Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Wednesday 30 April 2014

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma : Hidayah Firdaus


Assalamualaikum...


Pernah tak dengar lagu Maher Zain yang berjudul Baraka Allahu Lakuma... Dalam lagu ini mengandungi ucapan yang khas untuk para pengantin yang baru berkahwin. 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (My Allah bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)
Saya juga tidak terlepas untuk mengucapkan kepada kakak saya, Nor Hidayah Abdul Majid dan abang ipar Firdaus Mohd Nasir pada hari pernikahan mereka, 27 Februari 2014 dan majlis resepsi perkahwinan pada 1 March 2014 (wakil keluarga saya) 2 March 2014 (wakil keluarga abang Firdaus).

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari majlis penikahan mereka dan walimatulurus kedua belah pihak pengantin. Sebelum itu, saya nak berkongsi cerita manisnya pada 27 Februari 2014 iaitu hari penikahan mereka. Berikut adalah detik-detik bersejarah yang mereka lakarkan...


Tazkirah oleh Imam dan wajah ayah saya tersenyum sinis.. hahaha


Lafaz Taklik

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri
Akan bersambung -- Part 2 --- hihihi

Monday 7 April 2014

Hukum Menonton Video Lucah

 


Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.

Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;

*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.

Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;

1) Merosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).
*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.
*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.
Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.


Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam

Wednesday 26 March 2014

Terus Berdoa MH370 | IM529





Setiap manusia diberi hati dan nyawa yg satu.
Ada rintih ada duka bertamu.
Moga Allah melindungi setiap satu nyawa dalam pesawat itu.

Kerdilnya manusia & terbatasnya ilmu kita.Besar & hebatnya kuasa Pencipta. Serta semuanya kembali kpd Allah.

keep praying, hoping miracle..
May Allah SWT bring you home safe flight MH370 ‪#‎pray4MH370‬

Berikut Senarai Nama Krew Anak Kapal Pesawat MAS MH370 :

1. Fariq Abdul Hamid
2. Kapten Zaharie Ahmad Shah
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick Francis
6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd. Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan Ismail


Senarai Nama Penumpang Pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines :

1. An/Wenlan (65) China
2. Bao/Yuanhua (63) China
3. Bai/Xiaomo (37) Canada
4. Bian/Maoqin (67) China
5. Bian/Liangjing (27) China
6. Bibynazli/MohdHassim (62) Malaysia
7. Brodskii/Nikolai (43) Russia
8. Burrows/Rodney Mr (59) Australia
9. Burrows/Mary Mrs (54) Australia
10.Cao/Rui (32) China
11.Chan/Huanpeen Mr (46) Malaysia
12.Che/Junzhang (68) China
13.Chen/Jian (58) China
14.Chen/Changjun Mr (35) China
15.Chen/Wei (43) Malaysia
16.Chen/Yun Ms (57) China
17.Chew/Karmooi Ms (31) Malaysia
18.Chuang/Hsiuling Ms (45) Taiwan
19.Chng/Mei (33) Malaysia
20.Chustrak/Oleg (45) Ukraine
21.Dai/Shuling (58) China
22.Daisy/Anne (56) Malaysia
23.Deineka/Sergii (45) Ukraine
24.Di/Jiabin (36) China
25.Dina/MohamedYunus Ramli (30) Malaysia
26.Ding/Ying (28) China
27.Ding/Lijun (43) China
28.Ding/Yingg Ms (62) China
29.Dong/Guowei (48) China
30.Dou/Yunshan Mr (61) China
31. Du/Wen (50) China
32. Feng/Dong (21) China
33. Feng/Jixin (70) China
34. Fu/Baofeng (28) China
35. Gan/Tao (44) China
36. Gan/Fuxiang (49) China
37. Gao/Ge (27) China
38. Gu/Naijun (31) Australia
39. Guan/Huajin Ms (34) Malaysia
40. Guan/Wenjie Mr (35) China
41. Han/Jing (53) China
42. Hashim/Noorida (57) Malaysia
43. Hou/Aiqin Ms (45) China
44. Hou/Bo (35) China
45. Hu/Siwan Chd (3) China
46. Hu/XiaoningMr (34) China
47. Huang/YiMs (30) China
48. Huang/Tianhui (43) China
49. Hue/PuihengMr (66) Malaysia
50. Jia/Ping (32) China
51. Jiang/Cuiyun (62) China
52. Jiang/Xueren (62) China
53. Jiang/YingMs (27) China
54. Jiao/Weiwei (32) China
55. Jiao/Wenxue (58) China
56. Jinghang/Jee (41) Malaysia
57. Ju/Kun (32) China
58. Kang/Xu (34) China
59. Koh/Tiongmeng (40) Malaysia
60. Kolekar/Chetana (55) India
61. Kolekar/Swanand (23)India
62. Kolekar/Vinod (59) India
63. Kozel/Christian (30) Austria
64. Lawton/CatherineMrs (54) Australia
65. Lawton/RobertMr (58) Australia
66. Lee/KahkinMr (32) Malaysia
67. Lee/SewchuMDM (55) Malaysia
68. Li/Yanlin (29) China
69. Li/Zhi (41) China
70. Li/Guohui (56) China
71. Li/Hongjing (20) China
72. Li/Jie (27) China
73. Li/Mingzhong (69) China
74. Li/Wenbo (29) China
75. Li/Yan (31) China
76. Li/Yuan (33)Australia
77. Li/Yuchen (27) China
78. Li/Zhijin (30) China
79. Li/Zhixin (35) China
80. Li/Le (36) China
81. Liang/LuyangMr (60) China
82. Liang/Xuyang (30) China
83. Lim/PowchuaMs (43) Malaysia
84. Lin/AnnanMr (27) China
85. Lin/Mingfeng (34) China
86. Liu/Fengying (65) China
87. Liu/JinpengMr (33) China
88. Liu/Qiang (40) China
89. Liu/Rusheng (76) China
90. Liu/Shunchao (46) China
91. Liu/Zhongfu (72) China
92. Lou/Baotang (79) China
93. Lu/Jianhua (57) China
94. Lu/Xianchu (33) China
95. Lui/Ching (45) China
96. Luo/Wei (29) China
97. Ma/Wenzhi (57) China
98. Ma/JunMr (33) China
99. Maimaitijiang/A (35) China
100.Mao/Tugui (72) China
101. Maraldi/Luigi (37) Itali
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli (52) Malaysia
103. MatRahim/Norfadzillah Miss (39) Malaysia
104. Meng/Nicole Chd (4) USA
105. Meng/Bing (40) China
106. Meng/Fanquan (70)China
107. Meng/Gaosheng (64) China
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr (29) Malaysia
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr (33) Malaysia
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr (24) Malaysia
111. Mustafa/Suhaili Miss (31) Malaysia
112. Mukherjee/Muktesh (42) Canada
113. Ng/MayliMs (37) Malaysia
114. Norliakmar/Hamid Mdm (33) Malaysia
115. Ouyang/Xin (38) China 38
116. Puspanathan/Subramanian (34) Malaysia
117. Ramlan/Safuan Mr (32) Malaysia
118. Sharma/Chandrika Ms (51) India
119. Shi/Xianwen (26) China
120. Shirsath/Kranti (44) India
121. Sim/Kengwei (53) Malaysia
122. Siregar/Firman (25) India
123. Song/Feifei Mr (32) China
124. Song/Chunling Ms (60) China
125. Song/Kun (25) China
126. Su/Qiangguo (71) China
127. Suadaya/Ferryindra Mr (42) Indonesia
128. Suadaya/Herryindra Mr (35) Indoensia
129. Sugianto/Lo Mr (47) Indonesia
130. Surtidahlia/ Mrs (50) Netherlands
131. Tan/TeikhinMr (32) Malaysia
132. Tan/AhmengMr (46) Malaysia
133. Tan/WeichewMr (19) Malaysia
134. Tan/Chongling (48) Malaysia
135. Tan/Sioh (42) Malaysia
136. Tang/Xudong (31) China
137. Tang/XuezhuMs (57) China
138. Tanurisam/IndrasuriaMr (57) Indonesia
139. Tee/LinkeongMr (50) Malaysia
140. Teoh/KimlunMr (36)Malaysia
141. Tian/Junwei (29) China
142. Tian/Qingjun (51) China
143. Tong/Soonlee Mr (31) Malaysia
144. Vinny/Chynthyatio Mrs (47) Indonesia
145. Wan/Hockkhoon Mr (42) Malaysia
146. Wang/Shouxian (69) China
147. Wang/Shu (61) China
148. Wang/Xianjun (61) China
149. Wang/Chunhua Mr (34) China
150. Wang/Chunyong (43) China
151. Wang/Dan (54) China
152. Wang/Haitao (26) China
153. Wang/Houbin (28) China
154. Wang/Linshi (59) China
155. Wang/Willysurijanto Mr (53) Indonesia
156. Wang/Yonggang Mr (27) China
157. Wang/Yonghui (33) China
158. Wang/Yongqiang (30) China
159. Wang/Lijun (49) China
160. Wang/Ximin (50) New Zealand
161. Wang/Rui (35) China
162. Wang/Moheng (2) China
163. Wattrelos/Ambre (14) France
164. Wattrelos/Hadrien (17) France
165. Wattrelos/Laurence (52) France
166. Weeks/Paul Mr (39) New Zealand
167. Wen/Yongsheng (34) China
168. Wen/Hao (32) China
169. Weng/Mei (39) China
170. Wong/Saisang Mr (53) Malaysia
171. Wood/Philip (51) USA
172. Xie/Liping (51) China
173. Xin/XixiMs (32) China
174. Xing/FengTao (36) China
175. Xing/Qiao (27) China
176. Xiong/Deming (63) China
177. Xu/Chuane (57) China
178. Ya/Na (26) China
179. Yan/Ling Mr (29) China
180. Yan/Peng (29) China
181. Yan/Xioa (27) China
182. Yang/Li (35) China
183. Yang/Ailing Ms (60) China
184. Yang/Jiabao (26) China
185. Yang/Meihua (65) China
186. Yang/Qingyuan Mr (57) China
187. Yang/Xiaoming Ms (59) China
188. Yao/Jainfeng (70) China
189. Yao/Lifei (31) China
190. Yap/Cheemeng Mr (39) China
191. Yin/Boyan (33) China
192. Yin/Yuewang (21) China
193. Yuan/Jin (63) China
194. Yue/Guiju Ms (51) China
195. Yue/Wenchao (26) China
196. Yusop/Muzi Mr (50) Malaysia
197. Zang/Lingdi (58) China
198. Zhang/Chi (58) China
199. Zhang/Liqin (43) China
200. Zhang/QiMs (31) China
202. Zhang/HuaMr (43) China
203. Zhang/Lijuan Ms (61) China
204. Zhang/Na Ms (34) China
205. Zhang/Siming (71) China
206. Zhang/Xiaolei Ms (32) China
207. Zhang/Hualian (42) China
208. Zhang/Jianwu (31) China
209. Zhang/Jinquan (72) China
210. Zhang/Meng (29) China
211. Zhang/Xuewen Mr (61) China
212. Zhang/Yan (36) China
213. Zhang/Yan (2) USA
214. Zhang/Yanhui (44) China
215. Zhang/Zhonghai (43) China
216. Zhang/Shaohua (32) China
217. Zhao/GangMr (46) China
218. Zhao/QiweiMr (37) China
219. Zhao/YingxinChd (3) China
220. Zhao/Peng (25) China
221. Zhao/Yan (18) France
222. Zhao/Zhaofang (73) China
223. Zheng/Ruixian (42) China
224. Zhou/Feng (56) China
225. Zhou/Jinling (61) China
226. Zhou/Shijie (64) China
227. Zhu/Junyan (41) China

pada masa yang sama kami turut melahirkan rasa dukacita kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin di hukum gantung. Al Fatihah ‪#‎IM529‬ yang gugur syahid itu akan melahirkan berjuta lagi pejuang Agama yang sanggup bergadai nyawa untuk menegakkan yang Haq

p/s : keep praying, teruskan berdoa.. #MH370 | IM529

Tuesday 25 February 2014

Zaman Kanak-Kanak yang Notalgic

Perkongsian dari Amin Idris TV Al Hijrah... Sangat nostalgic dan banyak yg saya terkena..



Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ""

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja.

p/s : No berapa kena dengan anda?

Thursday 20 February 2014

Cinta islamik sebelum nikah?




BUDAYA mengislamkan cinta sebelum nikah; lalu menghalalkan chatting, bergayut, couple, dating antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dimulakan dengan salam, diakhiri dengan salam, ada pula yang berchatting dalam bahasa Arab agar kelihatan betapa islamiknya cinta mereka.

Hal ini cukup bahaya kerana ia mengandungi racun yang tersembunyi.

Ini bukan cinta Islam sebaliknya adalah cinta dorongan hawa nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Secara tegas, perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin sama ada bercouple, dating, berSMS, berWhatsApp, atau cara tradisional dengan telefon, hal ini adalah bercanggah dengan syariat Islam. Maka ia adalah haram kerana ia bertaklid kepada budaya orang kafir.

Perbuatan ini dilakukan akibat kejahilan dan ambil mudah terhadap hukum-hakam syarak di samping sikap ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka mendidik serta mentarbiah anak dengan ajaran Islam.

Walhal syariat Islam secara jelas mewajibkan ke atas ibu bapa secara khasnya supaya mentarbiah anak sebaik-baiknya dan memberikan pemahaman terhadap hukum-hakam Islam secara umumnya. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu bertanggungjawab dan setiap kamu akan disoal atas orang yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Mukadimah zina

Syariat Islam secara tegas melarang yakni mengharamkan segala perbuatan yang menghala kepada perzinaan. Firman ALLAH SWT, “Dan jangan kamu dekati zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan jalan yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Isra’: 32)

Dalam ayat agung ini menunjukkan bukan zina itu sahaja yang dilarang, tetapi segala jalan, perbuatan yang membawa kepada zina itu. Syarak menitikberatkan semua aspek ini. Di samping diharamkan zina, syarak turut mengharamkan segala jalan yang boleh membawa kepadanya.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya” (Surah An Nur: 30). Menundukkan pandangan adalah menjaga pandangan daripada melihat benda haram dan menjaga kemaluan.

Ditegaskan juga kewajipan menundukkan pandangan ini bukan ke atas lelaki sahaja, bahkan ke atas wanita juga. ALLAH berfirman: “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka.” (Surah Al-Nur: 31)

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah ditakdirkan atas setiap anak Adam bahagiannya daripada zina, tidak ada yang dapat menghalangnya. Kedua mata zinanya adalah melihat. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lidah zinanya adalah bercakap.

Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki zinanya adalah berjalan. Dan hati itu bergolak serta berkeinginan, dan kemaluan itu akan membenarkannya atau mendustakannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Ini menunjukkan zina boleh terjadi pada seluruh anggota. Ini adalah mukadimah, dan kemaluan itu membenarkannya atau menafikannya. Itu adalah kemuncaknya, iaitu persetubuhan haram itu sendiri.

Ini dapat difahami sebagai Sunnatullah Al-Kauniyyah; ketetapan takdir pasti terjadi di mana setiap manusia tak dapat menyelamatkan anggota badannya daripada zina.

Bagaimanapun, di samping Sunnatullah Al-Kauniyyah, ada pula Sunnatullah Al-Syar’iyyah; iaitu ketetapan syarak. Harus dibezakan keduanya. Ketetapan takdir mengatakan hal itu pasti terjadi; anggota itu pasti terkena zina. Tetapi pada masa sama, ketetapan syarak menegah kita dari melakukannya.

