Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts
Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts

Saturday 25 May 2013

Rahsia untuk Hilangkan Segala Kesusahan

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.


Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.

Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.

Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.

Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?

Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.

Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.

Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.

Inilah apa yang dinyatakan oleh Nabi Yunus pada Allah ketika berada dalam perut ikan yu. Mengaku tiada apa dan sesiapa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan hanya Allah SWT dan mengaku diri ini sungguh menzalimi diri ini ketika jiwa sempit terhimpit akibat tidak mampu menerima kehendak Allah SWT.

Ia bukanlah sebagai permohonan tetapi ia hanya komunikasi iaitu menceritakan keadaan diri pada Allah. SELEBIHNYA KITA HANYA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim, Nabi Yunus BERJAYA MELEPASI 3 KEGELAPAN.

Atas izin Allah Nabi Yunus berjaya melepasi
1. Kegelapan perut ikan
2. Kegelapan lautan
3. Kegelapan malam.

Marilah, kita lafazkan pada Allah,
“ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
 p/s : Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin.

Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu

Assalamualaikum..
Bismillah hir-Rahman nir-Rahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Buat ibuku yang tersayang....,

Terima kasih kerana selama ini bersusah payah membesarkan aku yang nakal ini dan mempunyai sifat manja sebagai anak bongsu.. Aku tidak pernah melupakan segalanya jasamu kepadaku dari kecil hingga dewasa, ketika ini masih menuntut di pengajian tinggi. Aku teringat semasa aku masih kecil, ibuku selalu membawa aku berjalan-jalan dengan menaik bas kuning (sekarang ni bas kuning dah tiada, hanya rapid penang).. Hanya kita berdua berjalan-jalan di terminal jeti, Komtar dan juga Gama. Aku tersenyum ketika teringat kembali kenangan yang manis ini.


hihi..


"Ibu, harap dikau bahagia sembilan bulan sepuluh hari bersamaku kau mengandungkan ku sehingga ke akhir hayatmu terpana segala kudratmu dengan senyuman dan kasih mengendongku dalam keperitan sayangku kesakitan yang amat sebagai membalas segala ibu jasamu terima kasih atas segalanya ibu kerna membenarkan ku lahir ke dunia kaulah ratu hatiku yang pasti akan memenatkan mu kaulah duniaku lagi menambah kesibukan mu kaulah jiwaku ibu kaulah syurgaku tiada apa yang mampu aku berikan ibu hanya sekeping hati yang tulus ku berikan terima kasihuntuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku ku ucapkan seadanya dengan penuh kasih sayang dengan kucupan ku taburkan . tanda sayang ku kepadamu.."


Terima kasih ibu.. terima kasih.. Aku selalu menyayangimu selalu walaupun aku berjauhan denganmu buat masa sekarang atas tuntutan ilmu. Semoga Allah membekatimu selalu wahai ibuku, Puan Jannah Syed Ahamad.

Ketika aku menulis coretan ini.. teringat aku juga ketika rakan-rakan aku yang telah kehilangan ibu mereka. Disini aku berdoa agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH~.......

Aku juga berpesan kepada diriku dan kepada mereka yang membaca coretan aku ini.. Janganlah aku dan juga kalian menghantar orang tua kalian ke rumah orang-orang tua.. ingatlah jasa mereka :) Teringat juga aku semasa semester lepas aku ke rumah orang-orang tua.. Hargailah mereka selagi masih ada

p/s : Baru kejap menelefon ke rumah :)

Monday 6 May 2013

Demam PRU13

Assalamualaikum..

Saya sudah selesai.. Penduduk Jelutong sedang beratur untuk mengundi
Demam PRU telah pun bermula.. Pihak bertanding dalam pilihanraya kali ini sangat sengit.. Rakyat dijanjikan bermacam2 dan di tawarkan dengan hasil yang baik.. Kali ini rakyat sudah matang untuk memilih calon mana yang sesuai untuk mewakili kawasan, negari mahupun negara untuk menjadi Perdana Menteri.. Kita sama2 doakan agar pemimpin berkenaan dapat melaksanakan tugas dengan baik demi negara tercinta..

Sunday 5 May 2013

Senyum ketika sakit

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. setelah 2 hari lebih bertarung di wad, aku dibenarkan pulang ke rumah akhirnya. Gara-gara tersilap makan ubat, sakit asma aku makin menjadi-jadi sehingga teruk. Nasib baik aku cepat ke hospital, kalau tidak.. dah lama aku arwah.. ermm.. aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah.. Engkau masih panjangkan umurku lagi. Semoga lepas ni aku tak cuai lagi makan ubat.. aku disarankan untuk berehat. Aku dapat MC sampai seminggu.. ermm oklah tu..


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : macam manalah dengan assignment yang sedang bertambah =.="

Sunday 28 April 2013

Sanah Helwa to me.. #I'm 22 Years Old

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Dengan limpah kurniaNya aku dapat menghirup udara segar sehingga ke hari ini untuk menulis coretan di blog aku ini.. hihi



Pejam celik pejam celik dah 22 tahun aku ini.. Cepat betul masa berlalu.. tanpa aku sedari.. ermm.. semakin usia kita kehadapan.. harap juga amalan kita juga ke hadapan dengan lebih baik dan bertambah realistik selalu.. Kalau di putarkan kembali, sepanjang umur 22 tahun ni sudah banyak yang aku belajar apa itu kehidupan, apa itu matlamat kita sebenarnya hidup di sini, tahun ini jugalah aku akan mengundi buat kali pertama pada 5 Mei 2013.. tapi  bukan nak cerita bab undi ni..  tapi aku nak fokuskan bab usia yang tidak ternilai buat kita sebagai hamba Allah.. Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri sebelum kita tidur.. semoga apa yang kita lakukan lebih baik dari semalam..



Kebanyakkan orang menganggap bahawa dah masuk usia 22 tahun ni dan boleh mengundi, boleh beli keta dan BERKAHWIN??... Ish.. bab ni sampai sekarang aku tak boleh nak jawab.. hihi.. entahlah.. belum ada jawapan lagi kot.. Insya-Allah.. Jodoh tak ke mana...Kalau ada, jangan risau.. nnti aku buatlah pengumuman rasmi di laman sosial (ikut tren zaman sekarang) atau tunggulah aku datang ke rumah kalian eh..


Apapun aku berharap aku akan berjaya dalam hidup ini, berjaya di dunia serta di akhirat kelak, itu yang lebih dituntut oleh agama.. Jangan fikir dunia sahaja, akhirat pun kena fikir juga eh..



Terima kasih kepada semua yang wish bithday aku.. aku hargai hargai :) Kepada keluarga tersayang, terima kasih kerana sediakan jamuan yang tidak ternilai pada hari istimewa aku ni.

p/s : Dah terima ugutan untuk membaling tepung dan telur.. haisshhh.. Ini serius~! hihi

Sunday 21 April 2013

Paku




Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Maafkan saya jua kerana mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.. Jika saya mengambil sesuatu yang berharga yang anda inginkan, saya akan lepaskan untuk anda, untuk tatapan kebahagiaan anda.

p/s : ermmmm.. :(

Tuesday 16 April 2013

Outing to PC Fair KLCC 2013/1

Assalamualaikum...

Banyak pilihan yang terdapat di pameran PC ni dan tawaran harga pun agak berbaloi


PC Fair adalah pengendali events elektronik dan barangan gadget dan komputer yang terbesar di Malaysia. So, hujung minggu lepas aku tidak ketinggalkan menyertai pameran jualan tersebut yang berlangsung selama 3 hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula dari pukul 11.00 pg sehingga 9.00 mlm. So.. yang hari yang terbaik semestinya hari sabtu kan iaitu hari kedua.. dan berlumba aku ke sana dengan hanya keseorangan.. hurm.. yealah.. ajak kawan2 yang lain.. masing-masing buzy dengan hal masing-masing dan alasan tersendiri.. tapi tak kisahlah.. hehe.. sebab kawan aku dah siap tunggu di sana.. hampir sejam rasanya dia menunggu aku.. hehe.. maafkan cheq ha.. lalalala, alah jem katakan.. huhu.. Sesampai aku di sana.. aku pun apa lagi.. jejalan kat dalam pusat konvensten tu.. perhhh.. macam2 ada.. siap offer lagi... bukan setakat harga malahan warranty pun sama... hebat2 betul saingan jualan nih.. jalan dan jalan... belilah barangan yang aku listkan.. dapat la tawaran harga yang berbaloi.. just beli ink botol, kertas gambar, kertas double A dan lain2 peralatan yang diperlukan..

Asus adalah pilihan yang berkualiti dan tahan lasak


Jelajah dan jelajah pusat konvensyen tu.. tiba2 terasa sesuatu menganggu di perut.. hehe.. minta diisikan dengan makanan la tu.. haha.. so kami beli bungkus di medan selera Suria KLCC dan bersantai di taman KLCC yang penuh dengan keluarga yang berhujung minggu dan kanak2 serta ahli2 photografi yang ingin mengambil ilham alam ciptaan Allah SWT.

