Kami memulakan perjalanan buat hari kedua pada pukul 9.00 pagi dengan mengisi minyak di Stesen Shell antara satu-satu stesen minyak yang penuh dan sibuk dengan orang.
Selepas memastikan tank kuda masing-masing kenyang, kami memulakan perjalanan kami ke destinasi kelima pada hari kedua dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim!..
Masjid yang berada di Cameron Highlands |
Pintu Masuk Ladang Teh Boh |
Untuk makluman semua, ladang ini dibuka dari jam 9.00 pagi - 4.30 petang. Ladang ini tutup pada setiap hari Isnin. Masuk adalah percuma..
Perkara penting yang perlu anda ketahui..
- Ladang teh di buka pada pukul 9.00 pagi.. oleh yang demikian, untuk mengelakkan kesesakan (petang maybe sesak) datang awal pagi jika anda ingin melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. kebiasaannya, proses ini berakhir pada jam 11 pagi. tetapi ada aje proses.seterusnya yang diulang-ulang :) Bila orang tak ramai, baru lah dapat feel tgk proses tu.. hehe... XD
- Jalan masuk ke ladang ini berhampiran dengan Bee Farm dan papan tanda yang agak tersorok.
- Jalan yang sempit dan keadaan jalan seperti ular, jadi hati-hati, sabar, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam untuk keselamatan bersama :)
- Harga makanan bukanlah murah.. bajet dalam RM50. Insya-Allah.. Mengenai Teh, harganya lebih kurang sama jika dipasaran. Anda boleh memilih sama ada untuk beli di sana (jika bajet tidak mencukupi) atau di mana-mana saja.. tetapi alang-alang tiba di sana.. beli ajelah.. hihi..
- Info tambahan http://www.cameronhighlandsinfo.com/attraction/BOH_Tea_Plantations/
Pelbagai produk teh boh yang dijual disini |
Sejarah
- BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russel, seorang ahli perniagaan British semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau yakin perniagaan ladang teh yang disebabkan oleh permintaan yang besar walaupun kemurungan seluruh dunia besar pada masa itu. Hasil daripada potensi, beliau memohon dan telah diberi konsesi tanah untuk taman teh pertama di Habu, Cameron Highlands.
Tambahan, bukan sahaja produk dan permadangan ladang yang ada di sini, malahan ada tayangan video dan info grafik tentang sejarah ladang tersebuh, pekerja-pekerja yang berkhidmat, dan juga peralatan untuk memetik daun teh.
Pintu masuk kilang memproses teh |
Disini ladang teh diproses sehingga menjadi serbuk teh sehingga menjadi hidangan secawan teh yang berkualiti. Dalam kilang ini juga terdapat makmal yang menguji tahap kualiti daun teh. Terdapat juga papan tanda yang memberi info tentang bagaimana dari daun teh yang diproses hingga ke bungkusan.
Alhamdulillah.. segar sungguh udara sepanjang perjalanan kami ke ladang teh tersebut... Subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah.. Jika ada jodoh, panjang umur kita akan berjumpa lagi.. Insya-Allah :) hehe
p/s : Pantai timur di landa banjir.. sama-sama kita doakan agar semuanya selamat dan terkawal.. Hasbunallah wa ni'mal wakil #PrayForPantaiTimur