Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Friday, 31 December 2021

Exit 2021

The year 2021 has brought a lot of damages to us - physically, spiritually, and mentally. But miraculously, we survived.

The greatest achievement was to survive battles we thought were impossible. That alone deserves celebration.

Ultimately this year has taught me how to love and appreciate myself more. Lessons to be treasured forever.

So finally closing this chapter of my life. To all the people I met, to those who left, to those who stayed, to those who helped me and to those who became part of my 2021 — thank you. 

2021. Terima kasih atas lukanya yang mendewasakan. Terima kasih atas kenangan indah yang berharga.

2022. Semoga tahun ini lebih kuat. Lebih indah memori nya. Lebih setia orang nya. Lebih bahagia tangisannya.

Mari berbahagia, dan hidup luar biasa. Happy new year. May the coming year be kind to you, you deserve it.






Sunday, 7 November 2021

Episod Perjalanan Hidup

Jalan hidup ini, yang kita perlu lakukan adalah selami tiap satunya.

Akan dijumpa yang dicari-cari. Akan ketemu yang dinanti-nanti.

Langkah kaki ini, penat semestinya akan ada. Akan tetapi, itu bukanlah satu alasan untuk meletak noktah pada semua.

Mahu yang namanya bahagia, namun memilih berhenti pada bahagian luka. Jadi, bagaimana untuk menggenggam bahagia?

Jalan kita, selami satu satu. Usah diperlihatkan jalan yang lain seperti mana, karna tugas kita adalah untuk melengkapkan bahagian kita, bukannya bahagian figuratif yang lainnya.

Maka-nya, selamat menyelami yang namanya keindahan kehidupan, jiwa.




Sunday, 31 October 2021

Perjalanan menuju sembuh

Assalamualaikum..

Perjalanan menuju sembuh itu tidak mudah yang kita sangka. Ada waktu kita rasa kita baik-baik saja. Seakan-akan luka mulai membaik, fikiran juga semakin tenang dan hati sudah membaik sepenuhnya.


Ada waktu, pedih menjalar perlahan-lahan. Menusuk puing-puing atma yang paling dalam. Seakan-akan tertusuk ribuan tikaman yang tiada henti. Air mata menjadi peneman setia, tatkala tiada bahu yang bisa menjadi sandaran, juga tiada telinga yang boleh mendengarkan segala luahan.

Maka benarlah — manusia hebat dalam bertopengkan manusia. Terlihat baik-baik sahaja, namun sebenarnya kondisinya tidak pernah membaik.



Monday, 5 July 2021

Alhamdullilah 2nd Dose Completed

 Assalamualaikum.. 


Alhamdulillah, lengkap sudah dos kedua pada 1 Julai 2021. Mari kita merentas negeri tanpa rasa bersalah. hahaha

Hari ini bersiap agak lambat.. nak handsome dan kemas, kita pun pergilah google dan facebook kedai gunting rambut yang menawarkan perkhidmatan, yealaa kedai gunting rambut yang biasa masih tak dapat kelulusan untuk beroperasi (Terfikir, cam mana kerajaan gagal ni urus sampai nak gunting rambut pun susah, SOP punyalah macam kamus dewan bahasa).. Mencari pun cari terjumpa lah kedai gunting rambut dari rumah tapi kena pergi rumahnya. Dari pukul 12.30 t/hari (ramai juga la beratur dalam 4 orang dengan tukang gunting rambut pun gunting sikit-sikit macam siput) sampailah giliran aku pukul 3.00 petang. Habis gunting rambut, memang kalutlah nak balik rumah bersiap mandi semua terus keluar ke Kompleks Sukan Balik Pulau. Alhamdulillah sampai juga pukul 4.30 petang walaupun pusat pemberian vaksin tu nak tutup dah. Sayalah orang terakhir tu.. Nasib baik ada geng lain dari parlimen Balik Pulau untuk cukupkan quota vaksin tu. Dapatlah terima dengan lancar dos kedua.


Balik tu terus lapar cari makanan. Tapi order Grabfood je.. Bila makanan sampai terus rasa mengantuk dan tidur disusuli dengan demam. Akhirnya makanan tu di makan tengah malam sebab lapar sangat. hahaha

Sekian cerita dos kedua saya. Bagaimana dengan anda? Oh ya, masih jenama Pfizer. Syukur.. 

Tonton video perjalanan dos kedua saya. :)



Thursday, 17 June 2021

Alhamdulillah 1st Dose Vaccine

 Assalamualaikum

Tarikh 10 Jun 2021 menjadi hari rasmi saya menerima suntikan pertama dos COVID-19.. Selepas seminggu tiada kesan sampingan di rekod setakat ini. Tarikh untuk dos kedua InsyaAllah awal bulan Julai ini. Syukur dapat menjadi antara terawal untuk menerima suntikan dos vaksin ini. Oh ya, saya menerima vaksin jenis atau jenama pfizer di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalanan ke sana mengambil 45 minit untuk tiba ke dewan sukan tersebut. Agak nervous bila tiba di sana. Terima kasih kepada semua sukarela dan pengawai perubatan yang memudahkan proses ini.