Mukadimah zina ini semua perlu dihindari. Daripada Umar bin Al-Khattab RA,Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiga adalah syaitan.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi & Hakim( Sahih))

Apa yang dilakukan oleh syaitan? Tidak lain dan tidak bukan, syaitan akan terus membisikkan dan menyemarakkan lagi api perzinaan itu, supaya diteruskan sehingga sampai kepada kemuncak zina itu, wal-‘iyyadzu billah (kita meminta perlindungan daripada ALLAH).

Oleh itu, kita perlu betulkan persepsi, jangan ingat zina itu persetubuhan haram sahaja. Tidak. Mukadimah ini termasuk zina. Pepatah Arab mengatakan, “Zina itu pandangan, lalu senyuman, lalu salam, lalu berbual-bual, lalu pertemuan.”

Pertemuan adalah babak terakhir sebelum perzinaan. Kita semua setuju zina adalah seburuk-buruk perkara dan kita tidak mahu terjatuh dalam kancah perzinaan itu.

Jadi kita kena menjaga batas pergaulan dan menjauhi mukadimah. Ini kerana khuatir tidak semena-mena tanpa kita sedar telah sampai ke penghujung babak perzinaan itu, dan bila sampai ke tahap itu, mungkin tidak ada yang dapat menghalangnya lagi.

Segera kahwinkan anak

Ibu bapa perlu mengambil perhatian keutamaan dikahwinkan anak itu dengan segera. Ini amalan salaf terdahulu, yang mana pada zaman ini seakan-akan diabaikan.

Dewasa ini, keutamaan diberikan kepada perkara duniawi, manakala kewajipan berkahwin itu dikesampingkan. Inilah yang menjadi punca budaya couple dan dating.

Rasulullah SAW bersabda:“Wahai pemuda, barang siapa yang memiliki kemampuan, hendaklah dia berkahwin. Kerana ia akan mampu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan bisa menundukkan nafsu syahwatnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Sekiranya ibu bapa melambatkan perkahwinan anak, dikhuatiri jatuh dalam kancah zina. Jadi hendaklah diambil langkah pencegahan sebagaimana disebut Nabi Muhammad SAW iaitu kahwinkan anak itu kerana ia akan menundukkan pandangannya serta menjaga kemaluannya.

Alhamdulillah, masyarakat Islam terutamanya masih mengambil berat keutamaan berkahwin, berbeza dengan Barat yang sudah teruk mereka melihat perkahwinan itu suatu yang membebankan, menyusahkan, bahkan merugikan. Kerana itu mereka memilih untuk tidak berkahwin dan tidak membudayakan perkahwinan, sebaliknya mereka panggil budaya partner.

Ini realiti dan jelas meruntuhkan sistem kekeluargaan, kerana kekeluargaan adalah asas dalam kekuatan sesebuah masyarakat. Apabila asas kekeluargaan itu sudah runtuh, maka percayalah masyarakat itu secara automatiknya akan porak-peranda dan hancur.

Masyarakat kita semua setuju keutamaan berkahwin, cuma masalahnya ialah cepat atau lambat. Pada zaman sekarang perkahwinan itu dilambat-lambatkan, bukan saja lelaki tetapi juga wanita.

Di usia 25-30 tahun, mereka masih tidak berkahwin.

Ini adalah permulaan kepada satu malapetaka. Akibatnya, mereka memilih untuk berdating, bercouple, malah ada yang sudah bertunang tetapi bertahun-tahun lamanya.

Apa faedahnya? Ini bukan faedah tetapi mencari bala.

Satu hal yang perlu diingat adalah kesudahan yang baik datang daripada permulaan yang baik. Kalau sesuatu itu dimulakan dengan cara yang sebetulnya, insya-Allah kita akan dapat hasil yang diinginkan.

Sebaliknya kalau permulaan dan persediaan tidak mengikut cara yang betul, bagaimana kita mengharapkan natijah yang baik?

Maka begitulah dalam kekeluargaan, kalau mengimpikan sebuah keluarga yang baik, anak yang soleh, hendaklah perkahwinan dan perhubungan dengan bakal pasangan itu dimulakan dengan cara yang baik.

Adapun couple, dating, dan seumpamanya adalah cara yang tidak baik dan akhirnya boleh mengakibatkan kerosakan.

Berapa ramai mulakan perkahwinan mereka apabila sudah terlanjur? Berapa ramai memulakan perkahwinan apabila sudah ada anak di luar nikah? Bagaimana kehidupan mereka selepas itu?

Tentu akan ada kesan sejarah hitam di dalam keluarga mereka. Maka sebuah institusi keluarga itu perlu dimulakan dengan mengikut telunjuk syarak. Insya-ALLAH kita mendapat hasilnya seperti yang diinginkan.

sumber: USTAZ IDRIS SULAIMAN AHLI SYURA ILMUWAN MALAYSIA (ILMU)
14 Februari 2014 -sinar harian

Tuesday 18 February 2014

Kisah Doa Termakbul





Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.

Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.

Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.

Kongsi ilmu

Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Monday 10 February 2014

Milik Siapa Cinta Ini?


Aku fikir jarak lah yang akan mematangkan kita..menguji kesetiaan dan kesabaran kita.. Ternyata jarak juga lah yang akan menentukan titik akhir harapan yang ada...
Yakin dengan ketentuanNya...insyaAllah semuanya baik baik saja...
Saya ada satu kisah cinta. Sebelum saya mula, saya nak kata, saya bukanlah lelaki yang baik sangat tak pernah bercinta. Saya pernah buat silap sepanjang hidup saya. Maybe Kita semua pernah, sebab kita bukannya maksum. Ye dak? I will have to admit that bercinta adalah salah satu dari silap dan dosa saya.

Jadi kisah cinta ini, satu yang saya akan kenang sampai bila-bila. Sebab sepanjang hidup saya, cuma ada seorang perempuan ajnabi yang pernah saya jatuh cinta. pergh ayat.

Saya nak cerita tentang cinta yang ini saya tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi ya, ianya cinta. Cinta ini mungkin tersasar dari syarak dan jalanNya..Tapi InsyaAllah, cinta ini ada hikmahnya kenapa bermula, dan kenapa berakhir. Sebab cerita ini tak dapat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Sebab orang takkan faham. Tapi sebab saya nak cerita, dan cuma tempat ini saja yang ada..jadi...izinkan saya bercerita.

Cinta yang ini steady je. Cinta matang I must say. Tak perlu contact 24/7. Tak perlu cakap I love you selalu, sebab masing-masing tahu. Tak perlu nak jumpa sangat. Tak kongkong. Matang la jugak..Cuma orangnya je tak matang. Saya lah orangnya. Merajuk tak tentu hala, nak attention lah, panas baran lah. Entah lah, sekarang since dah tak ada apa-apa saya mulai lupa, apa sebenarnya yang berlaku antara kita? Kenapa kita tak teruskan? Kalau sukar teruskan, kenapa tidak ijab qabul saja?

And than I remembered...sebenarnya bukan tak sayang, bukan tak mahu teruskan...Tapi...ada halangan yang mendatang...hurmm..sayang..

Mama abah saya selalu saja kata...

"Anak-anak jangan sembunyi benda dari ibu bapa, sebab macam mana-mana pun, Allah akan tunjukkan juga"

And so memang lah. Kalau dah mama yang cakap tu, ibarat kunfayakun jugak lah. Saya ibarat kan saja ye...Ibarat..Sebab apa orang kata, doa mak ni tiada hijab dengan Allah? Haa..gitu lah..

Maka, pada suatu hari tu, hari jantung saya berdegup kencang semacam, rasa lain semacam, hari tu jugalah Allah tunjukkan apa yang saya sembunyikan dari mama abah saya... apa dia? jeng jeng jeng..Allah tunjukkan yang saya ada girlfriend..

Zaman sekarang ni saya terpaksa mengaku memang ada keluarga yang ambil remeh soal boypren girlpren..mereka terlalu sporting dengan budaya-budaya ini. Tapi tidak dalam family saya. Kalau sebut CINTA sahaja mereka akan jadi kaget semacam, macam cuak lebih anak mereka buat benda tak baik.

Selalu mereka katakan, cinta di usia saya ini bukan untuk dilayan, ianya untuk dibendung dan dikawal. Begitulah kata-kata hikmat mak bapak ni..

Cuma...mungkin anaknya ini tidak reti mengawal...Maka kerana jahil dalam mengawal itulah saya silap menyerahkan hati saya kepada perempuan dengan cara yang salah iaitu bercinta. Langsung tak bangga dengan keadaan ini. Sebab apa? Menyesal lah. Saya bercinta sebab saya ada cita-cita untuk bersama dia suatu hari nanti. Menjadi yang sah dan halal...tapi tup tup..tak jadi apa pun.. Kesian isteri saya nanti dia bukan first love..Maafkan saya ye future wife, walau di mana pun awak berada. By the way, bila awak nak datang...saya penat tunggu..hurmm..

Jadi berbalik kepada cerita tadi..lepas parents saye tahu, macam biasalah, kena lecture. Rasa diri ni derhaka gila, rasa macam tak guna, rasa berdosa, rasa macam kena boikot dari ahli keluarga. Sakit. Sakit sangat sampai dah rasa nak putus asa. Dan masa tu kita cuma ada dua pilihan. Tinggalkan apa yang parents kita tak redha, atau teruskan dan jauh dari redhaNya. Obviously, kita akan pilih family dan redha Allah.
Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha ibubapa...Aku tinggalkan cinta demi menggapai redhaNya.. Sayang...tapi cinta Illahi itu lebih bermakna..
Jadi begitulah..semuanya tak mudah..Bukan mudah jatuh cinta, susah lagi menyingkirkan rasa tu. Semuanya makan masa. Dan masa tu lah sengaja kita lahirkan rasa benci yang pada mulanya tak ada pun supaya mudah masa menelan rasa..

Sebab saya sendiri terikat, antara redha dan sayang. Bodoh ke saya untuk pilih sayang yang belum tentu boleh membawa saya ke syurga sedangkan redha itu pasti?

Maka...sekuel demi sekuel kronologi hidup saya dan dia hingga membawa kepada satu titik pengakhiran segalanya. Mesej tak berbalas, telefon yang tak berjawab, chat yang tak dilayan. Stalk demi stalk. Facebook friends yang di delete...password yang ditukar. Stalk berhenti dan putus asa barangkali?

Susah untuk saya bercerita panjang. Tapi saya akan terus bawa kalian ke kemuncak cerita ini. Iaitu 6 tahun lepas.

6 tahun lepas saat hati saya hancur berkecai. Perasaan pernah dikhianati itu datang lagi dengan cara berbeza. Tiba-tiba luka lama kembali berdarah dengan luka yang lebih panjang sentimeternya, lebih dalam milimeter nya. Sakit lain macam. Sakitnya..sangat sakit.

Tak tahu bagaimana nak mula. Tapi masa waktu semuanya terpampang di depan mata saya.. Saya sedar..yang jauh dari sudut hati saya...Harapan itu masih ada. Tapi..mungkin sudah tiada bila hakikatnya dia sudah putus asa.

Masa itulah semua kenangan bermain wayang di depan mata. Semua kata-kata yang pernah diucap seakan-akan berbisik di telinga. Semua impian runtuh seruntuh-runtuhnya. Tinggal debu yang kian menyesakkan dada.

"Awak lah muka lelaki pertama yang saya akan snap guna kamera ni"
"Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Saya teringin sangat nak pergi dengan awak"
"Pelan rumah kita dah siap, kalau awak nak tengok nanti saya tunjuk"
"Apa nama anak kita nanti"

(hahahahahaha.. bila fikir balik cm lawak pulok lol)

Macam mana saya nak cakap ye? Rasa ni..kecewa...tapi tak boleh. Sebab silap sendiri...Saya yang berhenti berusaha pada awalnya. Saya yang memohon dia putus asa. Saya yang buat die berhenti mencuba. Semuanya sedar atau tak sedar,saya yang minta.

Dan waktu itu...saya lihat..dia bahagia. Saya lihat impian kami, tapi bukan saya yang bersamanya.. Masa itu lah..empangan pecah. Air mata berguguran bak air terjun..Tak mampu dan tak sanggup..Dan saya cuma boleh menangis..menangis..dan menangis sampai penat. Menyesalkah aku? Menyesalkah aku dengan keputusan untuk membiarkan dia terdedah kepada pilihan selain aku? Bodohkah aku?

Tak boleh tak boleh. Aku sama sekali tak boleh rasa macam ni. Seolah-olah menyalahkan ibu bapa aku. Menyalahkan keputusan yang aku ambil sedangkan redha itu jauh lebih penting.

Tapi sebenarnya...tidak jujurkah dia masa dia katakan dia akan berubah dan mencuba tahun depan? Tahun depan yang tinggal lagi beberapa bulan. Dia tak tahu ke dalam diri ni ada terselit harapan tu? Mungkin dia tak tahu, sebab sikap aku mengenepikan dia wajar buat dia berputus asa. Dia tak salah. Langsung tak salah! Yang salahnya aku!
Allah..jangan sampai aku menyesal, aku tak mahu jadikan matlamat aku untuk mendapat redhaMu ini suatu bebanan..aku mahu melihat perpisahan ini jalan yang terbaik untukku...Oleh itu bukakanlah jalan seluas-luasnya, untuk aku mendapatkan hikmah sebaik-baiknya..
Memang cukup lama aku tinggalkan dia. Mungkin dia sudah berputus asa. Terang lagi bersuluh aku langsung tak tunjuk yang aku mahu, yang aku sedang persiapkan diri, tidak bertanya tentang persiapan dia, membiarkan dia bergerak sendiri dengan hidupnya..Mengharap dia akan kembali bila dah ready..

Mungkin kerana aku berharap..tapi terlupa untuk meminta dan berdoa...Aku mahu tapi terlupa untuk redha dan tawakal..Mungkin kerana itu maka wajarlah ini yang aku terima..

Sebelum ini aku meminta-minta aku dilupa..sekarang...giliran aku pula yang harus lupakan dia.. Biarlah..mungkin memang ini caranya..

Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya harapkan yang terbaik dari Allah.. itu sahaja..Awak..awak berhak untuk buat apa sahaja yang awak buat sekarang. Saya adalah masa silam awak. Dan masa silam itu perkara paling jauh dengan kita. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak dan kawan-kawan yang lain.

Kalau bercinta lagi, cintalah sejujurnya. Jangan buat kat dia macam awak buat kat saya. Jangan biar dia rasa apa saya rasa. Hargai dia walau sekecil mana usaha dia. Dan yang paling penting, haram bercinta tanpa niat mahu menikah. Kalau tak nak, tinggalkan calon suami orang lain, jangan diganggu lelaki hanya untuk main-main.

Pada mulanya saya fikir, mungkin saya boleh bersaing dengan dia untuk mendapatkan awak. Tapi saya rasa itu tidak adil. Kenapa saya nak bersaing untuk rasa cinta yang Allah sendiri akan bagi kepada sesiapa yang Dia pilih?



Saya kat sini, biar pun sedih, InsyaAllah dengan mensyukuri setiap yang Allah bagi, bahagia. Saya dah pilih untuk menggapai redha ibubapa dan Allah. Takkan lah boleh jadi teruk akibatnya..kan?

