t/hari - cikgu membawa kami bersiar2 di tepi pantai dan pulang semula ke sekolah..
Monday, 2 June 2008
Rapunzel, Batman dan Superman
Syarifuddin membuang pandang melalui tingkap kereta ke arah sekumpulan kanak-kanak di tengah-tengah padang tersebut. Panas terik matahari nampaknya tidak langsung menggangu keriangan enam sekawan anak-anak kecil itu. Dia menukar riak wajah kepada sengih. Main masak-masak…aahh, rindunya..
“Selamat Pengantin Baru! Selamat Pengantin Baru,” tiga empat orang kanak-kanak terlompat-lompat mengelilingi dua buah kerusi, menyanyi-nyanyi dengan rentak apa entah. Rentak sendiri, mungkin. Melodi yang terlintas di kepala. Yang pasti, bingit….tapi, girang….dan comel sangat.
Dua ‘pengantin cilik’ duduk di atas kerusi di tengah-tengah bulatan kanak-kanak itu. Tekoyak senyum manis pada bibir si pengantin perempuan. Patung Barbie Rapunzel pada tangan kanan sekali sekala dibawa menghadap muka si pengantin lelaki. Diusiknya si pemalu itu. Mana tidaknya, tidak terkeluar sekelumit kata dari si pengantin lelaki. Tertunduk malu sambil memeluk kejap action-figure Batman yang lebih besar dari tangannya.
Orang kata, berlaku perceraian setiap 17 minit di Malaysia…
"Huargghh!!," Areh mengepalai pakatan 'Jabatan Pencegah Maksiah' membuat kacau di tengah kemeriahan 'walimatul urus’ Ira dan Adin.
"Waaa!" apa lagi, terpekik terlolong sekalian hadirin majlis tersebut. Berkeliaran dikejar si Areh, Aken, Azrol, Ajim, Pajem.
Selesai mencegah maksiat, bertepuk tampar si Areh and the gang. Ketawa pecah.
"Areh!!" Ira memeluk tubuh, tegak berdiri di hadapan Areh, Aken, Azrol, Ajim dan Pajem. Dahi anak kecil itu berkerut seribu. Adin pula menyorok di belakang Mira, menyembunyikan wajah takut.
…mungkin, ada betulnya…
Sebelah tangan menongkat dagu sambil siku dilandaskan pada stereng. Syarifuddin melepas keluhan panjang. Jelas terpapar keletihan di sebalik keluhan itu. Seketika, radio dipasang. Superman-Five For Fighting menjamu telinga Syarifuddin, membawa minda penat itu ke sebuah memori silam.
Dusshhumm!
Bergegar seisi Gotham City menyaksikan pertarungan hebat si Superman dan Batman. Lagi sekali, Superman terbang ke arah Batman, melunjurkan tangan dalam posisi bersedia untuk tumbukannya yang berat. Batman pula agak teragak-agak mencari ruang terbuka pada Superman, menyerang bila berpeluang. Sedikit sahaja lagi tumbukan berat si Superman hampir mendarat pada dada Batman, Batman dibawa melayang ke langit malam.
“Batman mana boleh terbang!” Areh menghentikan Superman yang sedang melaju.
Adin sekadar membatu membisukan bicara. Tangannya dibawa ke belakang badan, bersama dengan figura Batman. Mata anak kecil itu memandang bumi.
Superhero pun kadang-kadang perlukan savior, katanya si Five for Fighting. Even heroes the rights to bleed.
“Ira nak main dengan Adin.” Satu suara mengalih pandang dua kanak-kanak itu ke muka pintu.
Dia ni lagi. Areh mencebik. Ira berlari-lari anak ke arah mereka berdua dengan patung Barbie Rapunzel di tangan diayun lembut di udara.
“Mana boleh, ni mainan lelaki. Ira mana ada Superman.” Areh menarik tangan Adin ke sisinya.
“Tak apa la, Ira ada ni.” Ira menunjukkan patung Barbie Rapunzel. “Jom Adin.”
“Mana ada Batman main dengan Rapunzel.” Suara Areh naik satu oktaf. Adin seperti biasa, masih membisu.
“Biar lah. Ira nak main!” Ira menarik tangan Adin. Batman dibawa bersua Rapunzel.
Friendship knows no boundary. Who knows, Rapunzel can befriend Batman. Marvel and Disney. Persahabatan merentas alam komik.
