Assalamualaikum,
Pejam celik, pejam celik,
Masa berdetik tanpa sedar,
Pantas perjalanan,,
membawa lenaku ke sini.
realridz tak sangka, blog ini menghampiri 14 tahun penubuhannya. Sambil penulisan di tepi pantai, menghirup udara nyaman di sini tanpa ada gangguan atau sebarang penghakiman manusia.
Dalam 14 tahun, pelbagai drama, pelbagai liku kehidupan telah berlalu tetapi itu bukanlah satu sebab untuk kita mengundur ke belakang, patah semangat, well cakap tersangatlah mudah seperti makan jajan. Nak tahu tak, meh saya kongsi sikit cerita kehidupan saya tapi janji kena baca dediam je dan tiada perasaan judgemental dan saya hargai jika ada sifat ingin menolong. Dalam peredaran tahun ke tahun, satu mometum hitam terjadi pada diri saya menyebabkan saya kemurungan hampir ke ***.
KEPERCAYAAN
Bila saya dalam situasi yang gelap ini, saya akan cuba mencari seseorang atau pendengar yang boleh saya percayai untuk menumpang bahu dan meluahkan. Berlama mana saya menyerahkan kunci kepercayaan ini dan akhirnya saya di maklumkan oleh orang lain berserta bukti yang cukup meretakkan hati.
"AKU DITIKAM DARI BELAKANG OLEH SAHABAT SENDIRI YANG AKU SANGAT PERCAYA!"
Saya cuba menarik nafas untuk tenangkan diri dan bertanya kepada diri sendiri, apakah yang telah saya lakukan menyebabkan dia berbuat demikian? TIADA! Akhirnya, gugurnya air mata kerana mengenangkan sahabat yang bertukar menjadi pengkhianat.
Jiwa saya meronta...
KENAPA!
KENAPA!
KENAPA!
APA SALAH SAYA?
“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.”
― Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah
Benar kata-kata Hamka. Orang yang menyimpan rahsia merupakan seorang yang amanah. Amanah menjaga rahsia sehingga ianya dijaga dengan rapi tanpa bocorkannya.
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(6:110)Perubahan hati kadang-kala ianya terlalu pantas dan kadang-kadang tidak mampu dipandu dalam pemanduan yang baik. Dan peredaran budi ditaburkan, dilupuskan seperti tidak pernah menabur jasa, bakti di buang begitu saja. Inilah manusia yang perlupa, sudah bahagia, sepahnya mudah diludah.
Sayang, sama sekali terlalu sayang. Diriku hanya bertepuk sebelah tangan. Menekan-nekan tertikus, memutarkan kembali memori kita dalam cakera keras yang di simpan rapi sebagai koleksi toleh ke belakang.
Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya”. (47:17)
Apa yang baiknya disini, yang terjadi, Allah tunjukkan sesuatu kepada diriku, dialah manusia yang harus kamu berhati-hati sebelum termasuk dalam lubang najis yang lebih teruk. Terima kasih, Ya Alllah. Hanya Engkau mengetahui apa terbaik buat diriku ini.
Mulai saat itu, saya mengambil langkah berhati-hati dan professional untuk berhadapan dengan 'sahabat' ini. Bagi saya, cukuplah saya mendera perasaan diri sendiri. Masa untuk bangkit dan hapuskan angin yang cuba menjatuhkan diri.
Apa yang berlaku, ingatlah JANGAN BALAS DEMDAM... Pohonlah kepada Allah, Dia Maha Pendengar, lagi Maha Adil dan Bijaksana. Semoga apa yang berlaku, menjadi sempadan dan pengajaran buat diri saya dan contoh untuk anda semua. Kepercayaan itu suatu AMANAH, dan peredaran BUDI harus digenggam rapi agar kita tidak lupa jasa orang yang membantu kita di waktu kita jatuh, Dan mengingati budi hendaklah bertempat.
Saya melarikan diri ke Krabi, Thailand berseorangan tanpa diteman oleh sesiapa selama 5 hari. Inilah masa yang berkualiti untuk menghirup udara segar dan berjalan sambil melihat bumi ciptaan Allah. Alhamdulillah, saya pergi dan balik ke tanah air semuanya dipermudahkan olehNya.
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Doakan saya!
Allah will always be with you my brother. My doa from far in silence, will always for you. Stay strong brother. Stay strong. Bangkitlah kembali. My silence is not ignorant, just sometimes, it is the best therapy.
ReplyDelete