Semoga Seluruh Umat Islam Mengecapi Kejayaan di Dunia, Akhirat Kelak..
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair.

adrr

Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts
Showing posts with label Ridzuan's Shout Out. Show all posts

Wednesday 29 October 2014

Apa Guna Bertunang, Kalau.....



Saya amat bersimpati dengan nasib sahabat saya yang bagi pendapat saya beliau ‘dibuli’ oleh tunangnya.

Mengapa? Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar tetapi telah diminta oleh pasangannya untuk membuat itu dan ini, pasti ianya dianggap melampau.

Syarat tunang (perempuan) kepada sahabat saya ialah beliau perlu menghadiahkan sehelai sejadah berbulu kambing yang pasti mahal harganya, sebuah kamera DSLR yang berharga tinggi, dan meminta pihak lelaki menanggung majlis pertunangan dan menjemput orang ramai ke majlis tersebut.

Bagi saya sahabat saya itu sudah ‘kopak’! Buktinya beliau ke hulu ke hilir berjumpa dengan rakan dan taulan untuk meminjam duit! Perbelanjaan harian sudah tidak terurus dan sering ‘terguna’ duit yang ayahnya beri untuk membayar bil Astro gara-gara tidak ada duit untuk membeli makanan! Bukankah itu sudah ‘kopak’ namanya?

Satu lagi yang saya simpati ialah tunangnya akan ‘meninggalkan’ dirinya jika tidak kurus mengikut selera si perempuan (badan sahabat saya agak besar). Bersungguh-sungguh rakan saya itu menurunkan berat badan secara terpaksa, Herbalife dan Gym sudah banyak kali dicuba.

Sekarang saya tidak tahu apa nasibnya kerana berat badan belum turun-turun lagi dan duit banyak habis untuk pertunangan tersebut!

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman seperti ini dan mungkin ada yang lebih teruk lagi!

KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN

“Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa”

“Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa”

Mungkin bagi diri sahabat saya itu, permintaan kekasih adalah satu pengorbanan bak kata pepatah “Gunung-ganang sanggup direntasi, lautan luas sanggup direnangi”, segalanya akan diturutkan untuk kekasih hati. Betul tak?

Orang bercinta, kalau diminta intan permata oleh kekasihnya, sanggup menggapai bintang bak kata Yuna. Maknanya, kalau kekasih minta Pizza di pasar malam pasti akan dibelinya Pizza Hut yang paling mahal! Itu lumrahnya, kita akan memberi apa yang terbaik semata-mata mahu melihat kekasih kita bahagia.

Walaupun orang luar melihat pasangan kita pisau cukur, gedik, seksi, banyak karenah, maintanance tinggi dan sebagainya, semua itu akan dipersetankan jika cinta sudah meresapi ke dalam sanubari insan yang bernama kekasih.

Persoalannya, adakah hanya kerana cinta semua yang diminta oleh pasangan kita perlu dilaksanakan? Oh! Tidak semestinya.

Mengikut cerita-cerita yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berpengalaman, kita tidak boleh memberi sepenuh jiwa dan raga kita sebelum berkahwin. Lebih-lebih lagi memang semestinya dalam agama Islam pun tidak membenarkan perhubungan yang ‘terlebih’ dan mencetus kepada kemaksiatan.

Dia belum lagi menjadi isteri atau suami kita, oleh itu kita belum lagi mempunyai tanggungjawab untuk menanggung dan memberi sepenuh perhatian kepadanya. Jika tidak perlu memberi sepenuhnya sebelum berkahwin adalah kita tidak perlu setia?

Tidak. Pertunangan adalah sesi berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga sebelum akad nikah berlangsung. Dalam tempoh ini setiap pasangan masih mempunyai peluang untuk menerima atau menolak hasrat hati mereka. Di masa ini jugalah para wali boleh membuat pilihan sama ada menantu yang akan menjaga anak kita nanti boleh diharap atau tidak.

Ramai yang tersilap memahami makna pertunangan. Kebiasaannya, ramai orang yang beranggapan bahawa bertunang adalah tiket ‘dekat-dekat’ dan confirm aku punya! Ramai juga yang beranggapan bahawa majlis pertunangan adalah sesuatu yang wajib ditekankan dan dipandang berat.

Oleh kerana itulah, ramai yang sudah membuat majlis pertunangan secara besar-besaran dan meminta itu dan ini sehingga pasangannya sanggup berhutang keliling pinggang! Semuanya hanya kerana mahu mengikut trend dan malu bila orang kata “bila You bertunang? tak tahu pun!” atau “majlis tunang You, biasssssa jer”.

APA GUNA BERTUNANG, KALAU…

Apa yang perlu dibuat semasa bertunang? Di sini saya tidak berhasrat menyentuh bagaimanakah memilih calon isteri/suami yang sesuai, kerana perkara ini semua orang sudah tahu berdasarkan hadis Nabi yang popular. Pilihlah yang terbaik untuk kita dan ianya adalah begitu subjektif kepada seseorang. Calon? Terserah anda.

Berkenaan soal bertunang, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa kita perlu merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan melalui Walimatul Urus.

Disebabkan demikian, tidak perlulah si bakal isteri mahukan yang mahal-mahal daripada si bakal suami. Disebalik kesusahan menyediakan hantaran untuk perkahwinan, kini dibebani pula dengan hantaran pertunangan yang sudah mengalahkan puteri raja.

Seorang lagi rakan saya pernah berkata : “Apa guna bertunang mahal-mahal, kalau tak boleh pegang-pegang lagi!”. Sebab itulah sebenarnya kita tidak perlu bersusah payah membuat majlis pertunangan yang hebat, bukan boleh buat apa-apa lagi pun.

Apa yang perlu dibuat ialah menjaga batasan, membuat persediaan yang terbaik dan menjaga kesetiaan agar tidak terkandas di tengah jalan disebabkan ‘peranan’ orang ketiga.

Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan semua yang telah menamatkan zaman bujang. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian sehingga ke syurga hendaknya. Insya-Allah.

Yang belum ni bila pulak?

p/s:DAH BAGI MASA BERTUNANG, MASA KAHWIN NAK BAGI APA?

Monday 6 October 2014

Trip to Cameron Highlands : Day 1

Assalamualaikum...

Kami sampai ke destinasi pertama di Cameron Highlands pada pukul 8.20 pagi iaitu di Cameron Valley Teh House.

Cameron Valley Teh House.

Cameron Valley Tea House mempunyai ciri-ciri persekitaran yang lebih aman kerana lokasi yang agak terpencil. Menghirup teh yang segar dengan mempunyai pemandangan di aras bumbung yang menghadap ke bukit teh, manakala kedai dipenuhi dengan produk-produk kumpulan Bharat terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan kaunter kafe. Bagi kebanyakan pelawat yang tiba di Cameron Highlands dari Tapah, rumah teh itu yang merupakan perhentian pertama sebelum Brinchang.

Pintu masuk ke kafe Cameron Valley yang diuruskan oleh Bharat Group

Pemandangan Sekitar di Cameron Valley


Sarapan Pagi

Kami bersarapan pagi di astaka yang terletak di pekan Brinchang.

Harga boleh la.. Tak mahal sangat.. tak murah sangat. Hidangan kami nasi berlauk ayam :)

Taman Agro Tourism

Lokasi pertama -  Taman Agro Tourism

Kami memulakan perjalanan kami selepas waktu solat jumaat. Anggaran dalam 600 m dari lokasi penginapan kami tiba di Taman Agro Tourism. Taman ini bukan saja mempunyai strawberry semata-mata saja tapi mempunyai kehijauan tumbuh-tumbuhan malahan sayur-sayuran yang segar juga turut boleh didapati di sini.

Tomato merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan.
Buah tomato.. :)

Dessert ^_^

Kami tiba di puncak Taman Agro Tourism dan singgah sebenar di kafe di sana untuk merasaikan kesegaran pencuci mulut yang pelbagai dan juga dicampur dengan buah strawberry untuk hidangan yang lebih menyerlah serta memikat hati. Kami mencuba Ice Cream Strawberry Float dan sangat penyegarkan dengan suasana nyaman dan sejuk.



Pengunjung boleh memetik dengan sendirinya buah strawberry yang segar. Pengunjung dibenarkan untuk memetik buah strawberry minimum 1/2 setiap raga dan hanya dua orang sahaja dibenarkan dikawasan ladang tersebut. Selain strawberry, pengunjung juga boleh menikmat salad segar yang juga ditanam berhampiran ladang strawberry ini.

Lokasi Kedua : Cactus Valley



Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melihat kartus dari secomel saiz hingga saiz yang gergarsi. Disini dapat lihat pelbagai jenis bentuk kartus dan saiz. Pengunjung juga dapat membeli kartus untuk hiasan mengikut citarasa masing-masing.




Inilah pintu masuk ke Cactus Valley dan juga Taman Agro Tourism. Anda akan melalui Cactus Valley terlebih dahulu. Disamping tu, ada juga kedai-kedai di tepi, sepanjang perjalanan ke taman tersebut di penuhi kedai menjual cenderamata, key-chain, ice cream, baju dan lain-lain lagi.



Lepas tu, kami ke Ladang Teh Boh, Cameron pada pukul 5.30 ptg, malangnya dah tutup pun. Masa operasi ladang ini bermula dari 9.00 pg - 4.30 ptg. So dapat la tangkap gambar diluar kawasan iaitu jalan ke ladang Teh tersebut. Sepanjang jalan ke kawasan kilang ladang teh tersebut ditanam daun-daun teh.

Lokasi Ketiga : Taman Lebah (Bee Farm)



Laluan ke Taman Lebah. Disitu juga terdapat cenderamata, buah-buahan dan pakaian yang dijual

Rumah Lebah.. mohon jangan jerit-jerit, takut dia kejaq ampa untuk minta ciuman.. lol. Di sepanjang kawasan tersebut, ditanam sebagai jenis bunga untuk lebah mencari sesuap rezeki untuk menghasilkan madu.


Cantik kan?

Lokasi Keempat : Pasar Malam Cameron Highlands  (Brinchang Night Market)



Lokasi terakhir untuk hari pertama kami ke pasar malam berhampiran Balai Polis Brinchang. Pasar malam ini selalunya dari info yang saya terima akan wujud pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami pun berada dilokasi pada hari Jumaat. Apa yang dijual? Macam-macam kot dari pakaian, makanan, strawberry macam-macam gubahan resepi (Strawberry coklat antaranya), madu, teh strawberry, pakaian (baju, jaket dan lain-lain), cenderamata dan pelbagailah. Kalau nak cerita, memang panjang.. haha. Kami membeli lauk untuk santapan dinner nanti. Perkara yang aku tak boleh lupa, member aku (Jay) kena troll dengan makcik nasi goreng..

Jay : haaa.. bagi nasi goreng, makcik
makcik : bagi saja tak boleh, dik.. hahaha.. jangan marah2, gurau. Nak berape?
jay : [muka blur] bagi satu je..
makcik : makan nasi je?
jay : [krik3]
anak makcik (budak) : sambal nak sambal?
jay : Sambal takyah

BERSAMBUNG...

Saturday 17 May 2014

Mohamad Ridzuan Abdul Majid : Alhamdulillah, 23

Assalamualaikum,

Terima kasih :')

Alhamdulillah, saya syukur kepada hadrat ilahi dengan limpah kurnia saya masih bernafas hingga ke hari ini. First of all, terima kasih buat keluarga, kawan-kawan yang sudi wish, mendoakan yang terbaik untuk diri yang lemah ini. Pasti di usia yang ke-23 ini akan membuatkan diri ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Insya-Allah, Doakan ye.

Sabtu lepas (26 April 2014), saya membuat keputusan akhir untuk pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang selepas menerima ugutan dari kawan-kawan seprogram (Network Security) untuk menyambut hari kelahiran saya dengan tepung? oh tidak! hahaha, cepat-cepat pergi beli tiket bas dan urusan saya dipermudahan. Saya pulang pada pukul 2.30 ptg sampai tiba di Penang Sentral, Butterworth pada pukul 7.30 malam serta bersolat di sana sebelum berjalan ke terminal feri. Saya menaiki bas rapid penang dan tiba di rumah dalam pukul 9.00 malam.

Saya kemudian berjumpa dengan rakan-rakan sekolah selepas itu. Mereka menjemput saya. Pada awalnya mereka turut tidak mengetahui hari kelahiran saya. Puncanya saya sendiri. Mananya tidak, call kawan-kawan yang lain tanpa risaukan kredit, lepas tu baru kawan saya tersedar sebab hari kelahiran dia dalam anggaran 30 hari selepas hari kelahiran saya (27 May), so the end saya kena perangkap atas faktor kesilapan sendiri. Diorang siap belanjakan saya burger special lagi dengan air milo.

No Way Out!


Saya di bawa ke Ocean view untuk dinner birthday bersama kawan-kawan sekampung. Ada juga terfikir nak melarikan diri tapi xpelah ni pun kali pertama nak kena dengan diorang kan.. So i make my self enjoyable. So at the saya terkena tepung dan telur. Nasib la dua benda tu, kalau IKM, haaa.. macam-macam experiment diorang campurkan. huh mimpi ngeri.. Ni pun tak tahu lagi kalau balik ke kampus semula.. ntah diorang sambut lagi ke tak.. hahaha.. kalau sambut harap-harap oklah kan..

Penghargaan 


Oh sebelum saya lupa, thanks a lot kepada semua rakan-rakan yang post di wall facebook, whatssap and wechat, maaf sangat-sangat post anda di facebook di private kan untuk tontonan umum, saya sangat hargai semua!

Seiring dengan penambahan usia ini mesti ada target dan harapan kan.. Of course la kan.. Saya tetap nak jadi anak yang soleh dan harap sangat saya boleh bagi sesuatu yang dapat gembirakan hati ibu dan ayah tersayang. and then, saya bersyukur kepada Allah dan saya harap saya dapat menyumbang sesuatu yang baik kepada agama saya. tambahan lagi, hari ini bukan saja usia saya meningkat malah usia blog saya turut mencapai ke-10 tahun.. Alhamdulillah.. surprise tak? hihihi

Cabaran

Semester ni amat mencabar diri ini. Harap semuanya berjalan dengan baik. Saya masih memikirkan apakah projek yang bersesuai dengan network security dan masih buntu. Harap yang ada idea boleh kongsikan ye.. :) Cabaran yang lain? perangai orang sekeliling.. hahaha.. is not big deal.. eliminate those unmotivated.. awas! lawan perasaan yang tidak baik (bisikan syaitan tuu), bersangka baik dan berlapang dada yee.. (pesan kat diri senirik ni.. hihi)

Seindah-indah MIMPI sedarlah ia hanyalah sebuah FANTASI, Sepahit-pahit kehidupan namun ia tetap REALITI. Belajarlah mencari KEMANISAN dari KEPAHITAN kerana di situ lah terletak erti kehidupan

Sasaran


Semua orang mempunyai matlamat and prinsip hidup setiap kali bertambahnya usia, begitu juga dengan saya yang masih mengejar kerjayaan dan yang terbaik dalam hidup. Dalam kehidupan ini, banyak yang dapat saya pelajari dan belajar darinya seperti kekecewaan dalam pelajaran bila sudah mendapat result, perangai orang sekeliling ada tikanya bersifat tidak bermotivasi dan realistik. Bila saya mempunyai masalah, saya akan cuba cari masa dan tempat yang bersesuaian untuk berfikir sejenak dengan apa yang berlaku dan cuba bersangka baik dan berlapang dada bagi mengnuteralkan keadaan dan perasaan kurang baik yang sering dibisik oleh syaitan. 

