Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Hayyu, ya Qayyum,
Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon petunjuk dan keampunan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, setiap ujian yang hadir adalah tarbiah dan kasih sayang daripada-Mu, ya Allah. Maka, tetapkanlah iman kami, bimbinglah langkah dan keputusan kami, ya Allah. Bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Kurniakanlah ketenangan jiwa, keluasan rezeki, dan kejayaan dalam setiap urusan kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Saturday, 26 January 2013

Bagaimana Membina Resume Dengan Pantas Dan Profesional?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Semester ni aku dah ke semester 3.. sem ni juga aku akan ada sesi interview dalam subjek BI aku ni.. so kat sini aku nak kongsi cmna nk buat resume yang gempak sikit.. :) apapun korang doakan aku eh.. subject sem ni agak susah sikit.. tapi mesti kena mencuba.. nak berjaya bukannya senang, mesti kena mencuba, terus mencuba.. Insya-Allah, kejayaan akan menjemput anda :)

oklah... Terdapat beberapa perkhidmatan berasaskan web yang memudahkan pengguna membina resume, tetapi bagaimana pula sekiranya korang nak lakukannya pada desktop korang pada masa terluang? Salah satu perisian yang memudahkannya adalah Career Igniter Resume Builder.

Career Igniter Resume Builder merupakan perisian ringkas, dimana ia menyediakan pelbagai ruangan yang diperlukan pada resume, dan pengguna hanya perlu mengisinya dengan beberapa data peribadi mereka sahaja.




Perisian percuma ini juga diintegrasikan terus ke perisian Microsoft Office, dimana setelah selesai mengisinya, pengguna boleh terus menyimpan ia dalam format *DOC, sebelum menghantarnya melalui emel ataupun mencetaknya. Namun, untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlulah mempunyai perisian Office yang sedia terpasang pada komputer korang.

Bagi yang berminat, boleh memuat-turun perisian Career Igniter Resume Builder ini secara percuma, dan menggunakannya dalam membuat resume anda... semoga berjaya yaa.. :)

Muat turun di : http://www.careerigniter.com/software/windows/

No comments:

Post a Comment