Saya tak rasa pun awak akan baca ni dalam masa terdekat, ataupun awak mungkin tak akan baca langsung..Saya ingatkan saya akan still menangsi meratapi nasib putus harapan..tapi yeah. sampai di sini saya tulis, Saya lega. Semoga awak pun mendapat redhaNya sentiasa. Tak mahu ada dengki dan benci antara kita, saya cuma harap jodoh saya cepat sampai sebab saya tak sabar nak bahagia dengan dia. Mohon didoakan :)

"Hasbunallah wa ni' mal wakil- Cukuplah Allah bagiku dan Dia lah sebaik-baik wakil (untuk kita bertawakal)"

p/s : Alhamdulillah dia pun telah temui jodohnya 31 Januari 2013 lepas.. Saya doakan yang terbaik

Wednesday 5 February 2014

Sakit

Assalamualaikum...

Minggu lepas, bangun dari tidur aku merasakan tekak aku mula sakit. Aku meneguk segelas air dan berharap akan baik selepas itu. Kemudian aku bersiap untuk ke tempat latihan industri ku di cyberjaya. Sebelum bergerak aku dapat merasakan diri sedikit lemah dan perutku seolah-olah berdeyut kesakitan. Jesteru aku menyuruh cord iaitu kawanku membawa motosikal ku manakala aku membonceng di belakang.

Aku sampai di pejabat pada pukul 8.29 pagi dan memulakan latihan dan ulangkaji tentang rangkaian sebelum aku di hantar ke Sarawak pada bulan hadapan. Diriku semakin lemah seolah-olah inginkan rehat. Aku merebahkan kepalaku diatas meja dengan harapan mendapat sikit tenaga lepas bangun nanti. Malangnya aku tidak boleh lena kerana merasakan badan ku berdeyut kesakitan sekaligus aku amat tidak selesa dan bersandar di atas kerusi.

Aku ke ruang Pantri untuk meneguk segelas air panas dan kembali ke ruang latihan untuk mengulangkaji. Segalanya seperti sia-sia kerana aku tidak dapat menumpukan perhatian. Aku cuba melawan sakit ku dengan membuka laman sosial sebenar dengan harapan menghilangkan rasa lemah diri ku ini dan mengstabilkan mood aku ini. Aku masih lemah dan merebahkan kembali kepala ku diatas meja dan memaksa mata ku dipejam.

Aku berjaya memejam mata yang ketat ini lalu tertidur. Aku tersedar masa pejabat telah tamat waktunya, lalu aku bersiap untuk pulang ke rumah. Sesampai dirumah aku membersihkan diri dan selawat sementara menunggu waktu maghrib tiba. Aku menunaikan solat maghrib dan mengaji sementara menunggu solat isyak. Setelah semuanya selesai, aku menguatkan diri untuk berjamah sesuap nasi bagi mengisi tenaga. Sesudahkan itu, aku amat letih dan mengisi ubat dan mulai tidur.


Badan aku seolah-olah sakit dan aku bangun untuk solat subuh pada aku terkejut jam baru menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku amat merasa tenat lalu kawanku yang baru balik dari kerja projek akhir di institut membawa aku dalam keadaan cemas ke Hospital Kajang. Aku seolah-olah tidak sedar dengan apa yang berlaku dan pitam sejurus sampai di sana.

Dalam seharian aku berada di sana dan aku dibenarkan pulang dengan syarat pemeriksaan berkala di pusat kesihatan yang berhampiran. Aku pulang ke kampung halaman setelah mendapat cuti. Alhamdulillah aku kembali sihat tapi aku terpaksa sembunyi perkara yang sebenar dari semua pihak..

maafkan aku..

Sunday 19 January 2014

Pensil




Alkisah pensil nenek yang menulis surat Seorang cucu sedang melihat neneknya menulis surat. “Nek tulis apa? Nek tulis pasal apa yang kita buat bersama? Atau nek tulis pasal Him?” tanya cucu yang bernama Ibrahim. Nenek berhenti menulis sekejap dan memandang ke arah cucunya yang comel sambil mencubit lesung pipitnya yang manis. “Nek tulis pasal Him… tapi yang lebih penting ialah pensil yang nek guna ini. Nek harap Him akan menjadi seperti pensil apabila besar nanti.” Cucunya termenung tidak faham apa yang dikatakan nenek. Pensil yang dipegang cumalah pensil kulitnya merah yang biasa. Ramai rakannya di sekolah pun menggunakan pensil yang sama. “Ini cuma pensil biasa, nek,” kata cucunya. “Tak. Ia bergantung dari sudut mana Him pandang. Pensil ini ada lima keistimewaan, dan jika Him boleh berpegang padanya, Him akan mendapat manfaat daripada nya… “Pertama: Him boleh menjadi seorang yang hebat tapi mesti ada tangan yang memandu Him seperti pensil ini. Siapa dia pemandu itu? Dia ialah Allah, Dia akan sentiasa memandu Him mengikut ketentuannya. Kedua: dari semasa ke semasa, nek terpaksa henti menulis dan menggunakan pengasah. Pensil akan sakit sedikit dan berkorban sedikit, tapi ia akan menjadi lebih tajam. Begitu juga dengan Him. Him mesti belajar untuk mengharungi sedikit derita dan sakit, cabaran ini akan mematangkan Him. Ketiga: Pensil selalu membolehkan kita menggunakan pemadam untuk memadam kesilapan kita. Ini bermakna membetulkan sesuatu kesilapan yang dilakukan kita bukanlah satu perkara yang buruk, sebaliknya ia membantu kita kembali ke jalan yang benar dan adil. Keempat: Apa yang penting pada pensil ialah isinya dan bukan kulit kayunya. Him kena tumpukan lebih banyak perhatian pada apa yang berlaku dalam diri. Akhir sekali, pensil sentiasa meninggalkan tanda. Begitu juga Him, ingatlah semua perkara yang Him lakukan ada kesannya, jadi sedar dan fikir dalam segala tindakan Him.” Cucunya terpegun dengan cerita neknya. Kini cucunya sudah mendapat cucu, cerita ini pula disampaikan kepada anak dan cucunya. Wahai anakku, Jika kamu ingin belajar, pensil pun boleh memberi banyak pengajaran. Jika kamu tidak ingin belajar, beribu buku di depan kamu pun tiada guna. Senyum ^^

Thursday 16 January 2014

Top 10 brain Damaging habits







1. No Breakfast


...People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the

brain causing brain degeneration.


2. Overeating
...It causes hardening of the brain arteries,leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
...It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar Consumption
...Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain
development.

5. Air Pollution
...The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about adecrease in brain efficiency.

6 . Sleep Deprivation
...Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..

7. Head Covered While Sleeping
...Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working Your Brain During Illness
...Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in Stimulating Thoughts
...Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
...Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain..!!

Thursday 2 January 2014

Carry Mark rendah?



Carry Mark rendah?
Dia ada.

Exam susah?
Dia ada.

Sebagaimana Dia ada tika;
Carry Mark kita tinggi melangit
jua tika kita memenangi perlawanan yg sengit

Sahabatku,
Usah berputus asa dengan rahmatNya.
Hari ini manusia sering kecundang
Mereka fikir apa yg mereka lakukan,
itulah penentu masa depan.

Usaha itu perlu jitu dan padu,
Namun ketahuilah ia bukan penentu.

Allah itu Maha Kuasa.
Dia boleh merobah segalanya dalam sekelip mata.

Allah itu punya segalanya.
Dunia bahkan hati manusia.

Allah yg memegang hati kita
Dia jugalah yg memegang hati penanda kertas kita
Dia bisa menggerakkan hatinya untuk memberi markah
walau jawapan kita salah
Kita pasti tidak tahu bagaimana
Tapi Allah pasti punya caranya

Seperti Allah menghadiahkan pelangi selepas hujan,
begitulah senyuman dipenghujung sebuah tangisan.

“Bilakah datangnya pertolongan ALLAH ?”
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).
[al-Baqarah: 214]

Ayuh positif dengan rahmatNya!

Semoga berjaya sahabat2ku,
di dunia dan akhirat~

Mari, istighfar barang sesaat dua.
Mungkin ini masanya untuk kita koreksi diri.

Allah, kuatkan kami dengan Islam.
Allah, kuatkan Islam dengan kami.

Mari menjadi hamba!

-Langit Ilahi (mutiaraMohamad)

Saturday 28 December 2013

Bitaufiq Wannajah : Doa Senjata Utama ( Final Exam)

Assalamualaikum, Minggu Peperiksaan Akan bermula.





 Berikut adalah Doa Khusus Peperiksaan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmatilah semua pelajar yang menduduki peperiksaan pada semester ini, tenangkanlah hati mereka ketika menjawab soalan. Ya Allah, berkatilah ilmu yang mereka pelajari dan jangan dihilangkan ilmu tersebut dari fikiran mereka. Berikanlah mereka kekuatan dan kebijaksanaan untuk menjawab setiap persoalan yang diutarakan. Ya Allah, kurniakanlah kejayaan kepada mereka semoga dengan kejayaan tersebut dapat mereka menceriakan hati ibu dan bapa mereka."

1) Doa penerang hati

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

2) Doa minta tambah ilmu

Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

3) Doa mudahkan hafalan

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Ya Allah, Ya Rahman, kami pohon limpah rahmat Mu, kurniakan kami kecergasan dan kesihatan bagi kami untuk menghadapi musim peperiksaan kali ini Ya Allah, Berikan kami kelapangan akal fikiran, ketenangan hati yang lapang agar kami dapat menjawap soalan-soalan yang diberikan kepada kami,

Kuatkanlah ingatan kami, agar kami dapat mengingati pelajaran yang kami ulangkaji Ya Rahim,

Permudahkan urusan kami, serta berkatilah ilmu yang kami pelajari., sesungguhnya kami memohon dan merayu pada mu Ya Allah,

Ya Allah, Engkaulah Maha Pemurah dan Engkaulah Maha Penyayang.,

Amin.

p/s : semoga berjaya kengkawan di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan UiTM (Universiti institute Teknologi MARA), Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan lain-lain dipermudahkan hendakNya. Amin...

Tuesday 24 December 2013

Share : "Aiman Azlan dah kahwin. Ko bila lagi?"



Saya perhatikan dialog seperti ini timbul setelah saya umumkan perkahwinan saya dengan isteri saya, Amira.


Walaupun saya cukup faham dengan nada jenaka yang selalu diselitkan dalam dialog seperti ini, saya tetap berpendapat bahawa ia tidak patut dilakukan.

Mengapa? Antara sebabnya ialah kita ingin kahwin kerana ingin dekat dengan Allah, bukan kerana tidak tahan dengan pressure orang ramai, terutamanya daripada kalangan keluarga.

Kerana nak puaskan hati orang, kita kahwin. Macam tak kena la kan? Nak puaskan hati orang ni sampai kiamat takkan habis.

Contohnya, lepas kahwin mereka pressure kita pasal anak pula.

"Si fulan bin si fulan dah ada anak. Ko bila lagi?"

Kita main sedap cakap saja, tanpa consider apa yang mungkin dilalui orang tersebut. Entah-entah pasangan tersebut ada penyakit dan tidak boleh ada anak. Bukankah kita telah menabur garam atas lukanya pada ketika itu?

Begitulah juga bagi mereka yang dalam umur optimum untuk kahwin; jangan pressure mereka. Nak motivate dengan cara yang baik tu takpa, tapi jangan push sampai orang naik angin.

Setiap perkara ada masanya dan hikmahnya.

Saya sendiri pun ambil masa lebih kurang 5 tahun, berusaha menyiapkan diri dan mencari bakal yang sesuai. Saya bersyukur kerana Allah izinkan saya kahwin sekarang, bukan 5 tahun yang lalu. Banyak yang saya pelajari dalam 5 tahun itu, dan semuanya saya jadikan pedoman dalam menjadi seorang suami.

Purify your intention, do your best, and leave the rest to Allah.

Remember, it's not about getting married right away. It's about getting married the right way.

May Allah bless. Ameen.

Friday 20 December 2013

Nice to hear but just be yourself~


Credit to Nor Hidayah Mat Zain

"Life is to be enjoyed, not endured.”

―Gordon B. Hinckley


1. Other people’s judgments.


It’s OK to listen to others, but not at the full expense of your own intuition. Throughout your life there will be many times when the world gets real quiet and the only thing left is the beat of your own heart. So you’d better learn the sound of it, otherwise you’ll never understand what it’s telling you.

When you spend too much time concentrating on everyone else’s perception of you, or who everyone else wants you to be, you eventually forget who you truly are. So don’t fear the judgments of others; you know in your heart who you are and what’s true to you. You don’t have to be someone else to impress and inspire people. Let them be impressed and inspired by the real YOU. Honestly, what does life matter if you lose yourself along the way? Even your mentors should teach you HOW to think, not WHAT to think. So if someone – anyone – is belittling your truth, it might be time to turn the other way.


2. Old troubles from the past.


You can’t change what has already happened, so choose to look ahead instead of behind you. Don’t stress. Do your best. Forget the rest. Your past mistakes are meant to guide you, not define you. Life is a beautiful circle. You’re strong because you know your weaknesses. You’re wise because you’ve been foolish. You can laugh now because you’ve known sadness.

It’s crazy how you always end up where you’re meant to be – how even the most tragic and stressful situations eventually teach you important lessons that you never dreamed you were going to learn. Remember, oftentimes when things are falling apart, they are actually falling into place. Just because you’re not where you want to be today doesn’t mean you won’t be there someday. Everything is going to be come together – maybe not today, but eventually.


3. Each day’s little frustrations.


A bad day is just a bad day. It comes and it goes. Choose not to make it anything more. You will find that it’s necessary to let some things go simply for the reason that they’re heavy on your heart and soul. Go ahead and let go of them. Don’t clamp shackles to your own ankles. It’s incredibly easy to enjoy more of your life right now, no matter what the situation. It’s just a matter of dropping of the layers of nonsense that are weighing you down.

Behind every beautiful day, there has been some kind of struggle. You fall, you rise, you make mistakes, you live, you learn. You’re human, not perfect. You’ve been hurt, but you’re alive. Think of what a precious privilege it is to be alive today – to breathe, to think, to enjoy, and to chase the things you love. Sometimes there is sadness in your journey, but there is also lots of beauty. You must keep putting one foot in front of the other even when it hurts, for you will never know what is waiting for you just around the bend.

Follow this daily to-do list and you’ll be just fine:
Think positively.
Eat healthy.
Exercise today.
Worry less.
Work hard.
Laugh often.
Sleep well.

Repeat…


4. The necessary pain of hard work and growth.


There are two types of pain in life: pain that hurts you, and pain that changes you. But when you learn from it, they are one and the same. If you want something, you must endure the pain of working for it. It’s that simple. If you’re not where you want to be right now, take the time to visualize yourself in the place you want to be and take the first step in that direction. You may not be able to change your destination in a day, but you can change your direction right now.

Remember, strength doesn’t come from what you can do. It comes from overcoming the things you couldn’t. Tough situations build strong, successful people. No matter how much it hurts now, you have to hold your head up, grit your teeth, and keep going. In the end, consistent action speaks for itself. So focus diligently, work hard in silence, and let your success be your noise.

5. Insignificant busywork.


In the beginning, you need to say “yes” to a lot of things to discover and establish your goals. Later on, you need to say “no” to a lot of things and concentrate on your goals. Stop over-committing and trying to do too much at once. Start saying “no” more often. If you never say “no,” you will take on too much and all you will achieve is stress and frustration.

As Bruce Lee once said, “It is not a daily increase, but a daily decrease. Hack away at the inessentials.” Many of us spend too much time on what is urgent and not enough time on what is important. Don’t be one of them. It’s not what we claim are our priorities, but how we spend our time each day that reveals the truth. Let your daily actions reflect your highest priorities.