Semoga kita semua dilindungi oleh virus dan mendapat keberkatan menerima keistimewaan ini untuk berbakti kepada orang lain dalam kerja-kerja ibadah kepada Allah. Ini adalah kuasaNya untuk kita sembuh dan bebas dari COVID-19. Sama-Sama Kita Doakan ya!

Thursday, 26 November 2020

Take a BREAK

 Assalamualaikum,


Hai semua, apa khabar! Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat. Pastikan kekal selamat dan mematuhi segala langkah penularan COVID-19 di mana saja anda berada, moga-moga di lindungi dari wabak merbahaya. #staysafe! Kita jaga kita! Ingat, kita juga frontliners yang mempunyai tanggungjawab bersama demi negara tercinta!

Sudah hampir 8 bulan kita hidup bercorak gaya hidup norma baharu, mungkin ada lagi seperti saya yang masih bertatih menerima seadanya udara norma baharu ini.

Saya juga hampir lama tidak mencoret di blog ini, hanya kadang-kadang sekadar singgah untuk menjeguk blog tersayang ini. Saya akui juga zaman juga berubah lebih kepada alaf digital dan media sosial. Jadi jaranglah orang mahu membaca blog, lagi-lagi blog yang unrated seperti ini.

Sepeti yang anda maklum tentang tajuk di atas, TAKE A BREAK, untuk saya berkongsi tentang keadaan semasa aktiviti hidup saya disini. Ada yang sudah maklum bahawa saya seorang yang aktif dengan kerja-kerja sukarelawan selama 5 tahun kebelakangan ini, dan juga jurustream/siaran langsung untuk program atau kuliah keagamaan.


Take a break ini bukanlah saya mahu meninggalkan kerja amal ini, terlalu sayang untuk saya beredar sehingga mungkin satu masa yang Allah mahu saya tinggalkan. Dengan izin Allah saya melakukan segalanya, dengan bantuanNya serta pelbagai rentak irama untuk bergelar sebagai seorang aktivis. 

Saya akui saya banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarelawan ini sehingga masa untuk diri ditirikan selalu. Pengalaman untuk saya menimba sebagai seorang aktivis adalah tidak ternilai kerana dari situ kita akan berlajar bagaimana untuk mengawal nahkoda sebuah pertubuhan, bagaimana untuk kita merendah diri, mengawal emosi yang sering kali mungkin terhasut perkara yang tidak baik serta setiap yang berlaku pasti ada pasang surutnya. Sebab apa saya berkata "ada pasang surutnya?" Tidak dramalah jika anda seorang melakukan kerja, mesti akan ada unsur pertikaian, berbeza pendapat, cabaran apabila "senior" cuba untuk menolak kehadiran anda apabila memperkenalkan idea baru dan pelbagai irama kehidupan ini sebagai seorang manusia. Sehebat mana pun anda, anda tetap manusia, melakukan kesilapan dan bukan maksum.

Jadi? Berehat bukan duduk saja, masih ada kerja yang berbaki dan tidaklah sesibuk sebelum ini, masih ada masa dengan keluarga, me time dan perkara yang sepatutnya.

Alhamdulillah, saya puji dan syukur kepada Allah. Kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Dia mengingatkan kita setiap yang terjadi, kita perlu kembali kepadaNya, berdoa dan tawakal tiap-tiap musibah yang berlalu. Manusia tetap lemah, dan kepadaNya kita kembali berserah.

Masa untuk mengembara. Doakan saya! 

The stress and strains of our always-connected lives can sometimes take us off course. GPS For The Soul can help you find your way back to balance.


p/s: Hampir ke penghujung 2020, tahniah kepada semua yang bakal dan akan berkahwin. Semoga dipermudahkan dan bercinta hingga ke syurga. Tapi saya sedih, sedih tak dapat nk travel, semoga dipermudahkan untuk jalan-jalan melihat kebesaranNya di luar, harap virus ini akan segera beredar secara aman, dapatlah kita bercuti secara damai. Take care ollz! 

Sunday, 22 November 2020

Secawan Teh

 Assalamualaikum,


Secawan teh, aroma daun teh yang segar menambat rasa setiap hirupan.

Syukur kehidupan ini, setiap helah nafas dikurniakan nikmat olehNya.

Teh oh teh, kegemaran rakyat jelata, penguasa mahupun sesiapa saja yang menikmatinya.

Menemani setiap masa, mengukir memori dan perjalanan masa antara muda hingga warga emas.

Pelbagai rasa, pelbagai peringkat mutu dan pengeluaran, tidak juga dilupakan pada nilai komersialnya.

Ada dirumah, digerai, restoran, mahupun kafe minuman eksklusif.


Izinkan saya bercerita,

Pada suatu hari kita semua akan berada di alam dewasa, akan berkumpul semula, bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah mahupun universiti (jika dizinkanNya). Akan berbual, perbualan segera berubah menjadi keluhan mengenai tekanan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Menghirup secawan teh

Ketika semua mempunyai secawan teh di tangan, seorang pemuda berkata: ‘Sekiranya anda perhatikan, semua cawan mahal yang kelihatan menarik itu akan diambil, meninggalkan yang kosong dan murah. Walaupun biasa bagi anda hanya menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri, itulah punca masalah dan tekanan anda.

