Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Monday 1 April 2013

final oh final.. Doakan saya..

Assalamualaikum...

Bila dah masuk dewan peperiksaan ni, rasa macam nk sawan pun ada =.=" 

Baru je call ummi.. terasa rindu aku tak pulang ke kampung halaman hilang bila dengar suara beliau.. terima kasih ummi sebab bagi sokongan dan doa untuk anakmu yang nakal ni.. hihi.. Sempat lagi aku mengarang di blog ni dan berangan.. Padahal esok (1 April 2013) aku akan menghadapi Final Exam . Bila mana tiap kali menjelang peperiksaan hampir keseluruhan jentera tubuh ku dijangkiti penyakit "M" .. jangkitan Malas yang menyerang mengikut musim .."Argh...Esok pagi bangun sebelum subuh..study study" bisikan ayat yang berulang ulang kali aku laungkan sebagai pembakar semangat ku... hahaha..

“Datang sahabat nabi yang sudah terbakar tubuh belakang, bertanyakan Rasulullah SAW; mengapa tidak Allah timpakan saja mereka (penentang dalam perang) dengan kekalahan?” -petikan kisah sirah di zaman perang

Bayangkan, itu sahabat nabi yang sudah tubuh belakangnya terbakar hangus, baru dia bersuara bertanyakan sebegitu. Kita yang duduk, baring, makan, tidur ; layakkah kita mempersoalkan tentang soal kemenangan??..

Dan kadang aku yang asyik menadah tangan memohon merayu pada ALLAH dengan hanya secebis debu usaha ku membuatkan aku terdiam sedikit menangis. Sudah sedikit meleleh, tapi ku tahan juga dengan gelak tawa pura pura ku...

Kelmarin sang labah labah di jendela ku mengajar aku erti berjiwa besar tidak mudah berputus asa .. Setiap angin menghancurkan sarangnya , labah-labah membuat lagi sarang yang baru. Seratus kali rumahnya rosak, seratus kali pula labah-labah membangunnya kembali.

Dan jiwa ini pasti tersentak tatkala ditanya ... Doakan saya eh kawan-kawan..

p/s : mar telah melabuhkan tirainya dan april membuka lembaran baru.. 

Saturday 23 March 2013

Kenangan itu...

Assalamualaikum..

Banyak orang kata pengalaman itu mendewasakan kita.. Bila dilihat semula, gambar2 dengan kengkawan  dengan masa sekarang.. amat berbeza dari pelbagai sudut... sekarang ni, ramai kengkawan aku dah bekerjaya dan ada juga telah meninggalkan aku buat selama-lamanya :'(

Hari ni aku nak share sikit cherita aku dan kawan sekolah aku.. tengah hari tadi aku dapat call, jantung aku hampir luruh bila terdengar dia dah kembali ke rahmatullah.. Dia kemalangan dengan motosikal.. Aku tak sangka.. macam ni akhir ceritanya.. aku redha atas pemergian dia.. Dia adalah kawan sekolah aku dari sekolah menengah lagi (SMK Jelutong, Pulau Pinang).. Bila di ingat semula.. seronok dapat lepak2, sembang2 masa cikgu xde dalam kelas.. Kalau aku bawak moto, dia orang yang tak penah leka untuk tegur aku.. macam2 kenangan indah yang tak dapat aku ungkapkan kat sini.. Bila diingat semula, seakan air mata jatuh membasahi bumi.. banyak kenangan.. banyak sangat kenangan.. mungkin itu ajal dia..

Semua orang akan diuji oleh Allah, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari dia, kembali lah kepada Tuhan yang maha satu, Allah SWT. Sakit merasa kehilangan orang itu tidak dapat digambarkan

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.

"Sahabatku, Faiz Zainuddin.. terima kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini.. aku tak akan pernah melupakan kamu.. terima kasih atas segalanya.. terima kasih... Semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin..."
Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un.
Dalam Kenangan
 13 Julai 1991 - 23 Mar 2013

Friday 15 March 2013

Khasiat Madu dan Kelebihan Menurut Islam




“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.


Cara betul memakan madu

1. Mulakan dengan bacaan bismillah dan selawat.

2. Madu diminum semasa perut kosong terutamanya di waktu pagi antara 30 minit hingga sejam sebelum bersarapan.

3. Campurkan madu ke dalam air suam jika ingin meminumnya.

4. Sekiranya batuk atau lelah, ambil satu atau dua sudu madu.

5. Seelok-eloknya gunalah sudu plastik.


Khasiat madu
  • Sekiranya dicampur ke dalam minuman kanak-kanak membuatkan mereka tidur dengan nyenyak.
  • Amalkan sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi dapat memberikan kesegaran.
  • Titiskan sedikit madu jika mengalami sakit mata.
  • Sapukan madu pada bahagian luka akibat melecur api, air panas, ekzos motor, minyak panas atau sengatan serangga berbisa.
  • Pesakit diabetes boleh mengambil sesudu madu dan sesudu cuka asli (cuka nipah) kemudian dicampurkan dengan sedikit air suam.
  • Sekiranya mengalami luka atau kemalangan kecil, sapukan madu untuk menghentikan darah dan melindungi luka daripada kuman

p/s : pagi2 saya makan kismis.. :) hee..
-sumber harian metro; laman kongsi