Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Thursday 14 March 2013

Masalah oh masalah... penyelesaiannya?

Assalamualaikum...



KITA sering mengkhayalkan alangkah untungnya jika kehidupan di dunia selalunya mudah. Segala keinginan kita tersedia tanpa sebarang rintangan atau perlu untuk bersusah payah. Namun suatu hakikat yang diterima semua manusia ialah kehidupan ini penuh dengan segala rintangan dan cabaran. Kesenangan dan kesusahan datang silih berganti.

Bahkan Allah menyatakan dalam al-Quran, kehidupan ini akan silih berganti antara kesenangan dan kesusahan. Firman Allah dalam surah Alam Nasyrah ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Tidak ada jalan mudah bagi manusia. Sebagai makhluk lemah, manusia terpaksa mengharungi semua rintangan untuk mencapai sesuatu matlamat atau untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia biasa sememangnya terpaksa bergantung dan berhajat kepada orang lain dalam memenuhi keperluan kehidupan di dunia ini.

Sebenarnya segala masalah dan rintangan ini mengandungi suatu hikmah yang amat besar manfaatnya kepada manusia. Ia menyedarkan betapa kita adalah hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada-Nya dan berkeadaan serba kekurangan dan kelemahan. Kita tidak dikurniakan segala macam kesempurnaan oleh Allah dalam mengharungi hidup ini. Bahkan kita perlu menempuhnya dengan pelbagai ujian. Dengan segala masalah, tekanan dan ujian ini manusia menyedari ia hanya seorang hamba yang hina di sisi Tuhan Yang Maha Kaya. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: "Tuhan yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Mulia dan Maha Pengampun."



Kehidupan dan kematian adalah juga suatu ujian yang Allah tetapkan.Ujian yang kita harungi bukanlah sebagai suatu yang sia-sia. Ia adalah satu proses peningkatan darjat dan kedudukan kita yang lebih tinggi di sisi Allah. Kesabaran, kecekalan dan tawakal dalam menghadapi segala macam pancaroba kehidupan menjadikan seseorang itu beroleh pahala yang banyak dan berganda berbanding orang lain yang tidak diuji dengan ujian dan cabaran itu. Akhirnya ia akan bertambah hampir kepada Allah disebabkan pahalanya itu dan kerana banyak berhubung dengan-Nya melalui doa daripada tawakal. Atas sebab itulah darjat mereka yang diuji dengan masalah dan rintangan lebih tinggi dan mulia di sisi Allah. Sehinggalah ke satu tahap ia benar-benar diterima sebagai manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Oleh itu, seharusnya kita bersyukur di sebalik menerima segala permasalahan kerana ia mengandungi hikmah dan rahmat iaitu menyedarkan kita siapa diri kita dan juga mengingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang perlu kita tunaikan kepada Allah.

Apabila kita menyedari dan menghayati hakikat ini nescaya kita akan kembali kepada Allah setiap kali menghadapi masalah. Dengan cara ini masalah yang kita hadapi akan menjadi ringan. Ini kerana masalah yang mendatang itu tidak lagi dirasakan sebagai beban bahkan dianggap sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, peluang memperbaiki kesilapan dan medan meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Janganlah jadikan diri kita putus asa dengan hidup ini dan putus harap dengan rahmat Allah. Orang yang tidak kembali kepada Allah akan mencari cara penyelesaian yang lain untuk menyelesaikan. Iaitu penyelesaian yang bukan saja bercanggah dengan tuntutan agama bahkan menyalahi fikiran yang waras. Manusia yang tidak menjadikan agama sebagai cara hidup, akan bergantung kepada akal semata-mata dalam menyelesaikan segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Kebingungan, tekanan perasaan, kecelaruan pemikiran dan sebagainya yang biasanya menimpa mereka yang ditimpa masalah akan menjadikan mereka mengambil keputusan penyelesaian yang kurang bijak, terburu-buru dan mengikut perasaan. Sebab itulah ada kalangan mereka yang mengambil jalan pintas dengan menelan pil tidur, menggantung diri, menggunakan dadah dan sebagainya yang jauh daripada lunas-lunas agama dan etika moral.

Orang yang beriman pula akan kembali kepada Allah dengan berdoa, membetulkan kesilapan, memohon rahmat, bertawakal dan seterusnya menyerahkan keputusan untung nasibnya kepada Allah. Mereka juga menyedari bahawa segala masalah yang menimpa adalah tanda kasihnya Allah kepadanya iaitu masalah itu menjadi penyebab kepadanya mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian dan keterlanjuran.

Dengan itu, ia berkesempatan memperbetulkan kesilapan dan keterlanjuran itu sebelum ajal dengan pintu rahmat dan pintu keampunan sudah tertutup. Itulah hikmah dan rahmat di sebalik segala masalah dan kesulitan yang sering manusia lupa.

p/s : sentiasa realistik menghadapi masalah :) Berdoalah, sesungguhnya dia maha mendengar dan mengalukan2 doa dari kita.. oklah nak siapkan windows server 2003 nih.. wassalam :)

Thursday 7 March 2013

Pray for Sabah



Kali ini aku just nak cakap tentang peristiwa yang berlaku di Sabah ini terutamanya di Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

First sekali aku mohon kita Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat Sabah dan Malaysia. Doakan juga buat para pejuang negara kita yang sedang bertugas dalam usaha mengembalikan keamanan negara. "Ya Allah ya tuhanku, jauhi lah mereka dari malapetaka, permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah". Doa kami rakyat malaysia mengiringi kamu semua wahai pejuang negara. Amin...

Ucapan takziah untuk mereka yang telah terkorban demi pertahankan negara dan menjadi perwira negara yang akan diingat buat selamanya.. semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini semua..
                                                     ~AL-FATIHAH~

p/s : Tapi memang sedih melihat sesetengah pihak yang suka buat statement mengeruhkan lagi keadaan. Really hoping everyone can unite to handle this matter...


Tuesday 5 March 2013

Perkara yang perlu diketahui dalam hidup anda..




1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

p/s : Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.  Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.