If you can conquer your inner demons
You're already halfway pursuing your destiny's diamonds -Hlovate

UPSR, PMR, SPM, Test JPJ, Masterchef, Imam Muda or even Cabutan Bertuah at your nearest Supermarket, everyone is fighting their own personal battle. So am I.
No retreat, No surrender. See you all at the finish line. InshaAllah
challenges, here I come 
pray for me :) 

p/s : semester ni take 2 subject, hopefully dapat score.. proposal tak siap lagi.. hahaha

Getting to Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Pada 9 Jun 2014 yang lepas, saya bersama-sama rakan serumah merancang untuk ke Cameron Highlands. Pada mulanya hanya main-main tapi last-last serius akhirnya, so fikir punya fikir,join je la trip ke cameron ni bersama-sama Erwan, Adha dan Shahbri dengan menunggang kuda (motosikal) masing-masing. Kami bertolak dari kediaman sewa (Taman Universiti, Sg Tangkas) pada pukul 4.00 pagi ke lebuhraya utara-selatan seterusnya EXIT di Tapah.

Kami behenti di RnR berhampiran untuk solat subuh dan segarkan diri sebentar
Selepas EXIT Tapah menuju ke Cameron Highland


Selepas kami EXIT 132, Persimpangan Tapah, kami melalui jalan kampung sikit. Dalam perjalanan kami, jalannya tak berapa cantik sangat dan agak berbahaya jika tidak berhati-hati kerana permukaan jalan tidak stabil dan bertampal. So berhati-hatilah.. ingatlah orang tersayang :)


Kenderaan berat juga berbahaya bagi penunggang seperti kami
Antara halangan yang ditempuhi adalah jalan ini turut dilalui lori-lori yang besar. Oleh yang demikian, kami lebih berhati-hati dan bersabar serta berharap selamat sampai ke destinasi. bak kata orang tua-tua, biar lambat asal selamat, yer tak gitu.. hihihi.


Hutan Lipur Lata Iskandar, Tapah, Perak
Kami sampai ke destinasi pertama pada pukul 8.05 pagi, yang masih berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu Hutan Lipur Lata Iskandar yang terletak 25km dari pekan Tapah sebelum menghala ke Cameron Highlands. Kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Disamping itu juga kami sempat shoot beberapa jenis pemandangan yang agak menarik disana. Oh ya, berhampiran dengan kawasan tersebut, ada gerai menjual cenderamata kalau tak silap, bab harga tak pasti sebab tak singgah hanya melihat sahaja.. hihi

P/s : bersambung dalam part seterusnya... stay tune..

Wednesday 30 April 2014

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma : Hidayah Firdaus


Assalamualaikum...


Pernah tak dengar lagu Maher Zain yang berjudul Baraka Allahu Lakuma... Dalam lagu ini mengandungi ucapan yang khas untuk para pengantin yang baru berkahwin. 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (My Allah bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)
Saya juga tidak terlepas untuk mengucapkan kepada kakak saya, Nor Hidayah Abdul Majid dan abang ipar Firdaus Mohd Nasir pada hari pernikahan mereka, 27 Februari 2014 dan majlis resepsi perkahwinan pada 1 March 2014 (wakil keluarga saya) 2 March 2014 (wakil keluarga abang Firdaus).

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari majlis penikahan mereka dan walimatulurus kedua belah pihak pengantin. Sebelum itu, saya nak berkongsi cerita manisnya pada 27 Februari 2014 iaitu hari penikahan mereka. Berikut adalah detik-detik bersejarah yang mereka lakarkan...


Tazkirah oleh Imam dan wajah ayah saya tersenyum sinis.. hahaha


Lafaz Taklik

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri
Akan bersambung -- Part 2 --- hihihi

Wednesday 26 March 2014

Terus Berdoa MH370 | IM529





Setiap manusia diberi hati dan nyawa yg satu.
Ada rintih ada duka bertamu.
Moga Allah melindungi setiap satu nyawa dalam pesawat itu.

Kerdilnya manusia & terbatasnya ilmu kita.Besar & hebatnya kuasa Pencipta. Serta semuanya kembali kpd Allah.

keep praying, hoping miracle..
May Allah SWT bring you home safe flight MH370 ‪#‎pray4MH370‬

Berikut Senarai Nama Krew Anak Kapal Pesawat MAS MH370 :

1. Fariq Abdul Hamid
2. Kapten Zaharie Ahmad Shah
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick Francis
6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd. Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan Ismail


Senarai Nama Penumpang Pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines :

1. An/Wenlan (65) China
2. Bao/Yuanhua (63) China
3. Bai/Xiaomo (37) Canada
4. Bian/Maoqin (67) China
5. Bian/Liangjing (27) China
6. Bibynazli/MohdHassim (62) Malaysia
7. Brodskii/Nikolai (43) Russia
8. Burrows/Rodney Mr (59) Australia
9. Burrows/Mary Mrs (54) Australia
10.Cao/Rui (32) China
11.Chan/Huanpeen Mr (46) Malaysia
12.Che/Junzhang (68) China
13.Chen/Jian (58) China
14.Chen/Changjun Mr (35) China
15.Chen/Wei (43) Malaysia
16.Chen/Yun Ms (57) China
17.Chew/Karmooi Ms (31) Malaysia
18.Chuang/Hsiuling Ms (45) Taiwan
19.Chng/Mei (33) Malaysia
20.Chustrak/Oleg (45) Ukraine
21.Dai/Shuling (58) China
22.Daisy/Anne (56) Malaysia
23.Deineka/Sergii (45) Ukraine
24.Di/Jiabin (36) China
25.Dina/MohamedYunus Ramli (30) Malaysia
26.Ding/Ying (28) China
27.Ding/Lijun (43) China
28.Ding/Yingg Ms (62) China
29.Dong/Guowei (48) China
30.Dou/Yunshan Mr (61) China
31. Du/Wen (50) China
32. Feng/Dong (21) China
33. Feng/Jixin (70) China
34. Fu/Baofeng (28) China
35. Gan/Tao (44) China
36. Gan/Fuxiang (49) China
37. Gao/Ge (27) China
38. Gu/Naijun (31) Australia
39. Guan/Huajin Ms (34) Malaysia
40. Guan/Wenjie Mr (35) China
41. Han/Jing (53) China
42. Hashim/Noorida (57) Malaysia
43. Hou/Aiqin Ms (45) China
44. Hou/Bo (35) China
45. Hu/Siwan Chd (3) China
46. Hu/XiaoningMr (34) China
47. Huang/YiMs (30) China
48. Huang/Tianhui (43) China
49. Hue/PuihengMr (66) Malaysia
50. Jia/Ping (32) China
51. Jiang/Cuiyun (62) China
52. Jiang/Xueren (62) China
53. Jiang/YingMs (27) China
54. Jiao/Weiwei (32) China
55. Jiao/Wenxue (58) China
56. Jinghang/Jee (41) Malaysia
57. Ju/Kun (32) China
58. Kang/Xu (34) China
59. Koh/Tiongmeng (40) Malaysia
60. Kolekar/Chetana (55) India
61. Kolekar/Swanand (23)India
62. Kolekar/Vinod (59) India
63. Kozel/Christian (30) Austria
64. Lawton/CatherineMrs (54) Australia
65. Lawton/RobertMr (58) Australia
66. Lee/KahkinMr (32) Malaysia
67. Lee/SewchuMDM (55) Malaysia
68. Li/Yanlin (29) China
69. Li/Zhi (41) China
70. Li/Guohui (56) China
71. Li/Hongjing (20) China
72. Li/Jie (27) China
73. Li/Mingzhong (69) China
74. Li/Wenbo (29) China
75. Li/Yan (31) China
76. Li/Yuan (33)Australia
77. Li/Yuchen (27) China
78. Li/Zhijin (30) China
79. Li/Zhixin (35) China
80. Li/Le (36) China
81. Liang/LuyangMr (60) China
82. Liang/Xuyang (30) China
83. Lim/PowchuaMs (43) Malaysia
84. Lin/AnnanMr (27) China
85. Lin/Mingfeng (34) China
86. Liu/Fengying (65) China
87. Liu/JinpengMr (33) China
88. Liu/Qiang (40) China
89. Liu/Rusheng (76) China
90. Liu/Shunchao (46) China
91. Liu/Zhongfu (72) China
92. Lou/Baotang (79) China
93. Lu/Jianhua (57) China
94. Lu/Xianchu (33) China
95. Lui/Ching (45) China
96. Luo/Wei (29) China
97. Ma/Wenzhi (57) China
98. Ma/JunMr (33) China
99. Maimaitijiang/A (35) China
100.Mao/Tugui (72) China
101. Maraldi/Luigi (37) Itali
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli (52) Malaysia
103. MatRahim/Norfadzillah Miss (39) Malaysia
104. Meng/Nicole Chd (4) USA
105. Meng/Bing (40) China
106. Meng/Fanquan (70)China
107. Meng/Gaosheng (64) China
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr (29) Malaysia
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr (33) Malaysia
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr (24) Malaysia
111. Mustafa/Suhaili Miss (31) Malaysia
112. Mukherjee/Muktesh (42) Canada
113. Ng/MayliMs (37) Malaysia
114. Norliakmar/Hamid Mdm (33) Malaysia
115. Ouyang/Xin (38) China 38
116. Puspanathan/Subramanian (34) Malaysia
117. Ramlan/Safuan Mr (32) Malaysia
118. Sharma/Chandrika Ms (51) India
119. Shi/Xianwen (26) China
120. Shirsath/Kranti (44) India
121. Sim/Kengwei (53) Malaysia
122. Siregar/Firman (25) India
123. Song/Feifei Mr (32) China
124. Song/Chunling Ms (60) China
125. Song/Kun (25) China
126. Su/Qiangguo (71) China
127. Suadaya/Ferryindra Mr (42) Indonesia
128. Suadaya/Herryindra Mr (35) Indoensia
129. Sugianto/Lo Mr (47) Indonesia
130. Surtidahlia/ Mrs (50) Netherlands
131. Tan/TeikhinMr (32) Malaysia
132. Tan/AhmengMr (46) Malaysia
133. Tan/WeichewMr (19) Malaysia
134. Tan/Chongling (48) Malaysia
135. Tan/Sioh (42) Malaysia
136. Tang/Xudong (31) China
137. Tang/XuezhuMs (57) China
138. Tanurisam/IndrasuriaMr (57) Indonesia
139. Tee/LinkeongMr (50) Malaysia
140. Teoh/KimlunMr (36)Malaysia
141. Tian/Junwei (29) China
142. Tian/Qingjun (51) China
143. Tong/Soonlee Mr (31) Malaysia
144. Vinny/Chynthyatio Mrs (47) Indonesia
145. Wan/Hockkhoon Mr (42) Malaysia
146. Wang/Shouxian (69) China
147. Wang/Shu (61) China
148. Wang/Xianjun (61) China
149. Wang/Chunhua Mr (34) China
150. Wang/Chunyong (43) China
151. Wang/Dan (54) China
152. Wang/Haitao (26) China
153. Wang/Houbin (28) China
154. Wang/Linshi (59) China
155. Wang/Willysurijanto Mr (53) Indonesia
156. Wang/Yonggang Mr (27) China
157. Wang/Yonghui (33) China
158. Wang/Yongqiang (30) China
159. Wang/Lijun (49) China
160. Wang/Ximin (50) New Zealand
161. Wang/Rui (35) China
162. Wang/Moheng (2) China
163. Wattrelos/Ambre (14) France
164. Wattrelos/Hadrien (17) France
165. Wattrelos/Laurence (52) France
166. Weeks/Paul Mr (39) New Zealand
167. Wen/Yongsheng (34) China
168. Wen/Hao (32) China
169. Weng/Mei (39) China
170. Wong/Saisang Mr (53) Malaysia
171. Wood/Philip (51) USA
172. Xie/Liping (51) China
173. Xin/XixiMs (32) China
174. Xing/FengTao (36) China
175. Xing/Qiao (27) China
176. Xiong/Deming (63) China
177. Xu/Chuane (57) China
178. Ya/Na (26) China
179. Yan/Ling Mr (29) China
180. Yan/Peng (29) China
181. Yan/Xioa (27) China
182. Yang/Li (35) China
183. Yang/Ailing Ms (60) China
184. Yang/Jiabao (26) China
185. Yang/Meihua (65) China
186. Yang/Qingyuan Mr (57) China
187. Yang/Xiaoming Ms (59) China
188. Yao/Jainfeng (70) China
189. Yao/Lifei (31) China
190. Yap/Cheemeng Mr (39) China
191. Yin/Boyan (33) China
192. Yin/Yuewang (21) China
193. Yuan/Jin (63) China
194. Yue/Guiju Ms (51) China
195. Yue/Wenchao (26) China
196. Yusop/Muzi Mr (50) Malaysia
197. Zang/Lingdi (58) China
198. Zhang/Chi (58) China
199. Zhang/Liqin (43) China
200. Zhang/QiMs (31) China
202. Zhang/HuaMr (43) China
203. Zhang/Lijuan Ms (61) China
204. Zhang/Na Ms (34) China
205. Zhang/Siming (71) China
206. Zhang/Xiaolei Ms (32) China
207. Zhang/Hualian (42) China
208. Zhang/Jianwu (31) China
209. Zhang/Jinquan (72) China
210. Zhang/Meng (29) China
211. Zhang/Xuewen Mr (61) China
212. Zhang/Yan (36) China
213. Zhang/Yan (2) USA
214. Zhang/Yanhui (44) China
215. Zhang/Zhonghai (43) China
216. Zhang/Shaohua (32) China
217. Zhao/GangMr (46) China
218. Zhao/QiweiMr (37) China
219. Zhao/YingxinChd (3) China
220. Zhao/Peng (25) China
221. Zhao/Yan (18) France
222. Zhao/Zhaofang (73) China
223. Zheng/Ruixian (42) China
224. Zhou/Feng (56) China
225. Zhou/Jinling (61) China
226. Zhou/Shijie (64) China
227. Zhu/Junyan (41) China

pada masa yang sama kami turut melahirkan rasa dukacita kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin di hukum gantung. Al Fatihah ‪#‎IM529‬ yang gugur syahid itu akan melahirkan berjuta lagi pejuang Agama yang sanggup bergadai nyawa untuk menegakkan yang Haq

p/s : keep praying, teruskan berdoa.. #MH370 | IM529

Monday 10 March 2014

Kenapa aku?




Kenapa aku tak cantik?

Kadang-kadang aku pelik melihat betapa ramainya manusia yang tidak.bersyukur dengan rupa paras yang diperolehi mereka. Antara soalan yang selalu aku dengar dan aku kasi jawapan sekali:
S: Kenapa aku tak cantik?

J:Sebab Allah jaga, kalau cantik nanti Allah tahu kita tak menghargai nikmat cantik yang ada. Cantik itu dunia. Satu lagi, kurang ambil wudhu la tu. Hihi

S: Kenapa kulit aku gelap?

Sebab kulit ibu dan bapa kamu gelap. Maka berbanggalah kerana mendapat keturunan daripada ibu bapa. Cuba bayangkan ibu bapa kulit gelap, tiba-tiba kamu keluar kulit putih? Tak ke pelik? Hitam itu menawan, putih itu impian.

S:Kenapa aku gemuk?

J: Biasalah, manusia memerlukan makan untuk hidup, tetapi ada juga jenia hidup untuk makan. Jadi tukar gaya hidup anda. Dan diet paling baik ialah puasa. Puasa sunat di hari Isnin dan Khamis, In sha Allah kurus. Gemuk itu kiut, kurus itu menggoda.

S: Kenapa aku pendek?

J: Bersyukurlah jadi pendek daripada menjadi kerdil. Allah ciptakan manusia ada kelebihan yang tertentu, pendek itu comel, tinggi itu menawan.

S: Kenapa aku tiada peminat?

J: sebab Allah bukan suruh cari peminat, tetapi cari Suami.

S: Kenapa rambut aku kerinting?

Kerinting ke, lurus ke, ikal mayang ke, afro ke, semuanya cantik tetapi lagi cantik kalau pakai tudung.

Bersyukurlah dengan paras yang ada. Cantik pun tak ke mana kalau akhlak tak cantik. Cantikkan diri anda dengan ibadah kepada Allah.

P/s: kalau ada soalan, mai tanya.

Monday 10 February 2014

Milik Siapa Cinta Ini?


