Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Sunday, 27 January 2013

Huzaifah Al-Yaman "Penyimpan Rahsia Nabi".

Gambar Hiasan


Di zaman Rasulullah s.a.w , Nabi Muhammad s.a.w mengenal siapa di antara umatnya itu munafiq tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah khabarkan kepada orang lain atau beritahu direct kepada orang yang munafiq tersebut.

hanya dua orang sahaja yang mengetahui hal-hal tersebut. Hanya Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri dan sahabatnya iaitu Huzaifah Al-Yaman.

Huzaifah Al-Yaman ini digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi".
Namun Rasulullah s.a.w dan sahabatnya tidak pernah menyebut atau berkata di public tentang orang munafiq tersebut.

Sehinggakan Rasulullah s.a.w wafat juga tidak pernah sahabat Nabi Huzaifah Al-Yaman beritahu atau khabarkan kepada sesiapa.

Namun,apabila seseorang munafiq itu meninggal dunia,sudah pasti sahabat Rasululah s.a.w iaitu Huzaifah Al-Yaman tidak hadir dan ikut serta dalam rombongan atau majlis kebumian .

Dari situlah Sahabat Nabi Muhammad s.a.w Abu Bakar As-Siddiq juga tidak ikut serta dimana-mana majlis kebumian jikalau sahabat Nabi s.a.w Huzaifah Al-Yaman tidak ikut serta kerana Abu Bakar As-Siddiq tahu bahawa Huzaifah Al-Yaman itu ialah Penyimpan Rahsia Nabi.

permasalahannya sekarang,kita umat nabi Muhammad s.a.w pada abad ini dengan senang sahaja label orang munafiq sedangkan Rasulullah dan sahabatnya Huzaifah Al-Yaman tidak pernah label orang munafiq.

Apa-Apa tepuk dada tanya diri sendiri ! Apakah kita mengatasi Rasulullah atau sebaliknya? Marilah buat renungan bersama !

No comments:

Post a Comment