Kenangan lama… Papa menarik sengih di bawah sedar.
“Iman tak nak pegi sekolah! Iman tak nak!” suara anak kecil menarik pandangan Syarifuddin ke sebuah kereta di seberang jalan. Seorang anak kecil memberontak di dalam kereta sambil si ibu membebel anak comelnya itu. Syarifuddin ketawa dalam hati. Gelak kat orang, kau pun sama je dulu Syarifuddin.
“Mana aci! Ibu tak cakap! Ibu jahat! Tak nak!”
“Along, dengar ni. Tak baik cakap Ibu jahat tu, nanti masuk neraka. Papa kena transfer, hari ni jugak kena pindah. Ada emergency kat sana.”
“Tak nak! Along tak nak pindah! Along nak main dengan Ira kat sini!”
“Along… nanti Ibu belikan Along Spiderman, Ultraman banyak-banyak kat Along ya? Ibu beli banyak-banyak mainan kat Along. Along dengar cakap Ibu ni. Nanti kat sana, Along dapat ramai kawan lagi.”
Balik-balik sekolah, terkejut bagai tengok semua barang dah packing masuk lori. Mana tak nya, rumah dah kosong. Tunggu dia je nak mandi-mandi, siap-siap nak pindah Melaka. Ibu kata, kena rushing sebab Abah ada emergency case kat sana. Jadi, semua benda tak sempat nak buat. Yang sempatnya, nak mengamuk, memberontak tak nak pindah. Nak jumpa Ira pun tak sempat. Nak cakap dengan Ira untuk kali terakhir. Nak cakap dah pindah. Last-last, terpaksa akur dengan Ibu.
“Maisarah!” Syarifuddin melaungkan nama anaknya di seberang jalan, sambil melambai-lambai tangan memanggil.
Maisarah membalas lambaian Papanya kemudia berlari-lari anak ke arah Unser maroon tersebut.
“Assalamualaikum Papa. Papa tunggu lama?”
“Waalaikumussalam Mai. Oh, tak lama. Papa teringat papa kecik-kecik dulu.” Syarifuddin menarik senyum. Melihatkan Maisarah, teringat akan Ira. Sungguh, takdir Allah itu cantik. Susunan Allah ke atas dirinya, bermula sejak kecil lagi.
“…entah, kalau nak cakap pun, aku bukannya rasa aku dapat hidayah ke, tiba-tiba je bertukar jadi baik ke, tiba-tiba menangis nakkan ketenangan. Tapi, suami aku yang banyak membimbing sebenarnya. Orang kata, sayang suami. So, aku selalu jugak la ikut dia ke mana-mana.” Ira rancak bercerita.
“Abang, kita nak ke mana ni?” Ira memandang wajah Syarifuddin.
“Ni, dah sampai dah.” Syarifuddin memusing stereng untuk memarkir kereta.
“Ha?!”
“… kau tahu Ana, punyalah gelabah aku masa tu. Mana tak nya, baju pakai aku masa tu, macam apa. Tudung pun tak sangkut. Dia bawa aku pergi masjid. Nak dengar ceramah katanya. Lepas tu, aku tunggu je dalam kereta. Tak masuk dalam.”
“Haha.” Ketawa Ana pecah. “Alhamdulillah, suami mithali orang kata.” Ana menekup mulut dengan tangan menahan tawa yang bersisa.
“Lepas tu je, setiap kali keluar dengan dia, aku bawa lah tudung tu. Sangkut je, takut-takut emergency nak guna.”
Ira membetulkan letak tudung di kepala, melihat-lihat wajahnya bertudung di cermin. Sekali-sekala, dia membetulkan juga keronsang Rapunzel di atas tudung. Seketika, tudung itu dililit pula. Selesai mencuba warna merah jambu, dicapai pula warna lavender.
“Ha, kan cantik isteri abang pakai tudung.”
Ira melihat pada cermin. Syarifudin sedang bersandar pada sisi pintu dengan tangan yang sedang memeluk tubuh.
“Ala abang ni. Saja je kan..”
“Cantik la. Cuba warna hijau tu. Kan Rapunzul suka warna hijau.”
“Eleh, dia beli, semua nak cantik. Tak pernah pun dengar mana-mana hikayat Rapunzel suka warna hijau.”
“Dah alang-alang suami kata cantik kan, lepas tu aku start belajar pakai tudung.”
“Alhamdulillah. Bagus suami kau. Ya lah, lama tak jumpa, aku pun pelik, ingatkan siapa yang duk lambai-lambai kat aku tadi.”
“Ya lah, Alhamdulillah. Aku pun tak sangka. Kalau nak diikutkan, suami aku lah yang banyak tolong sebenarnya. Baca al-quran sama-sama, solat jemaah sama-sama. Aku pun, tengah bertatih lagi sbenarnya.”
“Tak apa Ira, slow-slow kita berubah. Lama-lama, kita terbiasa, insyaAllah. Eh, dah bersembang panjang, aku pun tak pernah-pernah kenal suami kau. Kau kahwin dengan siapa? Sampai hati tak ajak aku majlis.”
“Ala, kita kan dah lost contact lama. Issh, sibuk je nak tahu. Ada la, someone from my past. Lagipun, aku jumpa dia pun by accident.” Ira menarik senyum.
“…operation of the transistor is very dependent on the degree of doping of the various parts of the semiconductor crystal. The N type emitter is very heavily doped to provide many free electrons as majority charge carriers. The lightly doped P type base region is…”
Ira menahan kuap dengan belakang tangan. Bebelan Prof Arif masuk dah bukan takat masuk telinga kanan lagi dah. Arrggh! Majority charge dah masuk otak aku suruh tidur je. Kalau ikutkan hati, nak je tidur ni. Harap si Ana ni je duk kat sebelah, duk cucuk-cucuk kalau tidur.
Kalau dah bosan giga tu, tetikus depan mata pun boleh jadi mainan. Ira melarikan tetikus. Di’refresh’nya desktop berkali-kali. Tahap bosan habis. Seketika, ditenungnya desktop wallpaper di laptop. Lecture Prof Arif di depan dah terasa seperti angin lalu je, langsung tak dihiraukan.
Gambar-gambar kenangan ketika bercuti di Cameron Highlands bersama keluarga menjengah pandangan. Ira menarik sengih. Teringat kenangan dulu-dulu. Selepas itu, wallpaper bertukar kepada gambar ketika rombongan sekolah darjah enam. Wallpaper lagi sekali bertukar. Gambar Barbie doll Rapunzel menjamu mata. Di kedua belah Rapunzel, Batman sedang berdiri dengan pedang dari mana entah di tangan, Superman pula membentangkan secebis kertas di tangan, dengan tulisan;
‘Pindah. Ibu paksa.’
Tulisan tungang langgang. Ira menarik senyum. Kerinduan pada kawan lama menjengah benak.
“Mana Adin ya, Areh?” Rapunzel disuakan sudu tidak berisi di tangan Ira.
Areh menggeleng.
“Dia marah Ira ke pasal hari tu?”
Areh menggeleng lagi. Areh memang kurang bercakap orangnya.
Akhirnya, Ira ambil keputusan untuk pergi ke rumah Adin. Bimbang juga kalau-kalau Adin marah pasal dua tiga hari lepas. Lagipun, dah memang selalu pun mereka bergaduh. Dah macam anjing dengan kucing. Tak pernah pun nak merajuk.
Sampai-sampai, tahulah Adin dah pindah. Rumah Adin kosong. Namanya budak-budak, bukan tahu nak duduk diam. Ira melihat-lihat sekeliling halaman. Akhirnya, terjumpa dek si Ira dengan action figure Adin dengan kertas terbentang di tangan, tertulis;
‘Pindah. Ibu paksa.’
“Ira…”
Ira masih menatap wallpaper pada desktop. Gambar Ira bersama Sya berlatarkan Masjid Putrajaya lambat-lambat menggantikan gambar Rapunzel, Batman dan Superman.
“Ira…,” suara Sya mengembalikan Sya semula ke dalam lecture hall bersama Prof Aziz.
“Kenapa?”
“Melamun sampai mana? Aku panggil tak jawab. Ni ha, mamat belakang tu panggil.”
Ira memandang lelaki bercermin mata hitam, dengan rambut disikat tepi di belakangnya. Mamat Clark Kent ni, pekehal?
“Psstt, awak...boleh tukar balik gambar tadi? Tu, gambar kat desktop tu.” bersungguh si Clark Kent di belakangnya menunjuk-nunjuk pada laptop Ira.
Nak tukar pekenama? Ni wallpaper automatic cik abang. Ira buat muka malas layan.
“Ooo..aku kenal la. Mamat pakai cermin mata Superman belakang kita tu. Oh, tak sangka, suami kau last-last ya?”
“Ha’ah. Aku punya la anti awal-awal. Ingat player mana guna taktik lama kat aku. Rupanya, dia la Areh yang pindah dulu-dulu tu. Lagi pun, kebetulan je gambar tu nak bertukar tengah-tengah dia duduk belakang kita masa tu.”
“Ya lah, ingat-ingat balik, aku pun naik serabut dia tegur tengah-tengah lecture tegur kita.”
“Tu lah Ana. Bila aku fikir-fikir balik, cantik susunan Allah bagi kat aku. Perfect timing je, masa tu Allah takdirkan Syarifuddin duduk belakang aku time lecture hari tu. Kalau tak, sampai sekarang pun tak tahu tu Adin. Lagipun, masa tu, semua panggil dia Syarif, tak pun Syarifuddin. Adin katanya tak best.”
“Betul-betul. Cantik susunan dia. Dia aturkan dari awal lagi Ira. Dari dulu lagi. Sebelum kau lahir lagi. Kau tengok, kecik-kecik dulu selalu gaduh. Lepas tu, dia pindah rumah. Siapa sangka, sekali lagi Allah pertemukan. Then, Allah bagi lagi peluang kat kau untuk berubah, melalui Adin. Last-last, bertudung juga kawan aku ni sorang. Dari awal lagi, aturanNya cantik untuk merubah kau ke tahap ini. Tak ada kebetulan dalam dunia ni, sebab semua kan ketentuanNya?”
“Alhamdulillah. Subhanallah, cantik takdir yang Allah susun untuk aku kan?
"Aku ingat, dah kahwin dengan Adin yang kau selalu cerita dulu-dulu tu, rupanya Areh juga yang kau pilih ya?" Ana mengusik.
"Haha. Aku konon savior dia la dulu-dulu. Come to think of it, Adin mana ya?”
Tatkala Isaac Newton menemukan teori gravity, satu dunia mengangkat beliau. Satu dunia memuji kegeniusan beliau dan relevannya teori beliau. Manakan tidak, satu dunia menggunakannya. Tapi, sedarkah manusia, siapakah yang menjatuhkan buah epal yang menjadi penggerak kepada teori gravity tersebut?
“…dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya” [al-An'aam, 6:59)]
..kerana aturanNya lah yang menemukan teori gravity Isaac Newton. Lagipun, bukankah ilmu tentang gravity itu adalah ilmuNya, ilham kepada Isaac Newton itu adalah ilham dariNya juga? Bila fikir-fikir balik, tepat-tepat je masa jatuhnya epal ke atas kepala Isaac Newton. Tiada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya, aturanNya. Semuanya, takdirNya. Cantik kan?
Tapi…
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” [ar-Ra’ad 13:11]
Jatuh durian sekalipun atas kepala pak cik Newton, kalau pak cik Newton tak tergerak untuk berusaha menemukan teori gravity, takde lah nak dapat Nobel Prize pak cik ni kan??
Tatkala Isaac Newton menemukan teori gravity, satu dunia mengangkat beliau. Satu dunia memuji kegeniusan beliau dan relevannya teori beliau. Manakan tidak, satu dunia menggunakannya. Tapi, sedarkah manusia, siapakah yang menjatuhkan buah epal yang menjadi penggerak kepada teori gravity tersebut?
“…dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya” [al-An'aam, 6:59)]
..kerana aturanNya lah yang menemukan teori gravity Isaac Newton. Lagipun, bukankah ilmu tentang gravity itu adalah ilmuNya, ilham kepada Isaac Newton itu adalah ilham dariNya juga? Bila fikir-fikir balik, tepat-tepat je masa jatuhnya epal ke atas kepala Isaac Newton. Tiada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya, aturanNya. Semuanya, takdirNya. Cantik kan?
Tapi…
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” [ar-Ra’ad 13:11]
Jatuh durian sekalipun atas kepala pak cik Newton, kalau pak cik Newton tak tergerak untuk berusaha menemukan teori gravity, takde lah nak dapat Nobel Prize pak cik ni kan??
"Papa, tadi Mai belajar pasal takdir. Apa tu?" Maisarah memandang Syarifuddin.
Syarifuddin menarik senyum. Sungguh, tiada kebetulan dalam dunia ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)