Minum dulu eh.. hihi


Kami meneruskan perbualan sambil menjamu selera... Tepat pukul 1.17 petang, azan pun berkumandang menandakan masuk waktu solat zohor bagi wilayah persekutuan kuala lumpur.. aku pun melangkah ke masjid berhampiran iaitu Masjid As Syakirin yang berhampiran dengan taman KLCC.

Singgap jap untuk cas iman


Selepas solat, aku pun jejalan kt Suria KLCC dan Taman KLCC. Bagi aku hari minggu adalah hari yang paling sesuai untuk pelajar macam aku.. yealah.. Hari isnin hingga hari jumaat asyik buzy hari aktiviti pembelajaran.. so hari minggu la peluang untuk kita mengambil udara segar dan outing dengan kawan2 korang. Tambahan juga, pameran PC ni bagus juga untuk kita lebih mengetahui apa teknologi yang sedang berlangsung. Kita bukan hanya jadi pengguna tetapi kita juga tahu perkembangan semasa tentang dunia IT, gadget dan elektronik ni.


dapat juga aku beli barang yang disenaraikan dan dapat hadiah dari pihak yang berkenaan. Harap-harap aku dapat outing lagi.  Dapat juga hilangkan rasa tekanan dan menghirup udara segar.. Oklah, setakat ini lah dapat aku konklusikan mengenai hari aku ke PC Fair 2013/1 KLCC.

konklusinya :)


p/s : penat tapi seronok dapat hilangkan tekanan dengan melihat kehijauan ciptaan Allah SWT :)

Monday 1 April 2013

final oh final.. Doakan saya..

Assalamualaikum...

Bila dah masuk dewan peperiksaan ni, rasa macam nk sawan pun ada =.=" 

Baru je call ummi.. terasa rindu aku tak pulang ke kampung halaman hilang bila dengar suara beliau.. terima kasih ummi sebab bagi sokongan dan doa untuk anakmu yang nakal ni.. hihi.. Sempat lagi aku mengarang di blog ni dan berangan.. Padahal esok (1 April 2013) aku akan menghadapi Final Exam . Bila mana tiap kali menjelang peperiksaan hampir keseluruhan jentera tubuh ku dijangkiti penyakit "M" .. jangkitan Malas yang menyerang mengikut musim .."Argh...Esok pagi bangun sebelum subuh..study study" bisikan ayat yang berulang ulang kali aku laungkan sebagai pembakar semangat ku... hahaha..

“Datang sahabat nabi yang sudah terbakar tubuh belakang, bertanyakan Rasulullah SAW; mengapa tidak Allah timpakan saja mereka (penentang dalam perang) dengan kekalahan?” -petikan kisah sirah di zaman perang

Bayangkan, itu sahabat nabi yang sudah tubuh belakangnya terbakar hangus, baru dia bersuara bertanyakan sebegitu. Kita yang duduk, baring, makan, tidur ; layakkah kita mempersoalkan tentang soal kemenangan??..

Dan kadang aku yang asyik menadah tangan memohon merayu pada ALLAH dengan hanya secebis debu usaha ku membuatkan aku terdiam sedikit menangis. Sudah sedikit meleleh, tapi ku tahan juga dengan gelak tawa pura pura ku...

Kelmarin sang labah labah di jendela ku mengajar aku erti berjiwa besar tidak mudah berputus asa .. Setiap angin menghancurkan sarangnya , labah-labah membuat lagi sarang yang baru. Seratus kali rumahnya rosak, seratus kali pula labah-labah membangunnya kembali.

Dan jiwa ini pasti tersentak tatkala ditanya ... Doakan saya eh kawan-kawan..

p/s : mar telah melabuhkan tirainya dan april membuka lembaran baru.. 

Saturday 23 March 2013

Kenangan itu...

Assalamualaikum..

Banyak orang kata pengalaman itu mendewasakan kita.. Bila dilihat semula, gambar2 dengan kengkawan  dengan masa sekarang.. amat berbeza dari pelbagai sudut... sekarang ni, ramai kengkawan aku dah bekerjaya dan ada juga telah meninggalkan aku buat selama-lamanya :'(

Hari ni aku nak share sikit cherita aku dan kawan sekolah aku.. tengah hari tadi aku dapat call, jantung aku hampir luruh bila terdengar dia dah kembali ke rahmatullah.. Dia kemalangan dengan motosikal.. Aku tak sangka.. macam ni akhir ceritanya.. aku redha atas pemergian dia.. Dia adalah kawan sekolah aku dari sekolah menengah lagi (SMK Jelutong, Pulau Pinang).. Bila di ingat semula.. seronok dapat lepak2, sembang2 masa cikgu xde dalam kelas.. Kalau aku bawak moto, dia orang yang tak penah leka untuk tegur aku.. macam2 kenangan indah yang tak dapat aku ungkapkan kat sini.. Bila diingat semula, seakan air mata jatuh membasahi bumi.. banyak kenangan.. banyak sangat kenangan.. mungkin itu ajal dia..

Semua orang akan diuji oleh Allah, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari dia, kembali lah kepada Tuhan yang maha satu, Allah SWT. Sakit merasa kehilangan orang itu tidak dapat digambarkan

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.

"Sahabatku, Faiz Zainuddin.. terima kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini.. aku tak akan pernah melupakan kamu.. terima kasih atas segalanya.. terima kasih... Semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin..."
Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un.
Dalam Kenangan
 13 Julai 1991 - 23 Mar 2013

Thursday 14 March 2013

Masalah oh masalah... penyelesaiannya?

Assalamualaikum...



KITA sering mengkhayalkan alangkah untungnya jika kehidupan di dunia selalunya mudah. Segala keinginan kita tersedia tanpa sebarang rintangan atau perlu untuk bersusah payah. Namun suatu hakikat yang diterima semua manusia ialah kehidupan ini penuh dengan segala rintangan dan cabaran. Kesenangan dan kesusahan datang silih berganti.

Bahkan Allah menyatakan dalam al-Quran, kehidupan ini akan silih berganti antara kesenangan dan kesusahan. Firman Allah dalam surah Alam Nasyrah ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Tidak ada jalan mudah bagi manusia. Sebagai makhluk lemah, manusia terpaksa mengharungi semua rintangan untuk mencapai sesuatu matlamat atau untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia biasa sememangnya terpaksa bergantung dan berhajat kepada orang lain dalam memenuhi keperluan kehidupan di dunia ini.

Sebenarnya segala masalah dan rintangan ini mengandungi suatu hikmah yang amat besar manfaatnya kepada manusia. Ia menyedarkan betapa kita adalah hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada-Nya dan berkeadaan serba kekurangan dan kelemahan. Kita tidak dikurniakan segala macam kesempurnaan oleh Allah dalam mengharungi hidup ini. Bahkan kita perlu menempuhnya dengan pelbagai ujian. Dengan segala masalah, tekanan dan ujian ini manusia menyedari ia hanya seorang hamba yang hina di sisi Tuhan Yang Maha Kaya. Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: "Tuhan yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Mulia dan Maha Pengampun."



Kehidupan dan kematian adalah juga suatu ujian yang Allah tetapkan.Ujian yang kita harungi bukanlah sebagai suatu yang sia-sia. Ia adalah satu proses peningkatan darjat dan kedudukan kita yang lebih tinggi di sisi Allah. Kesabaran, kecekalan dan tawakal dalam menghadapi segala macam pancaroba kehidupan menjadikan seseorang itu beroleh pahala yang banyak dan berganda berbanding orang lain yang tidak diuji dengan ujian dan cabaran itu. Akhirnya ia akan bertambah hampir kepada Allah disebabkan pahalanya itu dan kerana banyak berhubung dengan-Nya melalui doa daripada tawakal. Atas sebab itulah darjat mereka yang diuji dengan masalah dan rintangan lebih tinggi dan mulia di sisi Allah. Sehinggalah ke satu tahap ia benar-benar diterima sebagai manusia yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Oleh itu, seharusnya kita bersyukur di sebalik menerima segala permasalahan kerana ia mengandungi hikmah dan rahmat iaitu menyedarkan kita siapa diri kita dan juga mengingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang perlu kita tunaikan kepada Allah.

Apabila kita menyedari dan menghayati hakikat ini nescaya kita akan kembali kepada Allah setiap kali menghadapi masalah. Dengan cara ini masalah yang kita hadapi akan menjadi ringan. Ini kerana masalah yang mendatang itu tidak lagi dirasakan sebagai beban bahkan dianggap sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah, peluang memperbaiki kesilapan dan medan meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Janganlah jadikan diri kita putus asa dengan hidup ini dan putus harap dengan rahmat Allah. Orang yang tidak kembali kepada Allah akan mencari cara penyelesaian yang lain untuk menyelesaikan. Iaitu penyelesaian yang bukan saja bercanggah dengan tuntutan agama bahkan menyalahi fikiran yang waras. Manusia yang tidak menjadikan agama sebagai cara hidup, akan bergantung kepada akal semata-mata dalam menyelesaikan segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Kebingungan, tekanan perasaan, kecelaruan pemikiran dan sebagainya yang biasanya menimpa mereka yang ditimpa masalah akan menjadikan mereka mengambil keputusan penyelesaian yang kurang bijak, terburu-buru dan mengikut perasaan. Sebab itulah ada kalangan mereka yang mengambil jalan pintas dengan menelan pil tidur, menggantung diri, menggunakan dadah dan sebagainya yang jauh daripada lunas-lunas agama dan etika moral.

Orang yang beriman pula akan kembali kepada Allah dengan berdoa, membetulkan kesilapan, memohon rahmat, bertawakal dan seterusnya menyerahkan keputusan untung nasibnya kepada Allah. Mereka juga menyedari bahawa segala masalah yang menimpa adalah tanda kasihnya Allah kepadanya iaitu masalah itu menjadi penyebab kepadanya mendekatkan diri kepada Allah daripada kelalaian dan keterlanjuran.

Dengan itu, ia berkesempatan memperbetulkan kesilapan dan keterlanjuran itu sebelum ajal dengan pintu rahmat dan pintu keampunan sudah tertutup. Itulah hikmah dan rahmat di sebalik segala masalah dan kesulitan yang sering manusia lupa.

p/s : sentiasa realistik menghadapi masalah :) Berdoalah, sesungguhnya dia maha mendengar dan mengalukan2 doa dari kita.. oklah nak siapkan windows server 2003 nih.. wassalam :)

Thursday 7 March 2013

Pray for Sabah



Kali ini aku just nak cakap tentang peristiwa yang berlaku di Sabah ini terutamanya di Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

First sekali aku mohon kita Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat Sabah dan Malaysia. Doakan juga buat para pejuang negara kita yang sedang bertugas dalam usaha mengembalikan keamanan negara. "Ya Allah ya tuhanku, jauhi lah mereka dari malapetaka, permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah". Doa kami rakyat malaysia mengiringi kamu semua wahai pejuang negara. Amin...

Ucapan takziah untuk mereka yang telah terkorban demi pertahankan negara dan menjadi perwira negara yang akan diingat buat selamanya.. semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini semua..
                                                     ~AL-FATIHAH~

p/s : Tapi memang sedih melihat sesetengah pihak yang suka buat statement mengeruhkan lagi keadaan. Really hoping everyone can unite to handle this matter...


Friday 15 February 2013

Berita sengal.. hihi

Jumaat 11/1/2012 - Rakyat Malaysia adalah salah sebuah negara yang sangat suka kepada barangan percuma kata salah seorang yang tidak mahu namanya dipaparkan di sini. Bermula dengan Baskin Robbins memberikan ais krim percuma, kita dapat lihat bagaimana rakyat negara itu sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan satu scoop aiskrim yang rasanya tidak lah sesedap mana.

Fenomena ganjil telah berlaku semalam dan berterusan sehingga hari ini dimana Maxis/Digi/Celcom/Tune Talk/Umobile telah bankrup apabila salah seorang penduduk Malaysia telah membina satu Facebook application dimana application itu mampu memberikan RM5 topup secara percuma kepada pengguna aplikasi itu.

"Saya telah diberhentikan dari jadi cleaner di Maxis center kerana Maxis telah mengalami berbilion ribu ringgit kerugian apabila salah seorang penduduk Malaysia membina satu aplikasi Facebook untuk memberikan topup percuma kepada semua rakyat Malaysia", kata salah seorang cleaner di Maxis Center yang agak besar di Johor.

Ekoran dengan pembinaan aplikasi tersebut, kebanyakan admin group di Facebook menjadi tokey topup apabila ramai ahli-ahlinya menggunakan servis aplikasi itu. "Saya telah menjadi seorang taukeh topup apabila ahli2 group saya memberikan semua hasil free topup kepada saya atas tanda terima kasih kerana membantu ahli group Facebook saya selama ini", ujar salah seorang Admin di salah satu Facebook Group yang terkenal.

Anakanda Kerisnan telah memberitahu kami bahawa semua syarikatnya terpaksa ditutup akibat menganggung kerugian yang tinggi sejak malam semalam. "Disebabkan nila setitik, habis semua susu saya", katanya kepada wartawan kami. Dan sekarang Anakanda Kerisnan hampir muflis ekoran kejadian malam semalam.

Berlainan pula dengan syarikat telekomunikasi SalamPadFone dimana mereka tidak mengalami apa-apa kerugian kerana tidak ramai yang menggunakan servis mereka dan ada antara rakyat Malaysia yang langsung tidak tahu kewujudan syarikat telekomunikasi itu. "Kami berharap syarikat SalamPadFone kami akan naik setelah Maxis/Celcom/Digi bankrup", kata salah seorang pekerja di SalamPadFone yang gajinya dibayar terlalu murah akibat syarikat itu kurang mendapat untung.

Berkenaan dengan Rakyat Malaysia, kami masih lagi menunggu lain promosi/aplikasi Facebook untuk mendapatkan benda lain pula secara percuma. "Mungkin selepas ini kami akan membina aplikasi untuk mendapatkan Iphone 5 pula secara percuma", ujar salah seorang developer aplikasi Free Topup RM5 yang mana sudah lama berdendam dengan Apple kerana beliau menggunakan Android.

Lain pula dengan Mark Zuckerberg, beliau berkata terdapat ramai pengguna baru Facebook di Malaysia sejak malam semalam apabila revolusi Free Topup RM5 ini tercetus. Ini kerana terlampau ramai yang membuka fake account untuk mendapatkan free RM5 topup lebih dari orang lain. "Saya amat terkejut dengan Malaysia sejak semalam disebabkan terlampau ramai pendaftar baru Facebook di Malaysia. Server Facebook di Malaysia hampir down akibat peristiwa semalam", kata Mark Zuckerberg dalam bahasa Israel.

Walaubagaimanapun, kami selaku penulis akhbar ini sentiasa mengalu-alukan application developer di Malaysia supaya menulis satu Facebook application untuk memberikan Nexus 4 percuma kepada rakyat Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia terlalu bengang dengan tindakan LG yang menjual harga Nexus 4 dengan harga yang amat tinggi walaupun kita tahu harga di google store telah mendapat subsidi dari Google.

Wednesday 13 February 2013

Cuti-cuti rehatkan minda :)


Assalamualaikum.. hai semua.. cuti sempena tahun baru cina ni korang buat ape? share la kalau ada aktiviti yang korang jalankan eh..

Perjalanan pulang dari kampus pada hari Jumaat, selepas waktu asar amat memakan masa kerana perjalanan kami melalui kesesakkan lalu-lintas sepanjang lebuhraya utara-selatan.. apapun, kami bersyukur perjalanan kami sampai ke kampung halaman pada pukul 11.45 malam.. lama kan? ikut2 dalam 4 jam boleh sampai Jelutong dari Bangi termasuk behenti di RnR (Rehat dan Rawat oleh Plus) untuk solat dan mengisi perut yang sedang beroppa gastrik style.. huhu..

Cuti ni aku just ronda-ronda island.. merehatkan minda sebelum pulang ke kampus pada minggu seterusnya. Cuti ni juga aku tak lupa untuk menziarah arwah kubur makcik yang aku sayangi.. aku yakin dia baik-baik saja disana :')

Pantai berhampiran Queenbays Mall  Penang
Tempat favorite aku adalah pantai.. bila aku tengok pantai dengan angin sepoi2 bahasa dapat menghayati keindahan penciptaNya dan dapat tenangkan fikiran aku dari semua kekusutan yang melanda.




Sejuk je mata bila melihat hijau :)

Permandangan dari Balik Pulau

Tempat rehat disediakan di puncak

Tidak sah kalau aku tak round island sekali.. Round island adalah untuk melihat permandangan dari puncak ke seluruh pulau pinang.. Kalau anda naik moto tak boleh bawak laju2 sebab jalannya macam ular dan berbahaya.. if nak pergi juga... ramai2 baru sempoi dan ada feel sikit.. Bila korang round island anda akan nampak dusun durian dan boleh beli durian dan buah-buahan tempatan yang di jual di satu kawasan akan korang nampak nanti.. kat situ juga ada air terjun.. alang2 singgah jangan lupa bawak baju.. nanti boleh mandi :) tapi anda kena ingat malang tidak berbau.. air deras yaww dan batu2 lincin.. hati2 ya.. kalau konvoi malam2 harus dielakkan.. sebab kawasan ni keras sikit yaww..

Indah sungguh ciptaanNya :)

kalau anda jumpa damp teluk bahang, maknanya anda akan ke batu feringgi







Tempat mandi-manda keluarga. percuma sahaja kecuali tandas :)
Taman Rimba Pulau Pinang adalah tempat mandi manda keluarga sebab ia dan sediakan partition kolam dari sumber air terjun dan mata air. Setahu aku, ia bukan hanya tempat mandi tapi mempunyai muzium yang berkaitan rapat dengan sumber-sumber hutan dan juga menempatkan peliharaan rimba.. nak tahu lagi? datanglah sini dan hayati keseronokkannya. Memang tak rugi.. ;) Berhampiran Taman Rimba ni ada lagi satu taman iaitu Taman Rama-Rama (Penang Butterfly Farm).


Isi minyak kejap kat Batu Feringgi.. huhu :)

Taman Belia adalah tempat riadah bagi orang awam diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Taman Belia adalah tempat yang korang boleh riadah, mandi (Kolam disediakan), bersenam dan bersukan.. ramai juga para remaja main skateboard.. oh ya, kat sini ada lintar untuk korang berlatih dan bermain skateboard dan boleh beraksi dengan basikal BMX yang lasak tu.. memang hebat betul diorang.. permandangan tempat ini di kelilingi kehijauan dan best untuk jalan2 :) Tidak lupa untuk bersenam walaupun aku ada asma.. bersenam mengikut kemampuan je.. sakit kena lawan.. kuat dan terus kuat :)

p/s : esok kena beli jeruk untuk kawan2 :) hope depa suka :)

Sunday 3 February 2013

Siapa Kawan dan Sahabat Kita?



Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”. 

Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian. 

Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya. 

Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. 

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi.
Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai? 

1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; 

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

4 KATEGORI SAHABAT


  • SAHABAT YANG TAMAK:
Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 

  • SAHABAT HIPOKRIT: 
Ia berkenaan denmenyatakan bersahabat gan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup. 

  • SAHABAT PENGAMPU : 
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu. 

  • SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN : 
Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
P/s :Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah.

Sahabat atau Kawan?


Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi aku sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....


bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..

p/s :Sayangi sahabat dan kawan kita..

Sunday 20 January 2013

oh darah.. >.< (Bagi trauma dengan darah, Jangan baca :P)

Assalamualaikum bloggers... hari ni just nak share sikit story aku kat korang.. tapi kalau anda tak suka darah dan kaitan dengan sewaktunya, anda di harap jangan membaca sebab aku selitkan dengan gambar aku kena hiris dengan cermin... macam kena tetak.. cer korang tengok gmbr nih..


Gambar ni aku tangkap sehari selepas kena hiris.. agak terkejut la, masa tu aku nak buka plaster.. yealah, aku tak biasa makan dengan sudu.. so terpaksa juga makan dengan sudu akhirannya.. oh yea.. lupa nak bgtahu.. ni tangan kanan... hehe

Friday 11 January 2013

Permulaaan 2013 : Inspirasi Realistik 3

Alhamdulillah.. aku masih bernafas dalam tahun baru masihi ini...

Hari ini sudah bertambah lagi setahun umur kita. Jika toleh ke belakang tahun 2012 (Jan, Feb, Mac, April, May, Jun, Julai, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis) apa yang telah kita lakukan? apakah kelemahan tahun-tahun lepas ingin kita ulang bagi tahun 2013 ini..
Jika sikap kita lebih teruk dari semalam, celakalah kita..

Biarlah esok menjadikan kita manusia hamba Allah yang lebih baik dalam segala hal...
Dalam amalannya
Dalam percakapannya
Dalam tingkah lakunya
Dalam sikap
Dalam alam pekerjaan, dalam alam belajar..
Biarlah segala yang kita lakukan lebih mendekatkan kita kepada Allah..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Insya-Allah :)  So tahun ni.. tema aku still sama tapi yang ke-3 (Inspirasi Realistik 3). Kenapa aku pilih tema nih? sebab dalam kehidupan seharian kita penuh dengan dugaan.. so kadang2 emosi tak tentu arahkan, stress datang lagi >.< migrain melawat selalu.. so jadilah realistik.. bukan untuk diri kita aje tapi untuk orang yang berhampiran dengan kita, seperti kawan2, family, lecturer ataupun orang2 yang kita selalu kena berkomunikasi seperti pelanggan kita. makcik yang jual nasi lemak pun kena jaga adab pertuturan.. ingat~! yang muda disayangi, yang tua dihormati..

Friday 28 December 2012

Ukhuwah with them all (ReUniOn BbQ pArTy)

Alhamdulillah.. reunion BBQ dapat berjalan dengan lancar pada 26 Disember yang lepas selepas sembahyang maghrib kami berkumpul dan menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang telah dibeli..
Antara gambar-gambar kemeriahan BBQ kami :)






semua yang terlibat tapi ada lagi gang tapi yang malu nak bergambar..


nyum3... hihi :)



Proses membakar ayam dan juga kerang

Ikan bakar versi kami.. hehehe..

Kerang berlemon.. 

Antara geng2 yang menjayakan.. ada lagi xsempat nk masuk bergambar..

Antara menu BBQ kami
  1. LaHoney Chicken Spicy 
  2. Virgin Cockles Lemon grass with Sambal Belacan 
  3. Sausage Grill 
  4. Tropedo Satay -Chicken , Meat and Perut 
  5. Siakap Costa Vista Grill 
  6. Craby Crab Fushh 
  7. Pari Pearl Dream 
  8. Keli Holywood Grill 
  9. Laksa Mutiara 
  10. Domino Pizza 
  11. Durian

Alhamdulillah.. tersangatlah kenyang.. moga ingatan ukhuwah antara kami tidak akan terputus.. hope ampa semua berjaya dalam kerjaya masing2.. see u again :)

Ehem2: Siap bawak balik rumah.. tapaw2.. bwk balik sambil menonton astro.. hihihi... last sebelum ending BBQ, hasrul kena balik planta for his birthday.. 



Wednesday 12 December 2012

Final Exam Bermula~ #Semester 2 @GMi

Assalamualaikum.. ermm.. hari ni baru je aku lepas jawab paper english.. esok pulak mathematics, lusa german language (maklumlah belajar kt German-Malaysia Institute, wajib ambik subjek ni..) minggu depan, kertas network dengan programming... lepas tu fly la aku ke penang.. hohoho~.. tapi sebelum itu.. kena jawab paper exam elok2.. baru la tenang nak balik kampung nanti.. hihi ^_^

Gambar kampus GMi dari Hostel..

Semoga Allah membuka jalan, hati dan mindaku waktu jawab exam nanti..Doakan aku..YA FATTAH YA A'LLIM..Yang Maha membuka jalan yang lurus, Yang Maha berilmu...kurniakanlah sedikit kepadaku kecergasanMu dan kebijaksanaanMu..agar mudah aku menjawab soalan peperiksaan nanti..AMIN......
psss..: Doakan eh kawan2 :) semoga dapat yang pointer terbaik.. Insya-Allah..

Saturday 25 August 2012

Selamat Hari Raya~!

Banner Hari raya aku.. home make design.. hihi
Assalamualaikum.. Alhamdulillah tahun ni dapat aku beraya di kampung halaman selama seminggu.. maklumlah dapat cuti seminggu kan.. so aku gunakan masa aku ni pergi melawat kawan2 dan saudara terdekat... So banner aku tetap ada untuk setiap tahun hari raya nih.. maksud banner ni bukan nak tunjuk design aku ni cantik ke idak... tapi aku ada mesej yang amat bermakna di hari raya ni.. sebenarnya hari raya adalah platform untuk kita saling bermaafan.. bak kata "buang yang keruh, ambil yang jernih". lupakan yang lama, mulakan yang baru.. islam juga menggalakkan kita supaya tidak bermusuhan sesama sendiri..

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Saja nak promo baju raya nih.. hehe.. 
Macam mana dengan hari raya korang, mesti hebat kan.. Dalam keseronokan kita menyambut Aidilfitri, tak lupa juga buat saudara kita di Palestin, Iraq dan bumi-bumi islam yang ditindas oleh orang2 kafir yang ingin hancurkan islam.. semoga mereka2 itu akan mendapat hidayah Allah suatu hari nanti.. amin...

Mengenai cerita raya anda.. meh kita kongsi yop... ok nih cherita aku.. Pagi2 raya... bangun subuh, solat berjemaah bersama ayah tersayang... lepas tu.. tolong mak aku siapkan apa yang patut... mandi di pagi raya.. pakai baju baru, siap yang wangi-wangian.. hihi.... ambik kunci (orang kedah panggil suis) hidupkan moto kriss aku... apa lagi.. race ke Masjid Negeri Pulau Pinang.. (helmet aku tak bawa pun, polis raya kan.. hihi).. sembahyang raya... dengar khutbah raya.. dan balik la ke rumah.. (lapaq) makan la pagi sambil tengok tv... selepas tu, aku pergi ziarah ke rumah kawan2, saudara terdekat.. Alhamdulillah aku masih dapat duih raya walaupun umur dah 21 tahun yaww... tapi orang kata aku baru umur 18 tahun, depa puji aku muda atau depa kata aku tak matang lagi ha.. xpalah orang puji kita terima ajelah.. ok inilah cerita raya aku yang tak berapa gempak sangat.. kalau korang rasa raya korang gempak.. share ya :) jumpa lagi, Assalamualaikum..