6. Impatient thoughts.


Patience is not about waiting; it’s the ability to keep a good attitude while working hard for what you believe in. It’s the willingness to stay focused, confidently staking one small step at a time, knowing that the way you move a mountain is by moving one stone at a time. Every stone you move, no matter how small, is progress.

Whether you are working on improving your health, learning a new skill, or getting a business venture off the ground, you can’t expect instant gratification. Instead, you must dedicate yourself to the best of your ability and understand that real change takes time. Sometimes it may be hard to see your progress. Sometimes it will be frustrating when the results you seek don’t appear as quickly as you had hoped. Still, you are advancing. Hang in there. You may be moving things along slowly, but you are still moving a mountain.


7. The things that can’t be controlled.


Never force anything. Do your best, then let it be. If it’s meant to be, it will be. Don’t hold yourself down with things you can’t control. Stop talking about the problem and start thinking about the solution. Forget what could go wrong for a sec and think of what is already right.

Remember, change happens for a reason. Roll with it. It won’t be ideal or easy at first, but it will be worth it in the end. When times are good and everything is comfortably in order, it’s easy to become complacent and forget how skillful and resourceful you are capable of being. Unanticipated troubles are necessary evils that push you forward, because they eventually end, but the lessons and growth you gain from them last a lifetime.


8. Unfounded fears.


Life is about overcoming fear and taking risks. If you don’t take risks, you won’t know what you’re capable of. If you don’t risk anything, you risk everything. Truth be told, nothing in life is to be feared, it is only to be understood. Now is the time to expand your comfort zone so you can experience things and understand more… so that you may fear less in the long run.

The reality, of course, is we all get afraid sometimes. It’s not about not being afraid, but what you do when you feel that way. When you feel doubt, or fear, or anxiety, or frustration, know that you can let it go just as surely as you can pull your hand away from a flame. Keep your mind focused on the goodness, on the possibilities and on your most treasured goals. What begins in your mind ends up in your life. Think continually of the way you would like to be, let these thoughts drive your actions, and your reality will reliably catch up with your thinking.


9. The mind’s endless stream of doubts.


Believe in yourself through tough times. Believe in your capacity to succeed. Believe that your relationships are worth the effort. Believe that people make mistakes on their way to greatness. Believe that people can be foolish and intelligent, selfish and generous, and stressed and happy all at once. Believe that very few people hurt others on purpose. Believe that there are many roads to what’s right. Believe in your intuition, especially when you have to choose between two good paths. Believe that the answers are out there waiting. Believe that life will surprise you again and again. Believe that the journey is the destination. Believe that it’s all worth your while.

Or as Roald Dahl once said, “And above all, watch with glittering eyes the whole world around you because the greatest secrets are always hidden in the most unlikely places. Those who don’t believe in magic will never find it.”


The floor is yours…

p/s :Which of the points above have you struggled with? What else do we all need to ignore more often? Please leave a comment below and share your thoughts and insights with us.

Wednesday 18 December 2013

Jawapan dan Penjelasan dari Boboi / Afdlin Shauki ·



Assalammualaikum.

Hari ni banyak yg berlaku yg menyentuh jiwa saya dan antara yg besar adalah kematian kak Yan yang telah pulang ke rahmatullah (Al-Fatihah). Saya sertakan takziah saya kepada keluarga beliau.

Oleh kerana itu saya terpanggil untuk menjawab soalan anda yg bertanya berkenaan BOBOI dan Maharaja Lawak Mega 2013 kerana ianya berkait.

1. Soalan paling utama adalah kenapa Boboi nak keluar dari MLM 2013? (Semua jawapan adalah dari perspektif saya dan bukan abg harun)

Sebab utama saya adalah kerana masaalah kesihatan saya. Saya sudah 3 tahun 1/2 tak berehat dan bercuti kerana jadual kerja yg tak berhenti-henti. Silapnya adalah pada saya, yg takut kalau saya tak kerja, saya tak dapat nak menampung gaji staff saya dan keperluan keluarga saya.

2. dan kalau begitu, kenapa dari awal lagi tak tolak aje memasuki MLM 2013?

Juga silap saya, kerana saya ingat saya masih kuat lagi serta mampu dan bertenaga untuk meneruskan bertanding MLM bersama rakan-rakan lain setiap minggu. Setelah bertanding berberapa minggu baru saya sedar yg otak saya sangat penat dan ada kalanya tak mampu untuk memberi tumpuan untuk berlatih dan mengeluarkan idea-idea baru.
Saya di beritahu doktor yg kalau tak berehat saya akan alami suatu keadaan yg dikenali sebagai 'mental breakdown' due to extreme fatigue. Saya ada perangai buruk iaitu akan bekerja selagi saya tak tumbang ini adalah kerana saya masih ada mentaliti org susah walapun kini saya dah selesa.

Pada luarannya saya nampak normal, tapi kalau tak berehat, bila-bila masa aje saya boleh pengsan atau collapse.

Sebab itulah saya bercuti bersama keluarga saya kini. Juga dah lama tak spend time dgn diorang.

3. Mungkinkah kerana BOBOI dah tak kelakar, itu sebab boboi nak keluar.

Saya tak ada masaalah jika awak fikir kami dah tak kelakar. Fans sebenar kami mengenali kami dan tahu kebolehan kami... Kami dah berpuluh tahun membuat komedi secara individu. tapi saya akur yg MLM ni memang mencabar minda kami untuk tiap-tiap minggu cuba mengeluarkan idea baru terutama sekali setelah Kami tak berhenti mengeluarkan idea untuk program-program seperti Lawak ke der 2, Bintang mencari bintang, Al cuit sikit, redah kasi pecah, super spontan, liga lawak superstar, baru-baru ni Boboi Up close in Singapore, PAPADOM 2 dan pelbagai kerja yg kami lakukan dalam perniagaan kami. Saya sendiri rasa otak saya dah penat dan susah nak berjenaka.

Kepada yg tak suka lawak BOBOi, takpe, kami menyokong apa saja pilihan anda kerana semua adalah kawan kawan dan adik-adik kami. Kami ada dlm MLM utk memeriahkan sahaja acara yg baik ini. Jangan la program lawak ni menjadi satu acara serius.

4. Kenapa BOBOI sekarang tak macam BOBOI dulu?

Setelah pulang dari gaza saya cuba bawak lawak yg kontentnya mesti ada mesej. AL CUit Sikit adalah satu kejayaan yg sangat kami banggakan dan bersyukur kerana TV AL Hijrah berpandangan jauh utk bersama menjayakan program itu.

Saya juga mendapat pandangan dari berberapa org mufti yg telah menerangkan kepada saya yg berpakaian seperti wanita dan menyerupai wanita adalah haram, no exceptions. Jadi oleh sebab itu semua karakter wanita yg saya lakonkan seperti datin Maimon dahulu TIDAK AKAN SAYA LAKONKAN lagi.

Jadi kami mengalami satu evolusi untuk membuat komedi bermesej dan saya tak akan melakonkan watak wanita lagi.

SO memang boboi dah berbeza. Mungkin ada yg tak suka kerana tak kena dgn jiwa anda tapi takpe banyak lagi pelawak yg pelbagai jenis gaya dan cara di luar sana untuk awak ikuti.

5. BOBOI kutuk Juri MLM 2013?

Saya nak mintak maaf kepada JURI MLM 2013 jika ada sesiapa yg tersinggung dgn kontent kami, komedi sindiran ini memang adalah perkara biasa dlm arsenal seorang pelawak. Kalau anda perhatikan dari musim pertama memang ada elemen gurauan sindiran.

Kami Tak berniat langsung untuk menyakiti sesiapa dan kami berulang kali mengkaji material itu agar tak terlalu keras bergurau dgn juri.

kontent kami adalah... apa kriteria menjadi warden?

1. Mesti kenal org tu popular ke tak popular dan ingatkan org tu.... (itu memang yg di ulangi setiap minggu.)

2. Buat album rap yg tak jual kat Malaysia... (Semua album rap memang tak jual pun kat Malaysia. termasuk album saya)

3. Pelupa. tak datang kerja pasal passport hilang... ( itu yg dah keluar suratkhabar)

4. Yg satu tu dia happy, yg penting kerjasama...itu wonderpet... eee maksud saya yg penting kita enjoy!!.

Kami sedikit pun tak mencabar kredibility juri. Kerana kami terima MLM sebagai rancangan populariti dan tak kira siapa yg jadi juri yg penting adalah samaada kita popular dan adakah persembahan kita baik atau tidak.

Saya rasa itu tak keras dan agak berpada sindiran itu. Saya di panggil boyot, gemuk, abg harun kena panggil tua itu bukan sindir itu memang caci, tapi kami terima kerana itulah komedi. Jika juri adalah pelawak mungkin mereka takkan terasa sangat atau mengambil terlalu serius perkara ni kerana mereka akan faham kami hanya bergurau.

Saya ingin meminta maaf kepada juri sekali lagi jika ada yg sentap. Bukan niat kami nak memburukkan sesiapa. Sepertimana anda syg kami, kami juga sayang juri dan semua rakan-rakan kami dan kami doakan yg terbaik untuk semua. tak kira jika kami terkeluar atau tidak.

Itu lagi satu yg nak saya katakan, kenapa MLM 2013 ni dah jadi sangat serius ek?? kenapa peminat-peminat sangat berpuak-puak dan cepat sentap. Ini hanya hiburan semata. Kalau ianya membantu anda kurang stress ini menjadi ibadah kepada kami, tapi kali org dah mula membenci ini dah menjadi benda lain.

Saya nak mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua peminat BOBOI dan masih lagi tengok kami berjaya, tapi pada saya kejayaan kami adalah dapat menghiburkan anda sepanjang tahun ini dgn kerja-kerja kami. Percayalah masih ada banyak lagi projek-projek boboi yg akan datang untuk menghiburkan anda fans kami seperti animasi, komik dan lain-lain tapi selepas kami berehat sebulan dua.

Kalau mampu dan berdaya saya teruskan tapi rasanya, tak salah untuk berundur sementara untuk merehatkan minda dan menjaga kesihatan dan kasih sayang keluarga.

I remember when comedy was fun. Maybe one day it will be again.

- sumber Afdlin Shauki
p/s : semoga Boboi terus maju dalam menyampaikan mesej-mesej yang bermakna.

Thursday 12 December 2013

Highlands Tower : 20 tahun dalam kenangan.

Assalamualaikum,



 11 Disember 2013 genaplah 20 tahun peristiwa tragedi Highland Towers. Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Dalam ingatan (takziah dan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji'un buat yang beragama islam)
  • Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
  • Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
  • Mohammad Adam, 6 months
  • The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
  • Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
  • Koh Yuet Met
  • Gene Koh Wai Keong, 15
  • Brandon Koh Wai Hong, 6
  • Daryl Koh Wai Kin, 3.
  • Yap Kien Seng, 18.
  • Yap Woei Ning
  • Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
  • Datin Milly Lee, 55
  • Teo Tea
  • Ong Yong, 53
  • Douglas Ong Tee Ming, 17.
  • Fatimah Abdul Majid, 66
  • Che Mariam Abdul Majid, 76
  • Noranira Mohamed Nor, 15
  • Nik Mohamed Baharuddin, 41
  • Shizue Nakajima, 50
  • Dr Anne George,
  • Debbie George
  • Sharon George
  • Majnawiyah Masnawi, 25
  • Amirah Nor Hamzah, 15
  • Fergus Phang Thien Liang, 26
  • Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
  • Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
  • Trimah Ngarijo
  • Yusna Anuar
  • Farah Aruzi
  • Lee Mun Lin
  • Tony Lou Yoke Yong
  • Adrian Lou Chung Wei
  • Barry Lou Ka Wei
  • Sajjive Chandran
  • Prakash Chandran
  • Radha Chandran
  • Quah Li Jun
  • Chiew Poh Wah
  • Goh Fong Kiew
  • Judith Mosquiter
  • Suharti Kusban
  • Aribinda Datta
  • Rita Datta
  • Mohan Raj
p/s: Runtuhnya Highland Towers perlu di ambil iktibar oleh semua pihak. Ia bukan disebabkan oleh rendah penggunaan sains dan teknologi tetapi sikap manusia yang amat bergantung kepada sains dan teknologi yang melampau adalah sebab manusia menjadi lupa kepada peringatan pencipta yang mengatakan bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi. Ia juga adalah manifestasi kegagalan manusia dalam menguruskan pembangunan yang selari dan harmoni dengan alam sekitar. Pembinaan bangunan tinggi di tempat yang tidak sepatutnya dan pengabaian tehadap peraturan yang digubal juga adalah disebabkan oleh nafsu rakus manusia mengejar keuntungan Walaupun ia hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja, projek-projek ini tetap dilaksanakan. Pada kami ia juga sebenarnya menggambarkan kepada kita penghayatan Etika Alam Sekitar yang amat lemah di kalangan warga Malaysia dan perlu ditingkatkan. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar peristiwa ini tidak berulang.

Tuesday 10 December 2013

Congratulations! 19th GMi Convocation Ceremony

Assalamualaikum,

Hari sabtu lepas, 16 November 2013 Satu majlis konvokesyen untuk meraikan pelajar-pelajar GMi yang telah tamat belajar dengan jayanya. Berikut adalah detik-detik bersejarah pada hari tersebut.


Project FYP  (Final Year Project) hasil rekaan pelajar GMi yang kini menjadi model untuk tatapan mengunjung dan memberi inspirasi kepada semua untuk mencuba sesuatu inovasi yang lebih baik.

Harap ada generasi muda mencuba sesuatu yang lebih menarik apabila melihat model rekaan ini

Pelajar dan keluarga keluar dari dewan apabila selesai majlis konvokesyen kali ke-19 GMi

Tahniah Amirul! Member aku masa sekolah still sampai sekarang.. :)

Tahniah Faiz Radzi! Member aku masa sekolah still sampai sekarang.. :)

Para pelajar dan keluar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas untuk kenangan.

Saya turut bersama rakan-rakan yang berkonvokesyen untuk merasai detik bersejarah ini sambil mengambil inspirasi dan semangat belajar.

rakan-rakan senior dari program mechatronics


P/s : Alhamdulillah dah kali ke-19 upacara konvokesyen GMi. Kepada mereka yang sudah berkonvokesyen, saya ucapkan tahniah. Kini masing-masing akan merasai sedih kerana masing-masing akan membawa haluan sama ada akan menyambung pengajian ke peringat ijazah mahupun kerja. selamat ya semua. doakan kami yang masih dijalur pengajian ini.

Bittaufiq Wannajah! Final Exam GMi

Assalamualaikum

Untuk Student German-Malaysia Institute (GMi) especialy my classmate :)

Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah..

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin

ALLAH BERFIRMAN :"DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."
Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenanya dari ALLAH,
Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,
TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya.. Yang penting, kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

Lulus dan gagal adalah cara lama mengkategorikan seseorang. cara baru adalah pengetahuan dan kejahilan.
saidina ali menyatakan "kalau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas), kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga kahirat, pakailah budi pekerti yang mulia."

p/s : doakan kami yea.. harap dipermudahkan olehNya.. :')

Sanah Helwah yaya



Seiring bertambahnya usia ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..
makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..
mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..
moga didunia mendapat berkat Di akhirat kelak beroleh syafaat

Sahabatku Nor Hidayah Md Zain,
sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu
-adik yang solehah buat abang dan kakak mu
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu..
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati... .^_~ (one day,insyaallah..)



p/s : mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini... Semoga panjang umur, diri sentiasa sihat, bahagia dunia akhirat, .



Sanah Helwah | Saengil chuka hamnida | Happy birthday. ceria2 selalu ya

Fi Hifzillah.