“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.
Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.
Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.
1. Mulakan dengan bacaan bismillah dan selawat.
2. Madu diminum semasa perut kosong terutamanya di waktu pagi antara 30 minit hingga sejam sebelum bersarapan.
3. Campurkan madu ke dalam air suam jika ingin meminumnya.
4. Sekiranya batuk atau lelah, ambil satu atau dua sudu madu.
5. Seelok-eloknya gunalah sudu plastik.
Khasiat madu
- Sekiranya dicampur ke dalam minuman kanak-kanak membuatkan mereka tidur dengan nyenyak.
- Amalkan sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi dapat memberikan kesegaran.
- Titiskan sedikit madu jika mengalami sakit mata.
- Sapukan madu pada bahagian luka akibat melecur api, air panas, ekzos motor, minyak panas atau sengatan serangga berbisa.
- Pesakit diabetes boleh mengambil sesudu madu dan sesudu cuka asli (cuka nipah) kemudian dicampurkan dengan sedikit air suam.
- Sekiranya mengalami luka atau kemalangan kecil, sapukan madu untuk menghentikan darah dan melindungi luka daripada kuman
p/s : pagi2 saya makan kismis.. :) hee..
-sumber harian metro; laman kongsi