Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Hayyu, ya Qayyum,
Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon petunjuk dan keampunan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, setiap ujian yang hadir adalah tarbiah dan kasih sayang daripada-Mu, ya Allah. Maka, tetapkanlah iman kami, bimbinglah langkah dan keputusan kami, ya Allah. Bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Kurniakanlah ketenangan jiwa, keluasan rezeki, dan kejayaan dalam setiap urusan kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Wednesday, 4 April 2018

Paradoks Penghakiman

Berombak paradoks di jiwa,
Tidak yang datang menghulurkan tangan,
Laluan sukar,
Ku mohon kepada Dia agar dipermudahkan.
ㅤ
Masalah peribadi di kunci rapi,
Serik bercerita kepada pendengar yang salah,
Berlawan dan mempertahankan jiwa sendirian,
Dalam memandu menghadapi arah yang mencabar.
ㅤ
Mereka bebas mewarna perkataan melalui bibir,
Tanpa mengikut rasa tona warna latar,
Gelombang arus dari pelbagai sudut,
Cuba untuk kuat bertahan menghadapinya.

MOHAMAD RIDZUAN ABDUL MAJID
Krabi, Thailand
ㅤ

No comments:

Post a Comment