Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Showing posts with label Mukadimmah. Show all posts
Showing posts with label Mukadimmah. Show all posts

Thursday, 22 October 2020

Media sosial


Dari Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran."(HR. Bukhari dan Muslim)Media sosial yang dipenuhi cacian dan kutukan telah menzahirkan kefasikan ramai orang termasuk dari kalangan yang dirasakan berilmu

Monday, 28 January 2013

Salam ukhuwah bloggers~!


Assalamualaikum.. hai.. saya Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid.. huhu.. Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk berblog. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada pembaca blog saya yang budiman. Saya mengharapkan kepada semua pembaca mendapat kelebihan selepas melihat setiap post saya. Saya juga mengharapkan maklum balas dari semua pembaca dalam setiap post yang saya pamerkan. Saya adalah seorang pelajar institusi MARA dan berblog ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat berkongsi apa jua yang menjadi inspirasi kehidupan saya dengan anda semua. Saya tidak sempurna dan hanya hamba Allah yang lemah dan hina di sisi Allah SWT. Dalam kehidupan saya, saya hanya buat yang terbaik. Bagi saya, saya suka membahagiakan orang lain lebih dari diri sendiri kerana itulah membuat saya bahagia. Tidak hairanlah, kebahagian saya dikongsi dengan apa jua cara walaupun dengan wang ringgit. Kerana, siapalah saya jika tiada sokongan dari anda semua. Harapan saya adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. Ayatnya bunyi macam universalkan. Ya ia memang perkara yang universal sebab banyak perkara yang perlu saya pelajari dan memperbaiki lemah diri untuk mendapat keredhaan ilahi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan yang entah ke mana dan siapakan jodoh kita. Semuanya Allah sudah ditetapakan oleh Allah SWT. Harapan yang terbaik untuk di dunia dan di akhirat kelak nanti.

Siapa saya eh? ok inilah biodata saya.. Hope kita dapat menjalinan ukhuwah silaturrahim :)



Nama : Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid
Tarikh lahir : 22 Syawal 1411 H (9. pg)
Tempat lahir : Hospital Bersalin Pulau Pinang
Tempat pembelajaran : Bangi, Selangor D.E.
Asal : Georgetown, Pulau Pinang.

Saya mula berblog pada tahun 2005 kerana kakak saya masuk U, abang saya ada urusan perniagaan di luar negeri.. mak ayah kerja.. ketika itulah saya merasa kesunyian.. so saya berblog dengan ber-yahoo dulu pada ketika itu.. hanya menerbitkan blog yang biasa dan pertama.. dan inilah adalah penyiaran blog ke-3. Hope anda semua enjoy :) selamat membaca :)

Wassalam..



Tuesday, 21 November 2006

Assalamulaikum~! Ukhuwah Fillah Buat Semua :)

Assalamualaikum~! Hi.. Selamat datang ke blog saya.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih lagi bernafas utk detik ini dan semoga dapat aku kecapi kejayaan di dunia serta akhirat kelak.. Insya-Allah.. amiinn~ Saya Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid, 15 Tahun.. Sekarang ni masih bersekolah menuntut di SMK Jelutong, Pulau Pinang.. Kalau korang nak tahu apa2 pasal aku.. just komen k.. Salam perkenalan.. eratkan ukhuwah ^_^