Apa khabar semuanya? realridz harap semuanya baik-baik saja
Ada apa dengan pandangan sebenarnya? Pandangan banyak huraiannya, pandangan juga disebut sebagai pendapat. Zaman generasi Y, kita dapat lihat banyak perkara yang tular, pelbagai perkara baik dan sebaliknya berlaku dengan pantas.
KAWAN MENJADI LAWAN
Dalam perjalanan menjadi seorang manusia yang matang, kita akan bertemu ramai rangkaian manusia, rangkaian yang berbeza-beza liputan, kualiti, tawaran dalam perhubungan sama ada ia memudahkan atau menyusahkan.
Dunia ini cantik jika dapat hayati untuk bekalan untuk di akhirat yang indah kelak. Ampuni dosa kami ya Allah. Berikan kami kekuatan
Berkawan itu suatu kemestian dalam hidup, tetapi carilah perhubungan yang dipanggil "SAHABAT", ia sememangnya susah untuk dijumpai tapi yang ikhlas pasti akan di temukan dalam doa, InsyaAllah :D
PENTINGKAH PANDANGAN ORANG?
Dalam perjalanan ini, manusia sering dambakan pujian dalam hidup mereka kecuali orang-orang yang meletakkan pujian itu hanyalah kepada Allah. Saya tertarik dengan sikap seorang bintang ilmuwan di rancangan Halaqah, Dato' Dr. Danial Zainal Abidin (Terbitan MediaPrima di TV3), apabila beliau di puji, beliau akan menyebut, MasyaAllah (adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian). Maknanya bila kita sering meletakkan pujian itu kepada Allah, kita tidak akan rasa kecewa apabila di kritik atau tidak dihargai. Biarlah kebaikan itu di nilai olehNya.
SANGKA BAIK <vs> SANGKA BURUK
Persekitaran suasana hidup sering kali pasti diselubungi perasaan yang berlawan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu keadaan
Tapi terfikir juga kekadang, tak semua perkara harus di pandang hina, jelik, buruk.. sebabnya
Tak semua yang kita lihat itu baik jawapannya, Tidak semua tidak di lihat itu buruk titiknya contohnya, dalam diam kita bersedekah dalam sembunyi-sembunyi. Kenapa perlu di risaukan dengan pandangan manusia, padahal pandangan Allah itu lebih mulia kan?
Mari sama-sama kita hayati ayat 12 surah al-Hujurat
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”
Dalam perjuangan hidup ini dari ruang jalan yang kecil kita membesar, menuju perlahan-lahan ke jalan yang lebih besar dalam mengharungi suka duka papan cerita kehidupan ini, kita harus sedar, kita pasti menemui jalan penamat itu akhirnya. Ayuh! persiapkan bekalan (amalan baik) agar urusan di sana nanti akan menjadi pemberat untuk melangkah ke ruang destinasi pilihan Allah.
Semoga semuanya dalam lindungan Allah.