Ya Allah, Engkau Jangan Sesekali mematikan hati ini,
Engkau jangan biarkan hati ini terus keras daripada menerima hidayah dan taufiq-Mu,
Jauhilah aku daripada hijab antara aku dengan Engkau,
Aku dapat rasakan bahawa hati ini di saat ini kian malap,
Tanpa nur-Mu,
Aku rasa seolah hati ini kian jauh daripada mengingati-Mu,
Semakin jauh dari keikhlasan kepada-Mu,
Kembalilah aku ke jalan-Mu,
Dekatkanlah aku kepada Kalam-Mu,
Biarlah Engkau campakkan rasa rindu dan cinta kepada-Mu,
Dekatkanlah aku kepada mereka yang soleh,
Dekatkanlah aku kepada majlis ilmu dan zikir,
I want to recharge my iman and heart, ya Allah,
Dulu ku akui bahawa diri ini pernah diselimuti dengan ‘zhulumat’
Aku cuba berusaha keluar daripada kepompong kegelapan itu,
Aku yakin dengan bantuan-Mu Ya Allah,
Aku mampu berubah,
Laksana bagaimana Umar al-Khattab boleh berubah daripada zaman ‘jahil’ kepada zaman ‘nur’
Kembalikanlah aku kepada fitrah yang cintakan kebaikan
Yang menurut perintah-Mu dan meninggalkan larangan-Mu
Moga Ramadhan kali ini benar-benar ‘membina’ diriku untuk berhadapan bulan-bulan yang mendatang.
P/s : kejap lagi nak keluar pergi bazar ramadhan dengan kekawan..
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Hayyu, ya Qayyum,Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon petunjuk dan keampunan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, setiap ujian yang hadir adalah tarbiah dan kasih sayang daripada-Mu, ya Allah. Maka, tetapkanlah iman kami, bimbinglah langkah dan keputusan kami, ya Allah. Bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Kurniakanlah ketenangan jiwa, keluasan rezeki, dan kejayaan dalam setiap urusan kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
adrr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment