Berombak paradoks di jiwa,
Tidak yang datang menghulurkan tangan,
Laluan sukar,
Ku mohon kepada Dia agar dipermudahkan.
ㅤ
Masalah peribadi di kunci rapi,
Serik bercerita kepada pendengar yang salah,
Berlawan dan mempertahankan jiwa sendirian,
Dalam memandu menghadapi arah yang mencabar.
ㅤ
Mereka bebas mewarna perkataan melalui bibir,
Tanpa mengikut rasa tona warna latar,
Gelombang arus dari pelbagai sudut,
Cuba untuk kuat bertahan menghadapinya.
MOHAMAD RIDZUAN ABDUL MAJID
Krabi, Thailand
ㅤ
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Showing posts with label Persada Realistik. Show all posts
Showing posts with label Persada Realistik. Show all posts
Wednesday, 4 April 2018
Wednesday, 29 October 2014
Segalanya terselit hikmahNya
ADAKAH anda pernah menonton filem Fitna. Filem pendek berdurasi 15 minit ini satu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila filem ini dilihat sebagai menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan umatnya.
Ramai pemerhati berpendapat kelahiran filem ini sebagai manifestasi sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001.
Karya ini dapat dihasilkan kerana orang yang menjadi tulang belakang pembikinan filem ini adalah seorang ahli politik Party for Freedom (PPV) yang terkenal dengan anti Islam, Arnoud Van Doorn.
Sesungguhnya hidayah ALLAH tidak mengenal siapa. Orang yang dahulunya beriya-iya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kini memeluk Islam!
Van Doorn menjelaskan antara faktor utama pengislamannya adalah apabila hati kecilnya terusik melihat penghasilan filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam.
Perasaan itu membuatkan Van Doorn mencari terjemahan al-Quran, hadis, dan buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya dilalui dengan membaca dan mengkaji buku satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam daripada mulut orang yang membenci agama ALLAH ini.
“Saya mempelajari al-Quran kerana rasa ingin tahu yang menebal. Saya mula mempelajarinya setelah keluar daripada Parti PVV. Sebelum itu saya hanya mendengar cerita yang buruk mengenai Islam. Semakin banyak saya membaca semakin saya yakin Islam sesungguhnya agama yang indah dan penuh kebijaksanaan.
“Sebenarnya, sebagai penganut Kristian, banyak nilai baik yang saya pelajari daripadanya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup. Lebih mudah untuk beralih daripada seorang penganut agama Kristian menjadi Muslim daripada seorang atheis (tidak percaya agama), kerana sebelumnya saya telah mengenal konsep kenabian, adanya malaikat dan disiplin yang selalu ada dalam mana-mana ajaran agama mana pun,” katanya.
Temui Jalan Hidayah
Kenalan dan individu terdekat Van Doorn tahu yang dia membaca rujukan Islam, langsung tidak terlintas di benak mereka sikapnya itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu fahaman tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, ramai yang mempelajari Islam kemudian menyerangnya.Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji al-Quran, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh perihal agama yang kini menarik hatinya.
Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Meskipun sebelum ini dia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn berasakan Islam itu istimewa.
Apa yang selama ini ada dalam kepalanya, Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleransi, membabi buta memusuhi Barat, perlahan-lahan hilang daripada fikirannya.
Ternyata Islam sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka. Islam adalah agama yang cintakan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai pengganas.
Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.
Selain menjelaskan Islam dengan lebih jauh lagi, beliau juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.
Dianggap pengkhianat
Tidak ada manusia yang tidak pernah diuji ALLAH SWT. Begitu juga dengan empunya diri Van Doorn.Tidak semua yang suka dan menerima baik pengislamannya lebih-lebih lagi rakan sejawatnya dalam Parti PPV. Kebanyakan daripada mereka marah dengan perubahannya itu bahkan menganggap Van Doorn sebagai pengkhianat.
"Saya jelaskan kepada mereka keputusan ini adalah keputusan peribadi dan terpulang kepada diri ini untuk menganut mana-mana agama memandangkan setiap orang mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan.
“Walaupun ramai yang menganggap saya sebagai pengkhianat, tetapi sebahagian daripada masyarakat yang lain memberi reaksi positif. Saya juga menerima sokongan daripada masyarakat lain yang menghantar reaksi melalui Twitter.
“Saya berasa bahagia dan gembira melihat orang yang tidak mengenal saya secara peribadi menyokong dan memahami dengan pilihan yang saya lakukan,” jelasnya yang mengakui ada hikmahnya beliau pernah menjadi sebahagian daripada ahli parti PPV.
Ajak kenali Islam
Van Doorn kini berasakan telah menemui pedoman hidupnya dan beliau ingin mengajak mereka yang bukan Islam memahami Islam dan mempelajarinya dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuang segala prasangka buruk terhadap Islam.“Pelajarilah Islam, buangkan segala prasangka buruk, Insya-ALLAH kamu akan lihat bahawa Islam itu agama yang sangat indah dan murni, agama Islam yang memiliki sejarah yang begitu agung. Umat Islamnya pula saling mengambil berat antara satu sama yang lain, baik dalam senang mahupun susah.
