Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Monday, 28 January 2013
Salam ukhuwah bloggers~!
Assalamualaikum.. hai.. saya Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid.. huhu.. Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk berblog. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada pembaca blog saya yang budiman. Saya mengharapkan kepada semua pembaca mendapat kelebihan selepas melihat setiap post saya. Saya juga mengharapkan maklum balas dari semua pembaca dalam setiap post yang saya pamerkan. Saya adalah seorang pelajar institusi MARA dan berblog ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat berkongsi apa jua yang menjadi inspirasi kehidupan saya dengan anda semua. Saya tidak sempurna dan hanya hamba Allah yang lemah dan hina di sisi Allah SWT. Dalam kehidupan saya, saya hanya buat yang terbaik. Bagi saya, saya suka membahagiakan orang lain lebih dari diri sendiri kerana itulah membuat saya bahagia. Tidak hairanlah, kebahagian saya dikongsi dengan apa jua cara walaupun dengan wang ringgit. Kerana, siapalah saya jika tiada sokongan dari anda semua. Harapan saya adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. Ayatnya bunyi macam universalkan. Ya ia memang perkara yang universal sebab banyak perkara yang perlu saya pelajari dan memperbaiki lemah diri untuk mendapat keredhaan ilahi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan yang entah ke mana dan siapakan jodoh kita. Semuanya Allah sudah ditetapakan oleh Allah SWT. Harapan yang terbaik untuk di dunia dan di akhirat kelak nanti.
Siapa saya eh? ok inilah biodata saya.. Hope kita dapat menjalinan ukhuwah silaturrahim :)
Nama : Mohamad Ridzuan bin Abdul Majid
Tarikh lahir : 22 Syawal 1411 H (9. pg)
Tempat lahir : Hospital Bersalin Pulau Pinang
Tempat pembelajaran : Bangi, Selangor D.E.
Asal : Georgetown, Pulau Pinang.
Saya mula berblog pada tahun 2005 kerana kakak saya masuk U, abang saya ada urusan perniagaan di luar negeri.. mak ayah kerja.. ketika itulah saya merasa kesunyian.. so saya berblog dengan ber-yahoo dulu pada ketika itu.. hanya menerbitkan blog yang biasa dan pertama.. dan inilah adalah penyiaran blog ke-3. Hope anda semua enjoy :) selamat membaca :)
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment