Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Saturday 20 March 2010

Perbincangan antara seorang pelajar dan professor



Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

...

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Sunday 7 February 2010

First Sem @IKMS

Entry aku kali mengenai semester pertama di Institut Kemahiran MARA, Sik, Kedah Darul Aman.. walaupun agak frust tak dapat nak lompat ke semester kedua.. aku tetap teruskan perjalanan aku di semester pertama dalam program Teknologi Komputer.. benda baru yang aku belajar adalah elektronik dan elektrik walaupun aku rasa mula2 mcm xperlu aja subjek tu mula2.. apapun aku harap, aku dapat kejar pointer yang lebih baik :)


Gambar bersama kawan2 di semester pertama (STKM)


Monday 7 September 2009

Bila Keadaan Membuatkan Kita Berubah... ermm



Hurm…

Manusia boleh berubah. tu asas hidup.tapi perubahan macam mana yang logik dan tak logik?no komen

Oh ye, lupa nak cakap assalamualaikum semua!

Bukan apa buat statement terus macam ni. Ada kisahnya. slow slow ok. Memang lah, kat sekolah semua dikawal, semua nak dijaga. siqah lah katakan. tapi bukan makna kat luar kita tak ada kawalan diri kan? takkanlah kita tak boleh kawal diri sendiri? hurm… pelik, pelik.

2-3 hari tengah facebook walking. nampak le kawan lama kat sekolah dulu. tak jauh pun jarak masa, sekolah menengah je pun. kalau dikira, beza 3 tahun je dari hari ni. tapi bila tengok gambar…. welll… no komen.

tak nak sebut nama, nanti aib. tapi orang saya kenal dalam gambar tu bukanlah “kawan” yang saya kenal dulu tu. Yang dulu saya kenal sekali pandang memang nampak lah macam budak sekolah agama. paling tak pun nampaklah macam budak normal. dengan kopiah di kepala. solat di masjid. baik lah senang cakap. paling ingat dulu masa ada program ala2 camp kat sekolah dia datang bawak topi eskimo. hahaha. kenangan.

Yang dalam gambar tu, dok laga2 kepala dengan awek dia. sekali tengok dah macam kembar siam lekat kepala pun ada. amboi, pegang2 perempuan macam adik sendiri. Well, kalau pun nak laga2 kepala tu, tunggu le ada ikatan sah. pastu nak laga2 sampai betul2 melekat kepala pun tak apa! kadang2, fikir gak, kita ni pegang2 wanita ajnabi, kita tak fikir ke, berapa banyak orang dah buat macam tu kat dia gak? kita tak nak ke mutiara suci yang tak disentuh oleh manusia? kalau nak jangan le kita kacau mutiara orang!

tapi bab pegang2 tu isu kecik je. baca post2 kat wall dia. ramai orang komen, wah makin jambu lah… itu ini…bla3333. nak jadi cerita, terbaca post dia yang ni. ni lebih kurang ok:

” Rasa segan nak admit benda ni. I am a gay”

ada sikit lagi ayat, tapi tak ingat. tersirap darah kot baca! kawan saya dalam bilik time tu suruh sangka baik, mungkin dia buat joke,kata dia. tapi melihat kepada berapa ramai cakap dia jambu kat wall, tak rasa itu joke.

Kawan2, dr. yusof qhardawi apabila ditanya oleh seorang pelajar, tentang perasaan dia pada laki, beliau jawab begini.

Perasaan itu sendiri tak salah. malah tak wajar dihina. Melahirkan dan mengikuti perasaan itu yang salah. kerana perasaan itu bukan fitrah.

Dalam bahasa perubatan, bawah cabang psikologi, perasaan2 pelik macam tu dipanggil id. hampir semua orang ada perasaan pelik, nak kahwin dengan kuda; nak berzina dengan kakak, nak rogol orang.nearly 100% of people pasti ada terrrlintas benda2 macam ni. tu semua perasaan tanpa kawalan akal. itu normal. tapi menzahirkannya yang salah. dalam psikologi juga dikatakan, diri kita ada kawalannya sendiri untuk melawan. Kalau kita gagal mengawal dengan mekanisma yang ada, maka kita akan mengalami gangguan psikologi

dalam islam sistem kawalan itulah iman. kalau iman kita goyah, id kita akan lahir. maka rosaklah generasi kelak. kalau iman kita kuat, insyaallah masalah2 macam ni memang tak akan berlaku. AMARAN buat kawan2 yang tiba2 rasa nak ekspresikan diri tu gay, lesbian, bi, whatever. Allah hinakah kaum lut dengan macam2 hinaan, dan akan dilaknat sampai akhirat. like said, the feeling itself is not wrong. expressing it, and lusting on it is wrong!



kalau anda ada kawan2 macam ni, saya nasihat satu je. remove them. kalau kita duduk dengan orang buat minyak wangi, paling kurang kita dapat harum. kalau duduk dengan orang buat arang, paling kurang kita dapat hitam. hari ni kita tengok, esok kita tanya, lusa takut kita terpengaruh, maka jauhkan diri hari ni jika masih mampu.

that’s all my friends. till then.

Assalamualaikum and tata~! hihi

P/S :Segala yang baik datang dari Allah SWT, yang buruknya dari kelemahan diri ini..