“Di Barat, Islam umumnya dituding sebagai agama yang melahirkan dan mewujudkan pengganas dan menindas perempuan. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap segala tuduhan semacam ini? Semuanya berlaku kerana prasangka yang buruk dan kurangnya wawasan.
Kumpulan fanatik sememangnya wujud dalam mana-mana agama pun di dunia ini. Tapi sayangnya golongan fanatik yang cuma satu peratus itu dipertunjukkan di televisyen dan media-media yang lain, sekali gus pengaruh mereka diperbesar-besarkan.
Sedangkan 99 peratus umat Islam yang lain terus bekerja keras dan hidup dengan aman damai.
Jika semakin ramai orang mempelajari Islam yang sebenarnya, kian bertambahlah yang melihat keindahan Islam,” ujarnya.
Beliau menyedari pengislamannya juga adalah permulaan baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan dirinya mengenali Islam.
Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.
“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang dilakukan pada masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar dan ingin mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali daripada ibadah haji,” katanya pada akhir bicara.
Sumber : Berita Harian oleh MOHD AZLI MOHD ALI
Saturday, 17 May 2014
Prank and Parody
Assalamualaikum...
Forum ini bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai jati diri muslim yang seimbang dari segi luaran dan dalaman dalam usaha menjadikan golongan belia sebagai agen kepada perubahan masyarakat serta menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. Ini bertepatan dengan harapan pihak atasan yang mahukan Mahsasiswa UPM cemerlang dari segi akademik serta sahsiah.
Forum ini telah berlangsung pada 28 Mac 2014 yang lalu bertempat di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia. Walaupun agak terlewat dan tersesat ke UPM, dapat juga saya menikmati santapan rohani dari ketiga-tiga panel iaitu Iman Muda Miril, Nadia Syamila (Vlogger) dan juga Ustaz Hidayat serta moderatornya Azfar Hamdii
Semasa majlis berlangsung |
Antara perkara yang dibentangkan adalah konsep malu dalam Islam... malu itu sebahagian daripada iman dan di tambah oleh Imam Muda Miril (kalau tak silap) "orang yang tak malu tu, tiada rasa iman.."
Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Izinkan saya memetik dari riwayat Abu Hurairah mengenai malu;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
dan part yang paling best, menangis tangani rasa malu, Allah bagi rahmat, bila menangis rasa rahmat even baca Al-Quran.. dua mata tak kan sentuh api neraka, menangis takut kerana Allah... Tahajjud, jihad kepada Allah..
Dari Inu As r.a: 2 mata yang tidak disentuh api neraka adalah mata yang berjaga malam kerana Alllah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah(boleh dirujuk di (HR Tirmizi)
Mata adalah anugerah Allah yang tidak terhingga yang perlu kita jaga. Dengan mata kita boleh ke syurga dan dengan mata juga kita boleh ke neraka.
jangan pandang orang lain dan judge! ya betul.. even pun dia seorang yang menutup aurat dengan sempurna, selalu berzikir tak bermakna tidak tidak melakukan kesilapan kan?, dia juga manusia seperti anda yang takkan lari dari garis kesilapan sebagai seorang hamba Allah. Kita memang takkan lari dari kesilapan tapi kita belajar dari kesilapan untuk menjadi yang lebih baik. Jika kengkawan buat salah, jangan judge, jangan marah... pimpin tangan anda bersama-sama ke arah yang lebih baik. tambahan lagi, tak guna mengumpat sana sini untuk memburukkan seseorang. Ia takkan menyelesaikan masalah, bawak berbincang, jika tidak berhasil gunakan doa sebagai senjata. Insya-Allah ^^
Islam adalah agama yang mengajarkan kasih sayang, persaudaraan bukan mengajarkan kekerasan
Selepas berakhir para mahasiswi tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan vlogger, Nadia Syamia. Apa yang saya boleh katakan, dia sungguh berinspirasi dan saya kagum dengan vlog beliau :) |
p/s :
1) Apabila hilangnya rasa malu, maka kejahatan akan hadir tanpa dijemput.
2) penekanan masa dan manage dengan baik; multi task..
3) Ramai orang suka judge tetapi tak mengambil langsung kebaikan seseorang, hanya melihat keburukan semata-mata. cara yg baik bersangka baik serta berlapang dada
4) Penjelasan dan pencerahan yang sgt baik smpai blackout hahaha..Nadia Syamila, great speech
5) moderator nya Azfar Hamdii, ahli panel: Imam Muda Miril, Ustaz Hidayat, dan Nadia Syamila...
6) prank dan parody tu tak salah selagi berlandaskan syariat islam dan jangan keterlaluan..
Monday, 10 March 2014
Kenapa aku?
Kadang-kadang aku pelik melihat betapa ramainya manusia yang tidak.bersyukur dengan rupa paras yang diperolehi mereka. Antara soalan yang selalu aku dengar dan aku kasi jawapan sekali:
S: Kenapa aku tak cantik?
J:Sebab Allah jaga, kalau cantik nanti Allah tahu kita tak menghargai nikmat cantik yang ada. Cantik itu dunia. Satu lagi, kurang ambil wudhu la tu. Hihi
S: Kenapa kulit aku gelap?
Sebab kulit ibu dan bapa kamu gelap. Maka berbanggalah kerana mendapat keturunan daripada ibu bapa. Cuba bayangkan ibu bapa kulit gelap, tiba-tiba kamu keluar kulit putih? Tak ke pelik? Hitam itu menawan, putih itu impian.
S:Kenapa aku gemuk?
J: Biasalah, manusia memerlukan makan untuk hidup, tetapi ada juga jenia hidup untuk makan. Jadi tukar gaya hidup anda. Dan diet paling baik ialah puasa. Puasa sunat di hari Isnin dan Khamis, In sha Allah kurus. Gemuk itu kiut, kurus itu menggoda.
S: Kenapa aku pendek?
J: Bersyukurlah jadi pendek daripada menjadi kerdil. Allah ciptakan manusia ada kelebihan yang tertentu, pendek itu comel, tinggi itu menawan.
S: Kenapa aku tiada peminat?
J: sebab Allah bukan suruh cari peminat, tetapi cari Suami.
S: Kenapa rambut aku kerinting?
Kerinting ke, lurus ke, ikal mayang ke, afro ke, semuanya cantik tetapi lagi cantik kalau pakai tudung.
Bersyukurlah dengan paras yang ada. Cantik pun tak ke mana kalau akhlak tak cantik. Cantikkan diri anda dengan ibadah kepada Allah.
P/s: kalau ada soalan, mai tanya.
Thursday, 20 February 2014
Cinta islamik sebelum nikah?
BUDAYA mengislamkan cinta sebelum nikah; lalu menghalalkan chatting, bergayut, couple, dating antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dimulakan dengan salam, diakhiri dengan salam, ada pula yang berchatting dalam bahasa Arab agar kelihatan betapa islamiknya cinta mereka.
Hal ini cukup bahaya kerana ia mengandungi racun yang tersembunyi.
Ini bukan cinta Islam sebaliknya adalah cinta dorongan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Secara tegas, perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin sama ada bercouple, dating, berSMS, berWhatsApp, atau cara tradisional dengan telefon, hal ini adalah bercanggah dengan syariat Islam. Maka ia adalah haram kerana ia bertaklid kepada budaya orang kafir.
Perbuatan ini dilakukan akibat kejahilan dan ambil mudah terhadap hukum-hakam syarak di samping sikap ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka mendidik serta mentarbiah anak dengan ajaran Islam.
Walhal syariat Islam secara jelas mewajibkan ke atas ibu bapa secara khasnya supaya mentarbiah anak sebaik-baiknya dan memberikan pemahaman terhadap hukum-hakam Islam secara umumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu bertanggungjawab dan setiap kamu akan disoal atas orang yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Mukadimah zina
Syariat Islam secara tegas melarang yakni mengharamkan segala perbuatan yang menghala kepada perzinaan. Firman ALLAH SWT, “Dan jangan kamu dekati zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan jalan yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Isra’: 32)
Dalam ayat agung ini menunjukkan bukan zina itu sahaja yang dilarang, tetapi segala jalan, perbuatan yang membawa kepada zina itu. Syarak menitikberatkan semua aspek ini. Di samping diharamkan zina, syarak turut mengharamkan segala jalan yang boleh membawa kepadanya.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya” (Surah An Nur: 30). Menundukkan pandangan adalah menjaga pandangan daripada melihat benda haram dan menjaga kemaluan.
Ditegaskan juga kewajipan menundukkan pandangan ini bukan ke atas lelaki sahaja, bahkan ke atas wanita juga. ALLAH berfirman: “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka.” (Surah Al-Nur: 31)
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah ditakdirkan atas setiap anak Adam bahagiannya daripada zina, tidak ada yang dapat menghalangnya. Kedua mata zinanya adalah melihat. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lidah zinanya adalah bercakap.
Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki zinanya adalah berjalan. Dan hati itu bergolak serta berkeinginan, dan kemaluan itu akan membenarkannya atau mendustakannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Ini menunjukkan zina boleh terjadi pada seluruh anggota. Ini adalah mukadimah, dan kemaluan itu membenarkannya atau menafikannya. Itu adalah kemuncaknya, iaitu persetubuhan haram itu sendiri.
Ini dapat difahami sebagai Sunnatullah Al-Kauniyyah; ketetapan takdir pasti terjadi di mana setiap manusia tak dapat menyelamatkan anggota badannya daripada zina.
Bagaimanapun, di samping Sunnatullah Al-Kauniyyah, ada pula Sunnatullah Al-Syar’iyyah; iaitu ketetapan syarak. Harus dibezakan keduanya. Ketetapan takdir mengatakan hal itu pasti terjadi; anggota itu pasti terkena zina. Tetapi pada masa sama, ketetapan syarak menegah kita dari melakukannya.
Mukadimah zina ini semua perlu dihindari. Daripada Umar bin Al-Khattab RA,Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiga adalah syaitan.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi & Hakim( Sahih))
Apa yang dilakukan oleh syaitan? Tidak lain dan tidak bukan, syaitan akan terus membisikkan dan menyemarakkan lagi api perzinaan itu, supaya diteruskan sehingga sampai kepada kemuncak zina itu, wal-‘iyyadzu billah (kita meminta perlindungan daripada ALLAH).
Oleh itu, kita perlu betulkan persepsi, jangan ingat zina itu persetubuhan haram sahaja. Tidak. Mukadimah ini termasuk zina. Pepatah Arab mengatakan, “Zina itu pandangan, lalu senyuman, lalu salam, lalu berbual-bual, lalu pertemuan.”
Pertemuan adalah babak terakhir sebelum perzinaan. Kita semua setuju zina adalah seburuk-buruk perkara dan kita tidak mahu terjatuh dalam kancah perzinaan itu.
Jadi kita kena menjaga batas pergaulan dan menjauhi mukadimah. Ini kerana khuatir tidak semena-mena tanpa kita sedar telah sampai ke penghujung babak perzinaan itu, dan bila sampai ke tahap itu, mungkin tidak ada yang dapat menghalangnya lagi.
Segera kahwinkan anak
Ibu bapa perlu mengambil perhatian keutamaan dikahwinkan anak itu dengan segera. Ini amalan salaf terdahulu, yang mana pada zaman ini seakan-akan diabaikan.
Dewasa ini, keutamaan diberikan kepada perkara duniawi, manakala kewajipan berkahwin itu dikesampingkan. Inilah yang menjadi punca budaya couple dan dating.
Rasulullah SAW bersabda:“Wahai pemuda, barang siapa yang memiliki kemampuan, hendaklah dia berkahwin. Kerana ia akan mampu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan bisa menundukkan nafsu syahwatnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Sekiranya ibu bapa melambatkan perkahwinan anak, dikhuatiri jatuh dalam kancah zina. Jadi hendaklah diambil langkah pencegahan sebagaimana disebut Nabi Muhammad SAW iaitu kahwinkan anak itu kerana ia akan menundukkan pandangannya serta menjaga kemaluannya.
Alhamdulillah, masyarakat Islam terutamanya masih mengambil berat keutamaan berkahwin, berbeza dengan Barat yang sudah teruk mereka melihat perkahwinan itu suatu yang membebankan, menyusahkan, bahkan merugikan. Kerana itu mereka memilih untuk tidak berkahwin dan tidak membudayakan perkahwinan, sebaliknya mereka panggil budaya partner.
Ini realiti dan jelas meruntuhkan sistem kekeluargaan, kerana kekeluargaan adalah asas dalam kekuatan sesebuah masyarakat. Apabila asas kekeluargaan itu sudah runtuh, maka percayalah masyarakat itu secara automatiknya akan porak-peranda dan hancur.
Masyarakat kita semua setuju keutamaan berkahwin, cuma masalahnya ialah cepat atau lambat. Pada zaman sekarang perkahwinan itu dilambat-lambatkan, bukan saja lelaki tetapi juga wanita.
Di usia 25-30 tahun, mereka masih tidak berkahwin.
Ini adalah permulaan kepada satu malapetaka. Akibatnya, mereka memilih untuk berdating, bercouple, malah ada yang sudah bertunang tetapi bertahun-tahun lamanya.
Apa faedahnya? Ini bukan faedah tetapi mencari bala.
Satu hal yang perlu diingat adalah kesudahan yang baik datang daripada permulaan yang baik. Kalau sesuatu itu dimulakan dengan cara yang sebetulnya, insya-Allah kita akan dapat hasil yang diinginkan.
Sebaliknya kalau permulaan dan persediaan tidak mengikut cara yang betul, bagaimana kita mengharapkan natijah yang baik?
Maka begitulah dalam kekeluargaan, kalau mengimpikan sebuah keluarga yang baik, anak yang soleh, hendaklah perkahwinan dan perhubungan dengan bakal pasangan itu dimulakan dengan cara yang baik.
Adapun couple, dating, dan seumpamanya adalah cara yang tidak baik dan akhirnya boleh mengakibatkan kerosakan.
Berapa ramai mulakan perkahwinan mereka apabila sudah terlanjur? Berapa ramai memulakan perkahwinan apabila sudah ada anak di luar nikah? Bagaimana kehidupan mereka selepas itu?
Tentu akan ada kesan sejarah hitam di dalam keluarga mereka. Maka sebuah institusi keluarga itu perlu dimulakan dengan mengikut telunjuk syarak. Insya-ALLAH kita mendapat hasilnya seperti yang diinginkan.
sumber: USTAZ IDRIS SULAIMAN AHLI SYURA ILMUWAN MALAYSIA (ILMU)
14 Februari 2014 -sinar harian
Sunday, 19 January 2014
Pensil
Alkisah pensil nenek yang menulis surat Seorang cucu sedang melihat neneknya menulis surat. “Nek tulis apa? Nek tulis pasal apa yang kita buat bersama? Atau nek tulis pasal Him?” tanya cucu yang bernama Ibrahim. Nenek berhenti menulis sekejap dan memandang ke arah cucunya yang comel sambil mencubit lesung pipitnya yang manis. “Nek tulis pasal Him… tapi yang lebih penting ialah pensil yang nek guna ini. Nek harap Him akan menjadi seperti pensil apabila besar nanti.” Cucunya termenung tidak faham apa yang dikatakan nenek. Pensil yang dipegang cumalah pensil kulitnya merah yang biasa. Ramai rakannya di sekolah pun menggunakan pensil yang sama. “Ini cuma pensil biasa, nek,” kata cucunya. “Tak. Ia bergantung dari sudut mana Him pandang. Pensil ini ada lima keistimewaan, dan jika Him boleh berpegang padanya, Him akan mendapat manfaat daripada nya… “Pertama: Him boleh menjadi seorang yang hebat tapi mesti ada tangan yang memandu Him seperti pensil ini. Siapa dia pemandu itu? Dia ialah Allah, Dia akan sentiasa memandu Him mengikut ketentuannya. Kedua: dari semasa ke semasa, nek terpaksa henti menulis dan menggunakan pengasah. Pensil akan sakit sedikit dan berkorban sedikit, tapi ia akan menjadi lebih tajam. Begitu juga dengan Him. Him mesti belajar untuk mengharungi sedikit derita dan sakit, cabaran ini akan mematangkan Him. Ketiga: Pensil selalu membolehkan kita menggunakan pemadam untuk memadam kesilapan kita. Ini bermakna membetulkan sesuatu kesilapan yang dilakukan kita bukanlah satu perkara yang buruk, sebaliknya ia membantu kita kembali ke jalan yang benar dan adil. Keempat: Apa yang penting pada pensil ialah isinya dan bukan kulit kayunya. Him kena tumpukan lebih banyak perhatian pada apa yang berlaku dalam diri. Akhir sekali, pensil sentiasa meninggalkan tanda. Begitu juga Him, ingatlah semua perkara yang Him lakukan ada kesannya, jadi sedar dan fikir dalam segala tindakan Him.” Cucunya terpegun dengan cerita neknya. Kini cucunya sudah mendapat cucu, cerita ini pula disampaikan kepada anak dan cucunya. Wahai anakku, Jika kamu ingin belajar, pensil pun boleh memberi banyak pengajaran. Jika kamu tidak ingin belajar, beribu buku di depan kamu pun tiada guna. Senyum ^^
Friday, 20 December 2013
Nice to hear but just be yourself~
Credit to Nor Hidayah Mat Zain |
"Life is to be enjoyed, not endured.”
―Gordon B. Hinckley
1. Other people’s judgments.
It’s OK to listen to others, but not at the full expense of your own intuition. Throughout your life there will be many times when the world gets real quiet and the only thing left is the beat of your own heart. So you’d better learn the sound of it, otherwise you’ll never understand what it’s telling you.
When you spend too much time concentrating on everyone else’s perception of you, or who everyone else wants you to be, you eventually forget who you truly are. So don’t fear the judgments of others; you know in your heart who you are and what’s true to you. You don’t have to be someone else to impress and inspire people. Let them be impressed and inspired by the real YOU. Honestly, what does life matter if you lose yourself along the way? Even your mentors should teach you HOW to think, not WHAT to think. So if someone – anyone – is belittling your truth, it might be time to turn the other way.
2. Old troubles from the past.
You can’t change what has already happened, so choose to look ahead instead of behind you. Don’t stress. Do your best. Forget the rest. Your past mistakes are meant to guide you, not define you. Life is a beautiful circle. You’re strong because you know your weaknesses. You’re wise because you’ve been foolish. You can laugh now because you’ve known sadness.
It’s crazy how you always end up where you’re meant to be – how even the most tragic and stressful situations eventually teach you important lessons that you never dreamed you were going to learn. Remember, oftentimes when things are falling apart, they are actually falling into place. Just because you’re not where you want to be today doesn’t mean you won’t be there someday. Everything is going to be come together – maybe not today, but eventually.
3. Each day’s little frustrations.
A bad day is just a bad day. It comes and it goes. Choose not to make it anything more. You will find that it’s necessary to let some things go simply for the reason that they’re heavy on your heart and soul. Go ahead and let go of them. Don’t clamp shackles to your own ankles. It’s incredibly easy to enjoy more of your life right now, no matter what the situation. It’s just a matter of dropping of the layers of nonsense that are weighing you down.
Behind every beautiful day, there has been some kind of struggle. You fall, you rise, you make mistakes, you live, you learn. You’re human, not perfect. You’ve been hurt, but you’re alive. Think of what a precious privilege it is to be alive today – to breathe, to think, to enjoy, and to chase the things you love. Sometimes there is sadness in your journey, but there is also lots of beauty. You must keep putting one foot in front of the other even when it hurts, for you will never know what is waiting for you just around the bend.
Follow this daily to-do list and you’ll be just fine:
Think positively.
Eat healthy.
Exercise today.
Worry less.
Work hard.
Laugh often.
Sleep well.
Repeat…
4. The necessary pain of hard work and growth.
There are two types of pain in life: pain that hurts you, and pain that changes you. But when you learn from it, they are one and the same. If you want something, you must endure the pain of working for it. It’s that simple. If you’re not where you want to be right now, take the time to visualize yourself in the place you want to be and take the first step in that direction. You may not be able to change your destination in a day, but you can change your direction right now.
Remember, strength doesn’t come from what you can do. It comes from overcoming the things you couldn’t. Tough situations build strong, successful people. No matter how much it hurts now, you have to hold your head up, grit your teeth, and keep going. In the end, consistent action speaks for itself. So focus diligently, work hard in silence, and let your success be your noise.
5. Insignificant busywork.
In the beginning, you need to say “yes” to a lot of things to discover and establish your goals. Later on, you need to say “no” to a lot of things and concentrate on your goals. Stop over-committing and trying to do too much at once. Start saying “no” more often. If you never say “no,” you will take on too much and all you will achieve is stress and frustration.
As Bruce Lee once said, “It is not a daily increase, but a daily decrease. Hack away at the inessentials.” Many of us spend too much time on what is urgent and not enough time on what is important. Don’t be one of them. It’s not what we claim are our priorities, but how we spend our time each day that reveals the truth. Let your daily actions reflect your highest priorities.
6. Impatient thoughts.
Patience is not about waiting; it’s the ability to keep a good attitude while working hard for what you believe in. It’s the willingness to stay focused, confidently staking one small step at a time, knowing that the way you move a mountain is by moving one stone at a time. Every stone you move, no matter how small, is progress.
Whether you are working on improving your health, learning a new skill, or getting a business venture off the ground, you can’t expect instant gratification. Instead, you must dedicate yourself to the best of your ability and understand that real change takes time. Sometimes it may be hard to see your progress. Sometimes it will be frustrating when the results you seek don’t appear as quickly as you had hoped. Still, you are advancing. Hang in there. You may be moving things along slowly, but you are still moving a mountain.
7. The things that can’t be controlled.
Never force anything. Do your best, then let it be. If it’s meant to be, it will be. Don’t hold yourself down with things you can’t control. Stop talking about the problem and start thinking about the solution. Forget what could go wrong for a sec and think of what is already right.
Remember, change happens for a reason. Roll with it. It won’t be ideal or easy at first, but it will be worth it in the end. When times are good and everything is comfortably in order, it’s easy to become complacent and forget how skillful and resourceful you are capable of being. Unanticipated troubles are necessary evils that push you forward, because they eventually end, but the lessons and growth you gain from them last a lifetime.
8. Unfounded fears.
Life is about overcoming fear and taking risks. If you don’t take risks, you won’t know what you’re capable of. If you don’t risk anything, you risk everything. Truth be told, nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to expand your comfort zone so you can experience things and understand more… so that you may fear less in the long run.
The reality, of course, is we all get afraid sometimes. It’s not about not being afraid, but what you do when you feel that way. When you feel doubt, or fear, or anxiety, or frustration, know that you can let it go just as surely as you can pull your hand away from a flame. Keep your mind focused on the goodness, on the possibilities and on your most treasured goals. What begins in your mind ends up in your life. Think continually of the way you would like to be, let these thoughts drive your actions, and your reality will reliably catch up with your thinking.
9. The mind’s endless stream of doubts.
Believe in yourself through tough times. Believe in your capacity to succeed. Believe that your relationships are worth the effort. Believe that people make mistakes on their way to greatness. Believe that people can be foolish and intelligent, selfish and generous, and stressed and happy all at once. Believe that very few people hurt others on purpose. Believe that there are many roads to what’s right. Believe in your intuition, especially when you have to choose between two good paths. Believe that the answers are out there waiting. Believe that life will surprise you again and again. Believe that the journey is the destination. Believe that it’s all worth your while.
Or as Roald Dahl once said, “And above all, watch with glittering eyes the whole world around you because the greatest secrets are always hidden in the most unlikely places. Those who don’t believe in magic will never find it.”
