Alhamdulillah.. aku masih bernafas dalam tahun baru masihi ini...
Hari ini sudah bertambah lagi setahun umur kita. Jika toleh ke belakang tahun 2012 (Jan, Feb, Mac, April, May, Jun, Julai, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis) apa yang telah kita lakukan? apakah kelemahan tahun-tahun lepas ingin kita ulang bagi tahun 2013 ini..
Jika sikap kita lebih teruk dari semalam, celakalah kita..
Biarlah esok menjadikan kita manusia hamba Allah yang lebih baik dalam segala hal...
Dalam amalannya
Dalam percakapannya
Dalam tingkah lakunya
Dalam sikap
Dalam alam pekerjaan, dalam alam belajar..
Biarlah segala yang kita lakukan lebih mendekatkan kita kepada Allah..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Insya-Allah :) So tahun ni.. tema aku still sama tapi yang ke-3 (Inspirasi Realistik 3). Kenapa aku pilih tema nih? sebab dalam kehidupan seharian kita penuh dengan dugaan.. so kadang2 emosi tak tentu arahkan, stress datang lagi >.< migrain melawat selalu.. so jadilah realistik.. bukan untuk diri kita aje tapi untuk orang yang berhampiran dengan kita, seperti kawan2, family, lecturer ataupun orang2 yang kita selalu kena berkomunikasi seperti pelanggan kita. makcik yang jual nasi lemak pun kena jaga adab pertuturan.. ingat~! yang muda disayangi, yang tua dihormati..
Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.Ya Allah, ya Hayyu, ya Qayyum,Saat ini kami mengangkat tangan memohon ke hadrat-Mu, memohon petunjuk dan keampunan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, setiap ujian yang hadir adalah tarbiah dan kasih sayang daripada-Mu, ya Allah. Maka, tetapkanlah iman kami, bimbinglah langkah dan keputusan kami, ya Allah. Bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Kurniakanlah ketenangan jiwa, keluasan rezeki, dan kejayaan dalam setiap urusan kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

No comments:
Post a Comment