Yakinlah bahawa cawan itu sendiri tidak menambah kualiti teh. Dalam kebanyakan kes, harganya lebih mahal dan dalam beberapa kes menyembunyikan apa yang kita minum. Apa yang anda semua mahukan ialah teh, bukan cawan, tetapi anda secara sedar memilih cawan yang terbaik ... Dan kemudian anda juga mula melihat cawan masing-masing.

Sekarang pertimbangkan ini: Hidup adalah teh; pekerjaan, wang dan kedudukan dalam masyarakat adalah cawan. Mereka hanya alat untuk menahan dan mengandung Kehidupan, dan jenis cawan yang kita miliki tidak menentukan, atau mengubah kualiti Hidup yang kita jalani.

"Kadang-kadang, hanya dengan menumpukan perhatian pada cawan, kita tidak dapat menikmati teh yang telah disediakan oleh Allah kepada kita. 'Allah memberi nikmat teh, bukan cawan. Nikmati teh anda".


p/s: Terima kasih untuk dua cawan teh yang sedap, Ummi!

Thursday, 22 October 2020

Media sosial


Dari Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran."(HR. Bukhari dan Muslim)Media sosial yang dipenuhi cacian dan kutukan telah menzahirkan kefasikan ramai orang termasuk dari kalangan yang dirasakan berilmu

Thursday, 26 December 2019

Promise Yourself



To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you.

Monday, 29 October 2018

Perem Cereka Aksara

Berhampiran dengan tapak pendakian Gunung Siku, Cameron Highlands, Pahang.
[Hakcipta terperlihara Lensa [R], 2018]

























Ramai pandai berbicara,
Ramai bijak mengkritik,
Ramai juga yang hebat membandingi.

Tapi tak ramai yang memandang cermin melihat kekurangan sendiri.
Ibarat melihat org lain jatuh namun tidak menyedari diri sendiri telah berada dihujung tebing.

Pernah suatu ketika dahulu mereka yang menidakkan kuasa supaya kita tidak jatuh apabila di atas puncak. Hari ini membuktikan untuk menghalang kuasa itu hanya ombongan sekadar cerita di kedai kopi.

Mereka berperang dengan disulami dengan kelompok kroni dan nafsu yang mengkuasai emosi dan perasaan.

Mereka tidak serupa, berlainan rupa dan watak tetapi mereka bersatu untuk menjatuhkan orang yang dipanggil tali persaudaraan. Selamat menjadi "Dewasa".

p/s: Try hard to spin. Putar lagi! wang besar, wang besar.

Wednesday, 5 September 2018

Padangan Lensa Hati

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? realridz harap semuanya baik-baik saja

Ada apa dengan pandangan sebenarnya? Pandangan banyak huraiannya, pandangan juga disebut sebagai pendapat. Zaman generasi Y, kita dapat lihat banyak perkara yang tular, pelbagai perkara baik dan sebaliknya berlaku dengan pantas.



KAWAN MENJADI LAWAN





















Dalam perjalanan menjadi seorang manusia yang matang, kita akan bertemu ramai rangkaian manusia, rangkaian yang berbeza-beza liputan, kualiti, tawaran dalam perhubungan sama ada ia memudahkan atau menyusahkan.


Dunia ini cantik jika dapat hayati untuk bekalan untuk di akhirat yang indah kelak. Ampuni dosa kami ya Allah. Berikan kami kekuatan

Berkawan itu suatu kemestian dalam hidup, tetapi carilah perhubungan yang dipanggil "SAHABAT", ia sememangnya susah untuk dijumpai tapi yang ikhlas pasti akan di temukan dalam doa, InsyaAllah :D


PENTINGKAH PANDANGAN ORANG? 

Dalam perjalanan ini, manusia sering dambakan pujian dalam hidup mereka kecuali orang-orang yang meletakkan pujian itu hanyalah kepada Allah. Saya tertarik dengan sikap seorang bintang ilmuwan di rancangan Halaqah, Dato' Dr. Danial Zainal Abidin (Terbitan MediaPrima di TV3), apabila beliau di puji, beliau akan menyebut, MasyaAllah (adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian). Maknanya bila kita sering meletakkan pujian itu kepada Allah, kita tidak akan rasa kecewa apabila di kritik atau tidak dihargai. Biarlah kebaikan itu di nilai olehNya.


SANGKA BAIK  <vs>  SANGKA BURUK


Persekitaran suasana hidup sering kali pasti diselubungi perasaan yang berlawan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu keadaan

Tapi terfikir juga kekadang, tak semua perkara harus di pandang hina, jelik, buruk.. sebabnya

Tak semua yang kita lihat itu baik jawapannya, Tidak semua tidak di lihat itu buruk titiknya contohnya, dalam diam kita bersedekah dalam sembunyi-sembunyi. Kenapa perlu di risaukan dengan pandangan manusia, padahal pandangan Allah itu lebih mulia kan?

Mari sama-sama kita hayati ayat 12 surah al-Hujurat

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”

Dalam perjuangan hidup ini dari ruang jalan yang kecil kita membesar, menuju perlahan-lahan ke jalan yang lebih besar dalam mengharungi suka duka papan cerita kehidupan ini, kita harus sedar, kita pasti menemui jalan penamat itu akhirnya. Ayuh! persiapkan bekalan (amalan baik) agar urusan di sana nanti akan menjadi pemberat untuk melangkah ke ruang destinasi pilihan Allah.

Semoga semuanya dalam lindungan Allah.

Tuesday, 10 April 2018

Angin Peredaran Budi

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik,
Masa berdetik tanpa sedar,
Pantas perjalanan,,
membawa lenaku ke sini.

realridz tak sangka, blog ini menghampiri 14 tahun penubuhannya. Sambil penulisan di tepi pantai, menghirup udara nyaman di sini tanpa ada gangguan atau sebarang penghakiman manusia.

Dalam 14 tahun, pelbagai drama, pelbagai liku kehidupan telah berlalu tetapi itu bukanlah satu sebab untuk kita mengundur ke belakang, patah semangat, well cakap tersangatlah mudah seperti makan jajan. Nak tahu tak, meh saya kongsi sikit cerita kehidupan saya tapi janji kena baca dediam je dan tiada perasaan judgemental dan saya hargai jika ada sifat ingin menolong. Dalam peredaran tahun ke tahun, satu mometum hitam terjadi pada diri saya menyebabkan saya kemurungan hampir ke ***.

KEPERCAYAAN

Bila saya dalam situasi yang gelap ini, saya akan cuba mencari seseorang atau pendengar yang boleh saya percayai untuk menumpang bahu dan meluahkan. Berlama mana saya menyerahkan kunci kepercayaan ini dan akhirnya saya di maklumkan oleh orang lain berserta bukti yang cukup meretakkan hati.

"AKU DITIKAM DARI BELAKANG OLEH SAHABAT SENDIRI YANG AKU SANGAT PERCAYA!"

Saya cuba menarik nafas untuk tenangkan diri dan bertanya kepada diri sendiri, apakah yang telah saya lakukan menyebabkan dia berbuat demikian? TIADA! Akhirnya, gugurnya air mata kerana mengenangkan sahabat yang bertukar menjadi pengkhianat.

Jiwa saya meronta...

KENAPA!
KENAPA!
KENAPA!

APA SALAH SAYA?

“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.”
― Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah

Benar kata-kata Hamka. Orang yang menyimpan rahsia merupakan seorang yang amanah. Amanah menjaga rahsia sehingga ianya dijaga dengan rapi tanpa bocorkannya.
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(6:110)
Perubahan hati kadang-kala ianya terlalu pantas dan kadang-kadang tidak mampu dipandu dalam pemanduan yang baik. Dan peredaran budi ditaburkan, dilupuskan seperti tidak pernah menabur jasa, bakti di buang begitu saja. Inilah manusia yang perlupa, sudah bahagia, sepahnya mudah diludah.

Sayang, sama sekali terlalu sayang. Diriku hanya bertepuk sebelah tangan. Menekan-nekan tertikus, memutarkan kembali memori kita dalam cakera keras yang di simpan rapi sebagai koleksi toleh ke belakang.

Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya”. (47:17)




Apa yang baiknya disini, yang terjadi, Allah tunjukkan sesuatu kepada diriku, dialah manusia yang harus kamu berhati-hati sebelum termasuk dalam lubang najis yang lebih teruk. Terima kasih, Ya Alllah. Hanya Engkau mengetahui apa terbaik buat diriku ini.

Mulai saat itu, saya mengambil langkah berhati-hati dan professional untuk berhadapan dengan 'sahabat' ini. Bagi saya, cukuplah saya mendera perasaan diri sendiri. Masa untuk bangkit dan hapuskan angin yang cuba menjatuhkan diri.

Apa yang berlaku, ingatlah JANGAN BALAS DEMDAM... Pohonlah kepada Allah, Dia Maha Pendengar, lagi Maha Adil dan Bijaksana. Semoga apa yang berlaku, menjadi sempadan dan pengajaran buat diri saya dan contoh untuk anda semua. Kepercayaan itu suatu AMANAH, dan peredaran BUDI harus digenggam rapi agar kita tidak lupa jasa orang yang membantu kita di waktu kita jatuh, Dan mengingati budi hendaklah bertempat.

Saya melarikan diri ke Krabi, Thailand berseorangan tanpa diteman oleh sesiapa selama 5 hari. Inilah masa yang berkualiti untuk menghirup udara segar dan berjalan sambil melihat bumi ciptaan Allah. Alhamdulillah, saya pergi dan balik ke tanah air semuanya dipermudahkan olehNya.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Doakan saya!




Wednesday, 4 April 2018

Paradoks Penghakiman

Berombak paradoks di jiwa,
Tidak yang datang menghulurkan tangan,
Laluan sukar,
Ku mohon kepada Dia agar dipermudahkan.
ใ…ค
Masalah peribadi di kunci rapi,
Serik bercerita kepada pendengar yang salah,
Berlawan dan mempertahankan jiwa sendirian,
Dalam memandu menghadapi arah yang mencabar.
ใ…ค
Mereka bebas mewarna perkataan melalui bibir,
Tanpa mengikut rasa tona warna latar,
Gelombang arus dari pelbagai sudut,
Cuba untuk kuat bertahan menghadapinya.

MOHAMAD RIDZUAN ABDUL MAJID
Krabi, Thailand
ใ…ค

Monday, 4 September 2017

Keselekoh Kekuatan

Assalamualaikum dan Bismillah.

Gambar di ambil semasa bercuti di Lombok, Indonesia. Kalau saya ada masalah saya suka pergi ke pantai, habit saya begitu sejak sekolah rendah sebab rumah berhampir dengan pantai.


Kesedihan dalam hidup itu adalah perkara biasa.

Sangat normal bila dalam hidup ini kita teruji dengan ruang masa dan waktu. Kita teruji dengan kewangan. Kita teruji dengan hubungan sesama manusia. Malah, adalah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia teruji dengan pencapaian tentang sesuatu dalam hidup. Dipendekkan cerita, antara fakta terbesar dalam hidup manusia adalah,

MANUSIA AKAN SELALU TERUJI.

Dan dalam setiap ujian itu, banyak waktu pasti akan diiringi oleh kesedihan jiwa kita. Pernah tertanya-tanya tak, adakah kita sebenarnya perlu bersedih? Mestikah kita bersedih bila saat-saat berhadapan dengan ujian? Kenapa perlu bersedih?

Waktu ini saya masih di dalam mood kesedihan. Masa bercuti ni saya di temani orang yang hebat-hebat antara kak kebayan, Lecturer WNH dan seorang teman yang di gelar ustaz.

Apa yang perlu kita sedar bahawa, perasaan sedih atau kesedihan itu adalah salah satu perasaan yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia. Menjadi manusia yang bersedih apabila terasa mahu bersedih dan menangis itu, tidak salah. Mahu bersedih, maka bersedihlah. Mahu menangis, maka silakan. Tiada siapa melarang untuk bersedih dan menangis. Dan tiada hukum yang menghukum bahawa menangis itu adalah dosa.

Jadi nanti bila satu saat, kau terasa mahu menangis kerana hanya dengan cara menangis boleh melegakan sedikit hatimu, maka menangislah. Jangan tahankan, luahkanlah.

Airmata itu adalah tanda kau sedang membina kekuatan..

Kita rasa kita sudah cukup kuat menghadapi hentakan cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam hidup. Yang datangnya tiba-tiba, dan perginya juga tiba-tiba. Kita bisukan kesedihan, kita sembunyikan airmata dan kita buang perasaan terasa bersendirian menghadapi perkar-perkara yang menyakitkan dan mencabar kekuatan emosi.

Kita kumpul sebanyak-banyaknya di dalam bongkahan dada. Bagi orang yang tiada tempat untuk dikongsikan luahan, menelan satu persatu kejadian dalam hidup adalah pilihan yang terbaik. Kerana pada kita, jika kita menceritakan dan meluahkan kepada orang lain, belum tentu mereka akan faham. Banyak waktu, mereka hanya mampu mendengar. Dan kita adalah seorang manusia yang tidak mahu membebankan fikiran orang lain dengan luahan masalah kita.

Dan takut pula kita memburukkan atau terfitnah orang yang terbabit - kerana kita masih memikirkan untuk tidak memburukkan orang-orang yang terlibat dalam menghentak dunia dan perasaan kita.
Sampai satu tahap, atas kelemahan diri kita sendiri juga.. Kita terasa bahawa hidup kita ini tiada yang memahami. Apatah lagi orang lain mahu memahami diri kita padahal kita pun tidak memahami diri sendiri. Rumit, kan? Jadi, kita memilih untuk menjadi orang yang mulut dan perasaannya terkunci serapat-rapatnya.

Akhirnya kita menjalani kehidupan dengan menelan setiap kesakitan, dan menerima 'rasa keseorangan' sebagai salah satu cabaran hidup. Yang menguatkan kita, hanyalah Tuhan sekalian alam.


Saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tetapi elakkan setiap kali menggunakan alasan atau menjadi tunggangan hikmah itu sendiri, takut ertinya tidak lagi tulin sesecuci namanya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menyelesaikan atau berbincang sesebuah perkara  jika ianya bermasalah dengan baik bukan menghancurkan ia menjadi luka dalam hati.

Siapa pun yang sedang atau pernah mengalami perasaan sedemikian. Semoga Allah melapangkan perasaanmu, meninggikan darjatmu di dunia dan akhirat, dan mengukirkan senyuman diwajahmu.
Aku tidak akan menasihatimu dengan banyak.. cuma aku doa, semoga nanti akhirnya kau beroleh bahagia yang kau layak jalani.

P/S: Maaf lama tidak menulis kerana sedang berjuang untuk pulihkan emosi. Doakan saya ya semuanya. Jazakallah!

Wednesday, 8 March 2017

Love



Love doesn't hurt

Rejection hurts. Betrayal hurts.
An absence of a person hurts.

Those acts were the actions that against the act of love. People misunderstood it with love.

True love accepts you when everyone rejected you. True love heals you when everyone broke you. True love forgives you when everyone punished you.

True love wakes you up on 3 AM.
Listening to you broken voices.
Healing your broken heart.
Accepting your du'a.

Eventually
He is the only one who is always there for you
He is the only one who is always accepting you
He is the only one who will always love you

True love doesn't hurt. Maybe we just bumped into the wrong person.

Wa iza sa'a laka ibadi , Fainni Qarib :’)

-Luqman san

Tuesday, 7 March 2017

Berpijak dalam empayar sendiri!



Manusia yang berada di atas bumi ini takkan pernah puas. Keinginan atau kehendaknya takkan pernah dapat dipenuhi. Lepas satu dia dapat, dia mahu lebih lagi. Selepas itu, dia mahu lebih, yang lebih, lagi dan lagi. Dan wujud juga manusia yang suka melihat orang lain mengikut perspektif atau mengikut kemahuannya. Dia sahaja yang betul.

Apabila dia melihat seseorang itu begitu, maka dia mahu orang itu menjadi begini. Hanya kerana orang lain tidak seperti dirinya, dia mahu orang lain menjadi seperti itu.

Percaya atau tidak, masih wujud manusia sebegini. Sama ada anda mengikut telunjuknya atau tidak, terpulang. Tapi seharusnya kita ada prinsip tersendiri untuk menjadi diri sendiri. Kalau misal kata mahu orang berubah ke arah kebaikan, ya bagilah nasihat. Dan titik, kita hanya mampu beri nasihat dan memberi dorongan serta contoh.

Tetapi bukan memberi hukuman.

Sangat rugilah hidup kita ini jika hendak memuaskan orang-orang sekeliling yang selalu menghukum diri kita begini dan begitu. Kerana mahu tahu? Sedaya apa pun kita menuruti kemahuan orang lain kepada diri kita, orang takkan pernah berpuas hati. Akhirnya, siapa yang merana dan derita dari segi emosi? Siapa lagi? Kitalah!


Percaya Kepada Diri Sendiri

Kawan, ada beberapa hal diantara banyak hal di dunia ini yang perlu kamu sentiasa sedar walau di mana pun kamu berada. Pertama, tidak semua orang akan senang dan sukakan kamu. Kedua, akan ada orang yang sentiasa tidak puas hati dengan kamu walaupun kamu tidak mengenali orang itu, dan orang itu pun tidak mengenali kamu secara peribadi. Percaya? Dan akan menjelma manusia-manusia yang akan menghukum kamu sehingga mahu melihat kamu jatuh. Dan sebenarnya orang-orang bukanlah orang-orang yang mengambil berat dengan kehidupan kamu. Tetapi orang-orang ini hanyalah manusia yang wujud, yang tiada kepuasan terhadap diri sendiri lalu mencari orang lain untuk memenuhi apa yang diingininya hanya kerana dirinya pun tidak puas hati sendiri.

Faham? Jadi, untuk tidak membiarkan manusia-manusia negatif semacam itu mempengaruhi emosi dan kehidupan kita, maka kita perlu percayakan diri sendiri. Kita perlu ambil tahu potensi diri sendiri dan memberi amanah kepada diri, bahawa kita mesti boleh melakukan sesuatu yang terbaik yang boleh kita lakukan!

Sudah 2017, kawan. Kita tidak perlu hirau pada pandangan manusia. Atau kita tidak perlu hirau kepada manusia yang tidak mahu bersama-sama dengan kita di jalan ini. Apa yang perlu kita lakukan? Move on, jalan terus dan jangan menoleh lagi.

Di dunia, kita selalu sahaja mendapati keadaan di mana orang lain tidak akan kisah kepada seseorang jika orang itu tidak mempunyai apa-apa. Sebaliknya, akan ‘kisah sangat’ jika seseorang itu menunjukkan potensi dirinya, lalu orang yang kisah sangat tadi itu sebenarnya tercabar. Apa yang mereka lakukan? Memberi hukuman, dan mahu orang lain bertindak mengikut kehendak mereka. Walaupun sebenarnya mereka itu bukan siapa-siapa dalam hidup kita. Macam tidak percaya? Kamu harus percaya.


Hanya dengan menghormati diri sendiri, menghargai dan tahu potensi diri lalu mengembangkannya yang akan membuatkan orang lain tidak dapat mengawal hidup kita dengan persepsi untuk kepentingan diri mereka.

Kasut Orang Lain Bukan Kasutmu

Diri kita ini juga ada kelemahannya. Selalu kita melihat kehidupan orang lain. Kita jadi cemburu kepada perjalanan hidup dan kejayaan hidup orang lain. Kita melihat yang indah-indah sahaja pada kehidupan orang lain. Sehingga sampai suatu waktu, kita pula berusaha untuk ingin memperolehi apa yang orang lain ada.

Sifat cemburu kepada kejayaan orang lain itu bagus sebenarnya. Untuk dijadikan dorongan kepada diri sendiri. Jadi pembakar semangat! Tetapi kalau sifat cemburu itu hanyalah kerana cemburu kerana dunia semata-mata, maka diri kita akan berakhir dengan menjadi seseorang yang sentiasa meniru dan terikut-ikut dengan cara kehidupan orang lain. Kita memerhati apa yang orang lain ada, kita wajibkan ke atas diri kita pula mesti ada.

Sangat lucu! Dengan hanya bersifat sedemikian, tidak perlu pun orang lain memaksa-maksa diri kamu, atau memberi telunjuk tentang kehidupan kamu. Kerana pasti! Sangat pasti, kamu telah membiarkan diri kamu menjadi hamba kepada orang lain. Titik!

Mudahnya menjadi hamba kepada orang lain, bukan?

Orang melayu terkenal dengan pepatahnya, “Ukur baju di badan sendiri’. Secara tersuratnya, kalau kita mengukur baju mengikut ukuran badan orang lain, maka boleh jadi baju kita nanti menjadi terlalu besar atau terlalu kecil buat kita. Nah, akibatnya nanti apa? Kita yang rugi. Bukannya orang lain. Logik? Begitulah juga dengan kehidupan orang lain. Itu kehidupan orang lain, bukannya kehidupan kita.

Kasut kita, tetap jadi kasut kita. Kasut orang lain, bukan kasut kita.


Tambahan pula, kita selalu merasa kagum dengan pencapaian orang lain di dalam dunia ini. Jarang benar kita mahu melihat apa dugaan dan cabaran yang perlu dia tempuhi sebelum dapat mencapai apa yang dia ada pada hari ini. Alah, jangan mahu menidakkanlah! Betul atau tidak? Senyum.


Masing-masing Ada Bahagiannya

Kejayaan yang kita mungkin perolehi, mungkin tidak se-gah orang lain. Mungkin tidak segempak orang lain. Kerana apa? Hal ini kerana, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Asalkan kita berusaha, maka adalah untuk kita. Allah SWT kan sudah berjanji, bahawa bagi setiap manusia yang berusaha itu, pasti ada bahagian buat mereka.

Jadi kenapa perlu risau?

Kadang-kadang perjalanan hidup kita tidak seindah perjalanan hidup orang lain. Kadang-kadang kejayaan dan pencapaian kita dalam hidup, tidak seawal orang lain. Jadi, buat apa nak kisah sangat tentang itu? Apa yang perlu kita risaukan adalah apabila kita berhenti dari berusaha dan hanya mengharap kejayaan datang bergolek semata-mata.

Sesekali jika hati kita terusik apabila melihat perjalanan hidup kita dan perjalanan hidup orang lain itu tidak sama, maka itu biasalah. Perkara normal. Tidak salah untuk ada perasaan macam tu. Yang salahnya, bila kita terlalu fikirkan perkara tu dan kita mulailah hendak berputus asa. Setelah apa yang kita perjuangkan, baru sekarang nak putus asa.

Sia-sia jelah hidup!


Saya jadi teringat pula dalam kelas saya sewaktu sekolah menengah dulu. Bunyi tulisan yang ditampal buat dorongan semangat tersebut berbunyi lebih kurang begini,

“Tidak kiralah berapa kali anda terjatuh dalam hidup. Apa yang penting adalah anda tidak pernah berhenti untuk bangun lagi dan lagi!”


Teruskan Berusaha Dan Mencuba

Kamu ada kejayaan yang mahu dicapai tapi sehingga sekarang belum tercapai kejayaan tersebut? Dan sekarang kamu sedang berusaha menuju kejayaan tersebut tetapi terasa seperti sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding orang lain?

Well.. Orang lain itu siapa? Kisahkah orang itu terhadap kamu? Atau hanya kamu sendiri yang merasa rendah diri kerana tidak seangkatan dengan orang lain yang sudah mencapai kejayaan tersebut? Cuba, cuba tanya diri sendiri. Tanya dalam-dalam.

Saya hanya akan kata, siapa kisah terhadap orang lain? Kadang-kadang kita ini, terlalu pula mengambil berat terhadap pandangan orang lain. Sedangkan, orang lain yang kita maksudkan itu tiada pula bersangka-sangka. Malah boleh jadi ada yang mendoakan kita secara diam-diam. Siapa tahu, kan?

Dan kalau pun orang lain yang dimaksudkan itu merendah-rendahkan usaha kita yang sekarang. Kenapa mahu kisah? Adakah orang itu yang memberi kita makan? Ataukah orang itu menanggung perbelanjaan atas usaha kita? Kalau tidak, kenapa kisah?

Kadang-kadang kita yang terlalu berfikir bukan-bukan.

Teruskan sahajalah. Insya-Allah, pasti kita akan bertemu dengan orang-orang yang baik. Dan insya-Allah, kita akan bertemu dengan orang-orang yang sebaliknya juga. Tapi, apapun.. Itu semua akan menguatkan kita. Yang penting apa? Kita percaya dan yakin terhadap diri sendiri. Bukannya membenarkan orang lain merendah-rendahkan diri kita. Atau kita sendiri yang mematahkan semangat untuk berusaha. Haishhh! Cubit kang!


Dan kita kena yakin, bahawa Allah SWT takkan biar kita bersendiri. Senyum. :)

Thursday, 2 March 2017

Ini Wilayah Ujian, Selamat Datang!



Hidup ini memang ladang ujian, kawan. Kau semai iman, yang tumbuh ujian. Kau racun ujian, yang kembali bertunas pun masih bernama ujian.

Kau terpaksa berdepan jutaan kerenah. Kau terpaksa bertahan bila difitnah. Kadang terpaksa diam walau pun dihina. Kadang terpaksa berkeras walau pun kau sendiri tak suka.

Jangan disebut tentang deraian airmata. Infiniti! Setia sungguh ia mengalir di pipi hingga yang sudah kering pun masih mahu mengalir lagi dan lagi.

Aku tahu hancurnya hatimu kerana hatiku sendiri terlalu sering hancur seperti itu. Percayalah. Tiada yang tuah tentang aku kalau mahu kau bandingkan dengan dirimu.

Kita sama saja,kawan! Kita sama-sama memerlukan satu kuasa untuk berdepan dengan ujian yang tiba.
Maka berpautlah pada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Sungguh kita takkan mengalah kalau berpaut pada tali Allah.

Jalan terus! Tapi pastikan kau berada di jalan yang lurus. Itu saja. Kalau niat itu mampu kau tuluskan kerana Allah, kau takkan mudah mengalah.

Kau jatuh, tapi tak rebah.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
(Al-Baqarah: 286)

Selamat datang ke wilayah ujian yang setiap manusia pasti jejak atau laluinya.
Wilayah yang kita akan kerap mencari nafas dari noda-noda dosa yang menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Walaupun seperti dilihat dalam iklan telco dalam TV, selamat datang ke wilayah Celcom!
Liputan tanpa gangguan, Always 4G speed!
Tapi kehidupan ini ada route kerataannya, kadang kita lalui jalan lurus, kadang-kala bengkang-bengkok, berbukit ... etc.

Hidup ini banyak cabarannya, hadapi dengan berhati-hati, sabar kerana kadang-kalanya kita akan sampai ke persimpangan ujian yang menguji kesabaran manusia. Mari sama-sama kita doakan kejayaan semua orang termasuk DIRI SENDIRI, ummah yang sangat membimbangkan dalam pelbagai isu termasuk diri sendiri yang tergolong dalam masalah akhlak dan naik turun iman. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam menjalani perjalanan yang kita tidak tahu bila penamatnya, hanya Dia mengetahui segala-galanya.


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am: 59)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." 
(Surah al-An'am: 59)


Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.


Sunday, 26 February 2017

Perjalanan ini [Muhasabah Diri Semula]



kita tak boleh padam apa yang telah terjadi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk mulakan sesuatu demi masa depan.

yang berlalu biarkan berlalu. apa yang kita pilih untuk jadi pada saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.

Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir.

hidup ni satu proses. ye, mungkin awak terluka pada awalnya. tapi pada akhirnya inshaAllah ia akan berbaloi.

cinta macam proses membesar. nak berlajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh? dan akhirnya kita boleh jugak buat kan?

berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti akan sakit.

tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.

impian yang kita simpan, biar pada-Nya, hanya pada-Nya. cari jawapan dalam setiap solat dan doa.

sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.

doa adalah cara untuk meminta Tuhan memelihara & membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dari bisik kepada Ilahi.

sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.

kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.

yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walau pun jalan awak dan dia berbeza.

inshaAllah semuanya kerana Allah. datang dan pergi kerana Allah. bertahan dan melepaskan kerana Allah. ketawa dan menangis kerana Allah :)

Monday, 23 January 2017

Andai aku tahu~





Andai aku tahu

Kesudahannya adalah kepahitan

Mungkin aku memilih untuk tidak memulakan

Namun, takdir yang kita jalan

Itu kadangnya bukan pilihan

Tapi ketentuan

Dan tiap nya itu tidak Allah beri dengan ke-sia-an

Hikmah itu ada, cuma perlu dicari gali dengan ketenangan.

Moga, selalu jumpa kebaikan :)

Wednesday, 5 October 2016

Roda Kehidupan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dengan limpah kurniaNya kita semua bernafas dan di izinkan untuk melakukan apa jua aktiviti termasuk membaca blog ini ;)

Alhamdulillah juga sehingga ke hari ini dapat juga aku menulis dan perjuangkan blog ini sehingga ke hari ini yang telah berusia 12 tahun. Terima kasih. ya Allah!
There’s so much bad out there. Don’t add to it. Be kind instead. It costs nothing. But it could mean everything to the ones you touched.
- Mufti Ismail Menk
Bercakap tentang roda kehidupan pasti kita bayangkan perjalanan hidup yang kadang-kala di atas dan kadang-kala di bawah. Semua orang mengimpiankan hidup yang penuh kebahagiaan, tanpa masalah tetapi tidak selalu kita mengalami hidup yang berbahagia, tanpa persoalan dan tantangan. Siapapun kita, pasti akan mengalami masalah, bahkan ujian. Kehidupan ini seperti musim yang silih berganti, tidak selalu hujan, terkadang juga panas. Begitu pula selama kita hidup, suka dan duka selalu bergantian karena ini merupakan warna dari kehidupan. Biarlah kita boleh menyedarinya agar ketika mengalami masalah atau cubaan, kita dapat menjadi kuat. Kita tidak akan menjadi kecewa. Ingatlah juga bahwa tidak selamanya kita akan mengalami apapun yang sedang kita alami. Pada waktuNya, Tuhan pasti menolong dan memberikan kemenangan.

Dalam menjalani hidup ini, yang terpenting adalah bagaimana kita bersikap. Sebuah sikap yang kita ambil akan mempengaruhi kehidupan kita. Saat mengalami masalah, janganlah mengeluh atau menjadi "down". Sebuah keluhan tidak akan menyelesaikan persoalan, oleh yang demikian, membuat kita semakin ke dalam masalah tersebut. Jadi, ambillah sikap untuk tetap bersyukur kepada Allah. Percayalah bahwa semua yang Allah berikan kepada kita itu selalu yang terbaik, dan tidak ada rancanganNya yang buruk

Keep Strong! Anda boleh :) Selamat mencuba~!