Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Dengan limpah kurniaNya aku dapat menghirup udara segar sehingga ke hari ini untuk menulis coretan di blog aku ini.. hihi
Pejam celik pejam celik dah 22 tahun aku ini.. Cepat betul masa berlalu.. tanpa aku sedari.. ermm.. semakin usia kita kehadapan.. harap juga amalan kita juga ke hadapan dengan lebih baik dan bertambah realistik selalu.. Kalau di putarkan kembali, sepanjang umur 22 tahun ni sudah banyak yang aku belajar apa itu kehidupan, apa itu matlamat kita sebenarnya hidup di sini, tahun ini jugalah aku akan mengundi buat kali pertama pada 5 Mei 2013.. tapi bukan nak cerita bab undi ni.. tapi aku nak fokuskan bab usia yang tidak ternilai buat kita sebagai hamba Allah.. Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri sebelum kita tidur.. semoga apa yang kita lakukan lebih baik dari semalam..
Kebanyakkan orang menganggap bahawa dah masuk usia 22 tahun ni dan boleh mengundi, boleh beli keta dan BERKAHWIN??... Ish.. bab ni sampai sekarang aku tak boleh nak jawab.. hihi.. entahlah.. belum ada jawapan lagi kot.. Insya-Allah.. Jodoh tak ke mana...Kalau ada, jangan risau.. nnti aku buatlah pengumuman rasmi di laman sosial (ikut tren zaman sekarang) atau tunggulah aku datang ke rumah kalian eh..
Terima kasih kepada semua yang wish bithday aku.. aku hargai hargai :) Kepada keluarga tersayang, terima kasih kerana sediakan jamuan yang tidak ternilai pada hari istimewa aku ni.
p/s : Dah terima ugutan untuk membaling tepung dan telur.. haisshhh.. Ini serius~! hihi
No comments:
Post a Comment