Saya ada satu kisah cinta. Sebelum saya mula, saya nak kata, saya bukanlah lelaki yang baik sangat tak pernah bercinta. Saya pernah buat silap sepanjang hidup saya. Maybe Kita semua pernah, sebab kita bukannya maksum. Ye dak? I will have to admit that bercinta adalah salah satu dari silap dan dosa saya.
Aku fikir jarak lah yang akan mematangkan kita..menguji kesetiaan dan kesabaran kita.. Ternyata jarak juga lah yang akan menentukan titik akhir harapan yang ada...
Yakin dengan ketentuanNya...insyaAllah semuanya baik baik saja...
Jadi kisah cinta ini, satu yang saya akan kenang sampai bila-bila. Sebab sepanjang hidup saya, cuma ada seorang perempuan ajnabi yang pernah saya jatuh cinta. pergh ayat.
Saya nak cerita tentang cinta yang ini saya tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi ya, ianya cinta. Cinta ini mungkin tersasar dari syarak dan jalanNya..Tapi InsyaAllah, cinta ini ada hikmahnya kenapa bermula, dan kenapa berakhir. Sebab cerita ini tak dapat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Sebab orang takkan faham. Tapi sebab saya nak cerita, dan cuma tempat ini saja yang ada..jadi...izinkan saya bercerita.
Cinta yang ini steady je. Cinta matang I must say. Tak perlu contact 24/7. Tak perlu cakap I love you selalu, sebab masing-masing tahu. Tak perlu nak jumpa sangat. Tak kongkong. Matang la jugak..Cuma orangnya je tak matang. Saya lah orangnya. Merajuk tak tentu hala, nak attention lah, panas baran lah. Entah lah, sekarang since dah tak ada apa-apa saya mulai lupa, apa sebenarnya yang berlaku antara kita? Kenapa kita tak teruskan? Kalau sukar teruskan, kenapa tidak ijab qabul saja?
And than I remembered...sebenarnya bukan tak sayang, bukan tak mahu teruskan...Tapi...ada halangan yang mendatang...hurmm..sayang..
Mama abah saya selalu saja kata...
"Anak-anak jangan sembunyi benda dari ibu bapa, sebab macam mana-mana pun, Allah akan tunjukkan juga"
And so memang lah. Kalau dah mama yang cakap tu, ibarat kunfayakun jugak lah. Saya ibarat kan saja ye...Ibarat..Sebab apa orang kata, doa mak ni tiada hijab dengan Allah? Haa..gitu lah..
Maka, pada suatu hari tu, hari jantung saya berdegup kencang semacam, rasa lain semacam, hari tu jugalah Allah tunjukkan apa yang saya sembunyikan dari mama abah saya... apa dia? jeng jeng jeng..Allah tunjukkan yang saya ada girlfriend..
Zaman sekarang ni saya terpaksa mengaku memang ada keluarga yang ambil remeh soal boypren girlpren..mereka terlalu sporting dengan budaya-budaya ini. Tapi tidak dalam family saya. Kalau sebut CINTA sahaja mereka akan jadi kaget semacam, macam cuak lebih anak mereka buat benda tak baik.
Selalu mereka katakan, cinta di usia saya ini bukan untuk dilayan, ianya untuk dibendung dan dikawal. Begitulah kata-kata hikmat mak bapak ni..
Cuma...mungkin anaknya ini tidak reti mengawal...Maka kerana jahil dalam mengawal itulah saya silap menyerahkan hati saya kepada perempuan dengan cara yang salah iaitu bercinta. Langsung tak bangga dengan keadaan ini. Sebab apa? Menyesal lah. Saya bercinta sebab saya ada cita-cita untuk bersama dia suatu hari nanti. Menjadi yang sah dan halal...tapi tup tup..tak jadi apa pun.. Kesian isteri saya nanti dia bukan first love..Maafkan saya ye future wife, walau di mana pun awak berada. By the way, bila awak nak datang...saya penat tunggu..hurmm..
Jadi berbalik kepada cerita tadi..lepas parents saye tahu, macam biasalah, kena lecture. Rasa diri ni derhaka gila, rasa macam tak guna, rasa berdosa, rasa macam kena boikot dari ahli keluarga. Sakit. Sakit sangat sampai dah rasa nak putus asa. Dan masa tu kita cuma ada dua pilihan. Tinggalkan apa yang parents kita tak redha, atau teruskan dan jauh dari redhaNya. Obviously, kita akan pilih family dan redha Allah.
Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha ibubapa...Aku tinggalkan cinta demi menggapai redhaNya.. Sayang...tapi cinta Illahi itu lebih bermakna..Jadi begitulah..semuanya tak mudah..Bukan mudah jatuh cinta, susah lagi menyingkirkan rasa tu. Semuanya makan masa. Dan masa tu lah sengaja kita lahirkan rasa benci yang pada mulanya tak ada pun supaya mudah masa menelan rasa..
Sebab saya sendiri terikat, antara redha dan sayang. Bodoh ke saya untuk pilih sayang yang belum tentu boleh membawa saya ke syurga sedangkan redha itu pasti?
Maka...sekuel demi sekuel kronologi hidup saya dan dia hingga membawa kepada satu titik pengakhiran segalanya. Mesej tak berbalas, telefon yang tak berjawab, chat yang tak dilayan. Stalk demi stalk. Facebook friends yang di delete...password yang ditukar. Stalk berhenti dan putus asa barangkali?
Susah untuk saya bercerita panjang. Tapi saya akan terus bawa kalian ke kemuncak cerita ini. Iaitu 6 tahun lepas.
6 tahun lepas saat hati saya hancur berkecai. Perasaan pernah dikhianati itu datang lagi dengan cara berbeza. Tiba-tiba luka lama kembali berdarah dengan luka yang lebih panjang sentimeternya, lebih dalam milimeter nya. Sakit lain macam. Sakitnya..sangat sakit.
Tak tahu bagaimana nak mula. Tapi masa waktu semuanya terpampang di depan mata saya.. Saya sedar..yang jauh dari sudut hati saya...Harapan itu masih ada. Tapi..mungkin sudah tiada bila hakikatnya dia sudah putus asa.
Masa itulah semua kenangan bermain wayang di depan mata. Semua kata-kata yang pernah diucap seakan-akan berbisik di telinga. Semua impian runtuh seruntuh-runtuhnya. Tinggal debu yang kian menyesakkan dada.
"Awak lah muka lelaki pertama yang saya akan snap guna kamera ni"
"Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Saya teringin sangat nak pergi dengan awak"
"Pelan rumah kita dah siap, kalau awak nak tengok nanti saya tunjuk"
"Apa nama anak kita nanti"
(hahahahahaha.. bila fikir balik cm lawak pulok lol)
Macam mana saya nak cakap ye? Rasa ni..kecewa...tapi tak boleh. Sebab silap sendiri...Saya yang berhenti berusaha pada awalnya. Saya yang memohon dia putus asa. Saya yang buat die berhenti mencuba. Semuanya sedar atau tak sedar,saya yang minta.
Dan waktu itu...saya lihat..dia bahagia. Saya lihat impian kami, tapi bukan saya yang bersamanya.. Masa itu lah..empangan pecah. Air mata berguguran bak air terjun..Tak mampu dan tak sanggup..Dan saya cuma boleh menangis..menangis..dan menangis sampai penat. Menyesalkah aku? Menyesalkah aku dengan keputusan untuk membiarkan dia terdedah kepada pilihan selain aku? Bodohkah aku?
Tak boleh tak boleh. Aku sama sekali tak boleh rasa macam ni. Seolah-olah menyalahkan ibu bapa aku. Menyalahkan keputusan yang aku ambil sedangkan redha itu jauh lebih penting.
Tapi sebenarnya...tidak jujurkah dia masa dia katakan dia akan berubah dan mencuba tahun depan? Tahun depan yang tinggal lagi beberapa bulan. Dia tak tahu ke dalam diri ni ada terselit harapan tu? Mungkin dia tak tahu, sebab sikap aku mengenepikan dia wajar buat dia berputus asa. Dia tak salah. Langsung tak salah! Yang salahnya aku!
Allah..jangan sampai aku menyesal, aku tak mahu jadikan matlamat aku untuk mendapat redhaMu ini suatu bebanan..aku mahu melihat perpisahan ini jalan yang terbaik untukku...Oleh itu bukakanlah jalan seluas-luasnya, untuk aku mendapatkan hikmah sebaik-baiknya..Memang cukup lama aku tinggalkan dia. Mungkin dia sudah berputus asa. Terang lagi bersuluh aku langsung tak tunjuk yang aku mahu, yang aku sedang persiapkan diri, tidak bertanya tentang persiapan dia, membiarkan dia bergerak sendiri dengan hidupnya..Mengharap dia akan kembali bila dah ready..
Mungkin kerana aku berharap..tapi terlupa untuk meminta dan berdoa...Aku mahu tapi terlupa untuk redha dan tawakal..Mungkin kerana itu maka wajarlah ini yang aku terima..
Sebelum ini aku meminta-minta aku dilupa..sekarang...giliran aku pula yang harus lupakan dia.. Biarlah..mungkin memang ini caranya..
Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya harapkan yang terbaik dari Allah.. itu sahaja..Awak..awak berhak untuk buat apa sahaja yang awak buat sekarang. Saya adalah masa silam awak. Dan masa silam itu perkara paling jauh dengan kita. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak dan kawan-kawan yang lain.
Kalau bercinta lagi, cintalah sejujurnya. Jangan buat kat dia macam awak buat kat saya. Jangan biar dia rasa apa saya rasa. Hargai dia walau sekecil mana usaha dia. Dan yang paling penting, haram bercinta tanpa niat mahu menikah. Kalau tak nak, tinggalkan calon suami orang lain, jangan diganggu lelaki hanya untuk main-main.
Pada mulanya saya fikir, mungkin saya boleh bersaing dengan dia untuk mendapatkan awak. Tapi saya rasa itu tidak adil. Kenapa saya nak bersaing untuk rasa cinta yang Allah sendiri akan bagi kepada sesiapa yang Dia pilih?
Saya kat sini, biar pun sedih, InsyaAllah dengan mensyukuri setiap yang Allah bagi, bahagia. Saya dah pilih untuk menggapai redha ibubapa dan Allah. Takkan lah boleh jadi teruk akibatnya..kan?
Saya tak rasa pun awak akan baca ni dalam masa terdekat, ataupun awak mungkin tak akan baca langsung..Saya ingatkan saya akan still menangsi meratapi nasib putus harapan..tapi yeah. sampai di sini saya tulis, Saya lega. Semoga awak pun mendapat redhaNya sentiasa. Tak mahu ada dengki dan benci antara kita, saya cuma harap jodoh saya cepat sampai sebab saya tak sabar nak bahagia dengan dia. Mohon didoakan :)
"Hasbunallah wa ni' mal wakil- Cukuplah Allah bagiku dan Dia lah sebaik-baik wakil (untuk kita bertawakal)"
p/s : Alhamdulillah dia pun telah temui jodohnya 31 Januari 2013 lepas.. Saya doakan yang terbaik