Inilah rupa besi yang mendakap gigi aku... |
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Tuesday, 18 December 2007
"Wan Gigi Besi" =.="
haha... mesti korang pelik kan dengan tajuk post aku nie.. oklah tajuk ni berkenaan dengan pengalaman aku memakai pendakap gigi.. Sebenarnya aku agak teruja.. yeala.. mana tak nya.. lepas ni xda le kawan2 aku nak ejek pasal gigi aku yang jogang ni.. Sebenarnya gigi aku jogang semasa aku berusia 7 tahun masa tu aku darjah 1 kat SK Jelutong Barat.. time tu semua happy belaka.. hehe.. tapi bila kena ejek aku diam ja.. sebab tu selalu kena buli.. adeh.... bebalik kembali cerita asal.. hihi.. aku terima surat dari Hospital Pulau Pinang dan menjalani rawatan di Klinik Ortodontik Jalan Perak, Pulau Pinang. Orthodontik adalah rawatan untuk membetulkkan susunan gigi dan memperbaiki kedudukan rahang yang tidak teratur.
Korang mesti tertanya-tanya.. sakit ke tidak? sakit tu yealah.. cuma kena patang sikit bab makanan.. kena makan benda yang lembut dan tidak keras sangat.. macam nak gosok? alah.. benda ni boleh ditanggalkan.. dan gosok la gigi macam biasa.. nak tahu lebih lanjut? komen okay.. :) Assalamualaikumm
Saturday, 16 June 2007
Game yang paling best
Sunday, 20 May 2007
Form 4 Honeymoon life with camp at form 5
Selepas keputusan PMR diumumkan pada 26 Disember 2006.. erm.. oh PMR... (tu la banyak main sgt, dah keluar result baru nak ingat) apapun aku terima ajelah result PMR aku tu.. semuanya ok tak da yang gagal.. Form 4.. aku rasa bebanyak tingkatan yang aku duduki.. form 4 la paling best.. mana tak nya.. macam2 aktiviti aku kena uruskan... haa.. meh aku nak story sikit.. sebab sekolah aku telah di jadikan sekolah angkat oleh media prima berhad (ala... yang TV3 punya tuu). Time tu memang seronok la.. dapat hadiah sagu hati dari pihak media prima (Buku, pen, t-shirt dan mcm2 lagi la) sangat bersyukur.. aktiviti pun sangat best..
Butiran kem kami yang diselia oleh majlis pelajar SMK Jelutong dan di taja oleh Media Prima Berhad.. |
Kawan-kawan dan guru-guru yang turut serta bersama |
haha.. wall climbing.. masa nak panjat susah.. tapi memang best giler.. |
Wah.. terbang-terbang... salah satu permainan untuk melepasi jejaring yang dikenali spider web.. |
Siap lagi berbual dengan kawan aku tuh :P |
Alamak Tsunami :P |
Malam Burung Hantu.. Siap berposing sebelum bermula.. hehe |
Sebelum meninggalkan kem ni, kami sempat bergambar untuk kenangan manis bersama |
the moment :) |
Saturday, 28 April 2007
saya 16 tahun
Alhamdullilah.. saya dah 16 tahun di alam persekolahan dan form 4.. Birthday kali ni disambut oleh keluarga.. just simple je.. makan kek yang dibeli oleh kakak saya.. hehe.. :) apapun thanks yea akak.. sayang akak.. :)
p/s : masih berhoney moon di form 4.. hahaha
p/s : masih berhoney moon di form 4.. hahaha
Sunday, 14 January 2007
Hari pertama di Form 4
Alhamdullilah selepas keputusan PMR diumumkan aku ditempatkan di kelas sains dan aku mohon tukar ke kelas akaun sebab aku tahu aku tak boleh bawak subject sains ni.. So, aku ambik keputusan untuk ambil aliran akaun dan seni.. Harap2 aku boleh bawa sampai SPM nanti.. Doakan kan eh.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)