Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Wednesday, 30 April 2014

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma : Hidayah Firdaus


Assalamualaikum...


Pernah tak dengar lagu Maher Zain yang berjudul Baraka Allahu Lakuma... Dalam lagu ini mengandungi ucapan yang khas untuk para pengantin yang baru berkahwin. 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (My Allah bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)
Saya juga tidak terlepas untuk mengucapkan kepada kakak saya, Nor Hidayah Abdul Majid dan abang ipar Firdaus Mohd Nasir pada hari pernikahan mereka, 27 Februari 2014 dan majlis resepsi perkahwinan pada 1 March 2014 (wakil keluarga saya) 2 March 2014 (wakil keluarga abang Firdaus).

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari majlis penikahan mereka dan walimatulurus kedua belah pihak pengantin. Sebelum itu, saya nak berkongsi cerita manisnya pada 27 Februari 2014 iaitu hari penikahan mereka. Berikut adalah detik-detik bersejarah yang mereka lakarkan...


Tazkirah oleh Imam dan wajah ayah saya tersenyum sinis.. hahaha


Lafaz Taklik

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri
Akan bersambung -- Part 2 --- hihihi

Monday, 7 April 2014

Hukum Menonton Video Lucah

 


Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.

Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;

*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;

1) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).
*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.
*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.
Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.


Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam