Banyak orang kata pengalaman itu mendewasakan kita.. Bila dilihat semula, gambar2 dengan kengkawan dengan masa sekarang.. amat berbeza dari pelbagai sudut... sekarang ni, ramai kengkawan aku dah bekerjaya dan ada juga telah meninggalkan aku buat selama-lamanya :'(
Hari ni aku nak share sikit cherita aku dan kawan sekolah aku.. tengah hari tadi aku dapat call, jantung aku hampir luruh bila terdengar dia dah kembali ke rahmatullah.. Dia kemalangan dengan motosikal.. Aku tak sangka.. macam ni akhir ceritanya.. aku redha atas pemergian dia.. Dia adalah kawan sekolah aku dari sekolah menengah lagi (SMK Jelutong, Pulau Pinang).. Bila di ingat semula.. seronok dapat lepak2, sembang2 masa cikgu xde dalam kelas.. Kalau aku bawak moto, dia orang yang tak penah leka untuk tegur aku.. macam2 kenangan indah yang tak dapat aku ungkapkan kat sini.. Bila diingat semula, seakan air mata jatuh membasahi bumi.. banyak kenangan.. banyak sangat kenangan.. mungkin itu ajal dia..
Semua orang akan diuji oleh Allah, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari dia, kembali lah kepada Tuhan yang maha satu, Allah SWT. Sakit merasa kehilangan orang itu tidak dapat digambarkan
Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.
"Sahabatku, Faiz Zainuddin.. terima kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini.. aku tak akan pernah melupakan kamu.. terima kasih atas segalanya.. terima kasih... Semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin..."
Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dalam Kenangan 13 Julai 1991 - 23 Mar 2013 |
No comments:
Post a Comment