Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Tuesday, 27 August 2013

Laptop untuk Anakku



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yangada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.


Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

p/s : HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

Wednesday, 14 August 2013

Eratkan Jalinan Ramadan Al-Mubarak : Kisahku Epi. 3

Assalamualaikum..

Kekadang kalau aku tak pergi solat terawih, aku tolong jaga rumah arwah makcik aku tu. Arwah makcik aku tu seorang pengajar mengaji Al-Quran.. Aku antara salah seorang pelajannya.. Kalau aku sekolah petang, kelas mengajinya pagi dalam pukul 8.30 pg -10.30 pg. Sesi petangnya pulak mula dalam pukul 2.15 ptg - 4.00 ptg.

Kalau aku tolong jagakan rumah makcik aku ni, dia akan prepare nasi goreng favorite aku.. memang tiada tandinganlah.. tambah pulak dengan papedom.. lagi menaikan selera yang sedia ada.. (Kira tambah horse power la.. hihi)

Dalam ketegasannya pasti ada sifat penyayang.. Aku ni kira anak emas arwah makcik aku.. aku pun anggap dia sebagai ibuku.. sebab aku banyak meluangkan masa bersamanya :) cara dia mendidik seperti nak menjadikan aku seorang Al-Hafiz tapi malangnya masa tu aku sangat malas.

Aku berpisah sebab berpindah ke sungai pinang.. tapi aku tak pernah lupakan dia.. kadang-kadang lepas sekolah aku pergi juga jeguk-jeguk dia. Sepanjang tempoh berjauh, kadang-kadang dia sakit.. terasa sunyi.. memandang tingkap keseorangan ketika aku datang secara mengejut..

Aku tahu dia memerlukan seseorang untuk berbicara. Kadang-kadang datang juga sahabat, jiran (berbangsa cina) dan pelajarnya (asal indonesia) menemani beliau dikala sunyi.



Aku kembali bersamanya selepas 5 tahun setelah rumahku siap dibina.. sewaktu itulah dia mula menghidap kanser. rawatan demi rawatan telah beliau jalani dan ada kemungkinan cerah untuk beliau sembuh. Beliau kembali pulih dan ceria kembali seperti dulu. Tapi semua tu tak lama setelah kanser beliau kembali menyerang. Beliau kembali menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Keluar masuk hospital dan makan ubat menjadi lumrah hidup beliau.. kadang-kadang aku tak dapat menghalang permintaan beliau untuk makan itu dan ini. Aku terpaksa menunaikan permintaan beliau kadang-kadang dan terpaksa menghadkan permintaan agar kesihatannya tidak terjejas kerana dia terpaksa pantang.

Tuesday, 13 August 2013

Eratkan Jalinan Ramadan Al-Mubarak : Kisahku Epi. 2

Assalamualaikum...



Berbeza dengan hari-hari yang lain.. aku hanya jejalan berhampiran dengan tapak highway jelutong yang lebih dikenali sebagai Lebuhraya pantai jelutong atau Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (sebelum tu dikenali sebagai Jelutong Expressway). Disitulah aku selalu lepak-lepak masa senja dengan kawan aku nama mamat. Bila teringat kembali kenangan yang lalu, teringat masa mula-mula pembinaan Pangsapuri Mutiara Idaman 1 dan 2 dan juga rumah atas laut sebelum pembinaan lebuhraya tersebut.

Masa pepetang memang best tengok matahari terbenam.. kalaulah masa tu ada kamera DSLR kan best.. hihi.. sebelum azan aku pulang, takut-takut kena marah nanti.. bila kena marah boleh rumah aku boleh bertukar jadi dewan forum hehe..

Bila dah sampai rumah.. perkara pertama kena buat.. masuk tandas bersihkan diri dulu lepas tu baru siap-siapkan hidangan berbuka puasa. Lauk untuk berbuka memang puas... berbuka di rumah kan hehe.. siap dengan pencuci mulut.. nampak je kuih karipap.. memang aku orang pertama akan reserve dulu.. favourite kot..

Selepas makan barulah nak terhegeh-hengeh nak pergi solat maghrib dengan muatan terlebih had.. lepas solat, lepak-lepak kejap dekat dalam rumah.. lepas tu siap-siap pergi terawih dengan geng jiran sebelah rumah, yazid, yamin dengan yadiy.