Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Tuesday, 18 February 2014
Kisah Doa Termakbul
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.
Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.
Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.
Kongsi ilmu
Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment