Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. setelah 2 hari lebih bertarung di wad, aku dibenarkan pulang ke rumah akhirnya. Gara-gara tersilap makan ubat, sakit asma aku makin menjadi-jadi sehingga teruk. Nasib baik aku cepat ke hospital, kalau tidak.. dah lama aku arwah.. ermm.. aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.. Engkau masih panjangkan umurku lagi. Semoga lepas ni aku tak cuai lagi makan ubat.. aku disarankan untuk berehat. Aku dapat MC sampai seminggu.. ermm oklah tu..
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s : macam manalah dengan assignment yang sedang bertambah =.="
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan danpertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalahteguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapankami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
adrr
Sunday, 5 May 2013
Sunday, 28 April 2013
Sanah Helwa to me.. #I'm 22 Years Old
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Dengan limpah kurniaNya aku dapat menghirup udara segar sehingga ke hari ini untuk menulis coretan di blog aku ini.. hihi
Pejam celik pejam celik dah 22 tahun aku ini.. Cepat betul masa berlalu.. tanpa aku sedari.. ermm.. semakin usia kita kehadapan.. harap juga amalan kita juga ke hadapan dengan lebih baik dan bertambah realistik selalu.. Kalau di putarkan kembali, sepanjang umur 22 tahun ni sudah banyak yang aku belajar apa itu kehidupan, apa itu matlamat kita sebenarnya hidup di sini, tahun ini jugalah aku akan mengundi buat kali pertama pada 5 Mei 2013.. tapi bukan nak cerita bab undi ni.. tapi aku nak fokuskan bab usia yang tidak ternilai buat kita sebagai hamba Allah.. Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri sebelum kita tidur.. semoga apa yang kita lakukan lebih baik dari semalam..
Kebanyakkan orang menganggap bahawa dah masuk usia 22 tahun ni dan boleh mengundi, boleh beli keta dan BERKAHWIN??... Ish.. bab ni sampai sekarang aku tak boleh nak jawab.. hihi.. entahlah.. belum ada jawapan lagi kot.. Insya-Allah.. Jodoh tak ke mana...Kalau ada, jangan risau.. nnti aku buatlah pengumuman rasmi di laman sosial (ikut tren zaman sekarang) atau tunggulah aku datang ke rumah kalian eh..
Apapun aku berharap aku akan berjaya dalam hidup ini, berjaya di dunia serta di akhirat kelak, itu yang lebih dituntut oleh agama.. Jangan fikir dunia sahaja, akhirat pun kena fikir juga eh..
Terima kasih kepada semua yang wish bithday aku.. aku hargai hargai :) Kepada keluarga tersayang, terima kasih kerana sediakan jamuan yang tidak ternilai pada hari istimewa aku ni.
p/s : Dah terima ugutan untuk membaling tepung dan telur.. haisshhh.. Ini serius~! hihi
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Dengan limpah kurniaNya aku dapat menghirup udara segar sehingga ke hari ini untuk menulis coretan di blog aku ini.. hihi
Pejam celik pejam celik dah 22 tahun aku ini.. Cepat betul masa berlalu.. tanpa aku sedari.. ermm.. semakin usia kita kehadapan.. harap juga amalan kita juga ke hadapan dengan lebih baik dan bertambah realistik selalu.. Kalau di putarkan kembali, sepanjang umur 22 tahun ni sudah banyak yang aku belajar apa itu kehidupan, apa itu matlamat kita sebenarnya hidup di sini, tahun ini jugalah aku akan mengundi buat kali pertama pada 5 Mei 2013.. tapi bukan nak cerita bab undi ni.. tapi aku nak fokuskan bab usia yang tidak ternilai buat kita sebagai hamba Allah.. Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri sebelum kita tidur.. semoga apa yang kita lakukan lebih baik dari semalam..
Kebanyakkan orang menganggap bahawa dah masuk usia 22 tahun ni dan boleh mengundi, boleh beli keta dan BERKAHWIN??... Ish.. bab ni sampai sekarang aku tak boleh nak jawab.. hihi.. entahlah.. belum ada jawapan lagi kot.. Insya-Allah.. Jodoh tak ke mana...Kalau ada, jangan risau.. nnti aku buatlah pengumuman rasmi di laman sosial (ikut tren zaman sekarang) atau tunggulah aku datang ke rumah kalian eh..
Terima kasih kepada semua yang wish bithday aku.. aku hargai hargai :) Kepada keluarga tersayang, terima kasih kerana sediakan jamuan yang tidak ternilai pada hari istimewa aku ni.
p/s : Dah terima ugutan untuk membaling tepung dan telur.. haisshhh.. Ini serius~! hihi
Saturday, 27 April 2013
Doa Hari Lahir.. Sanah Helwah :)
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.
YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini,Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.
Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.
Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya,kiri kanannya,mukanya,belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.
Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Posts (Atom)