The floor is yours…
p/s :Which of the points above have you struggled with? What else do we all need to ignore more often? Please leave a comment below and share your thoughts and insights with us.
Wednesday, 28 August 2013
Tudung Labuh..?? (Ambil ikhtibar wahai kaum hawa semua)
Situasi Zaman Sekarang..
Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...
Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..
Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !
Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~
Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar ..
Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..
Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh
Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat
Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..
Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..
Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???
" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..
p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....
Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang ..
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH ..
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..
Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan ..
Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?
Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?
Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?
Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?
Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.
Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.
Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang
Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)
Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.
So macam mana?
Muslimah please
Give your own true story
To prove to everyone including me
That
I am tootally wrong.
Will read with pleasure
Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam.
Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani.
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.
Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..
Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.
Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??
Wallahu a'lam.
Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"
" Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"
" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"
" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"
" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"
- Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::
- Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .
- Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..
- Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !
Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...
Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..
Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !
Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~
Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar ..
Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..
Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh
Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat
Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..
Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..
Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???
" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..
p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....
Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang ..
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH ..
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..
Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan ..
PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??
Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?
Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?
Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?
Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?
Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.
Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.
Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang
Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)
Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.
So macam mana?
Muslimah please
Give your own true story
To prove to everyone including me
That
I am tootally wrong.
Will read with pleasure
Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam.
Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani.
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.
Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..
Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.
Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??
Wallahu a'lam.
Tuesday, 27 August 2013
Laptop untuk Anakku
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yangada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.
Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
p/s : HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.
Wednesday, 10 July 2013
Larangan Membuka Aib Orang
Assalamualaikum..
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)
1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.
2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.
3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib pribadi orang lain di hadapan khalayak.
4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik.
MENCARI KEKURANGAN DAN AIB ORANG AIN
Diantara sifat seseorang yang paling buruk adalah suka mencari-cari kekurangan orang lain, merasa gembira jika ada orang lain terlanjur melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengumpulkan kesalahan-kesalahan orang lain.Permusuhan dengan orang lain membuat hidup seseorang menjadi keruh, tidak tenang dan keimanan serta keagamaannyapun terganggu.
Cuba anda perhatikan, orang yang selalu sibuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain, maka biasanya ia mempunyai sensitiviti kritikan dan perasaan merasa puas yang luar biasa jika melihat orang yang dibencinya terkena suatu musibah. Sehingga seolah-olah seluruh kelenjar yang ada di dalam tubuhnya dipenuhi dengan racun yang membuatnya belum dapat lega dan tenang kecuali jika ia telah mengeluarkan seluruh racun tersebut.
Yang harus anda lakukan adalah tekad untuk berkarya, membangun dan memberi kemanfaatan kepada orang lain. Tinggalkan kritikan-kritikan yang tidak membina dan jangan sibukkan diri anda dengan kekurangan dan aib orang lain. Karena lalat tidak akan hinggap kecuali pada luka yang membusuk. Setiap orang memerlukan kawan yang selalu dapat saling do’a mendo’akan antara sesama.
Yang harus anda perhatikan adalah diri anda sendiri,periksa dan carilah kekurangan dan aib yang ada pada diri anda, tuduh dan hukumlah diri anda sendiri, sehingga hal ini dapat membuat anda tidak punya waktu lagi untuk memeriksa dan mencai kekurangan orang lain. Akan tetapi sebagian orang bahkan mengaibkan dirinya sendiri, bahkan ia puji, ia agap suci, dan ia selalu membelanya mati-maian, padahal dirinya tersebut dipenuhi dengan aib dan kekurangan.
Untuk balasan yang sesuai dengan perbuatannya, maka Allah s.w.t. mentakdirkan mengutus orang yang akan menyingkap keburukan-keburukan orang seperti ini, yang akan menyebarkan aib dan kekurangannya serta yang akan menyangkal segala ucapan nya, .
Dan sebaliknya siapa yang menutup aib saudara seagama, maka Allah s.w.t. juga akan menutup aib dirinya. Dan siapa yang melindungi dan menjaga kehormatan orang mukmin, maka Allah s.w.t. akan mentakdirkan seseorang yang juga akan menjaga dan melindungi kehormatan dirinya, sebagai balasan yang setimpal.
Wallahualam..
p/s: Dah 1 Ramadhan.. Selamat Berpuasa yaa :)

Monday, 4 February 2013
Kisah Sabar Dan Ikhlas
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.” Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Monday, 28 January 2013
Don't Let Your Present Situation Let You Down
-"I didn't even complete my university education" - Bill Gates
-"I was sexually, mentally,emotionally and verbally abused by
my father as far back as I can remember until I left home at
the age of eighteen" - Joyce Meyer
-"I struggled academically throughout elementary school"- Dr Ben Carson
-"I used to serve tea at a shop to support my football training" -
Lionel Messi
-"I used to sleep on the floor in friends' rooms,returning Coke
bottles for food, money, and getting weekly free meals at a local temple" - Steve Jobs
-"My teachers used to call me a failure"- PM Tony Blair
- "I was in prison for 27 years"- Retired President Nelson
Mandela
Though we pass through many difficulties in life, we should not
give up because Life is not about what you couldn't do so far, it's
about what you can still do so
NEVER GIVE UP!
