Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Saturday, 17 May 2014

Prank and Parody

Assalamualaikum...


Forum ini bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai jati diri muslim yang seimbang dari segi luaran dan dalaman dalam usaha menjadikan golongan belia sebagai agen kepada perubahan masyarakat serta menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. Ini bertepatan dengan harapan pihak atasan yang mahukan Mahsasiswa UPM cemerlang dari segi akademik serta sahsiah.

Forum ini telah berlangsung pada 28 Mac 2014 yang lalu bertempat di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia. Walaupun agak terlewat dan tersesat ke UPM, dapat juga saya menikmati santapan rohani dari ketiga-tiga panel iaitu Iman Muda Miril, Nadia Syamila (Vlogger) dan juga Ustaz Hidayat serta moderatornya Azfar Hamdii

Semasa majlis berlangsung


Antara perkara yang dibentangkan adalah konsep malu dalam Islam... malu itu sebahagian daripada iman dan di tambah oleh Imam Muda Miril (kalau tak silap) "orang yang tak malu tu, tiada rasa iman.."

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.

Izinkan saya memetik dari riwayat Abu Hurairah mengenai malu;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

dan part yang paling best, menangis tangani rasa malu, Allah bagi rahmat, bila menangis rasa rahmat even baca Al-Quran.. dua mata tak kan sentuh api neraka, menangis takut kerana Allah... Tahajjud, jihad kepada Allah..

Dari Inu As r.a: 2 mata yang tidak disentuh api neraka adalah mata yang berjaga malam kerana Alllah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah
(boleh dirujuk di (HR Tirmizi)
Mata adalah anugerah Allah yang tidak terhingga yang perlu kita jaga. Dengan mata kita boleh ke syurga dan dengan mata juga kita boleh ke neraka.

jangan pandang orang lain dan judge! ya betul.. even pun dia seorang yang menutup aurat dengan sempurna, selalu berzikir tak bermakna tidak tidak melakukan kesilapan kan?, dia juga manusia seperti anda yang takkan lari dari garis kesilapan sebagai seorang hamba Allah. Kita memang takkan lari dari kesilapan tapi kita belajar dari kesilapan untuk menjadi yang lebih baik. Jika kengkawan buat salah, jangan judge, jangan marah... pimpin tangan anda bersama-sama ke arah yang lebih baik. tambahan lagi, tak guna mengumpat sana sini untuk memburukkan seseorang. Ia takkan menyelesaikan masalah, bawak berbincang, jika tidak berhasil gunakan doa sebagai senjata. Insya-Allah ^^

Islam adalah agama yang mengajarkan kasih sayang, persaudaraan bukan mengajarkan kekerasan

Selepas berakhir para mahasiswi tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan vlogger, Nadia Syamia. Apa yang saya boleh katakan, dia sungguh berinspirasi dan saya kagum dengan vlog beliau :)

p/s :
1) Apabila hilangnya rasa malu, maka kejahatan akan hadir tanpa dijemput.
2) penekanan masa dan manage dengan baik; multi task..
3) Ramai orang suka judge tetapi tak mengambil langsung kebaikan seseorang, hanya melihat keburukan semata-mata. cara yg baik bersangka baik serta berlapang dada
4) Penjelasan dan pencerahan yang sgt baik smpai blackout hahaha..Nadia Syamila, great speech
5) moderator nya Azfar Hamdii, ahli panel: Imam Muda Miril, Ustaz Hidayat, dan Nadia Syamila...
6) prank dan parody tu tak salah selagi berlandaskan syariat islam dan jangan keterlaluan..

Wednesday, 30 April 2014

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma : Hidayah Firdaus


Assalamualaikum...


Pernah tak dengar lagu Maher Zain yang berjudul Baraka Allahu Lakuma... Dalam lagu ini mengandungi ucapan yang khas untuk para pengantin yang baru berkahwin. 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (My Allah bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)
Saya juga tidak terlepas untuk mengucapkan kepada kakak saya, Nor Hidayah Abdul Majid dan abang ipar Firdaus Mohd Nasir pada hari pernikahan mereka, 27 Februari 2014 dan majlis resepsi perkahwinan pada 1 March 2014 (wakil keluarga saya) 2 March 2014 (wakil keluarga abang Firdaus).

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari majlis penikahan mereka dan walimatulurus kedua belah pihak pengantin. Sebelum itu, saya nak berkongsi cerita manisnya pada 27 Februari 2014 iaitu hari penikahan mereka. Berikut adalah detik-detik bersejarah yang mereka lakarkan...


Tazkirah oleh Imam dan wajah ayah saya tersenyum sinis.. hahaha


Lafaz Taklik

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri
Akan bersambung -- Part 2 --- hihihi

Monday, 7 April 2014

Hukum Menonton Video Lucah

 


Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.

Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;

*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;

1) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).
*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.
*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.
Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.


Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam