Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Thursday, 2 March 2017

Ini Wilayah Ujian, Selamat Datang!



Hidup ini memang ladang ujian, kawan. Kau semai iman, yang tumbuh ujian. Kau racun ujian, yang kembali bertunas pun masih bernama ujian.

Kau terpaksa berdepan jutaan kerenah. Kau terpaksa bertahan bila difitnah. Kadang terpaksa diam walau pun dihina. Kadang terpaksa berkeras walau pun kau sendiri tak suka.

Jangan disebut tentang deraian airmata. Infiniti! Setia sungguh ia mengalir di pipi hingga yang sudah kering pun masih mahu mengalir lagi dan lagi.

Aku tahu hancurnya hatimu kerana hatiku sendiri terlalu sering hancur seperti itu. Percayalah. Tiada yang tuah tentang aku kalau mahu kau bandingkan dengan dirimu.

Kita sama saja,kawan! Kita sama-sama memerlukan satu kuasa untuk berdepan dengan ujian yang tiba.
Maka berpautlah pada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Sungguh kita takkan mengalah kalau berpaut pada tali Allah.

Jalan terus! Tapi pastikan kau berada di jalan yang lurus. Itu saja. Kalau niat itu mampu kau tuluskan kerana Allah, kau takkan mudah mengalah.

Kau jatuh, tapi tak rebah.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
(Al-Baqarah: 286)

Selamat datang ke wilayah ujian yang setiap manusia pasti jejak atau laluinya.
Wilayah yang kita akan kerap mencari nafas dari noda-noda dosa yang menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Walaupun seperti dilihat dalam iklan telco dalam TV, selamat datang ke wilayah Celcom!
Liputan tanpa gangguan, Always 4G speed!
Tapi kehidupan ini ada route kerataannya, kadang kita lalui jalan lurus, kadang-kala bengkang-bengkok, berbukit ... etc.

Hidup ini banyak cabarannya, hadapi dengan berhati-hati, sabar kerana kadang-kalanya kita akan sampai ke persimpangan ujian yang menguji kesabaran manusia. Mari sama-sama kita doakan kejayaan semua orang termasuk DIRI SENDIRI, ummah yang sangat membimbangkan dalam pelbagai isu termasuk diri sendiri yang tergolong dalam masalah akhlak dan naik turun iman. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam menjalani perjalanan yang kita tidak tahu bila penamatnya, hanya Dia mengetahui segala-galanya.


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am: 59)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." 
(Surah al-An'am: 59)


Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.


No comments:

Post a Comment