Sunday, 27 January 2013
Huzaifah Al-Yaman "Penyimpan Rahsia Nabi".
Gambar Hiasan |
hanya dua orang sahaja yang mengetahui hal-hal tersebut. Hanya Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri dan sahabatnya iaitu Huzaifah Al-Yaman.
Huzaifah Al-Yaman ini digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi".
Namun Rasulullah s.a.w dan sahabatnya tidak pernah menyebut atau berkata di public tentang orang munafiq tersebut.
Sehinggakan Rasulullah s.a.w wafat juga tidak pernah sahabat Nabi Huzaifah Al-Yaman beritahu atau khabarkan kepada sesiapa.
Namun,apabila seseorang munafiq itu meninggal dunia,sudah pasti sahabat Rasululah s.a.w iaitu Huzaifah Al-Yaman tidak hadir dan ikut serta dalam rombongan atau majlis kebumian .
Dari situlah Sahabat Nabi Muhammad s.a.w Abu Bakar As-Siddiq juga tidak ikut serta dimana-mana majlis kebumian jikalau sahabat Nabi s.a.w Huzaifah Al-Yaman tidak ikut serta kerana Abu Bakar As-Siddiq tahu bahawa Huzaifah Al-Yaman itu ialah Penyimpan Rahsia Nabi.
permasalahannya sekarang,kita umat nabi Muhammad s.a.w pada abad ini dengan senang sahaja label orang munafiq sedangkan Rasulullah dan sahabatnya Huzaifah Al-Yaman tidak pernah label orang munafiq.
Apa-Apa tepuk dada tanya diri sendiri ! Apakah kita mengatasi Rasulullah atau sebaliknya? Marilah buat renungan bersama !
Wanita itu anugerah istimewa
Tidak akan tertutup dengan kecantikan dan keayuan.
Tidak akan tertutup dengan kata-kata manis bersuarakan kemanjaan.
Tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna patuh syariah ..
Pastinya akhlak di balik pakaian tadi lebih indah daripada pakaiannya ..
Seandainya manusia dapat memahami.Cantik zahir bukanlarh ukuran tapi cantik hati memikat hati semua orang.
Wanita itu.
Biar lembut fitrah tercipta. Halus kulitnya. Manis tuturnya. Lentur hatinya. Wajah yang telus setelus rasa membisik di jiwa. Di mata ada cahaya. Dalamnya ada air sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka..
Melenturnya perlu kasih sayang. Membentuknya perlu kebijaksanaan. Kesabaran dan kemaafan, keyakinan dan penghargaan. Tanpa jemu, tanpa bosan memimpin tangan menunjuk jalan..
Bisa seteguh Khadijah yang suci hatinya. Tabah dan tenang sikapnya sebagai teman ar-Rasul. Pengubat duka dan lara.
Bijaksana ia menyimpan ílmu.. Si teman bicara, dialah Áishah.
Penyeri taman Rasulullah SAW. Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah.
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji. Itu hanya cerca manusia namun sucinya Allah memuji.
Seperti Fatimah kudusnya. Meniti hidup seadanya. Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda. Suaminya si panglima agama. Di belakangnya dialah pelita buat cahaya penerang segenap rumahnya..
Wanita itu.
Yang hidupnya di alaf ini. Perempuan islam akhir zaman. Dirinya terancam dek fitnah. Sucinya perlu tabah. Cintanya bukan untuk dinodai asmara. Tidak murah untuk si adam..
Hakikatnya, kakinya perlu teguh. Mantap iman mengunci jiwa. Dari lemah dan kalah. Dari rebah dan salah. .
Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat al-Bukhari)
#Seorang wanita itu, anugerah istimewa buat dunia!
Dia bangga menjadi Muslimah. Di saat yang lain bangga menjadi wanita moden.
Namun cinta Allah tetap menjadi pujaan hati .. :)
Setiap insan tidak lekang dari ujian Allah SWT
Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.
Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:
"Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."Dalam ayat 153 pula, Allah SWT menjelaskan maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."
Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah SWT sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah SWT, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;
1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah SWT dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.
2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.
3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.
4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.
5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.
Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah SWT, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru Baginda ada menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud;
"Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah SWT, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."
Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.
Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian
1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.
2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah SWT mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah SWT.
3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah SWT ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah SWT akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.
4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.
5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.
6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.
7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah SWT serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.
8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilaha Illallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.
Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud:
"Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya."
Saturday, 26 January 2013
Detik-Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Sekadar perkongsian dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
______________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
#Air mata bergenang baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mndapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah :(
Kami dari RealRid Blog mengucapkan takziah kepada keluarganya.. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un... Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.. Al-Fatihah..

Subscribe to:
Posts (Atom)