Aku fikir jarak lah yang akan mematangkan kita..menguji kesetiaan dan kesabaran kita.. Ternyata jarak juga lah yang akan menentukan titik akhir harapan yang ada...
Yakin dengan ketentuanNya...insyaAllah semuanya baik baik saja...
Saya ada satu kisah cinta. Sebelum saya mula, saya nak kata, saya bukanlah lelaki yang baik sangat tak pernah bercinta. Saya pernah buat silap sepanjang hidup saya. Maybe Kita semua pernah, sebab kita bukannya maksum. Ye dak? I will have to admit that bercinta adalah salah satu dari silap dan dosa saya.

Jadi kisah cinta ini, satu yang saya akan kenang sampai bila-bila. Sebab sepanjang hidup saya, cuma ada seorang perempuan ajnabi yang pernah saya jatuh cinta. pergh ayat.

Saya nak cerita tentang cinta yang ini saya tak tahu nak jelaskan bagaimana. Tapi ya, ianya cinta. Cinta ini mungkin tersasar dari syarak dan jalanNya..Tapi InsyaAllah, cinta ini ada hikmahnya kenapa bermula, dan kenapa berakhir. Sebab cerita ini tak dapat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Sebab orang takkan faham. Tapi sebab saya nak cerita, dan cuma tempat ini saja yang ada..jadi...izinkan saya bercerita.

Cinta yang ini steady je. Cinta matang I must say. Tak perlu contact 24/7. Tak perlu cakap I love you selalu, sebab masing-masing tahu. Tak perlu nak jumpa sangat. Tak kongkong. Matang la jugak..Cuma orangnya je tak matang. Saya lah orangnya. Merajuk tak tentu hala, nak attention lah, panas baran lah. Entah lah, sekarang since dah tak ada apa-apa saya mulai lupa, apa sebenarnya yang berlaku antara kita? Kenapa kita tak teruskan? Kalau sukar teruskan, kenapa tidak ijab qabul saja?

And than I remembered...sebenarnya bukan tak sayang, bukan tak mahu teruskan...Tapi...ada halangan yang mendatang...hurmm..sayang..

Mama abah saya selalu saja kata...

"Anak-anak jangan sembunyi benda dari ibu bapa, sebab macam mana-mana pun, Allah akan tunjukkan juga"

And so memang lah. Kalau dah mama yang cakap tu, ibarat kunfayakun jugak lah. Saya ibarat kan saja ye...Ibarat..Sebab apa orang kata, doa mak ni tiada hijab dengan Allah? Haa..gitu lah..

Maka, pada suatu hari tu, hari jantung saya berdegup kencang semacam, rasa lain semacam, hari tu jugalah Allah tunjukkan apa yang saya sembunyikan dari mama abah saya... apa dia? jeng jeng jeng..Allah tunjukkan yang saya ada girlfriend..

Zaman sekarang ni saya terpaksa mengaku memang ada keluarga yang ambil remeh soal boypren girlpren..mereka terlalu sporting dengan budaya-budaya ini. Tapi tidak dalam family saya. Kalau sebut CINTA sahaja mereka akan jadi kaget semacam, macam cuak lebih anak mereka buat benda tak baik.

Selalu mereka katakan, cinta di usia saya ini bukan untuk dilayan, ianya untuk dibendung dan dikawal. Begitulah kata-kata hikmat mak bapak ni..

Cuma...mungkin anaknya ini tidak reti mengawal...Maka kerana jahil dalam mengawal itulah saya silap menyerahkan hati saya kepada perempuan dengan cara yang salah iaitu bercinta. Langsung tak bangga dengan keadaan ini. Sebab apa? Menyesal lah. Saya bercinta sebab saya ada cita-cita untuk bersama dia suatu hari nanti. Menjadi yang sah dan halal...tapi tup tup..tak jadi apa pun.. Kesian isteri saya nanti dia bukan first love..Maafkan saya ye future wife, walau di mana pun awak berada. By the way, bila awak nak datang...saya penat tunggu..hurmm..

Jadi berbalik kepada cerita tadi..lepas parents saye tahu, macam biasalah, kena lecture. Rasa diri ni derhaka gila, rasa macam tak guna, rasa berdosa, rasa macam kena boikot dari ahli keluarga. Sakit. Sakit sangat sampai dah rasa nak putus asa. Dan masa tu kita cuma ada dua pilihan. Tinggalkan apa yang parents kita tak redha, atau teruskan dan jauh dari redhaNya. Obviously, kita akan pilih family dan redha Allah.
Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha ibubapa...Aku tinggalkan cinta demi menggapai redhaNya.. Sayang...tapi cinta Illahi itu lebih bermakna..
Jadi begitulah..semuanya tak mudah..Bukan mudah jatuh cinta, susah lagi menyingkirkan rasa tu. Semuanya makan masa. Dan masa tu lah sengaja kita lahirkan rasa benci yang pada mulanya tak ada pun supaya mudah masa menelan rasa..

Sebab saya sendiri terikat, antara redha dan sayang. Bodoh ke saya untuk pilih sayang yang belum tentu boleh membawa saya ke syurga sedangkan redha itu pasti?

Maka...sekuel demi sekuel kronologi hidup saya dan dia hingga membawa kepada satu titik pengakhiran segalanya. Mesej tak berbalas, telefon yang tak berjawab, chat yang tak dilayan. Stalk demi stalk. Facebook friends yang di delete...password yang ditukar. Stalk berhenti dan putus asa barangkali?

Susah untuk saya bercerita panjang. Tapi saya akan terus bawa kalian ke kemuncak cerita ini. Iaitu 6 tahun lepas.

6 tahun lepas saat hati saya hancur berkecai. Perasaan pernah dikhianati itu datang lagi dengan cara berbeza. Tiba-tiba luka lama kembali berdarah dengan luka yang lebih panjang sentimeternya, lebih dalam milimeter nya. Sakit lain macam. Sakitnya..sangat sakit.

Tak tahu bagaimana nak mula. Tapi masa waktu semuanya terpampang di depan mata saya.. Saya sedar..yang jauh dari sudut hati saya...Harapan itu masih ada. Tapi..mungkin sudah tiada bila hakikatnya dia sudah putus asa.

Masa itulah semua kenangan bermain wayang di depan mata. Semua kata-kata yang pernah diucap seakan-akan berbisik di telinga. Semua impian runtuh seruntuh-runtuhnya. Tinggal debu yang kian menyesakkan dada.

"Awak lah muka lelaki pertama yang saya akan snap guna kamera ni"
"Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Saya teringin sangat nak pergi dengan awak"
"Pelan rumah kita dah siap, kalau awak nak tengok nanti saya tunjuk"
"Apa nama anak kita nanti"

(hahahahahaha.. bila fikir balik cm lawak pulok lol)

Macam mana saya nak cakap ye? Rasa ni..kecewa...tapi tak boleh. Sebab silap sendiri...Saya yang berhenti berusaha pada awalnya. Saya yang memohon dia putus asa. Saya yang buat die berhenti mencuba. Semuanya sedar atau tak sedar,saya yang minta.

Dan waktu itu...saya lihat..dia bahagia. Saya lihat impian kami, tapi bukan saya yang bersamanya.. Masa itu lah..empangan pecah. Air mata berguguran bak air terjun..Tak mampu dan tak sanggup..Dan saya cuma boleh menangis..menangis..dan menangis sampai penat. Menyesalkah aku? Menyesalkah aku dengan keputusan untuk membiarkan dia terdedah kepada pilihan selain aku? Bodohkah aku?

Tak boleh tak boleh. Aku sama sekali tak boleh rasa macam ni. Seolah-olah menyalahkan ibu bapa aku. Menyalahkan keputusan yang aku ambil sedangkan redha itu jauh lebih penting.

