Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Saturday, 27 April 2013
Doa Hari Lahir.. Sanah Helwah :)
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.
YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini,Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.
Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.
Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya,kiri kanannya,mukanya,belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.
Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT
Sunday, 21 April 2013
Paku
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Maafkan saya jua kerana mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.. Jika saya mengambil sesuatu yang berharga yang anda inginkan, saya akan lepaskan untuk anda, untuk tatapan kebahagiaan anda.
p/s : ermmmm.. :(
Tuesday, 16 April 2013
Outing to PC Fair KLCC 2013/1
Assalamualaikum...
PC Fair adalah pengendali events elektronik dan barangan gadget dan komputer yang terbesar di Malaysia. So, hujung minggu lepas aku tidak ketinggalkan menyertai pameran jualan tersebut yang berlangsung selama 3 hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula dari pukul 11.00 pg sehingga 9.00 mlm. So.. yang hari yang terbaik semestinya hari sabtu kan iaitu hari kedua.. dan berlumba aku ke sana dengan hanya keseorangan.. hurm.. yealah.. ajak kawan2 yang lain.. masing-masing buzy dengan hal masing-masing dan alasan tersendiri.. tapi tak kisahlah.. hehe.. sebab kawan aku dah siap tunggu di sana.. hampir sejam rasanya dia menunggu aku.. hehe.. maafkan cheq ha.. lalalala, alah jem katakan.. huhu.. Sesampai aku di sana.. aku pun apa lagi.. jejalan kat dalam pusat konvensten tu.. perhhh.. macam2 ada.. siap offer lagi... bukan setakat harga malahan warranty pun sama... hebat2 betul saingan jualan nih.. jalan dan jalan... belilah barangan yang aku listkan.. dapat la tawaran harga yang berbaloi.. just beli ink botol, kertas gambar, kertas double A dan lain2 peralatan yang diperlukan..
Jelajah dan jelajah pusat konvensyen tu.. tiba2 terasa sesuatu menganggu di perut.. hehe.. minta diisikan dengan makanan la tu.. haha.. so kami beli bungkus di medan selera Suria KLCC dan bersantai di taman KLCC yang penuh dengan keluarga yang berhujung minggu dan kanak2 serta ahli2 photografi yang ingin mengambil ilham alam ciptaan Allah SWT.
Kami meneruskan perbualan sambil menjamu selera... Tepat pukul 1.17 petang, azan pun berkumandang menandakan masuk waktu solat zohor bagi wilayah persekutuan kuala lumpur.. aku pun melangkah ke masjid berhampiran iaitu Masjid As Syakirin yang berhampiran dengan taman KLCC.
Selepas solat, aku pun jejalan kt Suria KLCC dan Taman KLCC. Bagi aku hari minggu adalah hari yang paling sesuai untuk pelajar macam aku.. yealah.. Hari isnin hingga hari jumaat asyik buzy hari aktiviti pembelajaran.. so hari minggu la peluang untuk kita mengambil udara segar dan outing dengan kawan2 korang. Tambahan juga, pameran PC ni bagus juga untuk kita lebih mengetahui apa teknologi yang sedang berlangsung. Kita bukan hanya jadi pengguna tetapi kita juga tahu perkembangan semasa tentang dunia IT, gadget dan elektronik ni.
dapat juga aku beli barang yang disenaraikan dan dapat hadiah dari pihak yang berkenaan. Harap-harap aku dapat outing lagi. Dapat juga hilangkan rasa tekanan dan menghirup udara segar.. Oklah, setakat ini lah dapat aku konklusikan mengenai hari aku ke PC Fair 2013/1 KLCC.
p/s : penat tapi seronok dapat hilangkan tekanan dengan melihat kehijauan ciptaan Allah SWT :)
Banyak pilihan yang terdapat di pameran PC ni dan tawaran harga pun agak berbaloi |

Asus adalah pilihan yang berkualiti dan tahan lasak |
Jelajah dan jelajah pusat konvensyen tu.. tiba2 terasa sesuatu menganggu di perut.. hehe.. minta diisikan dengan makanan la tu.. haha.. so kami beli bungkus di medan selera Suria KLCC dan bersantai di taman KLCC yang penuh dengan keluarga yang berhujung minggu dan kanak2 serta ahli2 photografi yang ingin mengambil ilham alam ciptaan Allah SWT.
Minum dulu eh.. hihi |
Kami meneruskan perbualan sambil menjamu selera... Tepat pukul 1.17 petang, azan pun berkumandang menandakan masuk waktu solat zohor bagi wilayah persekutuan kuala lumpur.. aku pun melangkah ke masjid berhampiran iaitu Masjid As Syakirin yang berhampiran dengan taman KLCC.
Singgap jap untuk cas iman |
Selepas solat, aku pun jejalan kt Suria KLCC dan Taman KLCC. Bagi aku hari minggu adalah hari yang paling sesuai untuk pelajar macam aku.. yealah.. Hari isnin hingga hari jumaat asyik buzy hari aktiviti pembelajaran.. so hari minggu la peluang untuk kita mengambil udara segar dan outing dengan kawan2 korang. Tambahan juga, pameran PC ni bagus juga untuk kita lebih mengetahui apa teknologi yang sedang berlangsung. Kita bukan hanya jadi pengguna tetapi kita juga tahu perkembangan semasa tentang dunia IT, gadget dan elektronik ni.
dapat juga aku beli barang yang disenaraikan dan dapat hadiah dari pihak yang berkenaan. Harap-harap aku dapat outing lagi. Dapat juga hilangkan rasa tekanan dan menghirup udara segar.. Oklah, setakat ini lah dapat aku konklusikan mengenai hari aku ke PC Fair 2013/1 KLCC.
konklusinya :) |
p/s : penat tapi seronok dapat hilangkan tekanan dengan melihat kehijauan ciptaan Allah SWT :)
Subscribe to:
Posts (Atom)