21 November 2015, hari yang bersejarah untuk aku dan rakan-rakan di GMi kerana akhirnya kami selamat berkonvo. Subhanallah, rahmat Allah itu Maha Luas. Aku masih sukar untuk percaya yang aku dah pun tamat belajar. Pejam celik pejam celik, 3 tahun sudah berlalu, 6 semester telah kami harungi sebagai pelajar sepenuh masa. Semua ini berlaku hanya dengan izin dan kuasa Allah SWT, Tanpa Dia, saya tak mungkin dapat menghabiskan pengajian saya. Terima kasih Ya Allah! Tambahan juga Doa mak ayah dan berkat dari semua TTOs juga menambahkan keberkatan urusan kami semua.
Alhamdulillah, terima kasih keluarga kerana menyokong saya selama ini. |
Setiap semester, setiap subject ada al-kisah suka duka menempuh hari-hari kadang kalanya ceria ataupun "terjatuh ke dalam gaung" hahaha. Walaubagaimana terima kasih semua TTO's yang mendidik kami daru mula hingga ke akhir (lecturer- dekat gmi gelaran TTO untuk lecturer yang bermaksud, Technical Training Officer, Kalau lecturer lelaki kami panggil sir dan perempuan kami panggil miss walaupun lecturer tu sudah berkahwin ;) )
Cerita by semester di GMi
- First time aku jejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk sambung study tapi GMi dekat selangor. hehe
- Naik bas 12.45 pagi, 9 Januari 2012 dan tiba di hentian kajang pukul 6.45 pg terus naik teksi dan solat subuh di Surau An-Najjah, GMi. Masa tu mat cord dengan familty dia ada kat situ
- Aku sebilik dengan Shukur (kawan aku dari IKM Sik dari kampung Kodiang, Azlan (Orang Permatang Pauh), Faiz Asir (Perlis) dan Sebastian (Sarawak).
- Semester pertama aku banyak masalah dengan soal kewangan tapi alhamdulillah seorang kawan aku ni tolong aku bila aku tak dak duit nak makan dan lain-lain. Semoga Allah merahmati kamu.
- Semester ni juga dugaan aku nk apply pinjaman MARA, mula-mula pinjaman macam nak kena reject sebab macam-macam masalah dengan dokumen tapi Alhamdulillah Allah maha mendengar, pemohonan aku lulus akhirnya.
- Aku janggal sikit belajar bahasa jerman tapi gigih untuk faham akhirnya walaupun tak 100%
- Balik kampung selepas 3 bulan duduk di GMi masa semester 1. selepas tu dah dapat pinjaman MARA, everyone can fly.. haha
- Banyak benda aku belajar bila duduk berjauhan dengan keluarga
- Dugaan yang paling aku down, aku kehilangan orang yang aku sayang semasa di semester 2, makcik aku. antara orang yang sangat ambil berat, paling risau dekat aku, seriouly.
- Dugaan per semester pointer naik turun..
- Mula stay luar asrama di semester 4 hingga 6
- Intership di Sigma Rectrix, Cyberjaya
- FYP : Portable Firewall
- Persatuan aku join, Persatuan Agama Islam PPI, Kelab Chess
- Project Kerjasama bersama Muslim Heroes Universiti Islam Antarabangsa M'sia.
Kini, masing-masing dah ada kerjaya yang hebat-hebat, menuju haluan hidup masing-masing. Ada yang akan berkahwin tak lama lagi.. Barakallah! Apapun aku tetap doakan semua kawan-kawan berjaya dalam hidup dan kahwin jangan lupa jemput.
As we go on.
We remember.
All the times we. Had together.
And as our lives change.
Come whatever.
We will still be. Friends forever
Maafkan jika ada salah silap sepanjang perkenalan. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Sekian dari saya :)
Sekalung perhargaan buat lectuter yang pergi meninggalkan kami semua, Dalam Kenangan, Miss Irawati.
No comments:
Post a Comment