Tapi sebenarnya...tidak jujurkah dia masa dia katakan dia akan berubah dan mencuba tahun depan? Tahun depan yang tinggal lagi beberapa bulan. Dia tak tahu ke dalam diri ni ada terselit harapan tu? Mungkin dia tak tahu, sebab sikap aku mengenepikan dia wajar buat dia berputus asa. Dia tak salah. Langsung tak salah! Yang salahnya aku!
Allah..jangan sampai aku menyesal, aku tak mahu jadikan matlamat aku untuk mendapat redhaMu ini suatu bebanan..aku mahu melihat perpisahan ini jalan yang terbaik untukku...Oleh itu bukakanlah jalan seluas-luasnya, untuk aku mendapatkan hikmah sebaik-baiknya..
Memang cukup lama aku tinggalkan dia. Mungkin dia sudah berputus asa. Terang lagi bersuluh aku langsung tak tunjuk yang aku mahu, yang aku sedang persiapkan diri, tidak bertanya tentang persiapan dia, membiarkan dia bergerak sendiri dengan hidupnya..Mengharap dia akan kembali bila dah ready..

Mungkin kerana aku berharap..tapi terlupa untuk meminta dan berdoa...Aku mahu tapi terlupa untuk redha dan tawakal..Mungkin kerana itu maka wajarlah ini yang aku terima..

Sebelum ini aku meminta-minta aku dilupa..sekarang...giliran aku pula yang harus lupakan dia.. Biarlah..mungkin memang ini caranya..

Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya harapkan yang terbaik dari Allah.. itu sahaja..Awak..awak berhak untuk buat apa sahaja yang awak buat sekarang. Saya adalah masa silam awak. Dan masa silam itu perkara paling jauh dengan kita. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak dan kawan-kawan yang lain.

Kalau bercinta lagi, cintalah sejujurnya. Jangan buat kat dia macam awak buat kat saya. Jangan biar dia rasa apa saya rasa. Hargai dia walau sekecil mana usaha dia. Dan yang paling penting, haram bercinta tanpa niat mahu menikah. Kalau tak nak, tinggalkan calon suami orang lain, jangan diganggu lelaki hanya untuk main-main.

Pada mulanya saya fikir, mungkin saya boleh bersaing dengan dia untuk mendapatkan awak. Tapi saya rasa itu tidak adil. Kenapa saya nak bersaing untuk rasa cinta yang Allah sendiri akan bagi kepada sesiapa yang Dia pilih?



Saya kat sini, biar pun sedih, InsyaAllah dengan mensyukuri setiap yang Allah bagi, bahagia. Saya dah pilih untuk menggapai redha ibubapa dan Allah. Takkan lah boleh jadi teruk akibatnya..kan?

Saya tak rasa pun awak akan baca ni dalam masa terdekat, ataupun awak mungkin tak akan baca langsung..Saya ingatkan saya akan still menangsi meratapi nasib putus harapan..tapi yeah. sampai di sini saya tulis, Saya lega. Semoga awak pun mendapat redhaNya sentiasa. Tak mahu ada dengki dan benci antara kita, saya cuma harap jodoh saya cepat sampai sebab saya tak sabar nak bahagia dengan dia. Mohon didoakan :)

"Hasbunallah wa ni' mal wakil- Cukuplah Allah bagiku dan Dia lah sebaik-baik wakil (untuk kita bertawakal)"

p/s : Alhamdulillah dia pun telah temui jodohnya 31 Januari 2013 lepas.. Saya doakan yang terbaik

Wednesday 5 February 2014

Sakit

Assalamualaikum...

Minggu lepas, bangun dari tidur aku merasakan tekak aku mula sakit. Aku meneguk segelas air dan berharap akan baik selepas itu. Kemudian aku bersiap untuk ke tempat latihan industri ku di cyberjaya. Sebelum bergerak aku dapat merasakan diri sedikit lemah dan perutku seolah-olah berdeyut kesakitan. Jesteru aku menyuruh cord iaitu kawanku membawa motosikal ku manakala aku membonceng di belakang.

Aku sampai di pejabat pada pukul 8.29 pagi dan memulakan latihan dan ulangkaji tentang rangkaian sebelum aku di hantar ke Sarawak pada bulan hadapan. Diriku semakin lemah seolah-olah inginkan rehat. Aku merebahkan kepalaku diatas meja dengan harapan mendapat sikit tenaga lepas bangun nanti. Malangnya aku tidak boleh lena kerana merasakan badan ku berdeyut kesakitan sekaligus aku amat tidak selesa dan bersandar di atas kerusi.

Aku ke ruang Pantri untuk meneguk segelas air panas dan kembali ke ruang latihan untuk mengulangkaji. Segalanya seperti sia-sia kerana aku tidak dapat menumpukan perhatian. Aku cuba melawan sakit ku dengan membuka laman sosial sebenar dengan harapan menghilangkan rasa lemah diri ku ini dan mengstabilkan mood aku ini. Aku masih lemah dan merebahkan kembali kepala ku diatas meja dan memaksa mata ku dipejam.

Aku berjaya memejam mata yang ketat ini lalu tertidur. Aku tersedar masa pejabat telah tamat waktunya, lalu aku bersiap untuk pulang ke rumah. Sesampai dirumah aku membersihkan diri dan selawat sementara menunggu waktu maghrib tiba. Aku menunaikan solat maghrib dan mengaji sementara menunggu solat isyak. Setelah semuanya selesai, aku menguatkan diri untuk berjamah sesuap nasi bagi mengisi tenaga. Sesudahkan itu, aku amat letih dan mengisi ubat dan mulai tidur.


Badan aku seolah-olah sakit dan aku bangun untuk solat subuh pada aku terkejut jam baru menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku amat merasa tenat lalu kawanku yang baru balik dari kerja projek akhir di institut membawa aku dalam keadaan cemas ke Hospital Kajang. Aku seolah-olah tidak sedar dengan apa yang berlaku dan pitam sejurus sampai di sana.

Dalam seharian aku berada di sana dan aku dibenarkan pulang dengan syarat pemeriksaan berkala di pusat kesihatan yang berhampiran. Aku pulang ke kampung halaman setelah mendapat cuti. Alhamdulillah aku kembali sihat tapi aku terpaksa sembunyi perkara yang sebenar dari semua pihak..

maafkan aku..

Tuesday 10 December 2013

Congratulations! 19th GMi Convocation Ceremony

Assalamualaikum,

Hari sabtu lepas, 16 November 2013 Satu majlis konvokesyen untuk meraikan pelajar-pelajar GMi yang telah tamat belajar dengan jayanya. Berikut adalah detik-detik bersejarah pada hari tersebut.


Project FYP  (Final Year Project) hasil rekaan pelajar GMi yang kini menjadi model untuk tatapan mengunjung dan memberi inspirasi kepada semua untuk mencuba sesuatu inovasi yang lebih baik.

Harap ada generasi muda mencuba sesuatu yang lebih menarik apabila melihat model rekaan ini

Pelajar dan keluarga keluar dari dewan apabila selesai majlis konvokesyen kali ke-19 GMi

Tahniah Amirul! Member aku masa sekolah still sampai sekarang.. :)

Tahniah Faiz Radzi! Member aku masa sekolah still sampai sekarang.. :)

Para pelajar dan keluar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas untuk kenangan.

Saya turut bersama rakan-rakan yang berkonvokesyen untuk merasai detik bersejarah ini sambil mengambil inspirasi dan semangat belajar.

rakan-rakan senior dari program mechatronics


P/s : Alhamdulillah dah kali ke-19 upacara konvokesyen GMi. Kepada mereka yang sudah berkonvokesyen, saya ucapkan tahniah. Kini masing-masing akan merasai sedih kerana masing-masing akan membawa haluan sama ada akan menyambung pengajian ke peringat ijazah mahupun kerja. selamat ya semua. doakan kami yang masih dijalur pengajian ini.

Bittaufiq Wannajah! Final Exam GMi

Assalamualaikum

Untuk Student German-Malaysia Institute (GMi) especialy my classmate :)

Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah..

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin

ALLAH BERFIRMAN :"DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."
Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenanya dari ALLAH,
Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,
TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya.. Yang penting, kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

Lulus dan gagal adalah cara lama mengkategorikan seseorang. cara baru adalah pengetahuan dan kejahilan.
saidina ali menyatakan "kalau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas), kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga kahirat, pakailah budi pekerti yang mulia."

p/s : doakan kami yea.. harap dipermudahkan olehNya.. :')

Sanah Helwah yaya



Seiring bertambahnya usia ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..
makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..
mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..
moga didunia mendapat berkat Di akhirat kelak beroleh syafaat

Sahabatku Nor Hidayah Md Zain,
sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu
-adik yang solehah buat abang dan kakak mu
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu..
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati... .^_~ (one day,insyaallah..)



p/s : mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini... Semoga panjang umur, diri sentiasa sihat, bahagia dunia akhirat, .



Sanah Helwah | Saengil chuka hamnida | Happy birthday. ceria2 selalu ya

Fi Hifzillah.

Saturday 30 November 2013

Sanah Helwah My Hero (Walid)

Assalamualaikum,

Today, my dad (Mr Abdul Majid) turned 62. Happy birthday, dad! I might not say this out loud.. but I love you! Thank you for raising me… there’s no way I can repay your kindness. May Allah show mercy to you as you did to me when I was little.

You’re my inspiration. I’m grateful if I can be half the man you are.

p/s : apapun terjadi saya tetap sayangkan, doakan andakan selalu <3 semua yang saya lakukan hanyalah sembunyi semata-mata. 

Tuesday 17 September 2013

Selepas setahun..

Assalamualaikum


Entry kali ni, aku just nk citer dengan korang apa yang selepas setahun..
Selepas setahun, iaitu bila tarikh 17 september 2013 tiba.. suasana tiba-tiba menjadi suram kerana itulah tarikh paling sayu dalam hidupku kerana aku telah kehilangan seseorang yang amat aku sayangi selama ini.



Semua orang akan diuji olehNya, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari Allah akan mengambil hakNya semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.Sakit!

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.

Aku pernah terbaca, Rasullullah saw juga di uji. Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Kalau rindu sangat , apa aku kena buat ? Paling penting aku kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan aku dan korang juga. yang kita juga akan temui nanti, Allah SWT. Lepas tu, kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu aku bersedih dan menyalahkan takdir kan? Jadi aku kena kuat. Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan aku juga penting untuk orang lain yang sayangkan aku di atas muka bumi ni. thanks maji sebab jadi penjaga kami yang terbaik.. sentiasa doakan maji.. :')

p/s: midterm exam.. korang doakan eh.. balik penang nanti aku nak pergi ziarah.. hope arwah sentiasa happy disana :)

Wednesday 14 August 2013

Eratkan Jalinan Ramadan Al-Mubarak : Kisahku Epi. 3

Assalamualaikum..

Kekadang kalau aku tak pergi solat terawih, aku tolong jaga rumah arwah makcik aku tu. Arwah makcik aku tu seorang pengajar mengaji Al-Quran.. Aku antara salah seorang pelajannya.. Kalau aku sekolah petang, kelas mengajinya pagi dalam pukul 8.30 pg -10.30 pg. Sesi petangnya pulak mula dalam pukul 2.15 ptg - 4.00 ptg.

Kalau aku tolong jagakan rumah makcik aku ni, dia akan prepare nasi goreng favorite aku.. memang tiada tandinganlah.. tambah pulak dengan papedom.. lagi menaikan selera yang sedia ada.. (Kira tambah horse power la.. hihi)

Dalam ketegasannya pasti ada sifat penyayang.. Aku ni kira anak emas arwah makcik aku.. aku pun anggap dia sebagai ibuku.. sebab aku banyak meluangkan masa bersamanya :) cara dia mendidik seperti nak menjadikan aku seorang Al-Hafiz tapi malangnya masa tu aku sangat malas.

Aku berpisah sebab berpindah ke sungai pinang.. tapi aku tak pernah lupakan dia.. kadang-kadang lepas sekolah aku pergi juga jeguk-jeguk dia. Sepanjang tempoh berjauh, kadang-kadang dia sakit.. terasa sunyi.. memandang tingkap keseorangan ketika aku datang secara mengejut..

Aku tahu dia memerlukan seseorang untuk berbicara. Kadang-kadang datang juga sahabat, jiran (berbangsa cina) dan pelajarnya (asal indonesia) menemani beliau dikala sunyi.



Aku kembali bersamanya selepas 5 tahun setelah rumahku siap dibina.. sewaktu itulah dia mula menghidap kanser. rawatan demi rawatan telah beliau jalani dan ada kemungkinan cerah untuk beliau sembuh. Beliau kembali pulih dan ceria kembali seperti dulu. Tapi semua tu tak lama setelah kanser beliau kembali menyerang. Beliau kembali menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Keluar masuk hospital dan makan ubat menjadi lumrah hidup beliau.. kadang-kadang aku tak dapat menghalang permintaan beliau untuk makan itu dan ini. Aku terpaksa menunaikan permintaan beliau kadang-kadang dan terpaksa menghadkan permintaan agar kesihatannya tidak terjejas kerana dia terpaksa pantang.

Tuesday 13 August 2013

Eratkan Jalinan Ramadan Al-Mubarak : Kisahku Epi. 2

Assalamualaikum...



Berbeza dengan hari-hari yang lain.. aku hanya jejalan berhampiran dengan tapak highway jelutong yang lebih dikenali sebagai Lebuhraya pantai jelutong atau Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (sebelum tu dikenali sebagai Jelutong Expressway). Disitulah aku selalu lepak-lepak masa senja dengan kawan aku nama mamat. Bila teringat kembali kenangan yang lalu, teringat masa mula-mula pembinaan Pangsapuri Mutiara Idaman 1 dan 2 dan juga rumah atas laut sebelum pembinaan lebuhraya tersebut.

Masa pepetang memang best tengok matahari terbenam.. kalaulah masa tu ada kamera DSLR kan best.. hihi.. sebelum azan aku pulang, takut-takut kena marah nanti.. bila kena marah boleh rumah aku boleh bertukar jadi dewan forum hehe..

Bila dah sampai rumah.. perkara pertama kena buat.. masuk tandas bersihkan diri dulu lepas tu baru siap-siapkan hidangan berbuka puasa. Lauk untuk berbuka memang puas... berbuka di rumah kan hehe.. siap dengan pencuci mulut.. nampak je kuih karipap.. memang aku orang pertama akan reserve dulu.. favourite kot..

Selepas makan barulah nak terhegeh-hengeh nak pergi solat maghrib dengan muatan terlebih had.. lepas solat, lepak-lepak kejap dekat dalam rumah.. lepas tu siap-siap pergi terawih dengan geng jiran sebelah rumah, yazid, yamin dengan yadiy.


Saturday 13 July 2013

Eratkan Jalinan Ramadan Al-Mubarak : Kisahku Epi. 1

Assalamualaikum..



Kali ni aku nak citer sikit mengenai bulan ramadan sewaktu aku masa kecil-kecil dulu.. haha.. belum citar lagi dah rasa nak ketawa.. Korang mesti anda kenangan yang boleh di katakan manis, suka duka waktu bulan puasa masa kecil-kecil dulu kan?

Aku masih ingat.. Aku mula belajar berpuasa di awal usia 5 tahun. Walaupun tak penuh tapi tetap aku tekad dapat puasa.. hehe. Masa masuk alam persekolahan tadika sampai darjah 3 aku puasa tak penuh tapi bila dah masuk darjah 4 hingga sekarang, Alhamdulillah aku dapat berpuasa penuh walaupun demam ke, migrain ke sebab aku malas nak ganti-ganti puasa ni. Selalunya masa pepetang aku akan bawak bekas ke surau madrasah dan kadang-kadang ke masjid jelutong untuk diisi dengan bubur lambuk (kalau kat penang depa panggil bubur kanji). Selalu arwah makcik aku ataupun ummi aku suruh pergi ambil. pelahan-pelahan la aku mengayuh basikal mini yang ada raga dekat depan.. haha.. mula la beratur. Masa pakcik tu nak tuang bubur ke dalam bekas tu dia ambik, lepas tu dia bagi dekat aku balik. Mula la aku jadi gila jap. Mana taknya sebab panas bekas tu aku pegang.. haha.. siap-siap letak dalam raga basikal merah aku tu. Kayuh dan ke rumah makcik aku tu.. Dulu dapatlah upah seringgit atau 5 kupang.. bertapa valuenya duit masa tu.. seringgit hilang menangis kot.. haha.. balik rumah aku tengok ummi aku dok prepare hidangan.. keja aku simple je.. "wan buka meja tu sat" haha ala meja lipat tu... buka radio dengarlah iklan-iklan.. masa-masa yang dinantikan... "sekarang telah masuk waktu berbuka bagi negeri pulau pinang. bagi di bukit bendera tambah 3 minit... bla.. bla.. bla" Azan!! masa tu tengok air dulu.. kurma makan terpaksa.. walid suruh kan.. haha.. lepas tu solat dulu... lepas solat tu karipap la menjadi favourite utama aku.. Nasi? kalau lauk ayam aku makan.. ikan tak suka sangat.. hehe.. cerewet kan?

Belah malam pulak.. seperti biasa.. bulan puasa je ada kebebasan nak keluar rumah, so gunakan sebaik mungkin.. Keluar nak pergi sembahyang isyak dengan terawih la katakan... alih-alih main sorok-sorok.. memang seronok tak terkata.. sorok tu memang sorok betul-betul la siap beli coklat untuk dimakan masa sorok tu. Balik rumah berpeluh tak terkata.. aku kata lari tadi masa balik dari surau.. haha tapi ummi aku tak percaya, dia tahu aku main bukan solat. Yealah dia penah spy aku masa aku pergi surau.. memang kena tarik telinga la jawabnya..

p/s: nanti aku citar lagi kisah aku di episod 2 k.. apapun selamat berpuasa yop!

Friday 14 June 2013

Just be Yourself

Pesanan buat pelajar2 sekolah rendah, menengah & asrama..
yg pernah (dibuli, dipukul & dibelasah) dgn teruk ketika di sekolah..


no matter what, once in ur life, someone will (hurt) u !!..
that someone, will take all that u are and rip it into pieces..

but through the breakdown, u will (learn) something about urself..
u will learn that u are actually (strong) enough to handle it (alone)..

"think of them like a (sand paper), they may scratch and hurt u a bit..
but in the end, u will end up (polished), while they end up (useless).."

remember, u are the (chosen one) among hundreds of people..
because, u are not the same type as others do..

"they always laugh at u because u are different..
but, u will laugh at them because they're all the same.."

and that is why, enemies may get jealous and angry with u..
so, they will make sure that u are suffer with (pain) and (blood)!!

no matter how hard u have been suffered in ur life before..
how many of ur (tears) which no one would hear and see..

plez, dun't u ever (revenge) of what they have been done to u..
lets bygone be bygone.. be matured and gentleman...

in the future, plez don't be like a (Gangster) as them does..
be a (Superhero), that will help many people in danger..

build a strong (confidence) and (strength) in your soul..
stay (focus) and high (commitment) of what u doing right now..

soon, u will find a success path through ur journey..
because, u already have a lot of (experience) during ur lifetime..

remember that; "u are not alone..."
because; "Allah, will always besides u..."

p/s : final exam berakhir tadi petang.. fuhh lega..

Monday 27 May 2013

Dilema menjaga hati orang lain




Adakala kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di belakang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.

Saya melihat ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Apa sudah jadi dan apa yang harus kita lakukan?


Berfikir & Renung Sejenak…




Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.


Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib




Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya. Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja.
  • Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
  • Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
  • Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
  • Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.
Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

Saturday 25 May 2013

Pengalaman dalam bersahabat



Ramai yang sedia maklum, zaman remaja adalah zaman yang paling mempunyai liku liku kerana pada tahap ini kita dalam proses ingin mengenali dunia sebenar. Maka bermacam macam permasalahan mula timbul. Masalah yang aku kira paling mendapat tempat di fikiran setiap remaja adalah masalah cinta, masalah persahabatan dan masalah kewangan. Tiga masalah ini memang cukup sinonim dengan seorang remaja.

Tapi kali ini aku nak kupas lebih terperinci berkenaan persahabatan. Ramai yang mempunyai sahabat baik dan tak kurang jugak yang langsung tak mempunyai sahabat baik. Kadang kadang aku pelik orang yang langsung tak mempunyai sahabat baik, cekal benar dia mengharungi hidup. Sepanjang hampir 22 tahun aku hidup, bermacam jenis perangai sahabat yang aku jumpa; yang jenis kawan makan kawan, berkawan bila perlukan sesuatu, kawan yang sanggup susah payah bersama dan macam macam lagi. Tetapi yang paling banyak adalah kawan yang langsung tidak layak dipanggil kawan.

Tahu tak, sahabat juga seseorang yang sangat penting dalam hidup seseorang bilamana berada jauh dari keluarga. Sahabat jugalah yang akan bertindak sebagai adik beradik kita ; bergaduh bersama, menangis bersama, ketawa bersama sebagai menggantikan keluarga kita. Sahabat yang baik juga takkan sesekali biarkan sahabatnya menempuh kesukaran seorang diri. Tangan sentiasa akan dihulur untuk membantu, telinga akan sentiasa difokus untuk menjadi pendengar yang setia, mulut akan sentiasa bergerak untuk memberi nasihat berguna dan mata sentiasa diperhatikan supaya bila terleka ada yang menegur.

Ada yang persoalkan kenapa tak pernah ada sahabat sejati, kenapa sering dipulaukan, kenapa orang taknak berkawan, kenapa bila sedih semua kawan kawan hilang, kenapa itu kenapa ini dan kenapa kenapa. Pernahkah anda selidik balik diri anda sendiri pernahkah anda menjadi sahabat yang TERBAIK untuk orang lain? Pernahkah anda ada disaat orang lain perlukan teman dikala kesedihan? Pernahkah anda mengembirakan orang lain disaat dia sedang menghadapi kejatuhan? Tanya diri sendiri dulu kemudian baru boleh persoalkan semua kegusaran itu.

Cuba bayangkan, anda mahu orang ada ketika anda sedih walhal ketika dia sedih anda buat buat tak nampak dan membiarkan dia bersedih seorang diri. Mak aku sendiri pernah cakap, kalau kita nak dapat sahabat sejati yang betul betul sejati, kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat sejati untuk dirinya. "Ah, buat apa aku buat baik pada dia, dia bukan buat baik pun kat aku. Mana dia pernah kisah aku ni okey ke tak. " Ha, ini la yang menjadi masalah sekarang. Semuanya tak mahu mengalah. EGO.

Aku menulis berdasarkan pengalaman. Aku tak cakap yang aku ni sahabat yang sangat baik. Dulu aku juga pernah berada ditahap dipulaukan oleh rakan bilik waktu aku menuntut di IKM. Satu semester langsung tak bercakap, tetapi bila masing masing sedar akan kesilapan masing masing segalanya menjadi normal dan alhamdulillah kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi mempunyai sahabat yang sejati yang sanggup dengar aku bercerita sambil menangis di shopping complex berjam jam lamanya, yang sanggup menangis bersama sama aku, dan macam macam lagi benda yang sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat sejati. Alhamdulillah alhamdulillah. Cuma di tempat yang baru ni aku masih belum menemui klon sahabat sejati aku tu. Mungkin masih dalam pencarian. Ya, aku belum jumpa steady bestriend/s disini. Tak mengapa, mutiara yang berharga bukan senang nak ditemui tetapi sangat tinggi nilainya dihati aku.

Keywordnya disini, bila kita ingin mempunyai sahabat sejati kita terlebih dahulu harus menjadi sahabat yang terbaik untuk orang lain. Lupakan soal nak mengungkit selepas buat sesuatu kebaikan, lupakan niat nak orang balas budi selepas kita buat kebaikan, lupakan perangai ego dan kikisnya satu persatu dalam diri, dan bertindaklah dengan seikhlas mungkin dan paling penting jangan pernah putus untuk berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan sahabat sejati. Ya Dia tak pernah tidur. Keep praying. Insyaallah kita akan bertemu dengan apa yang kita mahu dalam dunia ini. Insyaallah kita akan puas.

p/s : semoga kawan2 aku selalu diberkati olehNya tak kiralah apa pun perangai dia.